Anda di halaman 1dari 2

Refleksi AJK Kebersihan Oleh : Mohd Nazeri B Abllah : Mohammad Sadruddin B Saifudin

Pada 8 Julai 2013 yang lalu, kami dari kelas PISMP BM/PJ/KS 2 Ambilan Januari 2011 telah berpeluang melawat ke Sekolah Kebangsaan Berangan(1) di Tumpat yang mana merupakan sebuah sekolah yang terbaik di negeri Kelantan. Lawatan ini adalah di bawah program Bina Insan Guru (BIG) iaitu lawatan penanda aras guru cemerlang. Saya berasa besar hati kerana dapat pengalaman baru dan mempelajari banyak ilmu di sekolah yang terbaik itu.

Saya telah ditugaskan sebagai AJK Keselamatan sepanjang program Penanda Aras di sekolah itu. Kami telah menjadikan Encik Shukor iaitu Guru Cemerlang Bahasa Melayu sebagai penanda aras bagi seorang guru yang cemerlang. Saya juga telah mengawal secara menyeluruh dari segi aspek kawalan keselamatan sewaktu kami pergi ke sekolah dan balik. Semasa kami berada di sekolah,tahap keselamatan adalah terkawal tanpa ada sebarang kejadian yang tidak diingin berlaku. Kedatangan kami telah disambut dengan baik oleh pihak pentadbir sekolah dan Encik Shukor. Kami telah mendengar taklimat daripada Encik Shukor tentang latar belakang sekolah dan diri beliau serba sedikit secara amnya. Beliau merupakan seorang guru cemerlang Bahasa Melayu yang terdapat di negeri Kelantan.

Selepas itu, kami semua telah dijemput untuk mendengar taklimat tentang pencapaian sekolah. Sekolah ini memang amat cemerlang dalam akademik dan juga kokurikulum. Antara aktiviti sukan yang menonjol ialah bola tampar, bola jaring, dan lain-lain lagi. Selain itu, fasiliti sekolah juga amat canggih dan telah diberi takrifan yang amat baik. Saya memang kagum dengan cara pentadbiran dan bimbingan Guru Besar dan semua warga sekolah tersebut. Mereka memang amat berusaha untuk memberi sumbangan kepada bidang pendidikan supaya bidang pendidikan ini dapat dinaik taraf.

Terdapat banyak ilmu dan pengalaman yang saya dapat sepanjang BIG ini. Saya dapat melihat perkembangan kendiri yang baik dalam diri saya sepanjang program BIG ini berlangsung. Saya menjadi lebih bermotivasi untuk melaksanakan sesuatu tugas dengan rajin dan bersungguh-sungguh. Saya dapat merasakan bahawa seseorang itu perlu melaksanakan sesuatu tugas yang diberikan dengan sempurna. Kita tidak boleh membuat kerja sambil lewa untuk menyelesaikan sesuatu tugas. Sebagai orang bertanggungjawab terhadap keselamatan sepanjang program, saya perlu tahu bidang tugas saya. Kita perlu amanah dan bersungguh-sungguh dalam melakukan apa sahaja kerja kerana amanah yang telah diberikan itu adalah satu tanggungjawab kepada kita. Kami menganggap ini adalah cabaran yang terpaksa kami hadapi ketika melaksanakan tugas supaya hasil yang kami peroleh adalah yang terbaik di samping dapat membentuk nilai-nilai keguruan dalam diri kami. Nilai-nilai keguruan ini sangat penting ke arah membentuk insan guru yang berjiwa cekal dan berdisiplin.

Program BIG kali ini juga telah berjaya menyuntik semangat tanggungjawab dalam diri setiap guru pelatih. Nilai tanggungjawab ini adalah satu nilai yang sangat penting dan dituntut lebih-lebih lagi apabila kita bergelar seorang guru. Seorang guru itu tidak boleh terlepas daripada memikul tanggungjawab yang besar. Tanggungjawab yang paling besar bagi seorang guru ialah untuk mendidik manusia supaya menjadi insan yang berguna dan dapat berbakti kepada nusa dan bangsa. Nilai tanggungjawab seperti inilah yang ingin dipupuk dalam diri setiap guru pelatih termasuklah diri saya sendiri supaya semasa berada di sekolah nanti saya akan berasa lebih

bertanggungjawab untuk berhadapan dengan situasi yang lebih mencabar.

Anda mungkin juga menyukai