Anda di halaman 1dari 2

Yang berusaha En.

Ahmad bin A Bakar Guru besar SK Tanjung Medang , Yang dikasihi Guru- Guru Penolong Kanan,Guru guru dan rakan-rakan yang disayangi sekalian. Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Bicara saya dimulakan dengan petikan sajak yang saya dapati dari laman maya. Sajak tersebut kalau saya renung- renungkan sememangnya mengenai guru dan jasanya. Dalam konteks yang lebih mendalam, saya mendapati bahawa penyajak ingin mengutarakan bahawa guru merupakan tulang belakang utama sesebuah negara. "Sesungguhnya tanggal 16 Mei amat penting dan sangat bermakna kerana kita semua mempunyai guru yang telah banyak berjasa kepada kita. Inilah waktu terbaik untuk kita luahkan setinggi-tinggi rasa terima kasih, penghargaan dan penghormatan terhadap mereka yang telah banyak berbudi kepada agama, bangsa dan juga negara.

Pepatah Melayu ada berkata, Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain, menunjukkan pengorbanan seorang guru yang bersusah payah memberi didikan yang sempurna kepada kita semua. Tanpa guru, takkan ada insan-insan hari ini yang berpangkat menteri, berjawatan besar, bergelar jutawan, doktor, peguam, jutawan internet, angkasawan dan sebagainya. Guru jugalah yang menjadi sumber inspirasi anak watan bagi memacu aspirasi negara ke arah Wawasan 2020. Di samping itu, guru juga menjadi wadah penyemai perpaduan. Guru- guru bertanggngjawab menanam sifat perpaduan dalam jiwa generasi muda kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya Sebagai wakil murid saya merasa sangat bertuah dapat belajar dengan semua guru di sekolah ini. Sebelum saya menutup tirai, saya mewakili semua pelajar ingin memohon maaf atas segala kekhilafan kami. Dan seterusnya SELAMAT HARI GURU kepada semua guru SKTM. Segala pengorbanan cikgu akan kami semat dan hargai selagi hayat dikandung badan. Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah assalamualikum wrbthkth

Anda mungkin juga menyukai