Anda di halaman 1dari 33

Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu BMM3106

1.0 PENGENALAN Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Penguasaan kemahiran asas 3M perlu dikuasai lebih awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, pengajaran pemulihan mengutamakan prinsip menyelesaikan masalah seawal mungkin supaya tidak menjadi kronik berterusan hingga ke tahap 2 atau peringkat persekolahan menengah rendah. Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Selain itu, perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid bukan sahaja mengakibatkan mereka lambat menguasai sesuatu kemahiran. Malahan, perbezaan individu dalam aspek-aspek yang dinyatakan tadi juga boleh menyebabkan seseorang murid menguasai sesuatu kemahiran lebih cepat berbanding individu dan rakan sebaya yang lain. Dalam hal ini pula, pengajaran pengayaan diperkenalkan bagi memberi peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka. Dengan yang demikian, kita akan mengupas dan membincangkan kedua-dua aspek pengajaran pemulihan dan pengayaan ini dengan lebih lanjut dan terperinci. Untuk pemahaman yang lebih berkesan, kita akan mengkaji dan melaksanakan kedua-dua pengajaran pemulihan dan pengayaan ini dalam situasi sebenar berdasarkan masalah pembelajaran murid-murid yang dikenal pasti.

Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu BMM3106

2.0 PENGAJARAN PENDIDIKAN PEMULIHAN Seperti yang telah dinyatakan pada awal perbincangan sebelum ini, pengajaran pendidikan pemulihan merupakan satu bentuk langkah atau intervensi awal bagi menangani masalah-masalah pembelajaran yang dialami oleh murid-murid. Melalui intervensi awal yang diberikan di sini, masalah-masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid akan dapat diatasi seterusnya mengelakkan implikasi yang negatif kepada masa depan murid-murid tersebut. Bagi mengetahui dan memahami tentang pengajaran pendidikan pemulihan ini dengan lebih lanjut, seterusnya kita akan mengupas dan membincangkan tentang pengajaran pendidikan pemulihan ini dari aspek konsep, rasional dan langkah pengajaran pendidikan pemulihan berdasarkan pandangan beberapa tokoh.

2.1 Konsep pengajaran pemulihan

Jamilah Ahmad (1999)

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005)

Koh Boh Boon (1981)

- Rancangan pembelajaran yang membantu murid mengatasi masalah penguasaan sesuatu kemahiran.

- Usaha membaiki dan mengatasi masalah pembelajaran murid.

- Langkah khusus dalam mengatasi dan membaiki kelemahan pembelajaran murid.

Rajah 1 : Konsep-konsep pengajaran pemulihan

Aspek pertama yang akan dibincangkan dan dihuraikan ialah konsep pengajaran pemulihan. Berikut merupakan beberapa pandangan berkaitan konsep pengajaran pemulihan seperti dalam rajah 2 di atas.
2

Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu BMM3106

Jamilah Ahmad (1999) menjelaskan bahawa pengajaran pemulihan adalah satu rancangan pembelajaran yang disediakan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran pembelajaran dalam menguasai sesuatu kemahiran. Berdasarkan definisi yang dinyatakan, dapat kita fahami bahawa pengajaran pemulihan merupakan satu bentuk pengajaran yang dijalankan bagi membantu murid yang mempunyai masalah pembelajaran terhadap sesuatu kemahiran ataupun pengetahuan. Perkara ini berlaku disebabkan oleh faktor kebolehan dan perbezaan individu yang mana menyebabkan terdapat murid yang lambat dalam menguasai sesuatu kemahiran atau pengetahuan. Sebagai contoh, seorang guru mengajar tentang kemahiran membaca dengan sebutan, nada dan intonasi yang betul pada hari tersebut. Bagi murid-murid yang lambat, mereka mungkin tidak dapat menguasai intonasi bacaan dengan betul dan hanya mampu membaca dengan nada sekata sahaja. Melalui pengajaran pemulihan inilah guru bertindak memberikan intervensi kepada murid untuk mengatasi masalah membaca tersebut. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) menyatakan bahawa kata pemulihan terbentuk daripada kata dasar pulih yang bermaksud kembali seperti biasa, sembuh atau baik semula. Maksud perkataan pulih di sini adalah berkait rapat dengan kanakkanak yang menghadapi kesulitan dalam pembelajaran. Dalam konteks pengajaran pemulihan, dapatlah dijelaskan di sini bahawa pemulihan merupakan usaha-usaha untuk memperbaiki dan mengatasi masalah kelemahan yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, tidak semua murid mampu menguasai sesuatu kemahiran atau pengetahuan dengan cepat.

Sebaliknya, akan ada murid yang lambat menguasai sesuatu kemahiran atau pengetahuan bergantung kepada keupayaan murid tersebut masing-masing. Pelajar yang lambat ini sudah pasti akan mengalami masalah dalam menguasai sesuatu kemahiran yang mana boleh diatasi melalui pelaksanaan pengajaran pemulihan. Koh Boh Boon (1981) pula menyatakan bahawa pendidikan pemulihan adalah terbatas dan lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan untuk membaiki kelemahan pembelajaran. Berdasarkan takrifan yang diberikan di sini pula, dijelaskan dengan lebih khusus bahawa pengajaran pemulihan adalah menumpukan kepada membaiki kelemahan yang dialami murid dalam sesuatu pembelajaran. Dalam kata lain, pengajaran pemulihan hanya akan dijalankan jika terdapat pelajar
3

Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu BMM3106

yang mengalami kesukaran dalam menguasai sesuatu pembelajaran yang melibatkan pemerolehan pengetahuan atau kemahiran. Sebagai contoh, terdapat murid yang mengalami masalah dalam kemahiran menulis perkataan dengan kemas. Pengajaran pemulihan hanya akan dijalankan terhadap murid yang mengalami masalah pemulihan tersebut sahaja seperti contoh yang diberikan tadi iaitu masalah dalam kemahiran menulis. Secara ringkas berdasarkan pandangan tokoh-tokoh di atas, dapat difahami bahawa pengajaran pendidikan pemulihan merupakan satu bentuk pengajaran yang dilaksanakan bagi mengatasi masalah-masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid.

2.2 Rasional pengajaran pemulihan Pengajaran pendidikan pemulihan secara umumnya dilaksanakan sebagai langkah atau intervensi awal mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid. Jamilah Ahmad (1999) menyatakan bahawa terdapat empat rasional utama dalam pengajaran pemulihan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 3 di bawah.

Untuk membantu murid lemah mencapai objektif pembelajaran yang belum dicapainya dalam pelajaran lampau. Untuk membantu murid memperkembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka.

