Anda di halaman 1dari 3

Bagi seseorang guru yang mengalami tekanan emosi akibat bebanan kerja, beliau seharusnya dapat memiliki penampilan

yang baik dari segi mental dan dapat menghadapi sebarang cabaran atau halangan dengan pemikiran yang jelas dan baik. Ini adalah kerana guru bukan sahaja memerlukan penampilan yang baik dari segi fizikal, malah beliau juga perlu sentiasa berfikiran waras dan dapat menangani tekanan emosinya dengan berkesan. Oleh itu, guru seharusnya meningkatkan dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah yang dapat membantu seseorang guru menangani masalah tekanan emosi yang dihadapinya secara rasional, seterusnya merancang cara penyelesaian secara sistematik.

Selain itu, sebagai seorang guru, beliau juga seharusnya dapat menguasai kemahiran pengurusan masa. Pada masa kini, kebanyakan guru yang bekerja menghabiskan masa ke atas tugasan yang kurang penting telah mengabaikan tanggungjawab yang lain sehingga mereka berasa tugas mereka tidak dapat diselesaikan. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi guru mengalami masalah tekanan emosi akibat beban kerja. Oleh itu, kemahiran pengurusan masa dapat membantu seseorang guru menumpukan kepada kerja-kerja yang penting dahulu dan melakukannya dengan lebih bijak. Contohnya, seseorang guru perlu merancang jadual bekerja dan meluangkan masa lapang individu yang secukupnya untuk kegunaan diri.

Seseorang guru yang mengalami tekanan emosi akibat beban kerja boleh mempelajari kemahiran relaksasi yang dapat membantu meredakan reaksi fizikal terhadap tekanan. Sebagai contoh, guru boleh boleh menjalankan relaksasi seperti aktiviti yoga yang mengutamakan cara menarik dan menghembus nafas dengan perlahan-lahan yang boleh menangani stres.

Bukan sahaja begitu, seseorang guru patut mengekalkan cara hidup yang sihat dan seimbang dengan bersenam, makan makanan yang sihat, mempunyai tidur yang cukup dan tidak meminum air beralkohol kerana badan yang sihat dapat meningkatkan prestasi kerja. Untuk memperolehi cara hidup yang seimbang, seseorang guru perlu meluangkan masa dengan melakukan hobi atau aktiviti rekreasi. Dengan membuat demikian, mereka dapat mengalih fikiran mereka terhadap kerisauan dan kebimbangan mengenai tugas serta mendapat persepsi yang baru untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi.

Jika seseorang guru itu mempunyai cara berkomunikasi yang baik dan berkesan, maka mereka dapat mencari jalan untuk meluahkan buah fikiran dan emosinya. Di samping itu, ia juga dapat memahami reaksi yang diberi. Maka, dengan cara ini dapatlah seseorang guru itu mengendalikan masalah dan tekanan emosi dengan lebih berkesan. Oleh itu, sebagai seorang guru, beliau perlu menjalin hubungan yang baik dengan rakan sejawatnya agar dapat berkongsi masalah yang dihadapi. Merujuk kepada kes guru tersebut, guru berkenaan sepatutnya menjelaskan dan membincangkan masalah bisikan misteri yang telah dihadapi olehnya kepada rakan sejawat yang lain agar dapat sokongan yang baik untuk mencari cara penyelesaian yang lebih berkesan.

Seseorang guru yang mempunyai tujuan hidup biasanya dapat mengendali tekanan dan stres dengan baik. Oleh itu, penglibatan diri dalam hal-hal keagamaan juga merupakan salah satu cara bagi seseorang guru untuk menangani masalah tekanan stres kerana agama dapat memberi sumber harapan atau menjadi pegangan kepada seseorang apabila diperlukan. Golongan yang bekerja termasuk guru adalah digalakkan untuk melibatkan diri dalam hal-hal kerohanian kerana ia dapat memberi mereka perspektif yang betul tentang kehidupan dan pekerjaan. Dengan ini, penampilan guru dari segi sifat rohaniah dan kejiwaan dapat dipertingkatkan. Guru tersebut juga akan

lebih bersifat tenang dan mempunyai emosi yang mantap serta optimistik dalam kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai