Anda di halaman 1dari 7

Perkampungan Sains Dan Teknologi Hijau Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2013

Hits: 120 BELAGA, SARAWAK - Program Perkampungan Sains 2013 dirangka bagi memberi tumpuan kepada masyarakat luar bandar terutama pelajar-pelajar sekolah yang kurang berkemampuan bagi mempelajari sains dan teknologi hijau melalui aktiviti-aktiviti interaktif dan Hands On. Program khidmat masyarakat ini juga bertujuan membina satu masyarakat berbudaya sains dan berteknologi hijau ke arah budaya yang menyokong perubahan positif melalui suasana dan persekitaran yang sesuai dan kondusif untuk mengembangkan inovasi, penciptaan dan kelestarian untuk hari esok.

Program ini merupakan hasil usahasama Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE&GT) bersama Unit Jangkau Luar, Pusat Sains Negara (PSN) dalam mewujudkan modul program pendidikan bertemakan Teknologi Hijau. Pelaksanaannya telah dijalankan di Uma Juman, Sungai Asap, Belaga, Sarawak pada pertengahan bulaN Jun 2013 melibatkan kehadiran seramai 100 orang pelajar dari SMK Bakun dan SMK Belaga. Tidak ketinggalan, sebahagian komuniti Uma Juman, Sungai Asap juga terlibat sama dalam aktiviti-aktiviti sampingan yang disusun sepanjang perjalanan Program Perkampungan Sains ini. Tempoh selama 4 hari 3 malam telah berjaya menarik minat para peserta yang mengambil bahagian. Ini dapat dilihat melalui skill kemahiran kreatif dan inovatif yang ditonjolkan dalam tugasan-tugasan yang diberi. Antara pengisian program yang disusun merangkumi sesi penerangan mengenai sektor-sektor bidang Teknologi Hijau bertujuan memberi gambaran serta hubungkait dalam kehidupan seharian, Aktiviti 3R - peserta diminta menghasilkan kincir angin dan kincir air menggunakan gabungan bahan-bahan terpakai, Aktiviti Kecekapan Tenaga aktiviti yang berkait dengan penyambungan litar ringkas dan

panduan mengenai kecekapan tenaga, Aktiviti bangunan Hijau pembinaan bangunan yang berciricirikan smart building, Kenderaan Lestari merekacipta sebuah kenderaan bergerak menggunkaan daya elastik (getah),Aktiviti Xplorerace berupa aktiviti treasure hunt dimana pembelajaran sains dan teknologi hijau dipelajari semasa berada di stesen checkpoint yang ditempatkan di seluruh kawasan Uma Juman, Persembahan peserta menggabungkan semua sektor - sektor teknologi hijau yang telah dipelajari dan diterjemahkan dalam satu model bandar Teknologi Hijau dan dipersembahkan.

Kesimpulannya, program yang telah dijalankan memberi impak yang besar kepada peserta dalam menghayati dan menghargai bidang Sains dan Teknologi Hijau. Secara tidak langsung ia memberi pemahaman dalam menghubungkait dengan fenomena yang berlaku di sekeliling mereka.

Teknologi Hijau : Semua Pihak Perlu Berperanan by EDITOR on Mar 7, 2010 7:39 am 5 Comments

