Anda di halaman 1dari 7

JURNAL KE-1

MASALAH

Pada semester kedua saya sebagai pelajar KPLI diwajibkan mengikuti praktikum selama 12 minggu di sekolah rendah di sekitar kawasan maktab. Saya telah dipertanggungjawabkan di Sekolah Kebangsaan Seri Muda, Alor Biak, Ayer Hitam, Kedah. Di sini saya akan di bombing untuk mengajar matapelajaran minor. Pada hari pertama saya menjejaki bengkel Kemahiran Hidup di sekolah ini, saya berasa sungguh kurang selesa. Bengkel ini sama sekali tidak sesuai bagi melaksanakan sebarang sesi pengajaran dan pembelajaran terutamanya murid yang masih di peringkat kanak-kanak. Keadaan bengkel adalah sangat sempit disebabkan penyusunan peralatan yang tidak teratur dan terlampau banyak sangat barangan yang tidak diperlukan yang tersimpan di bengkel ini. Keadaan bengkel ini menyebabkan murid menjadi tidak selesa dan objektif P&P sukar di capai.

ANALISIS MASALAH

Punca utama yang dikenal pasti yang menyebabkan suasana bengkel Kemahiran Hidup sedemikian rupa dan tidak sesuai bagi sesi P&P adalah seperti yang disenaraikan di bawah ini : a) Peralatan yang agak mencukupi di dalam bengkel tetapi

penyusunannya tidak memuaskan dan berteraburan di merata tempat di dalam bengkel.

b) Surat Pekeliling yang diterima oleh pihak pengurusan sekolah yang menyatakan bangunan blok di mana bengkel Kemahiran Hidup berada akan dirobohkan dan pembinaan blok bangunan baru bermula pada bulan Mei.

c) Terlampau banyak peralatan / kertas yang tidak dipergunakan berlonggok di dalam bengkel selepas bengkel ini berpindah dari bangunan asal yang telah dirobohkan.

d) Tiada penjagaan rapi terhadap pengurusan bengkel Kemahiran Hidup.

CADANGAN

Untuk mengatasi masalah ketidakseimbangan bengkel Kemahiran Hidup ini terhadap murid, aktiviti P&P serta tidak ketinggalan juga guru yang mengajar, beberapa langkah telah dicadangkan seperti yang disenaraikan di bawah ini :

a) Berbincanag dengan guru pembimbing untuk membersihkan bengkel Kemahiran Hidup selepas sesi persekolahan iaitu selepas pukul 1.30 petang.

b) Menyusun peralatan bengkel mengikut jenisnya serta merekodkan inventorinya dan melabelkannya dengan jelas.

c) Segala peralatan yang using dan yang tidak mampu diubahsuaikan akan kegunaannya akan dilupuskan.

d) Pembinaan beberapa rak yang baru bertujuan untuk mempamerkan peralatan bengkel dan mudah dialihkan walaupun bangunan ini bakal dirobohkan kelak.

e) Menyediakan bahan bacaan serta carta yang bersesuaian dengan bengkel Kemahiran Hidup.

f) Sediakan peraturan yang sesuai dengan bengkel Kemahiran Hidup.

TEMPOH PENYELESAIAN

Masalah ini dijangka dapat diatasi dan diselesaikan dalam masa 3 minggu.

TINDAKAN SUSULAN

1. Guru praktikum berserta dengan guru pembimbing berjumpa dengan Puan Guru Besar dan dapatkan sokongan terhadap perubahan yang ingin diwujudkan. Sukacitanya sokongannya adalah 100% terhadap cadangan dan tambahan pula beliau juga sanggup meluangkan masanya terhadap isi ini.

2. Mengeluarkan segala peralatan yang tersembunyi dan terlindung di dalam bengkel Kemahiran Hidup.

3. Mengasingkan segala peralatan di bengkel Kemahiran Hidup mengikut kategorinya. Di samping itu, segala peralatan yang tidak kaitan dengan bengkel Kemahiran Hidup dikumpulkan dan diasingkan.

4. Meminta bantuan daripada pembantu am sekolah untuk mengalihkan perkakas di bengkel seperti rak serta almari yang using. Tambahan pula meminta mereka untuk membersihkan habuk di bengkel

Kemahiran Hidup.

5. Meminta pembantu am mencatkan dinding serta pintu bengkel yang kelihatan using dengan saki baki cat yang masih terdapat di bengkel.

KESIMPULAN

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Muda, Puan Harison Salleh sungguh memahami masalah yang dihadapi oleh Ketua Panitia Kemahiran Hidup iaitu Encik Mohd Zaini Mardzuki mengenai penyelenggaraan bengkel Kemahiran Hidup ini. Beliau sanggup setuju untuk mengeluarkan sedikit daripada peruntukkan sekolah bagi menampung perbelanjaan penyelenggaraan bengkel ini.

Aktiviti

membersihkan

bengkel

ini

dimulakan

selepas

sesi

persekolahan bagi mengelakkan sebarang gangguan kepada murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. Dengan bantuan para pembantu am sekolah, almari using yang terdapat pada bahagian bengkel telah dikeluarkan. Tambahan pula mereka juga telah membantu membersihkan habuk dalam bengkel ini. Laci-laci dari almari using telah diubahsuaikan menjadi rak menyimpan barangan serta peralatan bengkel. Semua peralatan dipunggahkan dan diasingkan mengikut jenis serta kegunaannya. Meminta pertolongan

segelintir murid bertujuan untuk membersihkan peralatan yang telah dikategorikan mengikut jenis. Encik Mohd Zaini, selaku Ketua Panitia telah menyediakan dua buah rak bertingkat dan lebar untuk mempamerkan peralatan bengkel. Kedua-dua rak ini boleh di ubah kedudukannya mengikut kesesuaian, oleh itu sekiranya berlaku kecemasan bangunan ini akan dirobohkan, maka rak ini masih boleh dikeluarkan dan digunakan seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai