Anda di halaman 1dari 50
Jadi keempat-empat ini, kalaupun tidak mustahil, menyebabkan kerumitan untuk wanita menjadi wakil rakyat. Sebab tabii wakil rakyat dan cara persidangan menyusahkan wakil rakyat wanita untuk menjaga perkara- perkara itu. Dengan sebab itulah fatwa Lajunah Univer- siti Azhar melarang wanita menjadi wakil rakyat dengan berpegang kepada alasan “‘Sesuatu hukum adalah diambil dari wasilah (carajnya’”" . Perbezaan. Ada beberapa perbezaan antara lelaki dan perempuan yang diiktiraf oleh Islam. Perbezaan ini sekali-kali tidak berdasarkan kepada neraca kemanusiaan tetapi semata- mata bergantung kepada peranan masing-masing yang sesuai dengan tabii masing-masing. Wanita telah dijadikan oleh Allah dengan tabii keibuan yang dengan itu diberi peranan penting menjaga rumah dan menguruskan hal ehwal keluarga. Lelaki pula diberi tanggungjawab menang- gung perbelanjaan atau nafkah keluarga sesuai dengan tabiinya. Jadi dengan perbezaan tabii kejadian dan pera- nan inilah Islam mengakui perbezaan-perbezaan berikut: 1, Memegang Jawatan Ketua Negara. Dalam hal ini tidak ada pertikiaan pendapat di antara para fuqaha’. Semua mereka mengatakan bahawa wanita tidak boleh menjadi ketua negara Islam (Imam/Khalifah), sebab di antara salah satu syarat perjawatan khalifah yang ditetapkan mestilah seorang lelaki. Dasar pegangan ke atas * Lihat Dr. Mutawalll, ‘Abdul Hamid, Mabadt’ an-Nizam al-Hukem fil Islam, Mansyaatul Ma‘arif, Iskandariah (1977), hal: 421. 101 pembatasan ini ialah hadith Rasulullah (s.a.w.) yang bermaksud: ‘Tidak akan berjaya sesuatu kaum yang me- nyerahkan kuasa memerintah kepada wanita”. Dr. Si- ba‘e mengatakan' bahawa ketua negara dalam Islam bu- kanlah lambang perhiasan dan bertugas hanya setakat menurunkan tandatangan, tetapi dia merupakan ketua masyarakat; ketua pentadbir dan perancang yang meme- gang tugas-tugas penting termasuk kuasa mengisytihar perang, mengetuai tentera ke medan perang, mengadakan perjanjian damai ataupun meneruskan peperangan menurut mana yang lebih bermaslahat, menjadi khatib sembahyang Jumaat, menjadi Imam sembahyang jemaah dan meng- hakim pertikaian jika dia mempunyai masa. Semua tugas- tugas ini tidak sesuai dengan sifat semulajadi wanita. 2. Kesaksian. Kesaksian wanita hanya diterima secara mutlak dalam kes-kes wanita yang tidak boleh diketahui oleh orang- orang yang lain dari wanita sendiri. Dalam kes zina kesak- sian wanita tidak diterima. Dan dalam kes-kes yang lain saksi dua orang wanita diterima sebagai menyamai kesak- sian seorang lelaki.? 3. Perwarisan. Dalam hal ini ada ketentuan-ketentuan yang telah ditetapkan. Ada kalinya wanita mendapat habuan (ba- hagian pusaka) yang sama banyak dengan lelaki seperti dalam kes saudara-saudara seibu di mana jika ada se- orang sahaja saudara perempuan seibu maka dia akan * As.Siba'e, op. eff, hal: 40, 2 Lihat auat 283 Surah al-Bagarah. 102 memperolehi satu perenam iaitu sama dengan habuan saudara lelaki seibu yang bersendirian yang juga memper- olehi satu perenam. Ada kalinya perempuan mendapat bahagian separuh dari bahagian lelaki. Dan keadaan ini boleh dikatakan sebagai keadaan biasa. 4, Talak. Kuasa talak hanya diberikan kepada lelaki. Walau- bagaimanapun perempuan diberi kuasa membebaskan dirinya dari ikatan perkahwinan dengan cara khulu’. Jadi dikatakan bahawa kuasa khulu' isteri adalah meng- imbangi kuasa talak suami. 5. Diat (blood money) Dalam kes bunuh tidak sengaja ke atas seseorang Perempuan diatnya adalah separuh dari diat lelaki. -Lojik dari perbezaan ini ialah merujuk kepada kerugian keben- daan yang dialami oleh keluarga, sebab perempuan tidak menanggung tanggungjawab nafkah seperti lelaki. Jadi kematiannya dipandang dari sudut nafkah ini tidaklah sama dengan kematian seorang lelaki. Sebagai kesimpulan boleh dikatakan bahawa perbe- zaan-perbezaan yang ditetapkan oleh Islam itu adalah adil kerana ia sesuai dengan tabii, peranan dan tanggungjawab masing-masing. 103

Anda mungkin juga menyukai