Untuk membantu murid membina keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran. Untuk membantu murid yang lemah membina konsep sesuatu kemahiran dengan betul yang mungkin di salah tanggap sebelum ini. Rajah 2 : Rasional-rasional pengajaran pemulihan
4

Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu BMM3106

Menurut Jamilah Ahmad (1999), rasional utama pengajaran pendidikan pemulihan kepada murid ialah untuk membantu murid lemah mencapai objektif pembelajaran yang belum dicapainya dalam pembelajaran lalu. Seseorang murid pemulihan adalah dikategorikan sebagai pelajar lambat dalam menguasai sesebuah pembelajaran berkaitan sesuatu kemahiran ataupun pengetahuan. Pengajaran yang dilaksanakan oleh guru pula lazimnya adalah sama terhadap semua murid dalam sebuah kelas biasa sama ada kepada pelajar lambat mahupun pelajar cerdas. Dalam hal ini, seseorang pelajar pemulihan tersebut akan mengambil masa yang agak perlahan dalam membentuk kefahaman terhadap sesuatu objektif

pembelajaran dan menyebabkan mereka tertinggal kepada pelajar lain. Justeru, melalui pengajaran pemulihan ini pelajar-pelajar tersebut dapat mencapai objektif pembelajaran yang belum dicapai sepenuhnya. Rasional pengajaran pemulihan yang kedua ialah untuk membantu murid memperkembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka (Jamilah Ahmad (1999). Setiap pelajar mempunyai kebolehan dan potensi diri masing-masing. Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh seseorang murid bukanlah satu petunjuk bahawa seseorang murid itu tidak mempunyai kebolehan atau potensi diri. Sebaliknya, masalah-masalah yang dihadapi ini telah menyebabkan kebolehan dan potensi individu yang dimiliki seseorang murid itu tidak dapat dilihat dengan jelas. Justeru, melalui pengajaran pemulihan, masalah-masalah pembelajaran yang dihadapi murid diperbaiki terlebih dahulu menonjolkan kebolehan dan potensi diri murid. Selain itu, pengajaran pendidikan pemulihan juga ialah bertujuan untuk membantu murid membina keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran. Murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran mempunyai kesukaran untuk menguasai sesebuah kemahiran yang disampaikan. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, perkara ini menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama untuk menguasai kemahiran ataupun pengetahuan yang disampaikan tersebut. Kesannya, keyakinan diri mereka untuk mengikuti sesuatu pembelajaran akan merudum secara perlahan-lahan sehingga menyebabkan mereka bersikap negatif terhadap pembelajaran. Pengajaran pemulihan yang menekankan prinsip yang mana kemudiannya akan

pengajaran secara perlahan terhadap kelemahan yang dihadapi pelajar dapat

Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu BMM3106

membantu mereka membentuk keyakinan diri dan menyemai sikap positif untuk belajar. Akhir sekali, rasional pengajaran pemulihan ialah bertujuan untuk membantu murid yang lemah membina konsep sesuatu kemahiran dengan betul yang mungkin di salah tanggap sebelum ini. Kadang-kadang, kelemahan dan kesilapan yang dilakukan pelajar dalam sesebuah pembelajaran sebenarnya adalah disebabkan salah tanggap terhadap konsep yang disampaikan oleh guru. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar dalam kumpulan ini bukanlah terdiri daripada pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran. Walau bagaimanapun, kelemahan dan

kesilapan yang telah berlaku menyebabkan pelajar-pelajar ini tergolong sebagai pelajar-pelajar pemulihan. Justeru, pengajaran pemulihan ini berupaya membantu pelajar untuk membina semula konsep yang betul terhadap sesuatu kemahiran yang diajarkan yang mana telah di salah tanggap sebelum itu.

2.3 Langkah-langkah pengajaran pemulihan

Pencalonan Murid Proses Pengumpulan Maklumat

Tindakan Susulan

Analisan Ujian Diagnostik dan Pengamatan


Proses Diagnostik

Proses Saringan

Rajah 3 : Langkah-langkah pengajaran pemulihan


6

Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu BMM3106

Rajah 3 menunjukkan langkah-langkah pengajaran pendidikan pemulihan yang mana terdapat enam langkah kesemuanya. Langkah atau prosedur pertama dalam pengajaran pemulihan ialah proses pencalonan murid (Kementerian Pendidikan Malaysia (1999). Pencalonan murid pemulihan adalah proses utama kepada pemilihan calon untuk ditempatkan di dalam program pemulihan. Pencalonan murid pemulihan boleh dilakukan oleh guru kelas, guru mata pelajaran, guru besar, ibu bapa atau penjaga dan menerusi ujian pelepasan KIA2M. Menerusi prosedur ini, individu-individu yang telah disenaraikan tadi merupakan kumpulan individu yang akan bertanggungjawab dalam

menyenaraikan pelajar-pelajar yang layak untuk mengikuti pengajaran pemulihan. Hal ini kerana, kumpulan individu yang disebutkan tadi merupakan individu-individu yang paling dekat dan mengetahui tentang keperluan serta masalah yang dialami oleh murid. Jika seseorang murid itu dilihat layak untuk diberikan pemulihan, murid tersebut akan dipilih sebagai calon pelajar pemulihan. Langkah kedua pula ialah proses pengumpulan maklumat berkaitan murid yang telah dicalonkan untuk mengikuti pemulihan. Di sini, butir-butir individu dan prestasi murid akan memberi panduan kepada guru pemulihan untuk membuat keputusan sama ada perlu memilih calon murid tersebut mengikuti pengajaran pemulihan atau tidak. Pada masa sama, butir atau rekod individu juga boleh memberi maklumat kepada guru pemulihan tentang latar belakang keluarga murid yang mana mungkin menjadi penyumbang kepada kegagalan murid tersebut. Dalam proses pengumpulan maklumat ini, perkara yang paling penting ialah guru dapat mengetahui tentang masalah pembelajaran murid dari aspek kemahiran belajar murid itu sendiri iaitu kemahiran lisan, menulis atau membaca. Prosedur pengajaran pemulihan yang ketiga pula ialah proses saringan. Ujian saringan ialah satu instrumen pengukuran yang menyeluruh terhadap kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas oleh murid secara individu untuk dicalonkan bagi mengikuti Program Pemulihan Khas. Ujian ini dapat mengesan murid-murid yang lemah dan memerlukan bantuan pemulihan khas. Dengan lain perkataan Ujian Saringan bertujuan untuk menentukan calon yang layak untuk dimasukkan ke program pemulihan khas. Di sini, dapat kita lihat bahawa ujian saringan ini merupakan proses menyaring kumpulan calon pelajar pemulihan yang

Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu BMM3106

telah disenaraikan bagi memastikan murid-murid yang telah dicalonkan tersebut benar-benar layak mengikuti pemulihan. Seterusnya, prosedur pengajaran pemulihan yang keempat ialah proses diagnostik. Ujian Diagnostik merupakan ujian yang wajib dijalankan dengan tujuan untuk membantu guru pemulihan khas mengesan kawasan-kawasan kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh seseorang murid secara khusus dan seterusnya membentuk objektif pengajaran (baseline). Ujian ini dibentuk bukan untuk menilai peringkat pencapaian tetapi untuk mengesan masalah-masalah yang dialami ketika belajar dan mengenal pasti punca kegagalan murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. Jika kita dapat lihat, ujian diagnostik di sini adalah berbeza dengan ujian saringan. Ujian saringan hanya bertujuan menyaring kumpulan calon pelajar pemulihan. Ujian diagnostik pula bertujuan untuk mengesan kelemahan-kelemahan yang dimiliki pelajar bagi kumpulan pelajar yang telah disaring dan didapati benarbenar memerlukan pemulihan. Setelah itu, prosedur pengajaran pemulihan yang seterusnya pula ialah analisa ujian diagnostik dan pengamatan. Penganalisisan keputusan hendaklah dikumpul dan direkodkan dan diberi interpretasi dengan cermat untuk memastikan masalah-masalah murid. Keputusan analisa ujian diagnostik akan menunjukkan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan seseorang murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. Cara ini dapat membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan daerah-daerah kesukaran yang dihadapi. Analisa kesalahan ujian tersebut juga dapat membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus kepada seseorang individu atau kepada satu kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik. Berdasarkan kepada analisa kesalahan ujian diagnostik tersebut, guru pemulihan akan dapat mengenal pasti daerah-daerah kelemahan murid yang telah dipilih. Daerah-daerah kelemahan itu akan membantu guru untuk memilih kemahiran yang tepat untuk memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Akhir sekali, langkah pengajaran pemulihan ialah tindakan susulan. Murid yang telah dapat menguasai kemahiran yang telah dipulihkan akan menjalankan kerja susulan yang dijalankan oleh guru kelas biasa dengan bantuan dan kerjasama dari Guru Pemulihan Khas apabila perlu. Guru kelas, guru mata pelajaran dan guru pemulihan perlu saling bekerjasama di antara satu sama lain bagi mengukuhkan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid pemulihan. Murid pemulihan yang berjaya
8

Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu BMM3106

menguasai kemahiran akan ditempatkan semula ke kelas biasa untuk mengikuti proses pembelajaran seterusnya.. Mereka akan sentiasa dipantau oleh guru pemulihan ketika berada di kelas biasa. Tujuannya ialah untuk melihat

perkembangan pelajar tersebut di samping membantu guru di kelas biasa dalam proses pengajaran mereka. Jika terdapat masalah terhadap murid tersebut, maka guru pemulihan akan bertindak segera untuk menyelesaikannya.

Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu BMM3106

3.0 PENGAJARAN PENDIDIKAN PENGAYAAN Kita telah pun mengulas dan membincangkan tentang pengajaran pemulihan yang mana dilaksanakan bertujuan memulihkan pelajar-pelajar yang mengalami masalah pembelajaran. Hal ini berlaku disebabkan perbezaan individu dari segi kebolehan dan keupayaan menanggap sesuatu kemahiran atau pengetahuan yang

disampaikan. Dari satu sudut yang lain pula, perbezaan individu juga boleh menyebabkan terdapat individu yang mampu menguasai sesuatu kemahiran yang disampaikan dengan cepat. Bentuk pengajaran yang perlu diberikan bagi kumpulan pelajar ini pula ialah pengajaran pengayaan yang mana secara umumnya menekankan konsep memberi peluang kepada pelajar memperkembangkan keupayaan individu masing-masing. Bagi mengetahui dan memahami dengan lebih lanjut, kita akan mengikuti perbincangan berkaitan konsep, rasional dan tatacara pengajaran pemulihan berdasarkan pandangan beberapa tokoh.

3.1 Konsep pengajaran pengayaan

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003) - Bahan tambahan yang diberikan kepada murid untuk dilaksanakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005)

Mok Soon Sang (1990)

- Perihal usaha atau proses mengayakan, misalnya mengayakan atau meluaskan kosa kata.

- Aktiviti yang disediakan bagi semua kumpulan pelajar yang telah menguasai sesuatu kemahiran.

Rajah 4 : Konsep pengajaran pengayaan

Rajah 4 di atas menunjukkan beberapa pandangan tokoh berkaitan konsep pengajaran pengayaan.
10

Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu BMM3106

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003) menyatakan bahawa pengayaan perlu diberikan penekanan dalam kurikulum sekolah rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat dan minat. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan. Berdasarkan konsep yang dinyatakan di sini, dapat kita fahami bahawa pengajaran pengayaan merupakan satu bentuk pengajaran tambahan kepada pelajar untuk mengukuhkan pengetahuan sedia ada yang telah mereka kuasai. Sebagai contoh, seseorang murid telah berjaya menguasai kemahiran menulis ayat. Bagi memperkaya dan mengukuhkan kemahiran tersebut, guru boleh memberikan latihan tambahan seperti menulis sebuah karangan pendek. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) mentakrifkan pengayaan sebagai perihal usaha atau proses mengayakan, misalnya mengayakan atau meluaskan kosa kata. Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas

pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan. Dalam hal ini, dapat kita fahami bahawa tujuan pengajaran pengayaan ialah untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman di samping mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Justeru, penglibatan murid-murid dalam aktiviti ini membolehkan mereka mengembangkan lagi sifat ingin tahu, minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat. Mok Soon Sang (1990) pula menjelaskan bahawa aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah, sama ada dalam kumpulan cerdas, sederhana, atau lambat. Menurutnya lagi, melalui aktiviti pengayaan, murid-murid akan dapat memperluas pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam sesuatu bidang pelajaran tertentu. Di sini, dapat kita fahami bahawa pengajaran pengayaan tidak hanya dikhususkan kepada pelajar yang cepat menguasai kemahiran sahaja. Sebaliknya, pengajaran pengayaan ini melibatkan semua kumpulan pelajar yang telah menguasai sebarang kemahiran yang dipelajari. Justeru, tujuan program pengayaan adalah untuk memperluas pengetahuan dan
11

Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu BMM3106

pengalaman di samping memperkukuh kemahiran yang sedang dipelajari. Penglibatan murid-murid dalam aktiviti ini membolehkan mereka mengembangkan lagi sifat ingin tahu, minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan, dan masyarakat. Secara ringkasnya, dapat kita fahami bahawa pengajaran pengayaan merupakan satu bentuk pengajaran yang diberikan kepada pelajar yang telah berjaya menguasai sesuatu kemahiran mengikut masa yang ditetapkan atau sebelum masa yang telah ditentukan.

3.2 Rasional pengajaran pengayaan

Pengajaran pengayaan dilaksanakan kerana dalam sesebuah kelas terdapat murid yang cerdas, sederhana dan lambat.

Aktiviti pengayaan yang lebih menarik dan mencabar dapat diberikan kepada pelajar terutamanya kumpulan cerdas dan sederhana.

Sebagai pengukuhan kepada kumpulan pelajar lambat setelah mereka berjaya menguasai sesuatu kemahiran tertentu.

Rajah 5 : Rasional-rasional pengajaran pengayaan

12

Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu BMM3106

Rajah

menunjukkan

beberapa

rasional

dalam

pelaksanaan

pengajaran

pengayaan. Secara umumnya, terdapat tiga rasional utama pelaksanaan pengajaran pengayaan di kelas biasa. Rasional utama pelaksanaan pengajaran pengayaan ialah kerana dalam sesebuah kelas terdapat beberapa kumpulan atau kategori murid iaitu cerdas, sederhana dan lambat. Kumpulan murid mengikut kecerdasan dapat dibahagikan kepada tiga iaitu kumpulan pelajar cerdas, sederhana dan lambat. Seperti yang kita ketahui, kumpulan pelajar cerdas dan sederhana lazimnya lebih cepat menguasai sesebuah kemahiran yang diajar berbanding kumpulan pelajar yang lambat. Dalam hal ini, kumpulan pelajar yang lambat perlu diberi bimbingan dalam tempoh yang lebih panjang masanya berbanding kumpulan pelajar cerdas dan sederhana. Hal ini akan menyebabkan perhatian kepada kumpulan pelajar cerdas dan sederhana lebih singkat. Justeru, pengajaran pengayaan diberikan kepada kedua-dua kelompok pelajar ini sebagai latihan dan pengukuhan tambahan kepada mereka sementara bimbingan diberikan kepada kumpulan pelajar yang lambat. Rasional kedua pengajaran pengayaan ialah aktiviti yang lebih menarik dan mencabar dapat diberikan kepada pelajar terutamanya kumpulan cerdas dan sederhana. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, kumpulan pelajar cerdas dan sederhana mampu menguasai sesebuah kemahiran yang disampaikan dengan lebih cepat berbanding kumpulan pelajar lambat. Hal ini kerana, aktiviti dan kemahiran yang disampaikan kepada mereka dianggap mudah untuk dikuasai dan kurang mencabar. Hal ini seterusnya menyebabkan mereka mudah untuk berasa bosan dan kurang berminat untuk mengikuti sesebuah aktiviti yang disampaikan. Justeru, dengan memberikan aktiviti pengayaan yang lebih menarik dan mencabar kepada mereka, mereka tidak akan mudah berasa bosan di samping memberikan mereka dapat mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran yang telah mereka kuasai. Akhir sekali, rasional pengajaran pengayaan kepada pelajar ialah sebagai pengukuhan kepada kumpulan pelajar lambat setelah mereka berjaya menguasai sesuatu kemahiran tertentu. Jika sebelum ini dijelaskan di atas bahawa tujuan pengajaran pengayaan ini diberikan kepada kumpulan pelajar cerdas dan sederhana adalah untuk memberikan mereka aktiviti tambahan yang menarik dan lebih mencabar. Sebaliknya, kumpulan pelajar yang lambat pula diberikan aktiviti
13

Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu BMM3106

pengayaan untuk memberi pengukuhan kepada kemahiran yang telah berjaya dikuasai. Melalui pengukuhan yang diberikan, kumpulan pelajar lambat ini akan dapat mengekalkan dan meningkatkan penguasaan terhadap kemahiran tersebut. Secara tidak langsung, hal ini akan memberikan motivasi kepada mereka untuk terus mengikuti pembelajaran terhadap sesuatu kemahiran.

