Anda di halaman 1dari 32

BINA INSAN GURU ( KHIDMAT MASYARAKAT )

JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN BIG

BIL

TARIKH

TINDAKAN

12.01.2013

MENERIMA TUGASAN JAWI

12 -23.02.2013 MENGUMPUL BAHAN

23- 28.02.2013 MEMBACA BAHAN DAN MEMBUAT CATATAN ISI-ISI PENTING

19.02.2013

MENGADAKAN PERBINCANGAN DENGAN RAKAN SETUGAS DAN RAKAN KULIAH

28.02.2013

MENYIAPKAN TUGASAN

01-06.04.2013

MENYEMAK DAN MENGEMASKINI TUGASAN

06.04.2013

MENGHANTAR TUGASAN

BINA INSAN GURU ( KHIDMAT MASYARAKAT )

SENARAI KANDUNGAN
BIL PERKARA

1.

SEKAPUR SIREH

2.

PENGENALAN

3.

OBJEKTIF

4.

LAPORAN AKTIVITI 1) PROGRAM YANG DILAKSANAKAN

O) MAJLIS PERASMIAN DAN PENUTUPAN PROGRAM BIG.

5.

REFLEKSI KENDIRI

6.

LAMPIRAN GAMBAR KENANGAN SURAT BAHAN-BAHAN

BINA INSAN GURU ( KHIDMAT MASYARAKAT )

SEKAPUR SIREH
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga , sahabat-sahabat nabi dan semua saudara seperjuangan di muka bumi ini.

Terlebih dahulu, saya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana telah melindungi kami sehingga kami dapat menempuhi Program Bina Insan Guru ( BIG ) ini dengan berjaya sekali. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua

pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pelaksanaan program ini. Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua pihak pastinya program ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua fasilitator dan jurulatih yang tidak jemu-jemu mengiringi dan membimbing kami dalam semua aktiviti yang kami jalankan. Teguran dan motivasi ini akan dijadikan panduan yang amat berguna kepada kami nanti. Sesungguhnya program ini sangat bermanfaat dan berguna kepada kami untuk membina jati diri sebagai seorang pendidik, sekaligus dapat melatih diri dan bersedia untuk menempuh pelbagai cabaran dan dugaan khususnya dalam profesion perguruan.

Saya ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kekasaran dan kesilapan yang saya lakukan sepanjang mengikuti program ini. Mungkin ada

perlakuan, sikap atau tutur kata yang tidak menyenangkan yang dilakukan secara tidak sengaja dan tanpa disedari. Sekali lagi saya memohon kemaafan.

Akhir kata, diharap apa yang dipelajari sepanjang mengikuti program ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian , khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bersama-samalah kita melengkapkan diri kita dengan pelbagai ilmu supaya dapat melahirkan anak bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Semoga kita semua mendapat hidayah dan rahmat dari Allah S.W.T. insyaallah. Sekian terima kasih.
3

BINA INSAN GURU ( KHIDMAT MASYARAKAT )

PENGENALAN
Program Bina Insan Guru ( BIG ) ini telah mula dilaksanakan pada bulan Januari 2001 untuk memenuhi keperluan Latihan Perguruan Pra-Perkhidmatan. Sukatan pelajaran yang disediakan menekankan kepada unsur-unsur hidup bermoral dan beragama sebagai focus utama dalam proses pembinaan insan guru.

Semua pelajar yang mengikuti program pensiswazahan guru ( PPG ) di Institut Perguruan Malaysia mesti mengikuti program ini bagi melayakkan mereka Enam

ditauliahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian .

domain utama kurikulum Bina Insan Guru perlu dicakupi bagi melahirkan golongan pendidik yang mempunyai cirri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul. domain tersebut ialah kerohanian dan akhlak keguruan; Enam

berilmu, beramal dan

berbakti, berakauntibiliti dan amanah , berdaya tahan yang tinggi, berjiwa merdeka dan perkasa serta kreatif dan Inovatif.

Sebagai seorang pendidik, guru ialah insan yang mulia dan berjasa kerana merekalah yang bertanggungjawab mendidik manusia bagi melahirkan generasi Muslim yang beriman dan beramal soleh serta sanggup melaksanakan tugas terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Guru dalam sejarah hidupnya sentiasa menghargai kejayaan anak didiknya serta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk manfaat dan kesejahteraan orang lain.

BINA INSAN GURU ( KHIDMAT MASYARAKAT )

OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG )


Melalui Program Bina Insan Guru ini, pelajar dapat : 1. Menunjukkan ciri-ciri insan guru yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama.

2. Meningkatkan semangat berpasukan, bekerjasama, bertanggungjawab dan mengamalkan hidup bersepakat dam berpasukan

3. Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental.

4. Meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta perpaduan masyarakat. 5. Meningkatkan kemahiran mengurus diri , kumpulan dan masa dengan berkesan. 6. Meningkatkan perkembangan potensi diri sebagai insan yang berakhlak mulia melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian.

BINA INSAN GURU ( KHIDMAT MASYARAKAT )

SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG 3

KERTAS KERJA :

PROGRAM latihan dalam perkhidmatan guru 2013


Tarikh : 19 JANUARI 2013

Hari : sabtu

Masa : 8.00 pagi 5.30 petang

Tempat : bilik mesyuarat Sk pasir gudang 3

ANJURAN

Kelab bilik guru dan staf SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG 3

BINA INSAN GURU ( KHIDMAT MASYARAKAT )

Program Anjuran Sasaran Tarikh Tempat

: Latihan Dalam Perkhidmatan Guru : Kelab Kebajikan Guru Dan Staf ( KEBIRUS ) : Semua Guru dan Staf SKPG3 : 19 Januari 2013 ( Sabtu ) : Bilik Mesyuarat SKPG 3

Objektif

: 1. Menunjukkan ciri-ciri insan guru yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama.

2. Meningkatkan

semangat

berpasukan,

bekerjasama,

bertanggungjawab dan berpasukan.

mengamalkan hidup bersepakat dam

3. Meningkatkan

dan

menguasai

kemahiran

interpersonal

dan

intrapersonal serta perpaduan masyarakat. Sumber Kewangan : Strategi Pelaksanaan : 1. Perbincangan dengan pihak pentadbir. 2. Mesyurat bersama guru-guru. 3. Penyediaan kertas kerja 4. Pembentangan kertas kerja. 5. Pengagihan tugas 6. Pelaksanaan program.
7

Pihak Sekolah

BINA INSAN GURU ( KHIDMAT MASYARAKAT )

7. Membuat laporan dan Penilaian.

AHLI JAWATANKUASA KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

BINA INSAN GURU ( KHIDMAT MASYARAKAT )

2013

Tarikh : 19 Januari 2013 Hari : sabtu Masa : 8.00 pagi 5.30 petang Tempat: Bilik Mesyuarat SK Pasir Gudang 3

Pengerusi T. Pengerusi N. Pengerusi Setiausaha Bendahari Penyelaras Majlis

: En Bakari bin Asmuni ( Guru Besar ) : Pn. Hjh. Zaleha bt. Shafii ( GPK 1 ) : Pn. Hjh. Aminah bt. Suparman ( GPK HEM ) ; Pn. Norhayati bt A.Ghani : Cik Normaliza bt Md Yusof : En. Mohd. Nazri b. Ghazali

Pengerusi Majlis En. Mohd. Nazri b. Ghazali (sesi Pagi ) Pn Rokma bt Mamat ( sesi Petang )

PA Sistem En. Mustafa b. Ghazali ( sesi Pagi) En. Mohd. Shahril b. Ab. Ghafar ( sesi Petang)

Pamplet / Browser Pn Norhayati bt A.Ghani

Persiapan Tempat Pn Rosniati bt Ramlan


9

BINA INSAN GURU ( KHIDMAT MASYARAKAT )

Cik Haryati bt Mustaffa Pn. Nor Anizah bt. Baktiar Pn. Rashidah bt. Ahmad

ANGGARAN KEPERLUAN PERBELANJAAN PROGRAM LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

1. Makanan

RM 8 x 55 x 1 hari = RM 440

JUMLAH

RM 440

Disediakan oleh:

_____________________ ( EN. MOHD. NAZRI B. GHAZALI ) Pengerusi KEBIRUS 2012


SK Pasir Gudang 3.

TENTATIF PROGRAM

10

BINA INSAN GURU ( KHIDMAT MASYARAKAT )

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN GURU 2013

MASA 8.00 8.30 pagi 8.30 10.00 pagi

PERKARA

KATA-KATA ALUAN . SLOT 1 GURU BESTARI

10.00 10.30 pagi

REHAT DAN MINUM PAGI

10.30 12.00 tengah hari SLOT 2 GURU DAN AKAUNTABILITI PROFESIONALISME SLOT 3 BEBAN TUGAS GURU 12.00 1.30 tengah hari REHAT DAN SOLAT ZUHUR 1.30 2.00 petang LDK ( LATIHAN DALAM KUMPULAN ) 2.00 5.00 petang PERASMIAN DAN PENUTUPAN 5.00 5.30 petang BERSURAI 5.30 petang

GURU DAN AKAUNTABILITI PROFESIONALISME

11

BINA INSAN GURU ( KHIDMAT MASYARAKAT )

PENDAHULUAN
Peranan guru adalah luas. Guru adalah pendidik, pembimbing dan pendorong. Dia juga penyampai ilmu, penggerak dan penasihat. Ini bermaksud, guru atau pendidik mempunyai tugas dan tanggungjawab yang mencabar. Kepentingan peranan guru itu memang tidak dapat dinafikan kerana boleh dikatakan setiap ahli masyarakat pada zaman ini melalui pendidikan yang diberikan oleh guru. Islam meletakkan martabat guru yang melaksanakan tugas tarbiyah di tempat yang sungguh mulia, seluruh masa yang digunakan dikira sebagai ibadah, setiap langkah dari rumah ke sekolah dan pulang ke rumah dari sekolah akan mendapat satu pahala dan dihapuskan satu dosa, menyampaikan ilmu secara hikmah dan ikhlas semata-mata kerana Allah merupakan jihad yang paling tinggi pada pandangan Islam seperti mana yang dituntut dalam syariat Islam. Firman Allah s.w.t. maksudnya : Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.( Sur ah alNahl ayat 125) Sebagai seorang pendidik, guru ialah insan yang mulia dan berjasa kerana merekalah yang bertanggungjawab mendidik manusia bagi melahirkan generasi Muslim yang beriman dan beramal soleh serta sanggup melaksanakan tugas terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Guru dalam sejarah hidupnya sentiasa menghargai kejayaan anak didiknya serta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk manfaat dan kesejahteraan orang lain. Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran:


Maksudnya: Sesungguhnya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (daripada kalangan kamu) beberapa darjat. (Surah Al-Mujaadalah ayat 11).

