SENARAI KANDUNGAN
BIL PERKARA
1.
SEKAPUR SIREH
2.
PENGENALAN
3.
OBJEKTIF
4.
5.
REFLEKSI KENDIRI
NURHAIDAWATI HJ RAMLI
Page 1
Terlebih dahulu, saya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana telah melindungi saya sehingga kami dapat menempuhi Program Bina Insan Guru ( BIG ) ini dengan berjaya sekali. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua
pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pelaksanaan program ini. Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua pihak pastinya program ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tutor Pn Azlinda yang tidak jemu-jemu mengiringi dan membimbing saya. Teguran dan motivasi ini akan dijadikan panduan yang amat berguna kepada saya nanti. Sesungguhnya program ini sangat bermanfaat dan berguna kepada kami
untuk membina jati diri sebagai seorang pendidik, sekaligus dapat melatih diri dan bersedia untuk menempuh pelbagai cabaran dan dugaan khususnya dalam profesion perguruan.
Saya ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kekasaran dan kesilapan yang saya lakukan sepanjang mengikuti program ini. Mungkin ada
perlakuan, sikap atau tutur kata yang tidak menyenangkan yang dilakukan secara tidak sengaja dan tanpa disedari. Sekali lagi saya memohon kemaafan.
Akhir kata, diharap apa yang dipelajari sepanjang mengikuti program ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian , khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bersama-samalah kita melengkapkan diri kita dengan pelbagai ilmu supaya dapat melahirkan anak bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Semoga kita semua mendapat hidayah dan rahmat dari Allah S.W.T. insyaallah. Sekian terima kasih.
NURHAIDAWATI HJ RAMLI
Page 2
Semua
Institut Perguruan Malaysia mesti mengikuti program ini bagi melayakkan mereka ditauliahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian . Enam
domain utama kurikulum Bina Insan Guru perlu dicakupi bagi melahirkan golongan pendidik yang mempunyai cirri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul. domain tersebut ialah kerohanian dan akhlak keguruan; Enam
berbakti, berakauntibiliti dan amanah , berdaya tahan yang tinggi, berjiwa merdeka dan perkasa serta kreatif dan Inovatif.
Sebagai seorang pendidik, guru ialah insan yang mulia dan berjasa kerana merekalah yang bertanggungjawab mendidik manusia bagi melahirkan generasi Muslim yang beriman dan beramal soleh serta sanggup melaksanakan tugas terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Guru dalam sejarah hidupnya sentiasa menghargai kejayaan anak didiknya serta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk manfaat dan kesejahteraan orang lain.
NURHAIDAWATI HJ RAMLI
Page 3
2. Meningkatkan semangat berpasukan, bekerjasama, bertanggungjawab dan mengamalkan hidup bersepakat dam berpasukan
4. Meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta perpaduan masyarakat. 5. Meningkatkan kemahiran mengurus diri , kumpulan dan masa dengan berkesan. 6. Meningkatkan perkembangan potensi diri sebagai insan yang berakhlak mulia melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian.
NURHAIDAWATI HJ RAMLI
Page 4
TUGASAN BIG
KERTAS KERJA : PROGRAM latihan dalam perkhidmatan guru 2013 Tarikh : 19 JANUARI 2013
Hari : Sabtu
NURHAIDAWATI HJ RAMLI
Page 5
TUGASAN BIG
Program Anjuran Sasaran Tarikh Tempat : Latihan Dalam Perkhidmatan Guru : Jawatankuasa LADAP : Semua Guru dan Staf SKPR : 19 Januari 2013 ( Sabtu ) : Bilik Mesyuarat SKPR
Objektif
: 1. Menunjukkan ciri-ciri insan guru yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama.
2. Meningkatkan
semangat
berpasukan,
bekerjasama,
3. Meningkatkan
dan
menguasai
kemahiran
interpersonal
dan
intrapersonal serta perpaduan masyarakat. Sumber Kewangan : Strategi Pelaksanaan : 1. Perbincangan dengan pihak pentadbir. 2. Mesyurat bersama guru-guru. 3. Penyediaan kertas kerja 4. Pembentangan kertas kerja. 5. Pengagihan tugas 6. Pelaksanaan program. 7. Membuat laporan dan Penilaian.
