Anda di halaman 1dari 2

5.1 Pemerhatian 1) Pemerhatian tentang kelas guru muzik tahun 1?

a) Apakah teknik pengajaran guru?

Teknik pengajaran guru ialah teknik penyoalan

b) Macam mana guru memulakan set induksi

Guru memulakan set induksi dengan menayangkan video

c) Adakah pergerakan yang dirancang oleh guru sesuai dengan lagu?

Ya. Pergerakan yang dirancang oleh guru adalah sentiasa sesuai dengan lagu dan setiap pergerakan akan guru mengajar kepada murid- murid dengan postur yang betul.

d) Adakah murid- murid dapat mengikut setiap langkah yang diajar oleh guru

Kebanyakan murid- murid dapat mengikut langkah guru akan tetapi terdapat juga sebilangan kecil murid yang tidak dapat mengikuti dan guru akan menunjuk ajar sekali lagi dengan penuh kesabaran.

e) Adakah murid- murid berasa seronok dengan kelas muzik?

Murid- murid berasa seronok kerana mereka amat menumpukan perhatian dalam kelas.

2) Pemerhatian tentang kelas muzik tahun 5.

a) Apakah cara guru untuk mengendalikan kelas muzik

Cara guru mengendalikan kelas muzik ialah guru memberi arahan kepada muri- murid dan sekiranya murid tidak mengingkari arahan maka guru akan memberi amaran kepada murid tersebut.

b) Apakah bahan bantu mengajar yang digunakan guru?

Alatan muzik seperti rekorder ditekankan dalam kelas muzik.

c) Adakah murid- murid telah menguasai cara menggunakan alat muzik? Ya. Murid- murid dapat memainkan lagu yang ringkas dengan menggunakan alatan muzik

d) Adakah murid- murid dapat mengikut setiap langkah yang diajar guru?

Ya. Murid- murid dapat mengikut setiap langkah yang diajar guru kerana guru menggunkan cara pengajaran dari mudah ke susah.

e) Adakah murid- murid dapat menumpukan perhatian di dalama kelas muzik? Murid- murid dapat menumpukan perhatian di kelas kerana mereka berasa seronok dengan pembelajaran.

3) Pemerhatian tentang keadaan bilik muzik. a) Apakah alat muzik yang terdapat di dalam bilik muzik Alatan muzik yang terdapat ialah loceng, tamborin, rekorder, tik tok, glokenspiel dan sebagainya. b) Bagaimanakah suasana dalam bilik darjah? Suasana bilik darjah adalah cerah, udara dapat mengalir dan kemas serta bersih. c) Adakah kebersihan dalam bilik muzik memuaskan? Ya, pembersih akan membersihkan bilik muzik setiap hari. d) Bagaimanakah sikap murid-murid terhadap pelajaran mereka? Mereka suka belajar waktu kelas muzik.

Anda mungkin juga menyukai