Anda di halaman 1dari 5

Bersenam ketika berpuasa boleh tingkatkan fungsi sistem dalaman tubuh bagi menyingkirkan toksin Puasa tidak sepatutnya

dijadikan alasan untuk tidak melakukan aktiviti kecergasan diri. Ini berikutan, mungkin ada yang bimbang tenaga disimpan akan berkurangan menjelang waktu petang. Fakta itu yang barangkali dianggap benar selama ini, ternyata salah. Walaupun dalam keadaan berpuasa pada siang hari, tidak bermakna aktiviti kecergasan anda juga harus berpuasa. Sebaliknya, untuk mengekalkan tahap kesihatan yang bagus, aktiviti kecergasan seperti senaman disyorkan dan ia sangat membantu, namun lakukan setakat termampu diterima oleh badan. Terdapat senaman yang boleh diaplikasi pada bulan Ramadan supaya dapat mengekalkan stamina dan kecantikan bentuk badan." Wan Suhaila Wan Abdul Malek, Jurulatih peribadi Contours Express Jurulatih peribadi, Contours Express, Wan Suhaila Wan Abdul Malek, berkata secara asas, sistem badan yang terbabit ketika bersenam meliputi sistem jantung, paru-paru, peredaran darah, sistem otot dan tulang; sistem limfa serta sistem badan yang lain. Wan Suhaila berkata, bersenam ketika berpuasa boleh meningkatkan fungsi sistem ini untuk menyingkirkan hasil perkumuhan badan dan toksin dalam badan. Justeru, katanya jika ada masa terluang atau kesempatan lakukanlah senaman yang bersesuaian. Senaman pada bulan puasa tidak semestinya senaman seperti yang biasa dilakukan setiap hari, tetapi ia bergantung kepada bentuk senaman yang mudah untuk anda. Terdapat beberapa senaman yang boleh di aplikasi pada bulan Ramadan supaya dapat mengekalkan stamina dan kecantikan bentuk badan khusus untuk wanita, katanya ketika ditemui di gimnasium berkenaan, di Shah Alam, baru-baru ini. Faktor berat badan meningkat Wan Suhaila berkata, tenaga bukan saja diperoleh daripada sumber makanan tetapi juga boleh didapati daripada simpanan lemak yang dihasilkan daripada aktiviti penghadaman selama sebelas bulan tidak berpuasa. Sementara itu, dalam kajian Jurnal Aplikasi Fisiologi menyatakan, bersenam sebelum, semasa dan selepas berbuka puasa boleh mengurangkan kehilangan glikogen di dalam sistem otot dan meningkatkan penggunaan sumber tenaga daripada lemak untuk bersenam. Ini sekali gus, dapat mengurangkan kandungan lemak di dalam badan kita dan dapat mengurangkan masalah berat badan.

Selain itu, kajian di dalam Jurnal Nutrisi juga mencatatkan, orang yang bersenam ketika berpuasa akan mengurangkan berat badan dengan cepat daripada orang yang bersenam tetapi tidak berpuasa. Tegas Wan Suhaila, tanggapan masyarakat bahawa badan akan kurus apabila berpuasa adalah tidak benar kerana tanpa regim senaman yang biasa dilakukan, tidak mustahil berat badan seseorang boleh meningkat naik. Katanya, apabila seseorang itu sudah biasa bersenam, tetapi berhenti pada bulan Ramadan, dia akan sentiasa berasa lapar dan mengambil jumlah makanan yang banyak. Itu adalah antara faktor peningkatan berat badan kerana tiada langsung pembakaran kalori berlaku. Justeru, amat digalakkan untuk bersenam sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu sekalipun berpuasa, katanya. Bukan itu saja, jika anda berhenti bersenam secara mendadak, ditambah pula pengambilan makanan ketika bersahur dan berbuka, ia langsung tidak menjanjikan penurunan berat badan, tetapi berkemungkinan meningkat berat badan pada bulan Ramadan. Senaman ikut keselesaan Beliau berkata, bagi mereka yang menumpukan perhatian untuk senaman pembakaran lemak, senaman kardio selama 30 hingga 45 minit sebelum berbuka adalah sangat sesuai kerana ia sudah hampir waktu berbuka puasa. Selepas berbuka ia dapat mengembalikan semula tenaga anda berbanding jika melakukan seawal yang mungkin. Paling penting lakukan senaman mengikut keperluan tubuh dan jangan terlalu mendesak untuk membakar lemak. Namun begitu, jika anda terasa pening elok berhenti bersenam kerana senaman tanpa air tidak semudah yang disangka, katanya. Suhaila berkata, masa bersenam juga perlu diambil kira kerana ia sekurang-kurangnya dapat membantu anda untuk kekal aktif tanpa berlaku gangguan kesihatan. Jelasnya, sebaik-baiknya senaman dilakukan sebelum berbuka iaitu antara jam 6 hingga 6.30 petang dan selepas itu boleh terus berbuka. Jika tidak berkesempatan, buatlah sebelum tidur. Tetapi pastikan senaman sebelum tidur perlu dilakukan dua jam selepas menikmati makanan berat dan ia dapat membantu anda untuk tidur dengan cepat dan lena.