NURHAIDAWATI HJ RAMLI Page 6
Pihak Sekolah
TUGASAN BIG
Tarikh : 19 Januari 2013 Hari : sabtu Masa : 8.00 pagi 5.30 petang Tempat: Bilik Mesyuarat SK Paya Resak , Marang
: En Alias Abdullah ( Guru Besar ) : En Asri Abd Rahman ( GPKPA ) : En Khairil Amin ( GPK HEM ) ; Pn. Nurhaidawati Hj Ramli : Cik Normaliza bt Md Yusof : En. Mohd. Nazri b. Ghazali
Pn Zaharah Mahmood
NURHAIDAWATI HJ RAMLI
Page 7
TUGASAN BIG
1. Makanan
RM 8 x 55 x 1 hari = RM 440
JUMLAH
RM 440
Disediakan oleh:
NURHAIDAWATI HJ RAMLI
Page 8
TUGASAN BIG
PERKARA
BERSURAI
NURHAIDAWATI HJ RAMLI
Page 9
Maksudnya: Sesungguhnya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (daripada kalangan kamu) beberapa darjat. (Surah Al-Mujaadalah ayat 11).
NURHAIDAWATI HJ RAMLI Page 10
Pendidikan Guru dicapai dengan jayanya. Pendidik memainkan peranan yang dominan dalam merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan kaum. Guru juga membuktikan bahawa mereka mampu mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Guru ialah ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberhasilan guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi disifatkan sebagai cabaran yang harus didepani dengan profesional. Seperti profession lain, bidang keguruan yang juga terkandung dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan tidak terkecuali mendepani cabaran yang cukup besar. Perkembangan bidang sains dan teknologi turut menjadikan bidang pendidikan semakin mencabar. Dunia pendidikan berubah dengan penekanan diberikan terhadap
penggunaan teknologi maklumat yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Keadaan ini seterusnya menyebabkan pengurusan di sekolah menjadi semakin kompleks. Guru dalam konteks pendidikan sebenarnya berperanan sebagai ejen penyalur budaya dan ilmu. Selain itu, guru berperanan sebagai institusi kedua selepas keluarga. Dalam cakupan ini, guru memainkan peranan sebagai ejen pewarisan budaya yang penting bagi membentuk sesebuah masyarakat. Proses pembelajaran mungkin berlaku secara spontan dan personaliti berubah secara tidak disedari. Guru harus mendepani cabaran secara profesional dan sedar tentang hakikat bahawa guru ialah pembimbing dan pendidik dalam masyarakat yang berbudaya.
NURHAIDAWATI HJ RAMLI
Page 11
TUGASAN BIG
Banyak persepsi yang melingkari profesion keguruan, antaranya tanggapan yang menyatakan bahawa profesion keguruan sebagai mudah dan tidak memeningkan kepala, namun menjanjikan gaji yang memuaskan. Sebenarnya profesion keguruan mempunyai cabarannya sendiri dan memerlukan persediaan yang secukupnya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Profesion keguruan menjurus cabaran yang dihadapi di kawasan sekolah amnya dan cabaran dalam pengajarannya khususnya. Dalam Islam terdapat 4 martabat guru atau pendidik iaitu: 1. Mudarris yang bermaksud guru yang hanya mengajar mata pelajaran
kemahiranmereka sahaja. 2. Muallim yang bermaksud guru yang tidak hanya mengajar mata pelajaran mereka tetapi turut menyampaikan ilmu-ilmu lain. 3. Mursyid yang bermaksud guru yang menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar. 4. Murabbi yang bermaksud guru yang mendidik, memelihara, mengasuh,
mentarbiyyah anak didiknya menjadi manusia yang berilmu, bertaqwa dan beramal soleh. Sebagai seorang guru yang beriman dan bertaqwa, keempat-empat ciri di atas hendaklah difahami dan dihayati di dalam kehidupannya sebagai pendidik terutamanya ciri keempat iaitu mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak didiknya menjadi manusia berilmu, bertaqwa dan beramal soleh. Jika tugas ini dapat direalisasikan dalam pendidikannya maka kedudukannya sungguh mulia dan akan duduk berdekatan dengan Nabi s.a.w pada hari akhirat nanti.
NURHAIDAWATI HJ RAMLI
Page 12
TUGASAN BIG
Persepsi yang menyatakan bahawa guru ibarat ibu bapa kedua secara tidak langsung menggambarkan tanggungjawab yang besar kepada golongan pendidik. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan ibu bapa meletakkan sepenuh kepercayaan dan tanggungjawab kepada guru untuk mengajar anak mereka supaya cemerlang dalam bidang akademik. Oleh sebab itu, kesan globalisasi dan liberalisasi menuntut guru yang berilmu agar celik dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Dalam suasana alaf baharu yang berorientasi teknologi maklumat dan komunikasi TMK, teknologi memainkan peranan yang besar dalam pendidikan. Guru yang aktif dan bersikap terbuka akan sentiasa melihat teknologi baharu sebagai perkara yang positif dan berusaha mencari alternatif yang terbaik bagi menguasainya. Pengaplikasian teknologi dalam pengajaran akan menghasilkan generasi berteknologi yang mampu mengharungi era globalisasi, sekali gus merealisasikan impian negara agar menjadi negara maju pada 2020.
CABARAN GURU
Guru profesion adalah seseorang yang tahu menghasilkan kerja bermutu tinggi dalam bidangnya serta sentiasa bersedia berkongsi kepakarannya di samping sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Matlamat kerjaya seorang guru ialah menghayati prinsip perkembangan yang berterusan. Impak daripada tugas yang dilaksanakan ternyata memberi sumbangan yang amat penting dalam pembangunan ekonomi dan masa depan generasi muda khususnya dalam konteks pembinaan modal insan. Seseorang guru perlu melalui beberapa peringkat dalam kerjayanya sebelum dapat mencapai ke tahap kepakaran atau kecemerlangan . Antara cabaran yang perlu ditangani para pendidik kini adalah untuk melahirkan masyarakat bersatu padu, berilmu pengetahuan dan berdaya saing. Ini kerana masyarakat kini bersifat dinamik dan progresif serta mula menyedari bahawa pendidikan adalah alat penting untuk menjamin kesejahteraan hidup pada masa akan datang.
NURHAIDAWATI HJ RAMLI Page 13
TUGASAN BIG
Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama iaitu mengajar, mendidik serta merubah manusia yang bernama pelajar daripada keadaan tidak mengenal huruf, mengira dan membaca kepada celik huruf, bijak dan menjadi manusia berjaya. Tapi kenapa kini pandangan masyarakat terhadap guru dan profesionnya mula berubah. Jika dulu mereka dipandang tinggi tapi kini seakan-akan terpinggir. Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan hari ini menuntut perubahan perspektif masyarakat terhadap kerjaya ini.
Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi sesiapa saja kerana hanya mereka mempunyai kualiti, berketerampilan, kewibawaan, kelayakan, minat. Iltizam, dan berjiwa pendidik layak menjadi guru. Di samping menuntut kesungguhan dan tanggungjawab guru dalam mengharungi cabaran di era globalisasi, pemantapan kebajikan dan kerjaya harus diberikan penekanan sewajarnya. Antara cabaran profesion guru di sekolah rendah ialah tugas seorang guru dalam menyampaikan pengajarannya dalam bilik darjah. Buat masa ini guru terpaksa menggunakan pendekatan, teknik dan kaedah yang terbaharu dalam sistem pendidikan yang diperkenalkan. Cara chalk and talk bukan lagi suatu kaedah yang sesuai. Guru mesti menguasai kaedah pedagogi yang sinonim dengan pengetahuan sedia ada murid yang bersifat homogenius, menggunakan bahan bantuan mengajar yang sistematik. Apabila bahan bantuan mengajar digunakan guru terpaksa menggunakan teknologi terkini dengan sumber kewangan yang terhad. Kaedah berpusatkan murid mesti dilaksanakan dalam pengajaran seseorang guru. Guru kena berfungsi sebagai medarator yang berkesan. Pencapaian objektif mesti berbentuk eksplisit yang mampu merangsang murid memahami isi pembelajaran. Penilaian secara formatif perlu dilaksanakan. Oleh itu, secara keseluruhan sistem penyampaian guru dalam pembelajaran dan pengajaran bukan lagi berbentuk stereotaip tetapi berbentuk proaktif. Persediaan seorang guru bukan lagi berbentuk nota atau ringkasan mengajar tetapi persediaan
NURHAIDAWATI HJ RAMLI Page 14
TUGASAN BIG
mengajar yang lengkap bermula daripada set induksi, perkembangan isi pengajaran, penilaian formatif dan kesimpulan yang dikaitkan dengan nilai. Unsur nilai tambah seperti pembelajaran kontekstual, konstruktivisme, pembelajaran masteri dan kecerdasan pelbagai juga perlu diterapkan yang mempunyai kaitan dengan penyerapan dan penggabungjalinan dalam isi pengajaran. Untuk menghadapi cabaran ini seorang guru perlu menggunakan peluang kursus penambahbaikan pedagogi yang dianjurkan oleh Unit Kurikulum Jabatan pelajaran dan Pusat Perkembangan Kurikulum. Penggunaan bahan autentik sebagai bahan bantu mengajar dapat
menyelesaikan keperluan bahan bantuan mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Semua ilmu pedagogi yang diperoleh akan dapat dilaksanakan dengan baik.
Selanjutnya, cabaran lain yang terdapat pada seseorang guru ialah seorang guru diberikan pelbagai jawatan yang bukan sepatutnya dilakukan oleh seseorang guru. Seorang guru terpaksa memegang beberapa potfolio dalam sesuatu jawatankuasa yang diwujudkan atas kapasiti yang tidak berkaitan dengan subjek yang diajar. Sebagai contoh, seorang guru yang sudah dilantik sebagai Ketua Panitia subjek terpaksa menjadi ahli untuk jawatankuasa bagi pengurusan Hal Ehwal Murid seperti Bahagian Perabot, Keceriaan dan Keselamatan sekolah serta Pengurusan Bangunan dan Pemuliharaan Bangunan dan pelbagai ini. Dengan kesibukan dalam menyediakan rancangan pembelajaran dan pengajaran dalam kelas serta menanda latihan murid seorang guru terpaksa menguruskan hal-hal yang sedemikian seperti sistem pemfailan, inventori, rekod kemas kini dan sebagainya yang perlu dilengkapkan dan diurus dengan baik. Cabaran ini kena dilaksanakan oleh guru bagi membantu proses pembangunan dan aset sekolah. Untuk mengatasi cabaran ini seorang guru perlu bijak mengagihkan masa semasa di sekolah iaitu menyampaikan isi pengajaran dan melakukan penandaan buku semasa di bilik darjah. Dalam proses tersebut guru perlu mengisi masa lapang atau masa tidak mengajar untuk melaksanakan sistem pendokumentasian tersebut.
NURHAIDAWATI HJ RAMLI Page 15
TUGASAN BIG
Justeru itu, seseorang guru perlu mengimbangi masa yang diperlukan mengajar dan melaksanakan kerja-kerja samping tersebut. Kerangka kerja perlu disediakan dengan lebih detail berserta dengan senarai semak. Di samping itu, cabaran berkaitan dengan penyediaan pelbagai dokumen yang terlalu rencam serta tidak melibatkan tugas utama seorang guru dalam pengurusan pembelajaran dan pengajaran (PNP) dalam bilik darjah. Seorang guru seolah-olah terpaksa menjadi kerani yang perlu mengisi pelbagai dokumen pengurusan pendidikan. Seorang guru terpaksa mengagihkan pinjaman buku teks, sistem maklumat murid, sistem kokurikulum sekolah dan borang-borang tertentu yang melibatkan murid yang langsung tiada kaitan dengan pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah. Kadang-kadang terdapat borang-borang yang terpaksa diisi secara adhock dan perlu disegerakan. Tugas guru yang sepatutnya lebih kepada pengajaran dan mendidik telah lari daripada tugasan yang sebenar namun seorang guru perlu melakukannya bagi keperluan dalam pengurusan pentadbiran murid. Pendapat ini bersesuaian dengan kajian yang telah dikemukakan oleh Prof Dr Aminah Ayob Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim
( 2010 : Slide 21) dalam pembentangan kertas kerja Pendidikan Guru Profesional : Cabaran Masa Hadapan di Akademi Sains Malaysia menyatakan bahawa cabaran guru kini ialah terpaksa melakukan pelbagai kerja perkeranian di samping menyampaikan isi pengajaran ketika mengulas satu artikel dalam suratkhabar. Justeru itu, untuk menghadapi cabaran seseorang guru perlu memegang beberapa jawatan yang bukan ada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dan penyediaan pelbagai dokumen, seorang guru perlu mengimbangi masa yang diperlukan mengajar dan melaksanakan kerja-kerja samping tersebut. Takwim persekolahan mesti dikemas kini. Kerangka kerja dan masa perlu disediakan dengan lebih detail be serta dengan senarai semak. Patuhi jadual yang ditetapkan untuk memudahkan seorang guru bergerak. Semua hal tersebut akan dapat membantu seorang guru melaksanakan tugasnya. Seterusnya, seorang guru juga terpaksa menghadapi cabaran yang melibatkan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia khasnya seperti