12

BINA INSAN GURU ( KHIDMAT MASYARAKAT )

PROFESION PERGURUAN
Profesion keguruan cukup mencabar jika dilihat dari segi tanggungjawab guru terhadap agama, bangsa dan negara. Hal ini demikian kerana merekalah yang bertanggungjawab memastikan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah

Pendidikan Guru dicapai dengan jayanya. Pendidik memainkan peranan yang dominan dalam merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan kaum. Guru juga membuktikan bahawa mereka mampu mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Guru ialah ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberhasilan guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi disifatkan sebagai cabaran yang harus didepani dengan profesional. Seperti profesion lain, bidang keguruan yang juga terkandung dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan tidak terkecuali mendepani cabaran yang cukup besar. Perkembangan bidang sains dan teknologi turut menjadikan bidang pendidikan semakin mencabar. Dunia pendidikan berubah dengan penekanan diberikan terhadap penggunaan teknologi maklumat yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Keadaan ini seterusnya menyebabkan pengurusan di sekolah menjadi semakin kompleks. Guru dalam konteks pendidikan sebenarnya berperanan sebagai ejen penyalur budaya dan ilmu. Selain itu, guru berperanan sebagai institusi kedua selepas keluarga. Dalam cakupan ini, guru memainkan peranan sebagai ejen pewarisan budaya yang penting bagi membentuk sesebuah masyarakat. Proses pembelajaran mungkin berlaku secara spontan dan personaliti berubah secara tidak disedari. Guru harus mendepani cabaran secara profesional dan sedar tentang hakikat bahawa guru ialah pembimbing dan pendidik dalam masyarakat yang berbudaya. Banyak persepsi yang melingkari profesion keguruan, antaranya

13

BINA INSAN GURU ( KHIDMAT MASYARAKAT )

tanggapan yang menyatakan bahawa profesion keguruan sebagai mudah dan tidak memeningkan kepala, namun menjanjikan gaji yang memuaskan. Sebenarnya profesion keguruan mempunyai cabarannya sendiri dan memerlukan persediaan yang secukupnya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Profesion keguruan menjurus cabaran yang dihadapi di kawasan sekolah amnya dan cabaran dalam pengajarannya khususnya. Dalam Islam terdapat 4 martabat guru atau pendidik iaitu: 1. Mudarris yang bermaksud guru yang hanya mengajar mata pelajaran

kemahiranmereka sahaja. 2. Muallim yang bermaksud guru yang tidak hanya mengajar mata pelajaran mereka tetapi turut menyampaikan ilmu-ilmu lain. 3. Mursyid yang bermaksud guru yang menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar. 4. Murabbi yang bermaksud guru yang mendidik, memelihara, mengasuh,

mentarbiyyah anak didiknya menjadi manusia yang berilmu, bertaqwa dan beramal soleh. Sebagai seorang guru yang beriman dan bertaqwa, keempat-empat ciri di atas hendaklah difahami dan dihayati di dalam kehidupannya sebagai pendidik terutamanya ciri keempat iaitu mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak didiknya menjadi manusia berilmu, bertaqwa dan beramal soleh. Jika tugas ini dapat direalisasikan dalam pendidikannya maka kedudukannya sungguh mulia dan akan duduk berdekatan dengan Nabi s.a.w pada hari akhirat nanti. Persepsi yang menyatakan bahawa guru ibarat ibu bapa kedua secara tidak langsung menggambarkan tanggungjawab yang besar kepada golongan pendidik. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan ibu bapa meletakkan sepenuh

14

BINA INSAN GURU ( KHIDMAT MASYARAKAT )

kepercayaan dan tanggungjawab kepada guru untuk mengajar anak mereka supaya cemerlang dalam bidang akademik. Oleh sebab itu, kesan globalisasi dan liberalisasi menuntut guru yang berilmu agar celik dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Dalam suasana alaf baharu yang berorientasi teknologi maklumat dan komunikasi TMK, teknologi memainkan peranan yang besar dalam pendidikan. Guru yang aktif dan bersikap terbuka akan sentiasa melihat teknologi baharu sebagai perkara yang positif dan berusaha mencari alternatif yang terbaik bagi menguasainya. Pengaplikasian teknologi dalam pengajaran akan menghasilkan generasi berteknologi yang mampu mengharungi era globalisasi, sekali gus merealisasikan impian negara agar menjadi negara maju pada 2020.

CABARAN GURU
Guru profesion adalah seseorang yang tahu menghasilkan kerja bermutu tinggi dalam bidangnya serta sentiasa bersedia berkongsi kepakarannya di samping sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Matlamat kerjaya seorang guru ialah menghayati prinsip perkembangan yang berterusan. Impak daripada tugas yang dilaksanakan ternyata memberi sumbangan yang amat penting dalam pembangunan ekonomi dan masa depan generasi muda khususnya dalam konteks pembinaan modal insan. Seseorang guru perlu melalui beberapa peringkat dalam kerjayanya sebelum dapat mencapai ke tahap kepakaran atau kecemerlangan .

