Anda di halaman 1dari 10

Manusia hidup dalam dunia subjektifnya. Manusia pada asasnya positif.

Manusia adalah baik dan berusaha mempertingkatkan diri dan masyarakat. Manusia perlukan kepuasan peribadi. Manusia perlukan perhubungan rapat secara peribadi dengan orang lain. Manusia bertendensi menuju ke arah kesempurnaan diri.

Pertumbuhan individu dan perkembangan potensi individu melalui interaksi dengan orang lain dan persekiatran. Seseorang bergerak balas kepada persekitaran sebagaimana ianya mengalaminya. Kendiri adalah penting dalam menetukan tingkah laku untuk meningkatkan diri. Ini dipanggil kesempurnaan diri atau proses menjadi (the process of becoming).

Kesempurnaan diri Esteem kendiri Kasih Sayang Keselamatan Pisiologikal

IMPLIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Perasaan dan emosi pelajar adalah penting dalam proses pembelajaran.Sediakan suasana pembelajaran yang menggalakkan dan memahami. Fasilitator mesti peka, empatik, menerima, jujur, ikhlas dan memberi keyakinan kepada pelajar untuk menyuarakan diri. Galakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran dan dalam kumpulan secara kooperatif. Hormati pelajar sebagai individu yang berbeza (keperluaan pengalaman dan jangkaan terhadap situasi pembelajaran).

TUGASAN
Banding bezakan teori behavioris dan teori humanis.

PEMBELAJARAN HUMANIS
Humanis mementingkan apa yang berlaku pada diridiri-mencapai kesempurnaan kendiri. (Maslow), apa yang dibuat menuruti apa yang dirasai oleh individu (Rogers). Roger lebih menumpukan terapi pemusatan klien guru tidak memberi nasihat tetapi membantu klien.

Rogers berpendapat
1.
Semua manusia ada keupayaan semula jadi untuk belajar 2. Guru berperanan membimbing dan memudahcara pembelajaran ; - Menyediakan iklim pembelajaran yang positif - Menjelaskan tujuan pembelajaran - Menyediakan / menguruskan sumber pembelajaran - Menseimbangkan komponen emosi dan intelek dalam pembelajaran - Berkongsi pengetahuan, perasaan dan pemikiran dengan pelajar BUKAN menguasai /mengawal.

Pembelajaran berlaku jika;


1. Pelajar terlibat sepenuhnya dalam proses pengajaran pembelajaran 2. Berasaskan amali, masalah sosial, peribadi dan penyelidikan 3. Penilaian kendiri menjadi kaedah utama penilaian kemajuan 4. Kepentingan belajar untuk belajar dan kerelaan untuk berubah.

Prinsip

Pembelajaran menjadi lebih berkesan jika

1. isi

kandungan relevan dengan minat individu 2. ancaman luar terhadap diri pada tahap minimum 3. insiatif kendiri individu tinggi

tamat

Anda mungkin juga menyukai