Anda di halaman 1dari 33

1.0 PENDAHULUAN Pernahkan anda dengar mengenai seni dalam pendidikan?.

Pentingkah seni dalam pendidikan ini dalam proses pengajaran dan juga pembelajaran terutamanya di sekolah-sekolah rendah?. Kebanyakkan sistem persekolahan masih mengamalkan cara pengajaran tradisonal iaitu chalk and talk. Sedarkah kita sistem pengajaran tradisonal ini hanya dapat berlaku kepada murid-murid yang mempunyai kognitif yang tinggi. Bagaimana pula kepada murid-murid yang lemah?. Mereka lebih memerlukan pengajaran yang bersifat konkrit dimana mereka perlu mengalami apa yang mereka ingin belajar agar pembelajaran yang bermakna akan berlangsung. Oleh sebab itu seni dalam pendidikan ini diperkenalkan di pusat-pusat latihan guru bagi melatih para pendidikan agar mereka menggunakan serta mengaplikasi seni dalam pendidikan ini dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Pengajaran yang mengaplikasikan seni visual, muzik serta pergerakan dalam setiap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, nescaya akan dapat membantu murid dalam memahami konsep yang abstrak melalui cara konkrit. Selain itu, pelbagai pendekatan dapat digunakan dalam mengaplikasi seni dalam pendidikan ini seperti induktif, deduktif dan pengalaman langsung. Secara generalisasinya, gurulah yang harus kreatif dalam menyediakan pengajarannya semudah yang mungkin agar pelajar dapat menerimanya dengan baik. Kita akan melihat dengan lebih dalam lagi bagaimana mengaplikasi seni visual, muzik serta pergerakan dalam pengajaran dan juga pembelajaran di sekolah rendah.

Seni dalam pendidikan boleh dibahagikan kepada tiga aspek iaitu seni visual, muzik dan juga pergerakan. Ketiga-tiga elemen ini saling melengkapi antara satu sama lain dalam membantu dalam memantapkan lagi proses penyampaian ilmu kepada pelajar. Walaubagaimanapun pemilihan elemen ini bergantung kepada kesesuaian topik pengajaran yang diajar pada hari tersebut. Elemen yang pertama adalah elemen seni visual. Kebanyakkan guru pada masa kini beranggapan bahawa seni visual ini adalah sesuatu yang remeh dan hanya membuang masa sahaja jika dimuatkan dalam rancangan pengajaran dalam sesuatu topik. Empat bidang utama dalam seni visual adalah melukis dan membua corak, membuat rekaan corak, membentuk dan membuat binaan serta kraf tradisional. Keempat-empat bidang dalam seni visual ini sangat penting dan juga bermakna jika diaplikasikan dalam topik pengajaran yang bersesuaian. Tahukan anda bahawa dengan menggunkan seni visual ini akan membantu pelajar meluahkan ekspresi serta meluah perasaan mereka melalui lukisan. Selaian itu, seni visual ini membantu juga dalam meningkatkan kreativiti pelajar sejajar dengan elemen yang terkandung dalam KSSR iaitu elemen kreativiti yang sememangnya penting kepada pelajar yang berfikiran moden pada masa kini. Pelbagai aktiviti dapat dimuatkan dalam pengajaran dan juga pembelajaran melalui seni visual ini antaranya adalah melukis, membuat corak, binaan serta hasil kraf tangan. Pentingnya disini adalah rancangan pengajaran yang dibuat oleh guru. Aktiviti-aktiviti yang menarik serta bermakna haruslah dirancang oleh guru agar proses pengajaran dan pembelajaran yang bercirikan seni visual dapat dilaksanakan dengan baik. Elemen kedua dalam seni pendidikan ini adalah muzik. Penggunaan muzik dalam pengajaran dan juga pembelajaran merupakan suatu inisiatif yang harus diperkembangkan dalam proses penyampaian ilmu di dalam bilik darjah. Kebanyakkkan pelajar gemar kepada muzik tetapi jarang sekali penggunaan muzik diaplikasikan dan digunakan di dalam bilik darjah sebagai medium penyampaian ilmu. Malah penggunaan subjek muzik seringkali di anak tirikan disebabkan kekangan jadual waktu pelajar. Subjek muzik seringkali diganti oleh subjek-subjek yang kritikal seperti matematik dan juga sains. Inilah yang menjadi masalah kepada pelajar dimana mereka tiada masa untuk menenangkan fikiran mereka. Sebaiknya muzik ini harus dipalikasikan di dalam subjek-subjek yang kompleks seperti matematik, sains, bahasa inggeris dan lain-lain lagi. Penggunaan muzik ini