Oleh: Anny Lim Kiat Lian Mahasiswi UKM Bangi Apakah itu teknologi hijau? Sehingga kini didapati bahawa tahap kesedaran masyarakat terhadap teknologi hijau masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Buktinya masih banyak kilang-kilang yang mengeluarkan asap hitam yang membahayakan, penggunaan bahan baker kenderaan bermotor yang begitu membimbangkan, alam semulajadi yang semakin banyak dimusnahkan, sungai-sungai yang kotor dan pelepasan karbon ke udara yang banyak. Oleh itu, kempen berterusan untuk meningkatkan kesedaran umum tentang teknologi hijau dan pengurusan sumber tenaga secara berkesan terus dijalankan termasuk melalui artikel ini. Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semulajadi bagi menangani impak negatif akitiviti manusia. Teknologi hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumbersumber seperti tenaga, air, dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Produk itu akan selamat digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan. Ia juga menjimatkan tenaga dan sumber asli serta menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui. Objektifnya termasuklah mengurangkan kadar penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi. Selain itu, teknologi hijau memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang serta meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap teknologi hijau dan meluas teknologi hijau. Teknologi hijau juga mampu mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara yang menyebabkan fenomena perubahan cuaca dunia. Antara kesan-kesan fenomena perubahan cuaca dunia yang kita rasai ialah cuaca yang melampaui seperti keadaan cuaca panas yang sedang kita hadapi pada masa ini. Dasar Teknologi Hijau Negara yang dilancarkan itu berasaskan kepada empat tonggak iaitu tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial. Dari aspek tenaga, teknolgi hijau akan mencari kaedah untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan pada masa yang sama mempromosikan kecekapan guna tenaga. Dari aspek alam sekitar, kesan kepada alam sekitar dapat diminimumkan dan dipelihara. Dari aspek ekonomi, teknologi hijau meningkatkan pembangunan ekonomi Negara. Dari segi sosial pula, kualiti hidup rakyat dapat dipertingkatkan. Pembaca sekalian boleh mendapat maklumat yang selanjutnya dengan melayari laman web http://www.kettha.gov.my/bm/index.asp. Bumi tidak lagi mampu menanggung beban penggunaan kurang mapan dan pembaziran dilakukan manusia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menyampaikan ucaptama sesi pembukaan di Abu Dhabi pada 18 Januari tahun ini. Tenaga berperanan penting dalam semua aktiviti. Sumber tenaga Malaysia dibahagikan kepada 2 jenis iaitu sumber tenaga konvensional(tidak boleh diperbaharui) dan tidak konvensional(boleh diperbaharui). Sumber tenaga konvensional yang terbesar di Malaysia adalah petroleum dan jenis sumber ini akan semakin berkurangan serta habis jika digunakan secara berterusan. Contoh sumber tenaga bukan konvensional yang tidak terhad diguankan ialah biojisim dan solar. Ketika Revolusi Perindustrian yang bermula di Britain sejak abad ke-18 hinggalah ke hari ini, tenaga yang menggerakkan pembangunan dan pertumbuhan dunia ialah bahan api fosil yang terdiri daripada minyak, gas dan arang yang merupakan sumber tenaga konvensional. Bahan api fosil banyak membantu dalam pembangunan tetapi ramai orang tidak sedar dampak penggunaan bahan fosil terhadap bumi ini. Penggunaan bahan bakar fosil yang semakin meningkat telah berperanan besar dalam fenomena pemanasan global dengan melepaskan karbon dioksida(CO2) ke udara bebas dan seterusnya mempengaruhi perubahan iklim dunia. Untuk