3.3 Langkah-langkah pengajaran pengayaan

Kumpulan mengikut kebolehan

Aktiviti pengayaan berjalan serentak dengan aktiviti pemulihan

Aktiviti pengayaan mengikut kumpulan pelbagai kebolehan

Rajah 6 : Tiga langkah pengajaran pengayaan

Rajah 6 di atas menunjukkan tiga langkah yang digunakan dalam pengajaran pengayaan kepada murid. Langkah pengajaran pengayaan yang pertama ialah pengayaan berdasarkan kumpulan mengikut kebolehan. Kumpulan mengikut kebolehan di sini merujuk kepada kumpulan pelajar dalam sesebuah kelas yang mana terdiri daripada kumpulan pelajar cerdas, sederhana dan lambat. Seperti yang telah dijelaskan dan dibincangkan sebelum ini, keupayaan pelajar bagi setiap kumpulan ini adalah berbeza antara satu sama lain. Hal ini menyebabkan tahap kesukaran yang digunakan haruslah berbeza dan mengikut kepada keupayaan
14

Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu BMM3106

setiap kumpulan pelajar tersebut. Sebagai contoh, tahap kesukaran yang digunakan bagi kumpulan pelajar cerdas tidak harus sama dengan tahap kesukaran yang digunakan kepada pelajar sederhana dan begitu juga kepada pelajar lambat. Sebaliknya, tahap kesukaran yang digunakan bagi setiap kumpulan pelajar tersebut haruslah berbeza-beza mengikut kebolehan mereka masing-masing tetapi

menggunakan kemahiran yang sama dalam pengajaran. Langkah pengajaran yang kedua pula ialah aktiviti pengayaan dijalankan serentak dengan aktiviti pemulihan. Hal ini merujuk kepada aktiviti pengayaan yang diberikan kepada kumpulan murid cerdas dan sederhana, manakala kumpulan murid lambat menjalankan pemulihan pada masa yang sama. Kumpulan murid-murid cerdas dan sederhana lazimnya adalah kumpulan pelajar yang dapat menguasai sesuatu kemahiran yang disampaikan dengan mudah dan cepat. Penguasaan yang cepat dan mudah terhadap sesuatu kemahiran ini membolehkan guru untuk mengurangkan perhatian dan bimbingan kepada mereka. Sebaliknya, kumpulan murid-murid lambat pula mengambil masa yang lama untuk menguasai sesuatu kemahiran yang disampaikan. Hal ini menyebabkan mereka memerlukan bimbingan dan perhatian yang lebih daripada guru. Justeru, semasa pengajaran, kedua-dua aktiviti ini boleh dijalankan serentak yang mana kumpulan pelajar cerdas dan sederhana diberikan aktiviti pengayaan tanpa bimbingan guru. Manakala, kumpulan murid lambat diberikan pemulihan dengan bimbingan oleh guru pada masa sama. Langkah pengajaran pengayaan yang ketiga ialah menjalankan aktiviti pengayaan melalui kumpulan pelbagai kebolehan. Dalam pelaksanaan pengayaan mengikut tatacara ini, penglibatan kumpulan murid cerdas adalah diperlukan dalam membantu kumpulan pelajar lambat menguasai sesuatu kemahiran. Hal ini kerana, kumpulan pelajar cerdas ini masing-masing menguasai kemahiran yang pelbagai berdasarkan kebolehan yang dimiliki masing-masing. Guru akan membahagikan kumpulan pelajar lambat kepada beberapa kumpulan serta menyediakan aktiviti pengayaan yang sesuai dengan diketuai oleh kumpulan murid cerdas bagi setiap kumpulan. Dalam hal ini, murid-murid cerdas dapat menambahkan pengalaman memimpin dan memupuk semangat kerjasama antara murid dalam kumpulan masing-masing. Selain itu, cara ini amat sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang berlainan dalam masa yang sama seperti kerja projek, permainan dan rekreasi dan sebagainya.
15

Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu BMM3106

4.0 MENGENAL PASTI MASALAH PEMBELAJARAN Sebelum ini, kita telah pun membincangkan secara terperinci tentang pengajaran pemulihan dan pengayaan dalam kelas biasa. Kita telah memahami apakah yang dimaksudkan dengan kedua-dua pengajaran pemulihan dan pengayaan tersebut serta bagaimana pelaksanaan kedua-dua pengajaran terhadap murid. Seterusnya, kita akan melihat pula tentang contoh masalah-masalah yang dihadapi oleh murid tahap satu dalam penguasaan kemahiran mata pelajaran bahasa Melayu. Di sini, saya telah memilih untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi murid dalam penguasaan kemahiran bahasa Melayu bagi tahun 2. Perbincangan berikut akan menghuraikan kaedah yang telah saya gunakan dalam mengenal pasti masalah pembelajaran murid dalam kemahiran bahasa Melayu serta dapatan yang telah saya peroleh.

4.1 Kaedah mengumpul maklumat Bagi mengenal pasti masalah penguasaan kemahiran bahasa Melayu bagi murid tahun 2, saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual bagi mendapatkan maklumat ketidakbolehan murid tersebut. Oleh itu, kita akan melihat langkah-langkah yang telah saya ambil dalam melaksanakan kedua-dua kaedah mengumpul maklumat berkaitan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar tersebut.

4.1.1 Kaedah temu bual Kaedah temu bual ini menurut Therese L. Baker (1999) dalam Tuan Jah Tuan Yusof (2011) menyatakan bahawa temu bual merupakan satu bentuk interaksi sosial yang mana melibatkan seorang individu yang menanyakan beberapa soalan kepada seseorang individu yang lain dan individu tersebut memberikan jawapan. Berdasarkan definisi yang dinyatakan di sini, saya telah menggunakan kaedah ini untuk mengumpul maklumat berkaitan dengan masalah pembelajaran yang dihadapi

16

Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu BMM3106

oleh pelajar dengan mengajukan beberapa soalan kepada guru bahasa Melayu kelas tahun 2 tersebut. Antara soalan yang telah saya ajukan kepada guru kelas bahasa Melayu berkaitan masalah pembelajaran yang dihadapi murid-murid kelas tersebut adalah seperti berikut : Adakah murid-murid bahasa Melayu kelas yang anda ajar mengalami masalah pembelajaran dalam kemahiran bahasa Melayu? Adakah masalah pembelajaran berlaku dalam kalangan murid bagi setiap kemahiran bahasa Melayu? Apakah contoh-contoh masalah pembelajaran yang berlaku bagi setiap kemahiran bahasa Melayu tersebut? Berikan cadangan masalah kemahiran bahasa Melayu yang perlu dipulihkan.