Antara cabaran yang perlu ditangani para pendidik kini adalah untuk melahirkan masyarakat bersatu padu, berilmu pengetahuan dan berdaya saing. Ini kerana masyarakat kini bersifat dinamik dan progresif serta mula menyedari bahawa pendidikan adalah alat penting untuk menjamin kesejahteraan hidup pada masa akan datang.

Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama iaitu mengajar, mendidik serta merubah manusia yang bernama pelajar daripada keadaan tidak mengenal huruf, mengira dan membaca kepada celik huruf, bijak dan
15

BINA INSAN GURU ( KHIDMAT MASYARAKAT )

menjadi manusia berjaya. Tapi kenapa kini pandangan masyarakat terhadap guru dan profesionnya mula berubah. Jika dulu mereka dipandang tinggi tapi kini seakanakan terpinggir. Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan hari ini menuntut perubahan perspektif masyarakat terhadap kerjaya ini.

Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi sesiapa saja kerana hanya mereka mempunyai kualiti, berketerampilan,

kewibawaan, kelayakan, minat. Iltizam, dan berjiwa pendidik layak menjadi guru. Di samping menuntut kesungguhan dan tanggungjawab guru dalam mengharungi cabaran di era globalisasi, pemantapan kebajikan dan kerjaya harus diberikan penekanan sewajarnya. Antara cabaran profesion guru di sekolah rendah ialah tugas seorang guru dalam menyampaikan pengajarannya dalam bilik darjah. Buat masa ini guru terpaksa menggunakan pendekatan, teknik dan kaedah yang terbaharu dalam sistem pendidikan yang diperkenalkan. Cara chalk and talk bukan lagi suatu kaedah yang sesuai. Guru mesti menguasai kaedah pedagogi yang sinonim dengan pengetahuan sedia ada murid yang bersifat homogenius, menggunakan bahan bantuan mengajar yang sistematik. Apabila bahan bantuan mengajar digunakan guru terpaksa menggunakan teknologi terkini dengan sumber kewangan yang terhad. Kaedah berpusatkan murid mesti dilaksanakan dalam pengajaran seseorang guru. Guru kena berfungsi sebagai medarator yang berkesan. Pencapaian objektif mesti berbentuk eksplisit yang mampu merangsang murid memahami isi pembelajaran. Penilaian secara formatif perlu dilaksanakan. Oleh itu, secara keseluruhan sistem penyampaian guru dalam pembelajaran dan pengajaran bukan lagi berbentuk stereotaip tetapi berbentuk proaktif. Persediaan seorang guru bukan lagi berbentuk nota atau ringkasan mengajar tetapi persediaan mengajar yang lengkap bermula daripada set induksi, perkembangan isi pengajaran, penilaian formatif dan kesimpulan yang dikaitkan dengan nilai. Unsur nilai tambah seperti pembelajaran kontekstual, konstruktivisme, pembelajaran masteri dan kecerdasan pelbagai juga perlu diterapkan yang mempunyai kaitan dengan penyerapan dan penggabungjalinan dalam isi pengajaran. Untuk menghadapi cabaran ini seorang guru perlu menggunakan peluang kursus penambahbaikan pedagogi yang
16

BINA INSAN GURU ( KHIDMAT MASYARAKAT )

dianjurkan oleh Unit Kurikulum Jabatan pelajaran dan Pusat Perkembangan Kurikulum. Penggunaan bahan autentik sebagai bahan bantu mengajar dapat menyelesaikan keperluan bahan bantuan mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Semua ilmu pedagogi yang diperoleh akan dapat dilaksanakan dengan baik. Selanjutnya, cabaran lain yang terdapat pada seseorang guru ialah seorang guru diberikan pelbagai jawatan yang bukan sepatutnya dilakukan oleh seseorang guru. Seorang guru terpaksa memegang beberapa potfolio dalam sesuatu jawatankuasa yang diwujudkan atas kapasiti yang tidak berkaitan dengan subjek yang diajar. Sebagai contoh, seorang guru yang sudah dilantik sebagai Ketua Panitia subjek terpaksa menjadi ahli untuk jawatankuasa bagi pengurusan Hal Ehwal Murid seperti Bahagian Perabot, Keceriaan dan Keselamatan sekolah serta Pengurusan Bangunan dan Pemuliharaan Bangunan dan pelbagai ini. Dengan kesibukan dalam menyediakan rancangan pembelajaran dan pengajaran dalam kelas serta menanda latihan murid seorang guru terpaksa menguruskan halhal yang sedemikian seperti sistem pemfailan, inventori, rekod kemas kini dan sebagainya yang perlu dilengkapkan dan diurus dengan baik. Cabaran ini kena dilaksanakan oleh guru bagi membantu proses pembangunan dan aset sekolah. Untuk mengatasi cabaran ini seorang guru perlu bijak mengagihkan masa semasa di sekolah iaitu menyampaikan isi pengajaran dan melakukan penandaan buku semasa di bilik darjah. Dalam proses tersebut guru perlu mengisi masa lapang atau masa tidak mengajar untuk melaksanakan sistem pendokumentasian tersebut. Justeru itu, seseorang guru perlu mengimbangi masa yang diperlukan mengajar dan melaksanakan kerja-kerja samping tersebut. Kerangka kerja perlu disediakan dengan lebih detail berserta dengan senarai semak. Di samping itu, cabaran berkaitan dengan penyediaan pelbagai dokumen yang terlalu rencam serta tidak melibatkan tugas utama seorang guru dalam pengurusan pembelajaran dan pengajaran (PNP) dalam bilik darjah. Seorang guru seolah-olah terpaksa menjadi kerani yang perlu mengisi pelbagai dokumen pengurusan pendidikan. Seorang guru terpaksa mengagihkan pinjaman buku teks, sistem maklumat murid, sistem kokurikulum sekolah dan borang-borang tertentu yang melibatkan murid yang
17

BINA INSAN GURU ( KHIDMAT MASYARAKAT )

langsung tiada kaitan dengan pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah. Kadangkadang terdapat borang-borang yang terpaksa diisi secara adhock dan perlu disegerakan. Tugas guru yang sepatutnya lebih kepada pengajaran dan mendidik telah lari daripada tugasan yang sebenar namun seorang guru perlu melakukannya bagi keperluan dalam pengurusan pentadbiran murid. Pendapat ini bersesuaian dengan kajian yang telah dikemukakan oleh Prof Dr Aminah Ayob Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim

( 2010 : Slide 21) dalam pembentangan kertas kerja Pendidikan Guru Profesional : Cabaran Masa Hadapan di Akademi Sains Malaysia menyatakan bahawa cabaran guru kini ialah terpaksa melakukan pelbagai kerja perkeranian di samping menyampaikan isi pengajaran ketika mengulas satu artikel dalam suratkhabar. Justeru itu, untuk menghadapi cabaran seseorang guru perlu memegang beberapa jawatan yang bukan ada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dan penyediaan pelbagai dokumen, seorang guru perlu mengimbangi masa yang diperlukan mengajar dan melaksanakan kerja-kerja samping tersebut. Takwim persekolahan mesti dikemas kini. Kerangka kerja dan masa perlu disediakan dengan lebih detail be serta dengan senarai semak. Patuhi jadual yang ditetapkan untuk memudahkan seorang guru bergerak. Semua hal tersebut akan dapat membantu seorang guru melaksanakan tugasnya. Seterusnya, seorang guru juga terpaksa menghadapi cabaran yang melibatkan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia khasnya seperti Dasar Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah dimulai pada tahun 2002. Walaupun dasar tersebut melibatkan guru-guru yang mengajar Sains dan Matematik namun dasar tersebut tetap dirasai oleh seluruh warga sekolah. Pihak sekolah telah diarahkan untuk memastikan dasar tersebut berjalan. Akibatnya terdapat unsurunsur yang cuba mendiskriminasikan subjek lain terutamanya bahasa Melayu seolah-olah bahasa Melayu bukan lagi bahasa pengantar dan merentasi kurikulum sekolah. Walaupun dasar ini tidak selaras dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 namun pihak sekolah tetap melaksanakannya dengan matlamat untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di sekolah serta meningkatkan peratus
18

BINA INSAN GURU ( KHIDMAT MASYARAKAT )

sains dan matematik seperti suatu formula tiga dalam satu. Namun apab ila kajian semula dilaksanakan atas persetujuan Mesyuarat Meja Bulat Kementerian Pelajaran Malaysia dasar ini telah bersetuju untuk diubah. Sekali lagi guru dihadapkan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Kalau mengikut proses dasar ini melibatkan bahasa Melayu yang akan mengambil alih tempat bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek Sains da Matematik secara proses soft landing. Dasar ini perlu dilaksanakan atas faktor yang dikemukakan dalam Buku Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris ( 2011:8 ) oleh Kementerian Pelajaran yang merasionalkan perubahan tersebut kerana berdasarkan kajian UNESCO yang menyatakan murid lebih mudah mempelajari pelajaran dengan menggunakan bahasa ibundanya dan Bahasa Inggeris guru pada tahap cemerlang dan baik hanya sekitar 25% sahaja. Bagi menghadapi cabaran ini seorang guru perlu bersiap siaga dari segi mental dan fizikal kerana dasar yang sering berubahubah. Namun hal yang demikian ini, tidak menghalang seorang guru untuk mengikuti dan melaksanakan dasar tersebut mesti dilakukan hanya bermatlamat untuk kejayaan murid. Oleh sebab kerangka masa telah pun ditetapkan maka seorang guru akan akur dengan proses dan prosedur tersebut. Tambahan lagi, cabaran lain yang perlu dihadapi oleh seorang guru ialah cabaran program-program kokurikulum wajib di sekolah yang mesti didedahkan kepada semua murid. Kokurikulum yang terdiri daripada persatuan dan unit uniform perlu diikuti oleh guru dan murid. Baru-baru ini kerajaan telah memperkenalkan program yang berkaitan dengan sukan iaitu Dasar 1 Murid 1 Sukan. Dengan program tersebut ini bermakna tanggungjawab guru makin bertambah. Guru bukan sahaja perlu melaksanakan aktiviti kokurikulum namun pengisian aktiviti tersebut perlu ada perancangan yang lebih kemas kini. Bilangan hari yang perlu menjalani aktiviti kokurikulum pula telah bertambah dengan penyusunan oleh pihak pentadbiran kokurikulum iaitu Hari rumah sukan pada hari Isnin, 1 Murid 1 Sukan pada hari Selasa, Kegiatan kokurikulum pada hari Rabu dan latihan pasukan sekolah kokurikulum dan sukan pada hari Khamis.