mengurangakn bilangan manusia yang hanya memikirkan keuntungannya tanpa melindungi bumi, pemimpin dunia telah memperkenalkan pemakaian tenaga alternatif yang menggantikan bahan bakar fosil yang membahayakan. Terdapat pelbagai bahan boleh dijadikan alternatif bagi mengurangkan penggunaan bahan bakar fosil seperti tenaga solar(matahari), tenaga air, tenaga angin, hidrogen, dan biojisim kelapa sawit. Malaysia merupakan Negara yang beriklim panas dan lembap sepanjang tahun. Kita boleh memanfaatkan cahaya matahari pada waktu siang sebagai seumber tenaga untuk menggantikan tenaga elektrik. Walaupun kos untuk sistem solar tinggi dan sesetengah kawasan tidak mendapat matahari untuk jangka masa panjang kerana keadaan cuaca tidak menentu, tetapi kebaikannya tidak boleh diabaikan juga. Tenaga matahari dapat mengurangkan pencemaran udara dan kesan rumah kaca serta tenaganya boleh disimpan untuk penggunaan eletrik pada waktu malam. Tenaga ini boleh dimanfaatkan untuk tiang lampu yang banyak di Malaysia. Tenaga hidro berasal daripada air yang mengalir mengandungi tenaga yang boleh diubah menjadi tenaga elektrik. Tenaga hidro menampung keperluan pertanian. Tanah Malaysia yang kaya dengan flora dan fauna telah menjadikan Negara kita sebagai kawasan yang mempunyai bekalan air yang berterusan. Hampir 90% daripada sumber tenaga yang diperbahrui datang daripada kuasa hidro. Empangan telah digunakan sebagai sebuah stesen janakuasa hidro untuk menakung air sungai. Kebihan tenaga ini termasuklah tenaga ini adalah percuma. Air juga dapat disimpan di dalam empangan dan sedia digunakan pada masa yang diperlukan serta tidak ada sisa buangan yang menyumbang kepada pencemaran. Tenaga ini juga lebih diyakini berbanding dengan tenaga angin, matahari dan gelombang. Hidrogen juga merupakan bahan penggantian untuk bahan bakar fosil. Hidrogen boleh digunakan sebagai sejenis bahan api yang menggerakkan kenderaan.Hidrogen dibakar dalam enjin melalui kaedah yang serupa dengan kereta petrol tradisional. Dalam penukaran sel bahan api, hydrogen bertindak balas dengan oksigen untuk menghasilkan air dan elektrik untuk menjana motor tarikan eletrik. Kenderaan yang menggunakan hidrogen sebagai nahan bakar dapat mengurangkan penggunaan gas rumah tanaman dan perosak lapisan ozon. Tetapi untuk mendapatkan bahan ini adalah sukar kerana hidrogen diperoleh melalui kaedah termokimia yang menggunakan gas asli, arang, gas petroleum cecair, biojisim, melalui proses termolisis atau dihasilkan dari air melalui elektrolisis. Oleh itu, hidrogen dikenali sebagai kaedah yang paling kurang cekap dan paling mahal untuk mengurangkan gas rumah hijau. Biofuel juga merupakan bahan bakar alternatif untuk bahan bakar fosil yang dihasilkan dari bahan-bahan organik. Biofuel dapat dihasilkan secara langsung dari tanaman atau limbah industry, komersial, domestik, atau pertanian. Ada tiga cara untuk menghasilkan boifuel iaitu limbah organik kering(buangan rumah tangga), fermentasi limbah basah(kotoran haiwan) atau fermentasi tebu atau jagung dan tenaga dari hutan. Biofuel menghasilkan karbon dioksida yang jauh lebih sedikit daripada bahan bakar fosil yang mencemarkan udara. Biofuel dapat terurai dan sumber bahan buatan biofuel adalah terjamin serta mampu mengelakkan daripada rumah kaca. Secara kesimpulannya, satu sistem pengurusan sumber yang berkesan perlu dilaksanakan bagi menjamin bekalan dan penggunaan yang berterusan bagi kegunaan manusia pada masa depan. Untuk mengelak daripada bumi kita dilanda pemanasan global, pemakaian tenaga alternatif adalah amat digalakkan. Saya percaya bahawa teknologi hijau akan dapat banyak membantu dalam memuliharakan alam sekitar kita. Sama-samalah kita menghayati budaya Teknologi Hijau dan menjayakan program teknologi hijau. Cegah sebelum bumi kita padah.
- See more at: http://www.majalahsains.com/2010/03/teknologi-hijau-semua-pihak-perlu-berperanan/#sthash.Akln2tuy.dpuf

FASA - FASA BULAN


Pengenalan

Fasa bulan ialah peringkat perubahan bentuk bulan sepanjang pusingan di orbitnya mengelilingi bumi. Oleh kerana bumi beredar mengelilingi matahari di satah ekliptik, maka kedudukan bumi relatif dengan kedudukan bulan dan matahari sentiasa berubah-ubah. Perubahan ini mengakibatkan permukaan bulan yang bercahaya dilihat dari bumi dalam keadaan yang berbeza-beza bentuk. Ia tidak disebabkan oleh bayang-bayang atauumbra bumi yang jatuh ke atas permukaan bulan (keadaan ini hanya berlaku semasa gerhana bulan).