Melalui temu bual yang telah saya jalankan tersebut, saya boleh mendapatkan beberapa maklumat yang penting berkaitan masalah yang dihadapi oleh para pelajar secara terus kepada guru bahasa Melayu kelas tersebut. Dengan kata lain, maklumat yang diperoleh adalah lebih sahih untuk menentukan tindakan seterusnya iaitu perancangan pengajaran pemulihan dan pengayaan.

4.1.2 Kaedah pemerhatian Selain daripada mengadakan temu bual, saya juga telah melakukan pemerhatian terhadap murid-murid yang mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini, saya telah masuk sendiri ke dalam kelas tahun 2 tersebut dan melihat sendiri keadaan murid-murid yang sedang mengikuti satu aktiviti pembelajaran yang dikendalikan oleh guru. Pemerhatian yang saya lakukan tersebut juga merupakan salah satu kaedah yang sangat sesuai dalam mengumpul maklumat yang sahih mengenai masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar. Hal ini kerana, saya boleh melihat sendiri keadaan murid-murid tersebut secara terus berdasarkan maklumat awal yang telah saya peroleh daripada guru bahasa Melayu kelas tersebut.
17

Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu BMM3106

Daripada temu bual awal yang saya lakukan, guru bahasa Melayu kelas tersebut telah menyatakan bahawa kemahiran membaca merupakan masalah utama yang berlaku dalam kalangan murid kelas tersebut. Berdasarkan pemerhatian saya, beberapa orang pelajar yang kurang tahu dan masih belum dapat menguasai kemahiran membaca apabila mereka mengikuti aktiviti membaca. Hal ini dapat dilihat melalui mimik muka dan pergerakan mulut yang ditunjukkan semasa muridmurid diminta untuk membaca sebuah petikan secara kelas atau keseluruhan. Sebaliknya, apabila murid-murid tersebut diminta untuk membaca secara individu, mereka boleh menyebut sesebuah huruf dengan betul dan baik. Tetapi, apabila huruf tersebut telah digabungkan menjadi suku kata dan perkataan, mereka mula mengalami masalah untuk menyebut suku kata dan perkataan tersebut.

4.2 Hasil dapatan Setelah melakukan kedua-dua sesi temu bual dan pemerhatian untuk mengumpul maklumat berkaitan masalah pembelajaran murid, saya telah mendapati dan menyenaraikan masalah yang berlaku dalam kalangan murid kelas tersebut. Berdasarkan masalah-masalah pembelajaran yang telah saya peroleh, saya mendapati bahawa masalah dalam kemahiran membaca adalah masalah utama yang berlaku dalam kalangan murid kelas tersebut. Masalah kemahiran membaca yang berlaku ialah boleh mengenal sesebuah huruf dari segi bentuk, makna dan sebutan, tetapi tidak boleh membunyikan dan membatang gabungan huruf-huruf yang telah membentuk suku kata dan perkataan. Rajah 7 berikut meringkaskan dapatan saya berkaitan masalah pembelajaran kemahiran membaca.

MASALAH KEMAHIRAN MEMBACA Tidak dapat membatang suku kata terbuka (KVKV) dan suku kata tertutup (KVKK). Tidak dapat menyebut dan membaca perkataan dengan betul dan lancar. Keliru apabila membatang perkataan yang mempunyai vokal berganding.

Rajah 7 : Masalah kemahiran membaca yang berlaku dalam kalangan murid


18

Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu BMM3106

5.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Seperti yang telah dihuraikan sebelum ini, masalah kemahiran membaca yang berlaku dalam kalangan murid tahun 2 ialah boleh menyebut huruf dengan sebutan yang betul, tetapi tidak boleh menyebut gabungan huruf-huruf yang telah menjadi suku kata atau perkataan. Bagi mengatasi masalah kemahiran membaca ini, saya telah merancang satu rancangan pengajaran KSSR bagi kemahiran membaca dengan memasukkan aktiviti pemulihan dan pengayaan. Setelah merancang aktiviti pengajaran tersebut, saya telah melaksanakan rancangan pengajaran ini kepada murid-murid kelas tersebut bagi menguji keberkesanan aktiviti pengajaran yang telah dirancang. Oleh itu, seterusnya kita akan melihat huraian dan laporan pelaksanaan langkah pengajaran yang telah dirancang tersebut.

5.1 Huraian langkah pengajaran

a) Langkah 1

AKTIVITI Langkah 1

PENGISIAN KURIKULUM KBT :

CATATAN Lampiran 1

1. Murid membaca petikan secara kelas Belajar cara belajar. dengan bimbingan guru. - bacaan luncuran

2. Murid membaca suku kata terbuka dan - bacaan intensif tertutup yang terdapat dalam petikan. Jadual 1 : Langkah pengajaran 1 Seperti yang dapat kita lihat pada langkah 1 di atas, saya telah memilih untuk memulakan sesi pengajaran dengan membimbing murid-murid membaca secara kelas atau secara keseluruhan. Di sini, saya telah menyediakan satu petikan pendek bergambar dalam membimbing murid-murid untuk membaca. Dalam petikan tersebut, perkataan-perkataan yang telah digunakan adalah terdiri dan terbentuk
19

Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu BMM3106

daripada suku kata terbuka dan tertutup. Sebagai contoh ialah perkataan rumah yang mana terbentuk daripada suku kata terbuka ru dan tertutup mah. Kaedah bimbingan yang telah saya laksanakan dalam menyampaikan langkah 1 ini ialah dengan membaca terlebih dahulu petikan tersebut mengikut sebutan yang betul terhadap suku kata bagi setiap perkataan. Kemudian, murid-murid akan mengikuti untuk menyebut dan membaca perkataan-perkataan yang telah disebutkan tersebut. Manakala, dari segi pengisian kurikulum pula, di sini saya telah menerapkan pembelajaran menggunakan kemahiran bernilai tambah iaitu belajar cara belajar. Melalui kemahiran ini, terdapat dua jenis kemahiran membaca yang telah saya gunakan iaitu bacaan luncuran dan bacaan intensif. Bagi kemahiran bacaan luncuran, aplikasi dalam pembelajaran ialah apabila murid-murid dibimbing membaca petikan secara kelas atau keseluruhan. Manakala, bacaan intensif pula diaplikasikan apabila murid-murid membaca perkataan-perkataan yang terdapat dalam petikan yang mana, setiap perkataan terdiri daripada suku kata terbuka dan suku kata tertutup.

b) Langkah 2

AKTIVITI Langkah 2

PENGISIAN KURIKULUM Nilai :

CATATAN Lampiran 1

1. Guru bersoal jawab dengan murid Bekerjasama tentang isi-isi petikan. 2. Murid menyatakan cara-cara mereka membantu ibu bapa di rumah. Ilmu : Kebersihan

3. Guru memilih murid secara rawak Sains untuk menggariskan perkataan yang disebutkan oleh guru. 4. Murid membaca perkataan yang digariskan secara kelas. Jadual 2 : Langkah pengajaran 2