membantu khususnya semasa proses penghafalan fakta-fakta penting. Buktinya, sedarkah kita bahawa pelajar pada masa kini tiada masalah dalam menghafal lagulagu yang mereka minati?. Ini jelas membuktikan bahawa dengan menggunakan lagu mereka akan lebih mudah untuk menghafal akan sesuatu ayat. Jadi mengapa tidak kita menggunakan rima-rima serta lirik lagu ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan muzik sangat sesuai digunakan dalam setiap topik pengajaran dan juga pembelajaran mengikut kepada kesesuaian topik yang ingin diajar. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan yang bercirikan muzik untuk dijalankan di dalam kelas seperti menyanyi. Penyubahsuaian lirik perlu dilakukan agar bahasa yang digunakan lebih mudah dan sesuai dengan pelajar. Elemen yang ketiga adalah pergerakan. Tidak semestinya proses pengajaran dan juga pembelajaran hanya akan berlaku di dalam bilik darjah dimana pelajar dikehendaki duduk dan membaca buku serta membuat latihan. Tahukah kita bahawa dengan mengaplikasikan pergerakan dalam pengajaran akan membantu menambahkan lagi kefahaman pelajar di mana pelajar akan melakukan serta mengalami sendiri bagaimana situasi itu berlaku. Pergerakan dapat dibahagikan kepada pergerakan lokomotor serta bukan lokomotor. Pergerakan lokomotor dikaitkan dengan pergerakan yang melibatkan pergerakan yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Manakala pegerakan bukan lokomotor adalah pergerakan yang statik dimana ia tidak berlaku perubahan tempat dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Jadi dapatkah kita sebagai seorang guru menggunakan elemen pergerakan ini sebagai medium pengajaran yang boleh digunakan untuk memberikan pengajaran sesuatu topik itu menjadi lebih menarik dan bermakna. Seperti yang kita tahu pelajar sangat gemar untuk bermain dan bermain ini lah merupakan suatu inisiatif yang boleh digunakan bagi menarik perhatian pelajar dalam melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan juga pembelajaran. Kenapa tidak permainan ini diselitkan di dalam proses pengajaran agar permainan yang dimainkan oleh pelajar ini merupakan pembelajaran bagi mereka untuk mempelajari sesuatu. Pelbagai aktiviti menarik dapat dijalankan serta dihasilkan dalam pergerakan ini dan dapat dilaksanakan dalam kebanyakkan topik pengajaran di sekolah rendah.

Setiap pelajar mempunyai kecerdasan serta kecenderungan yang berbeza. Howard Gardner (1983), dalam teori kecerdasan pelbagainya. beliau menyatakan bahawa kecerdasan pelajar dapat dibahagikan kepada lapan jenis kecerdasan iaitu linguistik, logik matematik, visual, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Bayangkan bahawa dalam suatu kelas terdapat hampir sekurangkurangnya lapan jenis kecerdasan yang berbeza dan adakah dengan hanya menggunakan kaedah tradisional akan dapat membantu guru menyampaikan kesemua maklumat kepada pelajar dengan berkesan?. Oleh sebab itu seni dalam pendidikan ini harus diaplikasi dalam kehidupan seharian di mana pelbagai pendekatan serta teknik boleh digunakan dalam membantu mengubahsuai proses pengajaran dan pembelajaran agar menjadi lebih menarik. Oleh sebab itu, elemen seperti seni visual, muzik serta pergerakan ini harus diaplikasikan dan dimuatkan sebelum dan semasa menjalankan rancangan pengajaran harian akan sesuatu topik yang diajar. Perancangan yang rapi akan sesuatu proses pengajaran adalah perlu bagi membantu meningkatkan lagi keberkesanan pembelajaran itu berlangsung.

Matapelajaran : Matematik Topik : Masa dan waktu

Matapelajaran matematik merupakan suatu matapelajaran yang sering dikaitkan dengan membuat latihan sekiranya untuk memahami sesuatu konsep. Adakah wajar sekiranya dalam matapelajaran matematik ini diaplikasikan elemenelemen seni dalam pendidikan iaitu seni visual, muzik dan juga pergerakan. Beberapa aktiviti yang menarik dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sekiranya ketiga-tiga elemen ini dapat diaplikasikan di dalam bilik darjah. Adalah lebih baik sekiranya ketiga-tiga elemen ini dapat dimuatkan serta digabungkan dalam setiap pengajaran. Sebagai contohnya, dalam matapelajaran matematik ini iaitu dalam topik masa dan juga waktu beberapa aktiviti yang melibatkan ketiga-tiga elemen seni dalam pendidikan ini boleh diaplikasi semasa pengajaran topik masa dan waktu ini. pelbagai aktiviti yang menarik dapat dimuatkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di sinilah aktiviti seperti nyanyian, lukisan, pergerakan boleh dijalankan bagi menyediakan kepada pelajar