19

BINA INSAN GURU ( KHIDMAT MASYARAKAT )

Hal ini menyebabkan seorang guru berada dari pagi hingga petang di sekolah selama 4 hari berturut-turut. Bagi menghadapi cabaran ini seorang guru perlu melaksanakan jadual yang berkala sifatnya iaitu pengagihan kerja mengikut giliran bertugas iaitu seorang guru hanya perlu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum sebanyak dua kali berselang minggu.

KESIMPULAN
20

BINA INSAN GURU ( KHIDMAT MASYARAKAT )

Kesimpulannya, dalam dunia pendidikan yang semakin canggih seiring dengan perkembangan teknologi seseorang guru tidak boleh lari daripada cabaran yang makin hebat sama ada dalam bilik darjah ataupun sekolah secara amnya. Tugas mendidik dan mengajar di sekolah perlu dilaksanakan bagi memastikan wawasan yang ingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, berketrampilan dan berkupayaan dalam mencapai Wawasan 2020. Oleh hal yang demikian, cabaran yang datang perlu disahut oleh seorang guru sama ada cabaran dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridnya dan dasardasar yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan walaupun sosiologi sekolah tidak memberangsangkan. Itu tugas dan tanggungjawab seorang guru di sekolah rendah. Perkhidmatan perguruan adalah diasaskan oleh satu kod etika yang menggariskan tatasusila dan tingkah laku guru dalam perkhidmatan yang bermatlamatkan aspirasi dan kehendak negara. Di Malaysia perkara ini dinyatakan dengan jelas dalam Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang dijadikan asas kepada penetapan Kriteria Guru Yang Unggul (Malaysia Ministry of Education, 1982).

Falsafah Pendidikan Guru adalah untuk melahirkan guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menjunjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Peranan guru adalah luas. Guru adalah pendidik, pembimbing dan pendorong. Dia juga penyampai ilmu, penggerak dan penasihat. Ini bermaksud, guru atau pendidik mempunyai tugas dan tanggungjawab yang mencabar. Kepentingan peranan guru itu memang tidak dapat dinafikan kerana boleh dikatakan setiap ahli masyarakat pada zaman ini melalui pendidikan yang diberikan oleh guru. Islam meletakkan martabat guru yang melaksanakan tugas tarbbiyah di tempat yang sungguh mulia, seluruh masa yang digunakan dikira sebagai ibadah, setiap langkah dari rumah ke sekolah dan pulang ke rumah dari sekolah akan mendapat satu
21

BINA INSAN GURU ( KHIDMAT MASYARAKAT )

pahala dan dihapuskan satu dosa, menyampaikan ilmu secara hikmah dan ikhlas semata-mata kerana Allah merupakan jihad yang paling tinggi pada pandangan Islam seperti mana yang dituntut dalam syariat Islam. Firman Allah s.w.t. maksudnya : Seru lah ke jalan Tuhan mu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahas lah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. ( Surah al-Nahl ayat 125)

LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 2013

22

BINA INSAN GURU ( KHIDMAT MASYARAKAT )

1.

PENDAHULUAN

Syukur ke hadrat Ilahi kerana kami warga SK Pasir Gudang 3 bersama-sama menjayakan program Latihan Dalam Perkhidmatan ini. Seramai 55 orang guru termasuk staf sokongan telah berjaya menghadirkan diri. Majlis

dimulakan tepat jam 8.00 pagi, sebelum itu, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ismail.

Selepas pembacaan doa oleh Ustaz Ismail, satu taklimat ringkas diberikan oleh pengacara majlis, Puan Siti Hadijah bt Ismail mengenai atur cara majlis pagi ini. Seterusnya majlis diteruskan oleh tuan guru besar Encik Bakari Bin Asmuni, beliau memberi ucapan alu-aluan. SLOT 1 ( GURU BESTARI ) Ceramah ini di kelolakan oleh pegawai daripada Jabatan Pelajaran Negeri Johor iaitu Encik Samudin bin Ahmad. Beliau membicarakan tentang membestarikan guru di era kini. Banyak ilmu pengetahuan yang kami perolehi hasil daripada pembentangan ceramah tersebut.

SLOT 2 (GURU DAN AKAUNTABILITI PROFESIONALISME )

Slot ini dikendalikan oleh Puan Norhayati A.Ghani pelajar PPG pendidikan Islam Kumpulan 1 merangkap guru SK Pasir Gudang 3. Saya yang mengendalikan slot ini bagi memenuhi program Bina Insan Guru ( Khidmat Masyarakat ). Saya diberi masa selama satu jam setengah untuk mengendalikan slot ini. Alhamdulillah sesi ini dapat dijalankan dengan lancar dengan bantuan yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat. Isi ceramah dilampirkan dalam kertas kerja ini. SLOT 3 ( BEBAN TUGAS GURU DAN CARA MENGATASINYA )

23

BINA INSAN GURU ( KHIDMAT MASYARAKAT )

Slot ini dikendalikan oleh guru bimbingan kaunseling SK Pasir Gudang 3 Puan Hannan bt Ramli. Puan Hannan menerangkan beban tugas guru dan cara mengatasinya. Semua guru diminta memberi pendapat mereka. Kami semua berbincang dan bersama-sama menjana ideal bagi mengatasi masalah ini dan dapat mengurangkan beban tugas guru pada masa kini. SLOT AKHIR LATIHAN DALAM KUMPULAN ( LDK ) Semua guru yang terlibat diagihkan kepada 11 kumpulan. Setiap kumpulan mendapat 5 orang ahli. Kumpulan ini dibekalkan dengan peralatan untuk perbincangan dan pembentangan. Mereka dikehendaki mengulas setiap slot yang dipersembahkan. Setiap wakil kumpulan akan membuat pembentang hasil perbincangan mereka. MAJLIS PERASMIAN DAN PENUTUPAN Majlis perasmian dan penutupan dijalankan oleh Tuan guru besar SK Pasir Gudang 3 Encik Bakari bin Asmuni. 2. MATLAMAT

2.1

Melahirkan generasi pendidik yang bersemangat juang tinggi yang akan memartabatkan profesion keguruan.