20

Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu BMM3106

Jadual 2 di atas pula menunjukkan aktiviti yang telah dirancang dan pengisian kurikulum bagi langkah pengajaran 2. Bagi langkah 2 ini, saya telah merancang pembelajaran terhadap dengan bersoal jawab dengan murid-murid tentang isi-isi yang terdapat dalam petikan. Maksudnya di sini, saya membawa murid untuk menyatakan apakah yang dinyatakan dalam petikan berkaitan tajuk pembelajaran pada hari tersebut iaitu kebersihan. Melalui aktiviti ini, murid-murid dapat digalakkan untuk membaca petikan terlebih dahulu sebelum menyatakan isi-isi penting yang terkandung dalam petikan. Kemudian, pengajaran diteruskan dengan menyoal murid-murid tentang aplikasi penjagaan kebersihan di rumah mereka. Dalam hal ini, saya bertanya kepada murid tentang cara-cara mereka membantu ibu bapa mereka menjaga kebersihan di rumah masing-masing berdasarkan kepada pernyataan yang terdapat dalam petikan. Setelah itu, saya meminta murid-murid untuk menggariskan beberapa perkataan dalam petikan yang merujuk dan berkaitan dengan penjagaan kebersihan. Secara kelas, saya meminta beberapa orang murid untuk membaca perkataan tersebut dengan bimbingan terlebih dahulu. Dari segi pengisian kurikulum, di sini saya menekankan dua aspek nilai iaitu bekerjasama dan menjaga kebersihan. Bagi nilai kerjasama, hal ini dapat dipupuk dalam kalangan murid apabila murid-murid diminta untuk menggariskan, menyebut dan membaca perkataan dalam petikan. Semasa mencari perkataan tersebut, mereka akan saling bantu membantu antara satu sama lain. Begitu juga ketika mereka diminta untuk menyebut dan membaca perkataan tersebut. Selain itu, nilai kerjasama juga dipupuk dalam kalangan mereka melalui penekanan terhadap pentingnya menjaga kebersihan diri dan persekitaran mereka. Di samping itu, dalam aspek penggabungjalinan ilmu dan pengetahuan lain pula, saya telah menggabungjalinkan ilmu sains dalam pengajaran langkah 2 ini. Dalam hal ini, aspek sains dapat dilihat melalui penjelasan kepada murid terhadap kepentingan menjaga kebersihan. Di sini, murid-murid diberi penekanan bahawa jika mereka tidak peka menjaga kebersihan, mereka boleh terkena jangkitan kuman dan seterusnya menyebabkan penyakit.

21

Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu BMM3106

c) Langkah 3

AKTIVITI Langkah 3

PENGISIAN KURIKULUM Sistem Bahasa :

CATATAN Lampiran 1 Lembaran Kerja 1

1. Murid membaca perkataan sinonim - sinonim secara individu berdasarkan lampiran 2. 2. Murid menyesuaikan maksud perkataan dalam

berdasarkan lampiran 2.

serupa

3. Murid membaca semula perkataan yang telah disesuaikan. Jadual 3 : Langkah pengajaran 3

Jadual 3 di atas pula menunjukkan langkah pengajaran 3 yang mana mencatatkan aktiviti pengajaran dan pengisian kurikulum. Bagi langkah pengajaran 3 ini, saya telah melaksanakan pengajaran dengan meminta murid membaca perkataan sinonim secara individu berdasarkan lembaran kerja yang diberikan kepada mereka. Kemudian, murid-murid akan berbincang bersama guru dan rakan-rakan murid yang lain tentang makna perkataan-perkataan yang terdapat dalam lembaran kerja tersebut. Setelah mengetahui makna bagi perkataan-perkataan tersebut, murid akan menyesuaikan perkataan berdasarkan maksud serupa yang terdapat dalam lembaran kerja. Apabila murid selesai menyesuaikan setiap perkataan dengan makna yang tepat, murid secara kelas atau keseluruhan membaca semula perkataan yang telah disesuaikan tersebut. Dari segi pengisian kurikulum, saya telah melaksanakan pengajaran terhadap sistem bahasa iaitu sinonim. Sinonim atau perkataan yang mempunyai makna yang sama diajarkan kepada murid sebagai pengetahuan yang baru. Dalam hal ini, murid akan diberikan beberapa perkataan seperti yang dihuraikan di atas, kemudian mencari makna perkataan tersebut untuk dipadankan dengan makna yang tepat. Aktiviti ini sesungguhnya bukan sahaja memberikan murid satu pengetahuan baru, malah akan menggalakkan mereka untuk berfikir dan membaca.
22

Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu BMM3106

d) Langkah 4

AKTIVITI Langkah 4

PENGISIAN KURIKULUM KBT :

CATATAN Lembaran Kerja 2

1. Murid menulis perkataan yang sesuai Konstruktivisme pada gambar. Ilmu :

2. Murid membaca semula perkataan Kesihatan yang telah ditulis di dalam kotak yang telah disediakan. Jadual 4 : Langkah pengajaran 4 Jadual 4 di atas menunjukkan aktiviti pengajaran dan pengisian kurikulum bagi langkah pengajaran 4. Dalam pengajaran langkah 4 ini, saya telah melaksanakan aktiviti pengajaran dengan membimbing murid menulis perkataan yang sesuai pada kotak berdasarkan bahan rangsangan iaitu gambar. Sebelum murid-murid diberikan arahan untuk menulis perkataan pada setiap gambar, murid-murid terlebih dahulu diedarkan dengan lembaran kerja yang menunjukkan beberapa buah gambar yang berkaitan dengan kesan-kesan pengabaian terhadap kebersihan. Gambar-gambar yang ditunjukkan antaranya ialah gambar rumah yang bersih, serangga dan orang sakit. Berdasarkan gambar yang dilihat, murid-murid menuliskan perkataan yang sesuai terhadap gambar-gambar tersebut. Setelah itu, murid akan membaca semula perkataan yang telah ditulis oleh mereka di dalam kotak yang disediakan berdasarkan gambar. Semasa membaca setiap perkataan tersebut, saya telah mengajukan soalan terlebih dahulu terhadap gambar yang telah mereka lihat. Kemudian, saya meminta mereka untuk menyebut dan membaca secara kelas perkataan yang telah mereka tulis berdasarkan gambar tersebut. Dari segi pengisian kurikulum pula, saya telah menyelitkan salah satu kemahiran bernilai tambah iaitu pembelajaran konstruktivisme. Di sini, pembelajaran konstruktivisme berlaku melalui pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif iaitu kerjasama antara setiap pelajar dalam mengenal pasti gambar dan menyebut perkataan yang terdapat dalam gambar. Manakala, ilmu kesihatan digabung jalin dengan menekankan terhadap kepentingan penjagaan kebersihan.
23

Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu BMM3106

e) Pentaksiran

AKTIVITI Pentaksiran

PENGISIAN KURIKULUM Sistem Bahasa :

CATATAN Lembaran Kerja 3

1. Murid membaca kata kerja sebagai - Kata kerja pilihan jawapan dan menggariskan kata kerja yang paling tepat bagi ayat yang diberi. 2. Murid membaca semula ayat yang telah dilengkapkan jawapan. Jadual 5 : Aktiviti pentaksiran Jadual 5 menunjukkan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pengisian kurikulum bagi aktiviti pentaksiran. Aktiviti pentaksiran dijalankan selepas kesemua langkah pengajaran telah selesai dilaksanakan yang mana bertujuan mengenal pasti hasil pencapaian objektif pembelajaran. Dalam kata lain, aktiviti pentaksiran ini dilaksanakan bagi melihat sejauh mana pencapaian murid terhadap objektif pembelajaran yang telah ditetapkan di awal pengajaran. Di sini, murid-murid akan dinilai yang mana kumpulan murid yang sudah berjaya menguasai kemahiran dan objektif yang ditetapkan akan diberikan aktiviti susulan iaitu pengayaan sebagai pengukuhan terhadap kemahiran yang telah mereka kuasai. Manakala, kumpulan murid yang masih belum mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan pula akan diberikan dengan aktiviti pemulihan dengan membimbing mereka untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Dalam menjalankan aktiviti pentaksiran ini, murid-murid akan menjawab latihan mengisi dan melengkapkan ayat yang mempunyai tempat kosong. Sebelum murid mula menjawab, mereka terlebih dahulu diminta untuk membaca beberapa kata kerja yang mana merupakan pilihan jawapan kepada ayat yang tidak lengkap tersebut. Setelah murid-murid membaca kata kerja tersebut, mereka kemudiannya memasukkan kata kerja tersebut ke dalam ayat yang sesuai bagi melengkapkan ayat tersebut. Apabila kesemua kata kerja telah dimasukkan ke dalam ayat dan

