Anda di halaman 1dari 7

Latihan Dalam Perkhidmatan

Pengenalan Latihan Dalam Perkhidmatan merupakan satu latihan yang berorientasikan model defisit, di mana ianya merupakan program yang dirancang berasaskan andaian bahawa guru-guru serba kekurangan dalam pengetahuan dan kemahiran tertentu. Oleh itu adalah menjadi tanggujawab sekolah untuk merangka latihan yang bersesuaian untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru di sekolah. Oleh itu, satu organisasi LDP telah ditubuhkan di sekolah untuk merangka aktiviti yang bersesuaian bagi meningkatkan kemahiran guru di sekolah.

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) adalah salah satu bahagian untuk melaksanakan program-program kemajuan staf bagi menyediakan perkhidmatan pengurusan pendidikan keguruan secara profesional, cekap dan berkesan agar para pendidik sentiasa berketrampilan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Guru (FPG), Visi dan Misi Bahagian Pendidikan Guru (BPG) serta Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Program-program LDP yang dilaksanakan adalah laluan dan usaha untuk mempertingkatkan profesionalisme dan martabat bidang perguruan sebagai satu profesion yang senantiasa dihormati dan disanjung tinggi selaras dengan tuntutan masa kini dan masa depan.

Fokus utama program latihan dalam perkhidmatan meliputi tiga komponen: Pengetahuan profesional 60% Kemahiran profesional 20% Nilai dan amalan profesional keguruan 20% Perkembangan profesional penting dan tidak boleh diabaikan. Guru diberi tanggungjawab oleh masyarakat untuk mendidik anak-anak ke arah kedewasaan.

Ia merupakan satu peluang kepada guru untuk: Memperbaiki prestasi kemahiran kerja secara kumpulan dan individu Memperbanyakan pengalaman seseorang guru untuk perkembangan kerjaya dan juga untuk tujuan naik pangkat Membentuk pengetahuan profesional Meningkatkan pendidikan guru secara peribadi Menyediakan guru untuk menghadapi perubahan Menjelaskan dasar sekolah atau jabatan

Tiga dimensi yang mempengaruhi pelaksanaan LDP: Dimensi teknikal


Terdiri daripada prosedur dan sumber yang membantu guru serta pentadbir menyempurnakan tugas mereka. Meliputi buku teks, bimbingan kurikulum, prosedur pendaftaran murid, penyeliaan dan pendaftaran guru.

Antara perseorangan
Berkenaan dengan pola komunikasi, sokongan bantuan dan kerjasama di sesebuah sekolah. Jika hubungan antara perseorangan adalah positif dan produktif, bermakna wujudnya konteks yang lebih memberi sokongan bantuan kepada pelaksanaan LDP

Budaya
Berkenaan nilai, kepercayaan dan ideal yang dipegang dan dikongsi oleh anggota-aggota komuniti sekolah. Meliputi kepercayaan terhadap tujuan persekolah dan pendidikan, peranan guru dan murid, visi dan misi sekolah dan sebagainya.

Matlamat utama dari dua perspektif: Perspektif organisai


Untuk membolehkan organisasi menepati serta terus berusaha untuk mencapai objektifnya. Untuk menyediakan senario yang diperlukan bagi menghadapi segala tuntutan kerja dan juga perubahan teknologi juga Melahirkan lebih ramai yang berkemahiran dan berpengetahuan untuk merealisasikan inovasi

Perspektif individu
Akan melabelkan para pekerja dengan kehendak-kehendak organisasi dan sebagai proses mengorientasi dan mengindoktrinasikan para pekerja baharu atau staf baharu tentang budaya serta nilai-nilai dalam organisasi. Menjadi satu wadah bagi para pekerja untuk terus maju serta berkembang pada masa hadapan

Faktor mempengaruhi keberkesanan program LDP Keperluan guru terhadap program Model latihan yang berkesan Tempoh dan masa latihan Fasilitator dan pendekatan pembelajaran Sokongan pihak pengurusan Melaksanakan penilaian program latihan

Anda mungkin juga menyukai