2.2

Membina keyakinan serta memotivasikan guru dalam mendidik muridmurid.

3.

TUJUAN

3.1

Meningkatkan berkhidmat.

kecergasan

dan

tahap

kesediaan

guru

untuk

3.2 3.3 3.4

Melibatkan penyertaan semua guru Mengamalkan kaedah dan teknik mendidik dengan cara yang betul Meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat espirit de corp antara guru.

24

BINA INSAN GURU ( KHIDMAT MASYARAKAT )

4.

OBJEKTIF

4.1

Menanam kesedaran di kalangan pendidik bahawa pendidikan murid perlu diberi perhatian

4.2

Pemantapan

kemahiran

guru

memberi

sokongan,

dorongan,

bimbingan dan menyelia murid secara berterusan 4.3 Membina dan melahirkan silaturrahim antara guru dan murid.

5.

KEKUATAN

5.1

Penglibatan

dan

kehadiran

guru

dan

staf

sokongan

yang

memberangsangkan. 5.2 Guru besar turut hadir memberikan sokongan bagi menjayakan majlis ini.

6.

KELEMAHAN

6.1 6.2

Kekangan dari segi penggunaan masa yang panjang. Gangguan P.A sistem yang kurang memuaskan.

7.

CADANGAN/ PENAMBAHBAIKAN Penambahbaikan boleh dilakukan dengan mengadakan majlis ini di kawasan yang lebih lapang serta mewujudkan suasana yang lebih menyeronokkan .

PENILAIAN KENDIRI
KEKUATAN
25

BINA INSAN GURU ( KHIDMAT MASYARAKAT )

Program Bina Insan Guru ( BIG ) ini merupakan satu program yang banyak memberi input dan manfaat yang amat berguna kepada saya. Saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyertai program ini. Segala input yang saya dapat ini amat

berguna dalam kehidupan saya terutama sebagai seorang pendidik.

Program ini juga mendedahkan saya cara-cara dan teknik yang betul bagi mengendalikan sesuatu majlis seperti taklimat atau ceramah. Saya juga belajar melaksanakan sesuatu tugasan seperti yang ditetapkan dalam jadual. Semasa BIG , saya dapati tidak sukar menguruskan masa sekiranya mempunyai keazaman dan pembahagian tugas.

Seterusnya saya belajar bagaimana kehidupan berkumpulan. cabaran , dugaan dan kenangan manis dan pahit dikongsi bersama.

Segala Nilai yang

paling penting ialah semangat kerjasama dan setia kawan, toleransi serta persepakatan dalam menjalankan aktiviti. Secara tidak langsung, dalam

masyarakat kita juga akan mengamalkan nilai-nilai sedemikian.

Selain itu, manfaat yang saya terima sepanjang aktiviti ialah merangsang minda untuk berfikir mengenai kebesaran ciptaan Allah S.W.T dan segala cabaran yang perlu diharungi sepanjang berada dalam profesion perguruan ini. Aktiviti ini

juga mampu melatih ketahanan mental dan fizikal serta menguji kesabaran sama seperti mendidik anak-anak murid saya sendiri.

Melalui Pembinaan Jati Diri dan Latihan Dalam Kumpulan, saya dapat mengenal pasti ciri-ciri guru idaman dan guru profesional, dapat menilai dan memperbaiki diri untuk menjadi seorang guru yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

KELEMAHAN

26

BINA INSAN GURU ( KHIDMAT MASYARAKAT )

Terdapat juga kelemahan ketika mengikuti program BIG ini. Penyediaan jadual dan tugasan yang tidak sama antara kumpulan. Selain itu, format penyediaan folio

lambat disampaikan serta alatan yang penting tidak dibawa seperti kamera.

Semasa aktiviti latihan dalam kumpulan ( LDK ), kurangnya tumpuan dan perhatian terhadap perbincangan yang dijalankan, mungkin berpunca daripada faktor keletihan dan tiada kelengkapan ICT. Kadang-kala maklumat yang disampaikan berulangulang menyebabkan para peserta LDK merasa jemu.

PELUANG Program BIG ini dapat memberi peluang kepada kami untuk memperbaiki jati diri agar menjadi seorang guru yang disegani dan dihormati oleh masyarakat dan anak murid. Di samping itu ia juga member peluang kepada kami untuk memperbaiki

kelemahan diri dan memberi keyakinan yang teguh untuk menghadapi apa jua cabaran dan dugaan sebagai seorang pendidik. Dalam sesi perbincangan dan

pembentangan yang dijalankan, bakat yang ada pada kami dapat dicungkil dan digilap walaupun ada ahli panel yang kelihatan gugup tetapi dapat meneruskan perbincangan dengan jayanya.