pembelajaran yang bermakna di mana mereka sendiri dapat mengalami sendiri akan sesuatu topik tersebut. Apakah aktiviti seni visual yang sesuai dijalankan dalam topik masa dan waktu ini?. Pada peringkat permulaan iaitu untuk mengenal waktu yang terdapat di Malaysia ini iaitu waktu siang, tengah hari, malam dan juga tengah malam. Aktiviti yang melibatkan seni visual yang sesuai dijalankan adalah dengan mewarna gambar-gambar yang menunjukkan perubahan waktu-waktu tersebut. Akan tetapi masa aktiviti yang dijalankan untuk aktiviti ini mestilah sesuai. Selain daripada mewarna guru boleh menggunakan kad imbasan bagi menunjukkan jenis-jenis waktu yang terdapat di Malaysia ini dan ini akan membantu pelajar untuk mengenali waktu dengan lebih mendalam daripada guru hanya menyebut jenis-jenis waktu tanpa menunjukkan contoh kepada mereka. Kad imbasan yang merupakan salah satu daripada aktiviti seni visual akan membantu pelajar untuk memahami dengan lebih baik akan waktu-waktu yang ada. Kemudian dalam topik masa dan waktu ini iaitu bagaimana cara membaca jam dengan cara yang betul. Pelajar tidak akan faham sekiranya tiada model-model jam yang digunakan sebagai perangsang

kepada pelajar untuk membaca jam tersebut. Oleh sebab itu, guru perlulah menerapkan unsur seni visual iaitu dengan menghasilkan jam gergasi atau topeng yang berbentuk jam. Topeng jam merupakan suatu pengaplikasian seni visual yang baik kerana ia boleh digunakan oleh guru atau pelajar. Dengan cara ini ia akan lebih memudahkan dan pelajar dalam aktiviti membaca jam. Akan tetapi penggunaan jam yang digunakan mestilah bersaiz besar yang boleh dilihat dengan keseluruhan kelas dengan jelas. Terdapat pelbagai lagi aktiviti yang boleh dijalankan yang bertemakan kesenian dalam subjek matematik ini masa dan waktu. Pernahkan anda dengar mengenai permainan pukul berapa datuk harimau?. Tahukah anda bahawa permainan ini boleh digunakan dalam topik masa dan waktu yang melibatkan muzik. Dalam permainan ini terdapat lirik lagu yang menceritakan mengenai waktu dan juga jam. Permainan ini sangat gemar dimainkan pelajarpelajar sekolah rendah. Untuk menjadikan permainan ini lebih menarik guru juga boleh mengubah lirik-lirik lagu dalam permainan ini dan juga guru boleh menerapkan unsur kesenian dalam permainan ini. sebagai contoh adalah guru menghasilkan atau meminta pelajar untuk menghasilkan topeng harimau dimana mereka akan memakainya semasa memainkan permainan ini. Ini akan menjadikan permainan ini menjadi lebih sebenar dan menyeronokkan. Pelajar akan dapat merasa sendiri bagaimana menjadi seekor harimau dan juga perwatakan yang harus dimainkan. Di samping menerapkan unsur muzik dalam pengajaran topik ini ia juga secara tidak langsung menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan aktif. Kemudian, elemen pergerakan juga turut diterapkan dalam permainan ini iaitu dimana pelajar dikehendaki berlari ketika dikejar oleh harimau. Akan tetapi topik pengajaran pada hari itu harislah ditekankan iaitu masa dan waktu. Dengan memainakan permainan ini pelajar akan lebih berminat untuk mempelajari topik ini keranan ia berunsurkan permaianan. Dengan cara ini akan memudah proses pemindahan ilmu dan pelajar akan lebih berminat untuk melibatkan diri mereka dan secara tidak langsung mereka akan mempelajari topik dan memahaminya melalui pengalaman mereka sendiri.

