Anda di halaman 1dari 4

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: : : :

Ke - 4 Keempat 18 - 22 April 2011 Masalah pengurusan murid

1. Masalah / Peristiwa

Hari ini (21 Ogos 2013) saya telah menghadapi sedikit masalah dalam pengurusan murid di dalam kelas. Kelas yang diajar ialah Tahun 2 Delima.

2. Analisis

Saya mengalami masalah ini apabila murid-murid suka untuk bising dan mereka amat sukar dikawal. Pada hari itu, saya menjalankan P&P untuk tajuk perpuluhan. Saya melihat tajuk ini mudah dan murid-murid akan memberikan perhatian yang baik kepada pengajaran saya. Namun, sangkaan saya tidak tepat apabila mereka sukar untuk senyap selepas pulang daripada rehat. Keadaan itu menyebabkan sedikit

sebanyak proses pengajaran saya menjadi tidak lancar dan mengalami gangguan. Saya tidak dapat memfokuskan sebegitu banyak kepada P&P saya kerana perlu mengawal keadaan murid yang bising. Murid-murid lelaki dalam kumpulan yang banyak membuat bising. Walaupun, telah menunjukkan ketegasan dalam mengawal mereka namun ternyata begitu sukar untuk saya mengawal murid-murid di kelas itu. Apabila, pengajaran dibuat, muridmurid yang bising tidak memahami apa yang dipelajari akibat tidak menumpukan perhatian kerana bermain di belakang. Walaupun sudah banyak kali ditegur, mereka tetap dengan sifat mereka yang bising dan suka bermain. Saya juga telah memberikan peneguhan negatif dan positif yang mana bersesuaian, namun ternyata masih lagi tidak berhasil. Saya telah membuat kesimpulan bahawa pelajar dalam kalangan yang lemah ini kurang berminat untuk belajar dan hanya datang ke sekolah untuk berseronok. Justeru mereka berkelakuan sedemikian di dalam kelas seperti membuat bising, bermain sehinggakan boleh menimbulkan keagresifan di dalam kelas seperti pergaduhan.

Dalam masa yang sama saya juga mendapati latar belakang keluarga juga memeinkan peranan penting dalam pembentukan sikap murid-murid di sekolah. Mereka dalam kelas lemah ini berasal dari latar belakang keluarga yang miskin, anak yatim mahupun dari keluarga yang bermasalah seperti berlakunya penceraian. Hal ini demikian berlaku dalam kelas saya di mana seorang pelajar yang agresif itu berasal dari ibu bapa yang bercerai dan sekarang tinggal bersama ayahnya sahaja. Mereka dilihat kurang belaian kasih sayang dari seorang ibu dan bapa.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a. Saya perlu lebih tegas dalam mengawal murid agar mereka dapat mendengar dan tidak membuat bising.

b. saya perlu berbincang dengan guru-guru yanag lain agar dapat berkongsi ilmu dan pengalaman mereka berhadapanan keadaan itu.

c. saya juga perlu memahami dengan lebih mendalam tentang murid-murid itu dan sifat, perangai mereka agar dapat membantu dalam mendapatkan tindakan yang bersesuaian untuk mereka. d. Saya juga perlu memberi perhatian yang lebih kepada murid kerana murid memerlukan perhatian daripada seorang guru.

Saya masih lagi belum mampu untuk mendapatkan cara yang sesuai atau langkah yang berkesan bagi mengawal murid-murid tersebut. Saya akan cuba

mengatasi masalah ini dalam masa yang sesegera mungkin agar saya dapat mengaplikasikan dalam praktikum akan datang dan ketika berjaya menjadi guru kelak. Pengurusan murid yang baik akan membantu dalam mengukuhkan P&P yang dijalankan. Dalam masa yang sama, pencapaian objektif akan dapat diukur dengan lebih baik.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Anda mungkin juga menyukai