ANCAMAN Peserta-peserta yang mengikuti program ini kurang fokus terutama dalam latihan kumpulan di mana mereka kurang menumpukan perhatian semasa perbincangan. Ini mungkin disebabkan faktor keletihan setelah seharian menjalani aktiviti ini.

MANFAAT PROGRAM BIG Program Bina Insan Guru Ini Banyak memberi manfaat kepada saya antaranya dalam membentuk modal insan yang berguna, setiap guru perlu mengisi sepenuhnya ilmu di dada agar dapat menjalankan tugas seorang pendidik dengan sempurna. Pengalaman yang ditimba dalam program ini iaitu ketika aktiviti Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ) dan Pembinaan Jati Diri menjadikan seorang guru itu lebih berilmu pengetahuan.

Ilmu dan pengalaman yang diperolehi adalah asas bagi setiap guru bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti. Selain itu,
27

BINA INSAN GURU ( KHIDMAT MASYARAKAT )

kemahiran-kemahiran seperti kemahiran menyampai (komunikasi) dan penglibatan dalam segala aktiviti berkumpulan amat berguna kepada saya untuk diterapkan kepada anak-anak murid.

Saya sebagai seorang pendidik dapat mempelajari pelbagai aspek pengalaman dengan adanya Program Bina Insan Guru ini. Setiap aktiviti dalam Program ini telah menyedarkan saya tugas sebenar seorang guru ,bukan tugasnya hanya meliputi tugas pengajaran dan pembelajaran dalam kelas sahaja tetapi saya perlu melibatkan diri dalam masyarakat supaya pelajar saya menjadi seorang insan yang berjaya dalam kehidupan.

Program ini Memberi banyak manfaat kepada saya terutama bagi membina sahsiah diri, kecekalan dan ketabahan apabila menempuhi sesuatu perkara apabila melihat rakan-rakan berjaya dalam mengharungi aktiviti ini. Pengalaman ini

memberi perangsang kepada saya untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang guru pendidik yang cemerlang. Program ini amat bermakna dalam diri saya kerana saya dapat mempelajari pelbagai perkara bermula dari segi rohani dan jasmani. Adalah wajar sekiranya aktiviti ini dijalankan sebagai satu bentuk cara untuk mendidik bakal guru. Saya berharap agar segala yang saya pelajari dapat di praktikan kelak. Insya Allah.

PENAMBAHBAIKAN

1.

Selepas mengendalikan Program Bina Insan ini , penambahbaikan yang perlu saya lakukan ialah membuat senarai semak tentang aktiviti dan tugasan yang telah dilakukan. Saya perlu mengumpulkan data-data dan saya juga boleh meminta pandangan rakan-rakan tentang prestasi ketika melakukan tugasan ini.

2.

Saya akan membuat pemantauan atau refleksi kendiri untuk memastikan tindakan yang diambil dapat dilaksanakan dan adalah selaras dengan objektif yang ingin dicapai.

28

BINA INSAN GURU ( KHIDMAT MASYARAKAT )

3.

Disiplin dalam diri perlu ditingkatkan lagi agar matlamat yang dirancangkan dapat dicapai. Masa yang telah ditetapkan perlulah dipatuhi. Perlu

melakukan perancangan dengan lebih awal dan perlu pandai menguruskan masa dengan lebih efisien.

4.

Perancangan perlulah dilakukan dengan lebih teliti agar tidak timbul lagi masalah sewaktu menjalankan aktiviti. Segala masalah, perancangan dan makluman aktiviti perlulah dirujuk kepada orang yang lebih arif.

5.

Perlu menguasai semangat kepimpinan yang tinggi bagi melahirkan barisan pendidik yang boleh memimpin anak-anak bangsa kita di masa hadapan.

BIBLIOGRAFI
29

BINA INSAN GURU ( KHIDMAT MASYARAKAT )

1. Aminah Ayob Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim ( 2010 : Slide 21) dalam Pembentangan Kertas Kerja Pendidikan Guru Profesional : Cabaran Masa Hadapan, Kuala Lumpur : Akademi Sains Malaysia. 2. Amir Hasan Dawi, 2002. Penteorian sosiologi dan pendidikan. Tanjung Malim : Quantum Books. 3. Awang Had Salleh, 1980. Keguruan dan perguruan di Malaysia: keperihalan kini dan arah yang dituju. KONPEN V, Johor Bharu 6-8 Disember. 4. Ee Ah Meng, 1994. Perkembangan dan pelaksanaan kurikulum. Kuala Lumpur : Fajar Bakti. 5. Kementerian Pelajaran Malaysia (2007), Kamus Dewan Edisi Keempat , Kuala 6. Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Kementerian Pelajaran Malaysia (2011), Buku Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 7. Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman. 8. Pena Cikgu (2011), Cabaran Seorang Guru dalam Blog Pena Cikgu, Malaysia. 9. Rosiah Othman (2012), Cabaran Seorang Guru dalam Blog Rosiah Othman, Pedas Negeri Sembilan. 10. Sufean Hussin, 1993. Pendidikan di Malaysia : sejarah, sistem dan falsafah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 11. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/385-inforingkas/9414-cabaran-profesion-perguruan.html 12. http://abihulwa.blogspot.com/2011/05/empat-martabat-guru-atau-pendidikdalam.html

30

BINA INSAN GURU ( KHIDMAT MASYARAKAT )

31

BINA INSAN GURU ( KHIDMAT MASYARAKAT )

32

Anda mungkin juga menyukai