Betulkan Jam Itu, inilah salah satu daripada permainan yang dapat dibuat dalam topik masa dan waktu ini. elemen yang ketiga dalam seni dalam pendidikan adalah pergerakan dimana pelajar akan melibatkan diri mereka secara aktif di dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu aplikasi daripada elemen pergerakan ini permainan betulkan jam itu boleh dijalankan di dalam kelas. matlamat utama aktiviti ini adalah untuk membolehkan pelajar untuk menentukan masa dengan menggunakan jam analog dengan betul. Aktiviti ini melibatkan penglibatan serta kawalan kelas yang baik. Pelajar akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan akan disediakan jam gergasi analog yang besar dan ia akan diletak di atas lantai. Keistimewaaan jam tersebut adalah ia boleh diubah jarum panjang dan pendeknya mengikut kehendak kita. Kemudian guru akan menyediakan kad imbasan yang menunjukkan masa yang berbentuk digital dan setiap kumpulan dikehendaki menukarkannya menggunakan bentuk analog dengan menggunkan jam analog yang disediakan. Setiap kumpulan akan bersaing untuk menyelesaikan tugasan mereka dan kumpulan yang berjaya menukar ke dalam bentuk analog dengan tepat dan pantas akan dikira sebagai pemenang. Rasional aktiviti ini dijalankan adalah untuk melatih dan menerapkan konsep masa kepada pelajar dan mengajar mereka cara membaca serta menentukan jam dengan tepat dan cepat, sekaligs objektif pembelajaran akan tercapai. Aktiviti yang melibatkan pergerakan pelajar ini sangat membantu pelajar untuk mengalami sendiri akan kehendak topik pengajaran dan pembelajaran matematik ini. Oleh itu, dengan menggunakan dan mengaplikasi unsur kesenian dalam pembelajaran topik masa dan waktu ini pembelajaran akan menjadi lebih bermakna dan juga menarik. Ia telah terbukti dengan penglibatan pelajar yang aktif dan bersemangat. Dengan cara ini pembelajaran kita akan lebih mantap di samping belajar sambil bergembira. Secara tidak langsung pelajar akan mempelajari apa yang sebenarnya yang patut diajar kepada mereka tanpa menggunakan kaedah tradisonal yang akan emmeberikan kesan yang negative kepada segelintir pelajar.

Matapelajaran : Matematik Topik : Ruang dan bentuk

Adakah anda masih ingat dalam subjek matematik iaitu dalam topik ruang dan bentuk di mana anda diajar jenis-jenis bentuk seperti segi tiga, segi empat dan juga kubus serta kuboid. Bagaimanakah cara yang digunakan oleh guru anda pada ketika itu untuk menerangkan ciri-ciri bentuk tersebut kepada anda. Adakah mereka menggunakan salah satu elemen yang terdapat di dalam seni pendidikan iaitu seni visual, muzik atau pergerakan?. Lazimnya guru hanya memberitahu bentuk-bentuk tersebut dan memberitahu ciri-cirinya di papa hitam. Adakah dengan cara ituia akan dapat membantu pelajar-pelajar untuk mengingati akan bentuk-bentuk tersebut dengan jelas?. Inilah yang menjadi permasalahan kepada pelajar di mana mereka sepatutnya perlu diajar menggunakan pendekatan deduktif iaitu pembelajaran dari umum kepada khusus. Topik runag dan bentuk ini merupakan suatu topic yang luas teknik pengajaranya dimana seni visual, muzik dan pergerakan boleh digunakan sebagai medium pengajaran dan pembelajaran topik ini. salah satunya adalah menggunakan kaedah seni visual. Dengan menggunakan kaedah ini ia akan memberi kefahaman yang begitu bermakna kepada pelajar akan jenis bentuk dan juga ciri-cirinya. Apakah aktiviti yang boleh dijalankan yang bercirikan seni visual ini yang boleh dijalankan di dalam kelas?. Salah satu daripada aktiviti seni visual yang boleh diaplikasi dalam topik bentuk dan ruang ini pada permulaannya semasa mengenal bentuk adalah lukis, warna dan kenal. Aktiviti ini sangat sesuai dijalanakan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah kerana aktiviti seperti ini merupakan kegemaran mereka. Sebelum memulakan aktiviti ini guru perlulah memberi arahan kepada pelajar bagaimana hendak menghasilkan tugasan tersebut. Pada permulaannya guru tidak perlu menunjukkan contoh bentuk-bentuk tersebut kepada mereka terlebih dahulu. Guru hanya memberi arahan kepada pelajar iaitu mereka dikehendaki melukis bentukbentuk tersebut dan mewarnakannnya mengikut warna kegemaran mereka. Lukisan yang betul dan cantik akan dipilh dan akan ditampal di hadapan kelas sebagai bahan bantu mengajar untuk guru untuk menerangkan akan ciri-ciri tersebut. Guru hanya perlu menyediakan kertas dan pensel warna kepada pelajar sebelum

memulakan aktiviti tersebut. Di sini kita akan dapat melihat pelajar akan melakukan kesilapan dan tersalah konsep mengeai bentuk-bentuk tersebut. Bentuk yang sering pelajar melakukan kesalahan adalah bentuk kubus dan kuboid dimana pelajar sukar untuk membezakan ciri-ciri bentuk tersebut. Dengan menjalankan aktiviti ini pelajar akan dapat belajar dan menunjukkan kreativiti mereka. Selepas selesai melakukan aktiviti ini guru hanya memilih bentuk yang betul dan cantik sahaja untuk diterangkan kepada pelajar. Kemudian, selepas itu gurulah yang menerangkan ciri-ciri dan bentuk serta nama bentuk yang sebenar kepada pelajar. Inilah yang dinamakan pendekatan deduktik di mana pelajar akan mengetahui sendiri akan sesuatu konsep selepas mereka menjalankan sesuatu aktiviti. Dalam masa yang sama nilai seni visual turut diterapkan dalam aktiviti ini di mana pembelajaran yang menyeronokkan telah berlaku. Bolehkah pengajaran topik bentuk dan ruang ini mengaplikasikan elemen muzik?. Kita boleh menghasilkan sebuah lagu yang menerangkan ciri-ciri yang dapat menerangkan bentuk-bentuk yang dipelajari. Pernahkah anda mendengar lagu berkaitan bongkah yang bertajuk lagu bentuk 3D. lagu ini adalah gubahan daripada lagu tema boria pulau pinang. Senikata nya diubah mengikut lirik yang menerangkan ciri-ciri bongkah ataupun ciri-ciri bentuk tiga dimensi. Lagu boria pulau pinang ini digunakan kerana ia merupakan lagu yang sinonim dengan pelajar dimana mereka tiada masalah dari aspek penghafalan lirik tersebut. Rimanya dikekalkan dan senikata lagu diubah mengikut kesesuaian. Lihat lampiran A, diman ia menujukkan contoh bagaimana lau bongkah ini dimainkan dan ianya sesuai untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran topik bentuk dan ruang ini. Penggunaan muzik dalam pembelajaran bentuk dan ruang ini akan membantu pelajar untuk memudahkan penghafalan ciri-ciri bentuk dan ruang ini kerana lagu digunakan sebagai medium penghafalan. Oleh sebab itu penggunaan muzik dalam pengajaran dan pembelajaran matematik ini sesuai digunakan bergantung kepada topik-topik yang logik digunakan kerana impak penggunaan muzik ini sangat membantu pelajar dan merupakan salah satu daripada eleman seni dalam pendidikan yang wajib digunkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Elemen ketiga dalam seni pendidikan adalah pergerakan. Aplikasi pergerakan dalam topik bentuk dan ruang ini boleh diaplikasikan dalam pelbagai cara. Sebagai contohnya semasa pengenalan mengenai bentuk-bentuk dua dimensi. Contoh

aktiviti yang boleh dibuat adalah aktiviti berkumpulan sesama pelajar. Pelajar boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan diberi tugasan iaitu setiap kumpulan dikehendaki membuat bentuk yang dinyatakan oleh guru menggunakan tubuh badan mereka. Sebagai contoh bentuk segi empat sama sisi. Pelajar yang terdiri daripada ahli kumpulan masing-masing dikehendaki membuat bentuk tersebut dengan cara menggunakan anggota badan mereka sendiri. Di sini kreativiti mereka diuji serta kepantasan mereka juga diuji. Secara tidak langsung berlaku pembelajaran yang aktif dan pelajar akan mengalami dengan sendiri akan. Berlaku juga proses inkuiri penemuan disini dimana pelajar akan meneroka sendiri akan ciri-ciri bentuk tersebut dan ini akan memberi ingatan jangka masa panjang kepada mereka dan memahami konsep bentuk dan ruang ini dengan baik. Impak daripada pengaplikasian seni dalam pendidikan ini sangat membantu guru dan murid-murid dalam memahami konsep matematik ini dengan lebih mendalam lagi. Ketiga-tiga elemen ini sangat penting dan perlu ditekankan dalam pengajaran dan pendidikan subjek matematik.

Matapelajaran : Matematik Topik : Wang

Bagaimanakah sekiranya dalam suatu pengajaran dan pembelajaran sesebuah topik itu mengandungi gabungan dua elemen iaitu seni visual dan juga pergerakan?. Adakah ia akan menjadi pembelajaran yang lebih menarik atau ianya adalah sesuatu yang akan memberi kesusahagn kepada pelajar. Sebagai contoh, dalam matapelajaran matematik iaitu topik wang dimana ia sememanya memerlukan bahan-bahan sokongan yang membantu pembelajaran agar menjadi lebih bermakna dan menarik. Salah satu daripada bidang seni visual adalah membentuk dan membuat binaan iaitu lebih dikenali sebagai model atau bahan manipulatif. Dalam topik wang ini penggunaan bahan manipulatif ini sangat membantu pelajar untuk memahami akan kosep serta penggunaan wang untuk diaplikasikan dalam kehidupan yang sebenar. Penghasilan wang contoh adalah merupakan sebahagian daripada bahan manipulatif yang boleh dihasilkan. Selain dari itu, untuk menambahkan lagi kefahaman pelajar guru boleh mengaplikasikan teknik lakonan dalam pengajarannya. Inilah yang dikatakan seni dalam pendidikan dimana beberapa elemen boleh digabungkan sekali untuk menyediakan pembelajaran yang bermakna kepada pelajar. Sebagai contoh situasi yang menghubungkan pelajar dengan situasi sebenar dalam pengajaran matematik adalah dalam pengajaran topik wang yang melibatkan penambahan dan juga penolakan. Topik wang ini merupakan suatu topik yang memerlukan bantuan manipulatif bagi membantu pelajar untuk memahami dan juga mengalaminya sendiri. Penggunaan bahan manipulatif dalam pembelajaran topik ini boleh dimanipulasikan iaitu guru mewujudkan suasana jual beli di dalam kelas. Misalnya guru membahagikan pelajar kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pembeli dan juga kumpulan penjual. Setiap kumpulan diberi beberapa wang untuk urusan niaga dijalankan. Penjual akan ditugaskan untuk menjaga di kedia bungan iaitu menjual bunga seperti orkid, rose, mawar dan juga bunga matahari. Manakala pembeli akan ditugaskan untuk membeli barang-barang yang terdapat pada gerai tersebut. Di sini guru hanya bertindak sebagai pebimbing sahaja dimana guru akan membetulkan kesilapan-kesilapan yang pelajar lakukan. Guru juga akan memastikan

perjalanan aktiviti jual beli ini berjalan dengan lancar. Bahan manipulatif yang pelajar gunakan adalah wang kertas palsu yang mewakili matawang yang terdapat di Malaysia. Rasionalnya penggunaan wang ini adalah untuk memberi suatu pengalaman secara langsung kepada pelajar untuk mereka sendiri menjalankan aktiviti jual beli ini dimana mereka akan laluinya pada masa akan datang. Bahan manipulatif ini bertindak sebagai rangsangan yang sebenar kepada pelajar dimana tanpa kehadiran bahan ini pembelajaran boleh dijalankan akan tetapi adakah pelajar akan dapat memahami konsep matematik yang diterapkan dalam aktiviti ini?. Tanpa bahan manipulatif ini pelajar tidak dapat menghubungkan dengan kehidupan mereka yang sebenar dan tidak akan dapat untuk mengaitkan dengan konsep-konsep matematik. Justeru itu, penggunaan bahan manipulatif ini sangat penting untuk menyediakan pelajar kearah pemikiran yang konkrit dimana mereka akan dapat menghubungkan kepada kehidupan mereka dan dapat menyelesaikan masalahmasalah yang berkaitan dengan matematik. Lihat gambar dibawah menunjukkan contoh bagaimana sesuatu aktiviti jual beli boleh dijalankan di dalam kelas dalam usaha memberikan pengalaman yang sebenar dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.

AKTIVITI WANG HINGGA RM100

GERAI BUNGA

GERAI AISKRIM

GERAI JUS MINUMAN

Kotak berisi duit kertas(contoh) dan syiling (contoh) disediakan di setiap gerai

Setiap murid akan diberikan senarai barangan yang perlu dibeli dan mereka dikehendaki menggunakan wang yang disediakan di dalam kotak untuk membeli barang tersebut

Bahan manipulatif yang digunakan

Wang kertas(contoh) bernilai RM1, RM 2, RM5, RM10, RM50 dan RM100

Wang syiling(contoh) bernilai 1sen, 5sen, 10sen, 20sen dan 50sen

RM 26.80 (sejambak)

RM 30.50 (sejambak)

RM 40.60 (sejambak)

Keratan kertas untuk mewakili bunga ros, orkid dan juga matahari

RM 4.90

RM 3.20 (setiap satu)

Keratan kertas untuk mewakili aiskrim cawan dan juga aiskrim batang

RM 3.50

RM 4.oo

RM 4.80

RM 6.30

RM 5.10

Keratan kertas untuk mewakili jus carrot, mangga, tembikai, oren dan nanas

KETERANGAN AKTIVITI Aktiviti ini dijalankan adalah untuk menguji kefahaman murid mengenai wang sehingga RM100 dan operasi-operasi yang melibatkan wang. Murid akan melakukan aktiviti jual beli di gerai-gerai yang disediakan. Dalam aktiviti ini sebanyak 3 gerai telah diwujudkan iaitu gerai bunga, gerai aiskrim dan juga gerai jus minuman. Setiap gerai akan dijaga oleh murid itu sendiri. Setiap jenis barang adalah dalam bentuk kertas yang telah dicetak mengikut gambarannya. Selepas itu, guru akan memberikan senarai barang yang perlu dibeli daripada ketiga-tiga gerai tersebut bagi setiap orang pelajar. Setiap orang pelajar sekurang-kurangnya akan menerima 3 jenis barang yang mesti dibeli oleh mereka. Wang (contoh) akan disediakan di hadapan setiap gerai untuk murid mengambil dan membayar barang telah dibeli itu. Murid dikehendaki mengenal pasti dan mengira wang terlebih dahulu sebelum membayarnya dengan harga yang telah ditetapkan oleh penggerai. Guru akan membimbing murid dalam mengira dan mengenalpasti wang. Murid juga akan dibimbing oleh guru dalam urusan jual beli yang berlaku antara penggerai dengan murid.