Saya yakin ,jika amalan senaman tidak ditinggalkan pada bulan puasa, berat badan anda akan mungkin akan turun walau berapa banyak makanan yang anda ambil, katanya.

Wan Suhaila berkata, pemakanan seimbang juga perlu diberi perhatian dan paling penting, makan dengan perlahan-lahan yang mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit dan seboleh-bolehnya kunyah sebanyak 44 kali. Sebenarnya dalam tempoh 10 minit pertama kita akan berasa lapar yang teramat sangat, tetapi melepasi tempoh berkenaan, ia akan hilang. Justeru seeloknya kunyah perlahanlahan supaya makanan yang diambil tidak terlampau banyak. Selain itu, banyakkan mengambil serat kerana ia ibarat bara di dalam badan. Selepas anda bersenam, serat berkenaan akan membakar kalori di dalam badan secara perlahanlahan, katanya. INFO: Tips bersenam * Panaskan badan terlebih dulu secara perlahan-lahan selama lima minit * Lakukan senaman kardio selama 10 minit (seperti berbasikal; berenang; berjalan laju dan aerobik dengan laju) * Kemudian lakukan senaman seperti biasa untuk menjaga kesihatan. * Jangan lupa minum sekurang-kurangnya 2.5 liter air sehari (jika bersenam selepas berbuka) dan bagi mengelak kekejangan. * Jangan terus melakukan senaman sebelum memanaskan badan kerana ia akan membuatkan anda kejang otot. Tips untuk kempiskan perut. * Sering lakukan senaman kardio seperti bersukan, berenang, berbasikal, jalan laju dan sebagainya. Lakukan dengan betul, selamat Jika ingin bersenam, cara pernafasan mesti dijaga dan dilakukan dengan betul kerana apabila salah bernafas, selepas bersenam ia mungkin membuatkan anda lapar. Oksigen penting untuk membakar lemak, tetapi jika tersalah teknik pernafasan ia mungkin akan membakar gula yang berfungsi untuk memberikan tenaga. Oleh itu, jangan sesekali bercakap, berborak dan sebagainya ketika bersenam bagi mengelakkan anda lapar.

Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian ialah jangan bersenam dalam posisi yang salah. Ia bukan saja akan menyebabkan kerosakan tubuh, malah langsung tidak mendatangkan faedah kepada diri anda. Jika anda bersenam sendiri di rumah, pastikan postur tubuh sentiasa dalam keadaan yang betul. Untuk panduan bersenam cara yang betul, selamat dan berkesan, Jurulatih peribadi, Contours Express, Wan Suhaila Wan Abdul Malek, berkongsi beberapa langkah yang harus diikuti: Panaskan badan selama lima minit 1. Mulakan senaman dengan otot yang besar iaitu peha dan pinggang. Cangkung (squad) sedikit dan gunakan pemberat untuk mendapatkan kesan. Turun dan naik dan lakukan sebanyak lapan hingga 10 kali. 2. Turunkan sebelah lutut sehingga ingin mencecah lantai. Lakukan sebanyak lapan hingga 10 kali. Kemudian tukar kaki sebelah. 3. Senaman punggung. Turunkan kedua-dua lutut mencecah lantai. Lakukan pumping seperti biasa. Ia bagus untuk dada dan lengan. 4. Senaman untuk lengan. Tangan kebelakang memegang kerusi. Turunkan punggung ke bawah dan ulang sebanyak 10 kali. 5. Senaman untuk lengan depan(biseps). Gunakan dumbell yang ringan(1kg) dan ulang sebanyak 10 kali untuk kedua-dua tangan. 6. Senaman untuk lengan menggelebeh. Ambil dumbell (1kg) dan pegang ia ke atas. Turunkan dari belakang bawa ke depan. Ulang sebanyak 10 kali. 7. Senaman perut (crunches). Luruskan tangan ke atas dan naikkan kepala. Jangan sampai dagu mencecah dada. 8. Senaman perut tepi (side crunches). Luruskan tangan ke bawah dan bawa ia ke kiri dan ke kanan. Lakukan sebanyak 10 kali. 9. Senaman reverse crunch. Tegakkan kaki 90 darjah, tangan lurus ke bawah dan naikkan punggung ke atas. Lakukan sebanyak 10 hingga 15 kali. INFO: Senaman anda akan lebih bermakna jika:

* Pilih aktiviti senaman yang menyenangkan dan menghiburkan hati anda, bukan sebaliknya. * Bagi individu yang mempunyai penyakit berbahaya anda disaran bertemu doktor bagi mendapatkan nasihat senaman yang bersesuaian. * Pakai pakaian yang bersesuaian dengan senaman yang dilakukan bagi mengelak ketidakselesaan dan kecederaan. * Pilih waktu dan tempat yang sesuai supaya anda berasa lebih selesa dan jadikan senaman satu tabiat yang fleksibel. * Jika perlu gunakan muzik untuk mendapatkan mood senaman anda. * Lakukan aktiviti riadah dengan orang yang paling disenangi seperti keluarga, jiran dan rakan bagi meningkatkan tahap psikologi dan motivasi diri.

Anda mungkin juga menyukai