NURHAIDAWATI HJ RAMLI
Page 16
TUGASAN BIG
Dasar Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah dimulai pada tahun 2002. Walaupun dasar tersebut melibatkan guru-guru yang mengajar Sains dan Matematik namun dasar tersebut tetap dirasai oleh seluruh warga sekolah. Pihak sekolah telah diarahkan untuk memastikan dasar tersebut berjalan. Akibatnya terdapat unsur-unsur yang cuba mendiskriminasikan subjek lain terutamanya bahasa Melayu seolah-olah bahasa Melayu bukan lagi bahasa pengantar dan merentasi kurikulum sekolah. Walaupun dasar ini tidak selaras dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 namun pihak sekolah tetap melaksanakannya dengan matlamat untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di sekolah serta meningkatkan peratus sains dan matematik seperti suatu formula tiga dalam satu. Namun apabila kajian semula dilaksanakan atas persetujuan Mesyuarat Meja Bulat Kementerian Pelajaran Malaysia dasar ini telah bersetuju untuk diubah. Sekali lagi guru dihadapkan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Kalau mengikut proses dasar ini melibatkan bahasa Melayu yang akan mengambil alih tempat bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek Sains da Matematik secara proses soft landing. Dasar ini perlu dilaksanakan atas faktor yang dikemukakan dalam Buku Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris ( 2011:8 ) oleh Kementerian Pelajaran yang merasionalkan perubahan tersebut kerana berdasarkan kajian UNESCO yang menyatakan murid lebih mudah mempelajari pelajaran dengan menggunakan bahasa ibundanya dan Bahasa Inggeris guru pada tahap cemerlang dan baik hanya sekitar 25% sahaja. Bagi menghadapi cabaran ini seorang guru perlu bersiap siaga dari segi mental dan fizikal kerana dasar yang sering berubahubah. Namun hal yang demikian ini, tidak menghalang seorang guru untuk mengikuti dan melaksanakan dasar tersebut mesti dilakukan hanya bermatlamat untuk kejayaan murid. Oleh sebab kerangka masa telah pun ditetapkan maka seorang guru akan akur dengan proses dan prosedur tersebut. Tambahan lagi, cabaran lain yang perlu dihadapi oleh seorang guru ialah cabaran program-program kokurikulum wajib di sekolah yang mesti didedahkan kepada semua murid.
NURHAIDAWATI HJ RAMLI
Page 17
TUGASAN BIG
Kokurikulum yang terdiri daripada persatuan dan unit uniform perlu diikuti oleh guru dan murid. Baru-baru ini kerajaan telah memperkenalkan program yang berkaitan dengan sukan iaitu Dasar 1 Murid 1 Sukan. Dengan program tersebut ini bermakna tanggungjawab guru makin bertambah. Guru bukan sahaja perlu melaksanakan aktiviti kokurikulum namun pengisian aktiviti tersebut perlu ada perancangan yang lebih kemas kini. Bilangan hari yang perlu menjalani aktiviti kokurikulum pula telah bertambah dengan penyusunan oleh pihak pentadbiran kokurikulum iaitu Hari rumah sukan pada hari Isnin, 1 Murid 1 Sukan pada hari Selasa, Kegiatan kokurikulum pada hari Rabu dan latihan pasukan sekolah kokurikulum dan sukan pada hari Selasa. Hal ini menyebabkan seorang guru berada dari pagi hingga petang di sekolah selama 4 hari berturut-turut. Bagi menghadapi cabaran ini seorang guru perlu melaksanakan jadual yang berkala sifatnya iaitu pengagihan kerja mengikut giliran bertugas iaitu seorang guru hanya perlu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum sebanyak dua kali berselang minggu.