Daripada aktiviti ini kita dapat lihat bagaimana dengan menggunkan salah satu daripada elemen kesenian dalam pendidikan ini mampu untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang sangat efektif. Gabungan daripada teknik lakonan dan juga penggunaan bahan manipulatif ini mampu untuk menarik perhatian dan mewujudkan pembeljaran yang bermakna. Walaubagaimanapun, aktiviti yang dijalankan ini perlu dipantau oleh guru sepenuhnya untuk memastikan kelancaran aktiviti ini berjalan dengan baik. Pengaplikasian unsur kesenian dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini membawakan suatu untuk kelainan yang memberikan impak kepada keberkesanan pembelajaran. Rasionalnya

pengaplikasian unsur seni ini adalah untuk menyediakan pembelajaran yang sebenar kepada pelajar yang dimana mereka terpaksa berlakon dengan sendiri dan secara tidak langsung mereka akan mempelajari topik wang ini. Oleh itu, unsur kesenian ini dapat membawakan keberkesanan kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam sekolah.

Matapelajaran : Matematik Topik : Panjang

Pengaplikasian

ketiga-tiga

elemen

kesenian

di

dalam

pembelajaran

matematik ini sememangnya sangat berguna untuk memberi ransangan serta memberi peluang kepada pelajar untuk mengalami dengan sendiri akan

pembelajaran pada hari tersebut. Apa yang menjadi masalah pada masa kini adalah penggunaan serta aplikasi elemen seni ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran sangat jarang digunakan disebabkan beberapa kekangan yang terpaksa guru hadapi. Walaubagaimanapun, perkara sebegini tidak boleh dijadikan sebagai alasan keranan proses pembelajaran hendaklah menyeluruh dan juga bermakna dimana guru harus menyediakan proses pembelajaran yang terbaik kepada pelajar. Sebaik-baik pembelajaran adalah dimana pelajar turut melibatkan diri mereka secara aktif di dalam kelas tanpa pasif.sebagai contoh dalam matapelajaran matematik iaitu topik pengajaran panjang dimana guru terpaksa mengajar jarak serta ukuran kepada pelajar. Adakah sesuai dengan memberi latihan sahaja akan membuatkan pelajar faham dan mencapai objektif pengajaran pada hari itu?. Kenapa tidak pelajar diberi sedikit kebebasan untuk mereka melakukan pergerakan bagi memahami konsep jarak ini dimana jarak ini sinonim dengan pergerakan. Di sinilah pengaplikasian unsur kesenian iaitu elemen ketiga iaitu pergerakan perlu diaplikasikan agar pelajar dapat mengalami sendiri topik pembelajaran berkaitan dengan jarak. Penekanan dalam topik jarak ini adalah pelajar dapat mengalami dengan sendiri mengenai konsep jarak tersebut. Dalam topik jarak ini pengaplikasian elemen pergerakan merupakan sesuatu inisiatif yang baik dalam membantu pengajara topik ini. Pernahkah anda mendengar soalan jarak berkaitan seekor anjing mengejar seekor arnab. Daripada soalan ini kita dapat menunjukkan perbezaan diantara pengaplikasian elemen kesenian dan juga tanpa pengaplikasian unsur seni. Di sini kita akan melihat bagaimana keberkesanan pengaplikasian unsur pergerakan dalam menyelesaikan soalan berkaitan topik jarak ini. perbezaan kita akan dapat lihat sejauh manakah pengaplikasian elemen pergerakan ini akan membantu pelajar

untuk mereka memahami konsep jarak ini dengan baik serta mereka boleh mengaplikasi dalam kehidupan mereka. Lihat maklumat penting daripada soalan:Maklumat penting daripada soalan: Jarak permulaan anjing dengan arnab adalah 15 meter Anjing akan melompat 3 meter ke hadapan Arnab akan melompot 2 meter ke hadapan Cari jarak anjing bergerak untuk menangkap arnab

15 meter

Daripada maklumat penting di atas kita akan menyelesaikan soalan menggunkan dua kaedah yang berbeza iaitu kaedah jadual dan juga kaedah lakonan di mana pelajar dikehendaki melakonkan pergerakan anjing dan arnab dengan cara melompat. Lokonan akan berakhir sekiranya anjing berjaya menangkap arnab.

