Anda di halaman 1dari 3

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN

Seperti diketahui umum, murid-murid di dalam sebuah kelas berbeza dari segi intelek , jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan sebagainya. Oleh yang demikian , kadar keupayaan mereka belajar juga berbeza. Di dalam sebuah kelas yang mengandungi ramai murid, perbezaan-pebezaan ini memang tidak dapat diberi perhatian dan dilayani oleh guru. Tambahan pula, untuk menghabiskan sukatan pelajaran begiti berat, guru terpaksa menggunakan kaedah mengajar keseluruhan kelas dalam aktiviti pengajaran mereka. Oleh itu, pentingnya aktiviti pemulihan dan pengayaan bagi mengatasi perbezaan ini. Aktiviti pengayaan dan aktiviti pemulihan dijalankan secara serentak. Aktiviti pemulihan penting untuk membantu murid-murid dalam mengembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka. Aktiviti pemulihan disediakan agar masalahmasalah pembelajaran tidak berhimpun hingga ke peringkat yang tidak dapat

dupulihkan lagi. Pemulihan juga penting dalam membantu pelajar yang lemah membina konsep sesuatu kemahiran, murid mendapat layanan yang bersesuaian dengan kebolehan dan perkembangan kognitif mereka, membetulkan konsep atau

kemahiran yang disalah tanggap oleh murid serta memberi peluang yang sama dengan melibatkan belajar Bahasa Melayu mengikut kebolehannya. Aktiviti pengayaan pula merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur untuk meluaskan pengetahuan dan

pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Aktiviti ini dirancang dan disediakan untuk membolehkan murid mendapat pengalaman dan pengetahuan yang berbagai-bagai berdasarkan aktiviti yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan mereka. Selain itu, aktiviti-aktiviti ini juga boleh memperkayakan dan memperkembangkan daya kreativiti murid kerana program ini memberi peluang dan merangsang murid menggunakan daya pemikiran mereka, sesuai dengan minat dan kemahiran yang telah mereka kuasai. Murid-murid juga berpeluang menjalankan aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar kebolehan mereka. Hal ini bermakna guru dapat

menggalakkan murid menggunakan pemikiran yang berasaskan fakta dan logik semata-mata. Namun demikian, semasa menjalani PBS, saya dapati guru yang mengajar bahasa Melayu pada ketika saya masuk ke kelas beliau tidak menjalankan kedua-dua aktiviti ini. Hal ini kerana kekangan masa yang timbul. Murid-murid mengambil masa yang terlalu lama untuk mencari perkatan dan menyiapkan buku kecil mereka. Namun begitu, bagi murid yang telah siap, murid tersebut dikehendaki mewarna dan menghias buku kecilnya.

PENILAIAN

Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Hal ini dapat dilaksanakan melalui aktiviti penilaian. Penilaian

membantu guru dalam memastikan perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Terdapat 2 jenis penilaian di sekolah iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada akhir semester. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. Penilaian formatif pula dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Maka guru dapat

mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Penilaian ini dilakukan di dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Berdasarkan pengalaman PBS, guru bahasa Melayu membuat penilaian dengan menentukan sejauh mana objektif pelajaran telah dicapai. Selain itu, guru tersebut membuat penilaian kognitif, afektif dan tingkah laku ke atas murid. Penilaian kognitif merangkumi pencapaian pengetahuan dan perkembangan intelek. Pencapaian afektif pula merupakan perkembangan perlakuan dalam minat, sikap, nilai serta rohani dan emosi manakala penilaian tingkah laku merupakan kebolehan murid melakukan

sesuatu perlakuan yang bermoral secara adil dan altruistik selaras dengan nilai murni masyarakat Malaysia. Guru berkenaan melakukan penilaian-penilaian ini berdasarkan pemerhatian ke atas murid.

Anda mungkin juga menyukai