Anda di halaman 1dari 8

4.

0 ANALISIS ARTIKEL

Apabila yang Diimpikan Sekadar Jadi Mimpi Oleh : Rashidah Mustaffa "Sungguh melayu pantang dicabar. Pantang lagi bila dikutuk dikeji.". Lumrah alam persekolahan, setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan pasti ada yang berjaya dan gagal. Bagi yang cemerlang, mereka boleh mengatur langkah memajukan diri tetapi bagaimana jika kecundang?. Kegagalan sukar diterima dan mengecewakan terutama bagi pelajar bercita-cita tinggi. Bagaimanapun, kegagalan itu bukanlah penamat masa depan sebaliknya mengajar seseorang memperbaiki kelemahan diri. Memang sukar menerima kegagalan dan menjadi sesuatu yang positif. Diri, fizikal dan mental perlu kuat. Kegagalan boleh menjadi sesuatu yang manis untuk masa depan jika diterima dengan terbuka. Bagaimana?. Dengan kegagalan itu, kita boleh bermuhasabah mengenai kekurangan diri mahupun usaha sudah dilakukan. Mungkin terlupa meneguhkan sesuatu aspek yang memerlukan suntikan dan usaha berganda. Kegagalan yang berlaku akan mengganggu dari sudut fizikal, mental, emosi dan spiritual. Antara kesan yang dapat dilihat melalui aspek fizikal contohnya makin berselera makan atau sebaliknya. Aspek mental pula menganggap dirinya malang, aspek emosi rendah diri dan hilang semangat dan aspek terakhir ialah aspek spiritual iaitu rasa putus asa kepada Allah. Kegagalan yang berlaku ini boleh memberikan kesan yang negatif jika tidak diurus dengan sebaik mungkin. Antara langkah-langkah utama ialah peranan ibu bapa itu sendiri. Ibu bapa memainkan peranan yang penting. Sokongan ibu bapa dapat menjadi penawar dengan kegagalan yang berlaku. Untuk masa ini, perhatian amatlah diperlukan. Dengan itu, mereka akan lebih dihargai dan disayangi serta berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatasi kegagalan yang berlaku. Ujian dari Allah merupakan tanda kasih sayang Allah kepada kita. Anak-anak harus diingatkan bahawa Allah berkuasa mutlak dalam menentukan kehidupan hambanya. Oleh itu, kita hendaklah redha dengan segala bentuk ujian yang diturunkan kepada kita dan hadapinya dengan penuh kesabaran. Ibu bapa perlu membimbing anak-anak agar reda dengan kegagalan. Rukun iman tentang percaya kepada Qadak dan Qadar merupakan pegangan asas yang harus dituruti.
10

Anak-anak perlu sentiasa bersikap positif. Mereka perlu mengelak daripada mengutuk diri sendiri agar motivasi diri sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Muhasabah diri penting dalam mengetahui kelemahan dalam diri sekaligus dapat memperbaiki kelemahan tersebut agar menjadi lebih baik. Sebagai manusia biasa, kita tak berkuasa untuk tentukan apa yang akan berlaku pada diri. Itu semua ketentuan Allah SWT. Apa yang mampu kita buat hanyalah berusaha sebaik mungkin kerana Allah yang Sebaik-baik Perancang.

11

12

13

Hati Hati dalam Berkawan. Oleh : Rashidah Mustaffa Dipetik daripada kata-kata dalam sepotong Hadith Nabi SAW yang bermaksud, Pilihlah rakan yang betul. Sekiranya kamu bersahabat dengan seorang penjual minyak wangi nescaya bauan kasturinya akan terkena kepada kamu. Tetapi, apabila kamu bersahabat dengan seorang tukang besi nescaya bau tengik besi akan terpalit juga kepada dirimu. Demikianlah betapa pentingnya pengaruh rakan dalam kehidupan kita. Sebagai remaja dalam alaf baru ini kita tidak boleh lari daripada bersahabat kerana sahabat menjadi resepi utama untuk menentukan arah tuju kita. Walau bagaimanapun, sebagai remaja yang berwawasan, kita harus bijak memilih rakan kerana rakan ketawa beramai-ramai, tetapi rakan menangis seorang diri. Banyak ciri rakan yang baik harus saya telitikan agar rakan tidak menjadi lawan pada hari kemudian. Antara kriteria terbaik untuk kawan anak-anak kita ialah bijak dan berakal. Berakal bermaksud bijak iaitu boleh berfikir dengan baik. Ibu bapa hendaklah menggalakkan anak-anak mencari rakan-rakan yang bijak dan berakal. Apabila bijak dan berakal, maka kesilapan yang dilakukan boleh dipelajari dan diatasi. Kriteria seterusnya ialah berakhlak baik. Berakhlak baik ialah orang yang menjaga hubungannya dengan Allah seperti solat fardu dan ibadah lain. Solat fardu merupakan tiang agama. Seseorang yang menjaga solat fardu hidupnya akan sentiasa dirahmati Allah. Oleh itu, rakan yang menjaga solat ini sekaligus dapat menarik rakan-rakan yang lain untuk lebih membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kriteria terakhir ialah memiliki peribadi yang soleh. Peribadi yang dimaksudkan ialah menghormati orang tua. Hormat-menghormati penting dalam kehidupan seharian. Rakan yang memiliki peribadi soleh dapat membentuk kita untuk mendapat peribadi yang soleh tersebut Sesungguhnya, setiap insan yang berjaya sentiasa didorong oleh minat dan keinginan untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Antara elemen kecemerlangan ialah bermotivasi, beriman, berilmu dan memperoleh rakan pembimbing yang baik. Oleh itu, kita hendaklah berusaha untuk memilih rakan-rakan yang memiliki ciri-ciri insan terpilih.
14

Anda mungkin juga menyukai