24

Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu BMM3106

setiap ayat telah lengkap, murid-murid sekali lagi akan membaca ayat yang telah lengkap tersebut secara kelas atau keseluruhan. Dari aspek pengisian kurikulum, murid-murid belajar tentang sistem bahasa iaitu kata kerja. Di sini, murid-murid dapat mempelajari tentang kesesuaian penggunaan bagi sesuatu kata kerja berdasarkan dalam sesebuah ayat. Hal ini dilakukan melalui pembacaan mereka terhadap setiap perkataan atau kata kerja tersebut yang mana membantu mereka memahami makna setiap kata kerja dan memadankan dengan ayat yang sesuai. Dari sudut nilai pula, murid-murid didedahkan lagi tentang kepentingan penjagaan kebersihan.

f) Pemulihan

AKTIVITI Pemulihan

PENGISIAN KURIKULUM Permainan bahasa :

CATATAN Lembaran Kerja 4

1. Murid membaca suku kata tertutup - Bunga Kata dengan lancar berdasarkan lampiran 5. 2. Murid melengkapkan Bunga Kata dengan memadankan suku kata terbuka di tengah dengan duku kata tertutup di tepi. 3. Murid membaca perkataan yang dibina daripada bunga kata. Jadual 6 : Aktiviti pemulihan

Jadual 6 di atas menunjukkan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pengisian kurikulum dalam pengajaran aktiviti pemulihan. Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, aktiviti pemulihan dilaksanakan kepada kumpulan murid yang masih belum menguasai atau mencapai sesuatu objektif pembelajaran yang telah ditetapkan dalam sesebuah aktiviti pembelajaran. Dalam hal ini, kumpulan murid yang didapati masih belum mencapai objektif pembelajaran dalam pelaksanaan rancangan
25

Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu BMM3106

pengajaran ini diberikan aktiviti pemulihan. Kumpulan murid yang perlu mengikuti aktiviti pemulihan yang mana telah dinilai menerusi langkah sebelum ini iaitu pentaksiran diberikan pemulihan bagi sekurang-kurangnya berjaya mencapai satu objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Menerusi aktiviti pemulihan ini, kumpulan murid yang mengikuti aktiviti pemulihan ini diberikan lembaran kerja aktiviti pemulihan. Berpandukan lembaran kerja yang diberikan, murid-murid akan membaca suku kata tertutup dan terbuka yang terdapat pada bunga kata dalam lembaran kerja tersebut. Selepas menyebut dan membaca kesemua suku kata tersebut, murid dengan bimbingan guru akan memadankan suku kata terbuka yang berada pada tengah bunga dengan suku kata tertutup di tepi bunga. Gabungan kedua-dua suku kata terbuka dan tertutup tersebut akan menghasilkan perkataan yang mana seterusnya akan disebut dan dibaca oleh kumpulan murid pemulihan tersebut secara kelas atau keseluruhan. Melalui aktiviti permainan bahasa di sini iaitu bunga kata, murid-murid yang masih belum dapat membaca sebuah perkataan dibimbing untuk menyebut sebuah perkataan menerusi permainan bahasa iaitu bunga kata. Daripada aktiviti ini, kita dapat melihat bahawa murid-murid boleh menyebut dan membaca sebuah perkataan menerusi pemadanan suku kata terbuka dan tertutup dalam permainan bahasa bunga kata tersebut.

g) Pengayaan

AKTIVITI Pengayaan

PENGISIAN KURIKULUM Permainan Bahasa

CATATAN Lembaran Kerja 5

1. Murid membaca perkataan-perkataan - teka silang kata yang diberikan. 2. Murid mewarnakan perkataan

tersebut dalam teka silang kata. Jadual 7 : Aktiviti Pengayaan

26

Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu BMM3106

Jadual 7 pula menunjukkan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pengisian kurikulum bagi aktiviti pengayaan. Berbeza dengan aktiviti pemulihan, aktiviti pengayaan pula diberikan kepada kumpulan murid yang telah berjaya menguasai dan mencapai sesebuah objektif pembelajaran yang telah ditetapkan di awal pengajaran. Justeru, aktiviti pengayaan diberikan kepada kumpulan murid ini sebagai latih tubi dan aktiviti pengukuhan kepada mereka. Melalui aktiviti yang telah dirancang untuk kumpulan murid pengayaan di sini, aktiviti yang diberikan kepada mereka ialah aktiviti melengkapkan teka silang kata. Untuk menjalankan aktiviti ini, murid-murid akan diberikan beberapa perkataan yang perlu dicari dalam teka silang kata yang telah diberikan. Sebelum murid-murid mencari dan melengkapkan teka silang kata tersebut, terlebih dahulu guru meminta kumpulan murid pengayaan ini untuk menyebut dan membaca setiap perkataan yang telah disenaraikan tersebut. Setelah itu, murid-murid akan mencari setiap perkataan yang telah disediakan dengan mewarnai perkataan tersebut dalam silang kata secara individu atau berbincang bersama rakan-rakan yang lain. Menerusi pelaksanaan aktiviti pengayaan ini, kita dapat melihat bahawa kumpulan murid pengayaan di sini akan berasa seronok dan bermotivasi untuk melakukan aktiviti permainan bahasa ini. Permainan bahasa melengkapkan teka silang kata merupakan salah satu aktiviti yang mencabar yang mana amat sesuai diberikan kepada kumpulan pelajar pengayaan tersebut. Sesungguhnya, aktiviti ini dapat membantu kumpulan murid pengayaan ini mengukuhkan penguasaan terhadap kemahiran yang telah dipelajari.

5.2 Laporan pelaksanaan Selepas melaksanakan rancangan pengajaran yang telah saya bina tersebut, saya mendapati bahawa masalah kemahiran membaca yang dihadapi oleh murid-murid tahun 2 tersebut sedikit sebanyak berkurangan. Hal ini dapat dilihat menerusi perkembangan dan kemajuan yang murid-murid tersebut tunjukkan apabila diminta untuk membaca sesebuah bahan rangsangan. Walaupun pembacaan yang mereka lakukan masih tampak kurang lancar, namun, perkembangan yang ditunjukkan
27

Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu BMM3106

selepas mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan adalah lebih baik berbanding keadaan sebelumnya. Dalam hal ini, saya melihat bahawa langkah pengajaran yang menerapkan aktiviti membaca secara berterusan sedikit sebanyak telah membantu murid-murid mengatasi masalah kemahiran membaca tersebut. Jika kita dapat lihat pada langkah pengajaran yang telah dihuraikan sebelum ini, murid-murid akan dibimbing untuk menyebut dan membaca suku kata terbuka dan tertutup bagi setiap perkataan. Kaedah yang digunakan di sini ialah latih tubi berterusan yang mana adalah sangat sesuai dan berkesan dalam mengatasi masalah kemahiran membaca murid. Selain itu, saya melihat bahawa bimbingan guru secara kelas dan kumpulan kecil juga berperanan penting dalam membantu keberkesanan pelaksanaan rancangan pengajaran tersebut. Merujuk kepada huraian pelaksanaan langkah pengajaran sebelum ini, kita dapat lihat bahawa murid-murid dibimbing terlebih dahulu guru dalam membaca sesebuah bahan rangsangan. Kemudian, murid-murid akan membaca secara kelas berdasarkan bimbingan yang diberikan yang mana memberikan keyakinan kepada murid untuk membaca. Akhir sekali, pengukuhan yang diberikan turut menjadi faktor penyumbang kepada keberkesanan rancangan pengajaran yang disampaikan tersebut. Dalam hal ini, pengukuhan diberikan oleh guru selepas seseorang murid dapat membaca sesebuah perkataan dengan tepat dan baik yang mana diberikan dalam bentuk pujian dan bahan maujud iaitu gula-gula. Pengukuhan yang diberikan telah merangsang motivasi dan keinginan murid untuk membaca seterusnya memperbaiki masalah kemahiran membaca yang mereka alami. Malah, apabila murid diminta untuk membaca tanpa pengukuhan selepas itu, mereka masih boleh membaca dengan baik yang mana menunjukkan motivasi yang ada dalam diri murid.