Rajah di atas menunjukkan peredaran bulan mengelilingi bumi.

Bentuk dan nama fasa bulan

Fasa bulan telah dinamakan mengikut urutan iaitu Anak Bulan/Bulan Baru (New Moon), Bulan Sabit Baru (Waxing Crescent), Bulan Separa Pertama (First Quarter), Bulan Purnama Baru (Waxing Gibbous), Bulan Purnama/Penuh (Full Moon), Bulan Purnama Lama (Waning Gibbous), Bulan Separa Akhir (Last Quarter), Bulan Sabit Lama (Waning Crescent).

Rajah di atas menunjukkan bentuk dan nama fasa-fasa bulan.

Anak Bulan/Bulan Baru - merupakan fasa bulan yang berlaku apabila bulan yang bergerak dalam orbit mengelilingi bumi berada di antara bumi dan matahari iaitu berada sebaris atau bersilangan dengan matahari jika dilihat dari bumi. Pada ketika ini, bahagian permukaan bulan yang gelap (yang tidak disinari cahaya matahari) akan menghadap ke arah bumi. Oleh itu, bulan tidak kelihatan melalui mata kasar.

Bulan Sabit Baru & Lama - sebahagian kecil (1% - 49%) sahaja permukaan bulan yang disinari cahaya matahari menghadap bumi.

Bulan Separa Pertama & Akhir - separuh (50%) daripada bahagian permukaan bulan yang disinari cahaya matahari menghadap bumi.

Bulan Purnama Baru & Lama - lebih separuh (55% - 99%) daripada bahagian permukaan bulan yang disinari cahaya matahari menghadap bumi.

Bulan Purnama/Penuh - merupakan fasa bulan yang berlaku apabila bulan berada di sebelah bertentangan dengan bumi dan matahari. Pada kedudukan ini, seluruh permukaan bulan yang disinari cahaya matahari akan menghadap bumi dan kelihatan bulat.

Bibliografi

__________. (2013). Perkampungan Sains Dan Teknologi Hijau Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2013 http://cetree.usm.my/index.php/en/2013-03-12-07-18-44/344-perkampungansains-dan-teknologi-hijau-peringkat-negeri-sarawak-tahun-2013

Anny Lim Kiat Lian. (2010). Teknologi Hijau : Semua Pihak Perlu Berperanan http://www.majalahsains.com/2010/03/teknologi-hijau-semua-pihak-perluberperanan/

Anda mungkin juga menyukai

  • Borang Soal Selidik Untuk Murid
    Borang Soal Selidik Untuk Murid
    Dokumen1 halaman
    Borang Soal Selidik Untuk Murid
    Wilson Lau Sie Wei
    Belum ada peringkat
  • Refleks 1 BM
    Refleks 1 BM
    Dokumen1 halaman
    Refleks 1 BM
    Wilson Lau Sie Wei
    Belum ada peringkat
  • PJ Isl
    PJ Isl
    Dokumen2 halaman
    PJ Isl
    Wilson Lau Sie Wei
    Belum ada peringkat
  • Rumusan PJ
    Rumusan PJ
    Dokumen1 halaman
    Rumusan PJ
    Wilson Lau Sie Wei
    Belum ada peringkat
  • Lampiran BM
    Lampiran BM
    Dokumen3 halaman
    Lampiran BM
    Wilson Lau Sie Wei
    Belum ada peringkat
  • Lampiran BM
    Lampiran BM
    Dokumen3 halaman
    Lampiran BM
    Wilson Lau Sie Wei
    Belum ada peringkat
  • Tahun 5 RPH PJ
    Tahun 5 RPH PJ
    Dokumen2 halaman
    Tahun 5 RPH PJ
    Wilson Lau Sie Wei
    Belum ada peringkat
  • Edu
    Edu
    Dokumen3 halaman
    Edu
    Wilson Lau Sie Wei
    Belum ada peringkat
  • Tahun 5 RPH PJ
    Tahun 5 RPH PJ
    Dokumen2 halaman
    Tahun 5 RPH PJ
    Wilson Lau Sie Wei
    Belum ada peringkat