NURHAIDAWATI HJ RAMLI
Page 18
Falsafah Pendidikan Guru adalah untuk melahirkan guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menjunjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Peranan guru adalah luas. Guru adalah pendidik, pembimbing dan pendorong. Dia juga penyampai ilmu, penggerak dan penasihat. Ini bermaksud, guru atau pendidik mempunyai tugas dan tanggungjawab yang mencabar. Kepentingan peranan guru itu memang tidak dapat dinafikan kerana boleh dikatakan setiap ahli masyarakat pada zaman ini melalui pendidikan yang diberikan oleh guru.
NURHAIDAWATI HJ RAMLI
Page 19
TUGASAN BIG
Islam meletakkan martabat guru yang melaksanakan tugas tarbbiyah di tempat yang sungguh mulia, seluruh masa yang digunakan dikira sebagai ibadah, setiap langkah dari rumah ke sekolah dan pulang ke rumah dari sekolah akan mendapat satu pahala dan dihapuskan satu dosa, menyampaikan ilmu secara hikmah dan ikhlas semata-mata kerana Allah merupakan jihad yang paling tinggi pada pandangan Islam seperti mana yang dituntut dalam syariat Islam. Firman Allah s.w.t. maksudnya : Seru lah ke jalan Tuhan mu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahas lah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. ( Surah al-Nahl ayat 125)
NURHAIDAWATI HJ RAMLI
Page 20
Syukur ke hadrat Ilahi kerana kami warga SK Paya Resak bersama-sama menjayakan program Latihan Dalam Perkhidmatan ini. Seramai 55 orang guru termasuk staf sokongan telah berjaya menghadirkan diri. Majlis
dimulakan tepat jam 8.00 pagi, sebelum itu, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ismail.
Selepas pembacaan doa oleh Ustaz Ismail, satu taklimat ringkas diberikan oleh pengacara majlis, Puan Siti Hadijah bt Ismail mengenai atur cara majlis pagi ini. Seterusnya majlis diteruskan oleh tuan guru besar En Alias Abdullah ,, beliau memberi ucapan alu-aluan.
SLOT 1 ( GURU BESTARI ) Ceramah ini di kelolakan oleh pegawai daripada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu iaitu Encik Samudin bin Ahmad. Beliau membicarakan tentang membestarikan guru di era kini. Banyak ilmu pengetahuan yang kami perolehi hasil daripada pembentangan ceramah tersebut.
pelajar PPG
Kumpulan 1 merangkap guru SK Paya Resak. Saya yang mengendalikan slot ini bagi memenuhi program Bina Insan Guru ( Khidmat Masyarakat ). Saya diberi masa selama satu jam setengah untuk mengendalikan slot ini. Alhamdulillah sesi ini dapat dijalankan dengan lancar dengan bantuan yang diberikan oleh semua kertas kerja ini. pihak yang terlibat. Isi ceramah dilampirkan dalam
NURHAIDAWATI HJ RAMLI
Page 21
TUGASAN BIG
SLOT 3 ( BEBAN TUGAS GURU DAN CARA MENGATASINYA ) Slot ini dikendalikan oleh guru bimbingan kaunseling SK Paya Resak Puan Hannan bt Ramli. Puan Hannan menerangkan beban tugas guru dan cara mengatasinya. Semua guru diminta memberi pendapat mereka. Kami semua berbincang dan bersama-sama menjana ideal bagi mengatasi masalah ini dan dapat mengurangkan beban tugas guru pada masa kini.
SLOT AKHIR LATIHAN DALAM KUMPULAN ( LDK ) Semua guru yang terlibat diagihkan kepada 11 kumpulan. Setiap kumpulan mendapat 5 orang ahli. Kumpulan ini dibekalkan dengan peralatan untuk perbincangan dan pembentangan. Mereka dikehendaki mengulas setiap slot yang dipersembahkan. Setiap wakil kumpulan akan membuat pembentang hasil perbincangan mereka.
MAJLIS PERASMIAN DAN PENUTUPAN Majlis perasmian dan penutupan dijalankan oleh Tuan guru besar SKPR En Alias Abdullah
2.
MATLAMAT
2.1
Melahirkan generasi pendidik yang bersemangat juang tinggi yang akan memartabatkan profesion keguruan.
2.2
NURHAIDAWATI HJ RAMLI
Page 22
TUGASAN BIG
3.
TUJUAN
3.1
Meningkatkan berkhidmat.
kecergasan
dan
tahap
kesediaan
guru
untuk
Melibatkan penyertaan semua guru Mengamalkan kaedah dan teknik mendidik dengan cara yang betul Meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat espirit de corp antara guru.
4.
OBJEKTIF
4.1
Menanam kesedaran di kalangan pendidik bahawa pendidikan murid perlu diberi perhatian
4.2
Pemantapan
kemahiran
guru
memberi
sokongan,
dorongan,
bimbingan dan menyelia murid secara berterusan 4.3 Membina dan melahirkan silaturrahim antara guru dan murid.
5.
KEKUATAN
5.1
Penglibatan
dan
kehadiran
guru
dan
staf
sokongan
yang
memberangsangkan. 5.2 Guru besar turut hadir memberikan sokongan bagi menjayakan majlis ini.
6.
KELEMAHAN
6.1 6.2
Kekangan dari segi penggunaan masa yang panjang. Gangguan P.A sistem yang kurang memuaskan.
7.
CADANGAN/ PENAMBAHBAIKAN Penambahbaikan boleh dilakukan dengan mengadakan majlis ini di kawasan yang lebih lapang serta mewujudkan suasana yang lebih menyeronokkan .
NURHAIDAWATI HJ RAMLI
Page 23
TUGASAN BIG
PENILAIAN KENDIRI
KEKUATAN Program Bina Insan Guru ( BIG ) ini merupakan satu program yang banyak memberi input dan manfaat yang amat berguna kepada saya. Saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyertai program ini. Segala input yang saya dapat ini amat
Program ini juga mendedahkan saya cara-cara dan teknik yang betul bagi mengendalikan sesuatu majlis seperti taklimat atau ceramah. Saya juga belajar melaksanakan sesuatu tugasan seperti yang ditetapkan dalam jadual. Semasa BIG , saya dapati tidak sukar menguruskan masa sekiranya mempunyai keazaman dan pembahagian tugas.
Seterusnya saya belajar bagaimana kehidupan berkumpulan. cabaran , dugaan dan kenangan manis dan pahit dikongsi bersama.
paling penting ialah semangat kerjasama dan setia kawan, toleransi serta persepakatan dalam menjalankan aktiviti. Secara tidak langsung, dalam
Selain itu, manfaat yang saya terima sepanjang aktiviti ialah merangsang minda untuk berfikir mengenai kebesaran ciptaan Allah S.W.T dan segala cabaran yang perlu diharungi sepanjang berada dalam profesion perguruan ini. Aktiviti ini
juga mampu melatih ketahanan mental dan fizikal serta menguji kesabaran sama seperti mendidik anak-anak murid saya sendiri.
Melalui Pembinaan Jati Diri dan Latihan Dalam Kumpulan, saya dapat mengenal pasti ciri-ciri guru idaman dan guru profesional, dapat menilai dan memperbaiki diri untuk menjadi seorang guru yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
NURHAIDAWATI HJ RAMLI
Page 24
TUGASAN BIG
KELEMAHAN
Terdapat juga kelemahan ketika mengikuti program BIG ini. Penyediaan jadual dan tugasan yang tidak sama antara kumpulan. Selain itu, format penyediaan folio
lambat disampaikan serta alatan yang penting tidak dibawa seperti kamera.
Semasa aktiviti latihan dalam kumpulan ( LDK ), kurangnya tumpuan dan perhatian terhadap perbincangan yang dijalankan, mungkin berpunca daripada faktor keletihan dan tiada kelengkapan ICT. Kadang-kala maklumat yang disampaikan berulangulang menyebabkan para peserta LDK merasa jemu.
PELUANG Program BIG ini dapat memberi peluang kepada kami untuk memperbaiki jati diri agar menjadi seorang guru yang disegani dan dihormati oleh masyarakat dan anak murid. Di samping itu ia juga member peluang kepada kami untuk memperbaiki
kelemahan diri dan memberi keyakinan yang teguh untuk menghadapi apa jua cabaran dan dugaan sebagai seorang pendidik. Dalam sesi perbincangan dan
pembentangan yang dijalankan, bakat yang ada pada kami dapat dicungkil dan digilap walaupun ada ahli panel yang kelihatan gugup tetapi dapat meneruskan perbincangan dengan jayanya.