28

Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu BMM3106

6.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, dapat kita lihat bahawa masalah pembelajaran sering berlaku dalam kalangan murid-murid tahap satu. Hal ini telah menjelaskan kepada kita sebagai bakal pendidik pada masa hadapan untuk lebih peka dalam mengenal pasti dan mengesan masalah pembelajaran yang berlaku tersebut untuk tindakan selanjutnya. Jika kita lihat dewasa kini, masalah pembelajaran tidak hanya berlaku kepada murid-murid tahap satu sahaja. Malahan, masalah pembelajaran ini juga turut berlaku dalam kalangan murid tahap dua yang mana menjelaskan kepada kita satu situasi yang parah dan tidak sepatutnya berlaku. Justeru itu, perbincangan berkaitan pengajaran pemulihan dan pengayaan seharusnya telah memberikan kita maklumat yang banyak dan sangat bermanfaat apabila berhadapan dengan situasi murid yang mengalami masalah pembelajaran ini. Bukan itu sahaja, perkara ini juga seharusnya memberikan kita lebih kreativiti selain menjadikan kita lebih bijak dalam menangani situasi seperti ini pada masa mendatang. Manakala, aplikasi pengajaran terhadap murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran pula telah

memberikan satu pengalaman dan pengukuhan dalam mendepani situasi ini kelak. Oleh yang demikian, kita haruslah benar-benar menguasai dan mengaplikasikan pengetahuan tersebut agar diri kita benar-benar bersedia dan mantap bagi menghadapi alam pengajaran yang lebih berkualiti sejajar harapan, visi dan misi yang telah disasarkan.

29

Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu BMM3106

REFLEKSI

Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan ruang dan peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Tajuk bagi tugasan kerja kursus ini ialah Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus ini, pelbagai cabaran dan halangan telah saya hadapi. Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan utama yang berlegar-legar dan muncul di kotak minda saya ialah adakah saya mampu untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa tugasan kerja kursus yang lain yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut. Walau bagaimanapun, saya tetap tidak mengambil mudah memberi alasan dan helah untuk tidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah diberikan. Sebaliknya, saya menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan. Hal ini kerana, saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang diberikan tidaklah begitu sukar memandangkan tajuk-tajuk yang dibincangkan bukanlah tajuk yang masih baru dan asing bagi kami. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, pelbagai inisiatif telah saya ambil bagi mengatasi masalah-masalah yang telah saya hadapi tersebut. Antaranya

termasuklah mencari bahan rujukan buku yang terdapat di perpustakaan IPKS untuk mencari dan mengumpul maklumat berkaitan tajuk tugasan yang telah diberikan. Bagi mempelbagaikan sumber dan bahan rujukan yang digunakan, saya juga telah meminjam dan menggunakan bahan rujukan buku daripada rakan-rakan yang lain. Dalam memastikan bahan rujukan yang saya gunakan adalah bersesuaian dan menepati kehendak serta dapat menjawab soalan, saya telah melakukan kolaborasi atau perbincangan dengan para pensyarah dan rakan-rakan dalam penulisan tugasan ini terutamanya bagi bahagian yang sedikit sukar untuk difahami. Selepas berjaya menyiapkan tugasan ini sepenuhnya, saya telah berjaya mempelajari dan mengetahui beberapa pengetahuan yang baru berkaitan tajuk tugasan. Walaupun tajuk tugasan sudah pun dipelajari dalam sesi kuliah oleh pensyarah yang mengajar saya, namun, pelaksanaan tugasan ini telah membantu meningkatkan dan menambahkan lagi pengetahuan sedia ada yang telah saya
30

Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu BMM3106

perolehi tersebut. Dalam erti kata lain, pelaksanaan tugasan ini dapatlah dikatakan sebagai sesi ulang kaji secara tidak langsung kerana, dalam penulisan tugasan sebenarnya saya melakukan bacaan terhadap rujukan yang saya gunakan. Melalui bacaan inilah saya dapat menambahkan lagi pengetahuan saya berkaitan tajuk soalan yang dibincangkan. Antaranya ialah saya telah menguasai dengan lebih lanjut lagi berkaitan pemulihan dan pengayaan bahasa Melayu. Aspek-aspek yang saya pelajari dan kuasai berkaitan tajuk ini termasuklah konsep-konsep, rasional-rasional dan tatacara pengajaran pemulihan dan pengayaan. Pengetahuan berkaitan tajuk pemulihan dan pengayaan ini sedikit sebanyak telah memberi saya kesediaan yang lebih dalam usaha mengatasi masalah pembelajaran yang berlaku dalam kalangan murid terutamanya yang mempunyai masalah pemulihan. Manakala, aplikasi pengajaran aktiviti pemulihan dan pengayaan terhadap pelajar yang mengalami masalah pembelajaran pula telah memberikan saya satu pengalaman berharga bagi mendepani situasi ini pada masa hadapan dalam rangka mengenal pasti dan melihat pelajar-pelajar yang mengalami masalah. Tidak kiralah masalah itu melibatkan pembelajaran lambat mahupun pelajar pintar cerdas. Jika sebelum ini, saya masih agak kurang mahir dalam mengenal pasti hal ini. Namun, kini saya lebih tahu dan bersedia dalam melihat murid yang memerlukan bantuan. Selain itu, saya juga melihat bahawa pengajaran pemulihan dan pengayaan ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru. Hal ini kerana, terdapat pandangan yang kurang baik terhadap pengajaran pemulihan dan pengayaan daripada kebanyakan guru masa kini. Guru-guru sangat cenderung untuk mengeluh dan menyatakan kesukaran dalam mengaplikasikan kedua-dua bentuk pengajaran ini terhadap murid. Pada pandangan saya, hal ini berlaku disebabkan kurangnya pengetahuan dalam diri seseorang guru tersebut. Justeru, pembelajaran terhadap subjek ini sebenarnya sangat membantu guru-guru sebagai top up kepada kemahiran sedia ada yang sudah dimiliki. Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan.

31

Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu BMM3106

RUJUKAN Jamilah Ahmad, 1999. Panduan Pengajaran Pemulihan Bahasa Melayu KBSR dan KBSM. Selangor Darul Ehsan : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005. Kuala Lumpur ; Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999. Buku Panduan Program Pemulihan Khas

(Masalah Penguasaan 3M). Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas.


Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003. Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Pusat Perkembangan Kurikulum. Koh Boh Boon, 1982. Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Utusan Publication. Mok Soon Sang, 1990. Pendidikan Khas dan Pemulihan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Tuan Jah Tuan Yusof, 2011. Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

32

Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu BMM3106

LAMPIRAN

33

Anda mungkin juga menyukai