Anda di halaman 1dari 2

Saya penjatkan rasa bersykur ke hadrat ILahi kerana berjaya menyiapkan setiap tugasan Kerja Kursus SCE3104 dalam

jangka watu yang ditetapkan. Terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah matapelajaran ini iaitu Tuan Haji Abdul Rahman bin Sulaiman atas tunjuk ajar dan bimbingan berterusan yang telah beliau berikan sepanjang tempoh saya dan rakan-rakan menghasilkan tugasan kerja kursus ini. Beliau juga begitu dedikasi dalam menyampaikan kuliah pada setiap kali interaksi.

Tugasan untuk matapelajaran ini terbahagi kepada 3 tugasan yang setiap satunya berlainan tarikh serahan. Tugasan pertama adalah merupakan tugasan berkumpulan. Saya dan rakan sekumpulan perlu mengumpul maklumat dan membuat penulisan tentang strategi pengajaran Penyiasatan, Eksprimen, Demonstrasi dan Bercerita dalam Sains. Kami banyak membuat rujukan dari laman-laman web yang berkaitan untuk mndapatkan maklumat tentang empat strategi pengajaran tersebut. Setelah berjaya mendapatkan semua maklumat yang diperlukan, saya dan ahli kumpulan membahagikan tugas untuk membuat penuklisan tentang tajuk-tajuk tersebut. Banyak pengetahuan baharu yang telah saya perolehi setelah menghasilkan tugasan ini.

Untuk tugasan kedua pula, saya dan rakan-rakan sekumpulan yang terdiri daripada 4 orang kesemuanya perlu menghasilkan sebuah buku cerita pendek Sains untuk murid Tahap 2. Oleh kerana saya dan rakan-rakan kurang mahir tentang matapelajaran sains, maka kami telah meminta pendapat dari guru-guru Sains di sekolah kami. Selain itu, kami juga turut mencari maklumat dari laman web tentang buku cerita Sains kanak-kanak untuk dijadikan panduan. Walaubagaimanapun, setelah semua ahli kumpulan setuju untuk membuat cerita tentang Timbul dan Tenggelam, kami mula memfokuskan kepada topik ini. Saya mula mencari maklumat dan gambar

yang sesuai dari laman web dan juga buku cerita yang sesuai dengan topik ini. Saya juga meminta bantuan dari guru Sains di sekolah saya bagaimana untuk menghasilkan cerita tersebut. Akhirnya, saya dan rakan-rakan telah berjaya menghasilkan sebuah buku cerita sains bertajuk Timbul dan Tenggelam yang menceritakan tentang tiga orang rakan baik yang telah melalui pengalaman bola yang terjatuh ke dalam lubang yang dalam. Mereka bertiga berjaya menimbulkan semula bola tersebut, tetapi mereka gagal untuk menimbulkan bola besi yang telah terjatuh ke dalam lubang yang sama. Mereka juga turut mempelajari topik Timbul dan Tenggelam ini dalam matapelajaran Sains di sekolah mereka. Setelah menjalankan eksperimen tentang objek yang timbul dan tenggelam dalam air, barulah ke tiga-tiga rakan baik ini faham tentang konsep timbul dan tenggelam.

Setelah terhasilnya tugasan satu dan dua ini, pelbagai pengalaman dan pengetahuan baharu yang telah saya perolehi. Pengetahuan saya tentang kaedah pengajaran Sains dapat ditingkatkan berbanding sebelum ini, saya tidak mempunyai banyak pengetahuan tentang strategi pengajaran Sains. Selain itu, saya juga mendapat pengalaman baharu dalam menghasilkan buku cerita Sains. Jika sebelum ini, saya kurang mahir tentang bagaimana untuk menghasilkan buku cerita pendek untuk kanak-kanak, namun, setelah berjaya menyiapkan tugasan ini, saya telah mendapat pengetahuan dan kemahiran yang baru.

Tugasan terakhir ialah menjawab soalan kuiz yang akan diadakan pada interaksi ke lima nanti. Semoga saya akan dapat menjawabnya dengan baik. Kesimpulannya, dengan terhasilnya tugasan kerja kursus ini, saya telah dapat menambahkan pengetahuan serta pengalaman dalam mata pelajaran ini.

Anda mungkin juga menyukai