ANCAMAN Peserta-peserta yang mengikuti program ini kurang fokus terutama dalam latihan kumpulan di mana mereka kurang menumpukan perhatian semasa perbincangan. Ini mungkin disebabkan faktor keletihan setelah seharian menjalani aktiviti ini.
MANFAAT PROGRAM BIG Program Bina Insan Guru Ini Banyak memberi manfaat kepada saya antaranya dalam membentuk modal insan yang berguna, setiap guru perlu mengisi sepenuhnya ilmu di dada agar dapat menjalankan tugas seorang pendidik dengan sempurna. Pengalaman yang ditimba dalam program ini iaitu ketika aktiviti Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ) dan Pembinaan Jati Diri menjadikan seorang guru itu lebih berilmu pengetahuan.
NURHAIDAWATI HJ RAMLI Page 25
TUGASAN BIG
Ilmu dan pengalaman yang diperolehi adalah asas bagi setiap guru bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti. Selain itu, kemahiran-kemahiran seperti kemahiran menyampai (komunikasi) dan penglibatan dalam segala aktiviti berkumpulan amat berguna kepada saya untuk diterapkan kepada anak-anak murid.
Saya sebagai seorang pendidik dapat mempelajari pelbagai aspek pengalaman dengan adanya Program Bina Insan Guru ini. Setiap aktiviti dalam Program ini telah menyedarkan saya tugas sebenar seorang guru ,bukan tugasnya hanya meliputi tugas pengajaran dan pembelajaran dalam kelas sahaja tetapi saya perlu melibatkan diri dalam masyarakat supaya pelajar saya menjadi seorang insan yang berjaya dalam kehidupan.
Program ini Memberi banyak manfaat kepada saya terutama bagi membina sahsiah diri, kecekalan dan ketabahan apabila menempuhi sesuatu perkara apabila melihat rakan-rakan berjaya dalam mengharungi aktiviti ini. Pengalaman ini
memberi perangsang kepada saya untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang guru pendidik yang cemerlang. Program ini amat bermakna dalam diri saya kerana saya dapat mempelajari pelbagai perkara bermula dari segi rohani dan jasmani. Adalah wajar sekiranya aktiviti ini dijalankan sebagai satu bentuk cara untuk mendidik bakal guru. Saya berharap agar segala yang saya pelajari dapat di praktikan kelak. Insya Allah.
PENAMBAHBAIKAN
1.
Selepas mengendalikan Program Bina Insan ini , penambahbaikan yang perlu saya lakukan ialah membuat senarai semak tentang aktiviti dan tugasan yang telah dilakukan. Saya perlu mengumpulkan data-data dan saya juga boleh meminta pandangan rakan-rakan tentang prestasi ketika melakukan tugasan ini.
NURHAIDAWATI HJ RAMLI
Page 26
TUGASAN BIG
2. Saya akan membuat pemantauan atau refleksi kendiri untuk memastikan tindakan yang diambil dapat dilaksanakan dan adalah selaras dengan objektif yang ingin dicapai.
3.
Disiplin dalam diri perlu ditingkatkan lagi agar matlamat yang dirancangkan dapat dicapai. Masa yang telah ditetapkan perlulah dipatuhi. Perlu
melakukan perancangan dengan lebih awal dan perlu pandai menguruskan masa dengan lebih efisien.
4.
Perancangan perlulah dilakukan dengan lebih teliti agar tidak timbul lagi masalah sewaktu menjalankan aktiviti. Segala masalah, perancangan dan makluman aktiviti perlulah dirujuk kepada orang yang lebih arif.
5.
Perlu menguasai semangat kepimpinan yang tinggi bagi melahirkan barisan pendidik yang boleh memimpin anak-anak bangsa kita di masa hadapan.
NURHAIDAWATI HJ RAMLI
Page 27
NURHAIDAWATI HJ RAMLI
Page 28
TUGASAN BIG
NURHAIDAWATI HJ RAMLI
Page 29
TUGASAN BIG
NURHAIDAWATI HJ RAMLI
Page 30