KAEDAH JADUAL Maklumat penting daripada soalan: Jarak permulaan antara anjing dan arnab adalah 15 meter Jarak lompatan bagi anjing melompat bagi setiap set anjing bergerak adalah 3 meter. Jarak lompatan bagi arnab melompat bagi setiap set arnab bergerak adalah 2 meter. Anjing (m) 0 3 6 9 12 15 18 21 24 27 30 33 36 39 42 45 Arnab (m) 15 17 19 21 23 25 27 29 31 33 35 37 39 41 43 45 Rajah 1.1 Jarak keseluruhan (m) 15 14 13 12 11 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 0

Daripada rajah 1.1 menunjukkan jarak permulaan bagi anjing arnab dan juga keseluruhan antara kedua-dua haiwan tersebut. Di bahagian kolum anjing tersebut jaraknya meningkat sebanyak 3 meter kerana anjing melompat sejauh 3 meter untuk satu set pergerakan. Manakala arnab pula jumlah jarak meningkat sebanyak 2 meter bagi setiap set pergerakan. Lihat kepada jadual tersebut menunjukkan bahawa jarak keseluruhan antara anjing dan juga arnab semakin berkurangan kerana anjing memintasi sejauh 1 meter untuk setiap set pergerakan. Pada set yang ke lima belas menunjukkan jarak keseluruhan antara anjing dan juga arnab adalah sifar, maka pada kedudukan ini anjing telah berjaya menangkap arnab setelah bergerak sejauh 45 meter.

KAEDAH PENYELESAIAN SIMULASI Maklumat penting daripada soalan: Jarak permulaan antara anjing dan arnab adalah 15 meter Jarak lompatan bagi anjing melompat bagi setiap set anjing bergerak adalah 3 meter. Jarak lompatan bagi arnab melompat bagi setiap set arnab bergerak adalah 2 meter. Arahan simulasi:i. Seorang pelajar mewakili watak anjing manakala seorang lagi menjadi watak arnab. ii. Susun kedudukan mereka mengikut jarak permulaan iaitu 15 langkah pelajar yang mewakili 15 meter. iii. Watak anjing hanya dibenarkan bergerak sebanyak 3 langkah (3 meter) bagi setiap set pergerakan iv. Watak arnab pula dibenarkan bergerak sebanyak 2 langkah (2 meter) bagi setiap set pergerakan v. Catatkan jumalah set pergerakan yang diperlukan untuk watak anjing menangkap watak arnab apabila jarak antara kedua-dua pelajar adalah 0 meter.

Rajah 1.0 menunjukkan contoh kedudukan pelajar yang berbaju biru (anjing), berbaju merah (arnab).

Rajah 1,0

Melalui kedua-dua penyelesaian ini kaedah simulasi merupaka kaedah yang paling bermakna di mana pelajar sendiri melakukan pergerakan melompat untuk menentukan berapa kali lompatan yang diperlukan oleh anjing untuk menangkap arnab. Pergerakan melompat dilakukan oleh pelajar sebagai melakonkan watak

anjing dan arnab dalam menyelesaikan soalan ini. Perbezaan antara kedua-dua kaedah ini adalah pengalaman sebenar iaitu di mana kaedah penyelesaian jadual tidak menumpukan kepada kefahaman semata-mata ia hanya merupakan suatu algoritmat penyelesaian yang tidak sesuai untuk pelajar yang lemah. Oleh sebab itu pengaplikasian unsur seni dalam pendidikan ini perlu dimuatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar pembelajaran yang bermakna dapat berlaku. Justeru itu, amatlah penting kepada guru-guru dalam mengaplikasikan elemen-elemen kesenian ini ke dalam pengajaran dan pembelajaran mereka sebagai usaha untuk melahirkan rasa kepuasan keapda pelajar dalam menimba ilmu dan juga menarik perhatian mereka. Ketiga-ketiga elemen ini saling bergantungan antara satu sama lain dan berupaya memberi impak yang begitu mendalam kepada pelajar dalam pemahaman konsep akan sesuatu topik. Rasionalnya, pengaplikasian elemen seni ini bukanlah sesuatu yang membebankan kepada guru mahupun pelajar tetapi ia berupaya menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu lebih sempurna dan bermakna seterusnya membantu dalam mencapai objektif

pembelajaran.

Matapelajaran : Matematik Topik : Pecahan

Pengaplikasian elemen seni dalam pendidikan berkeupayaan menjadikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran itu menjadi lebih sempurna dan menarik. Dalam usaha menyelitkan unsur kesenian ke adalam proses pembelajaran ini perancangan yang baik mesti dilakukan terutamanya semasa merancang rancangan pengajaran harian. Dari sini kita akan dapat melihat elemen seni manakah yang sesuai digunakan sebagai menjadi bahan bantu mengajar kita agar ilmu yang disampaikan adalah ilmu yang berguna dan dengan cara yang paling mudah untuk pelajar memahaminya. Contohnya dalam matapelajaran matematik iaitu topik pecahan. Dalam topik ini mungkin terdaapat kesukaran dari aspek seninya kerana topic ini merupakan topik yang sukar untuk menyampaikannya dan memberi kefahaman kepada pelajar. Walaubagaimanapun, unsur elemen-elemen seperti seni visual, muzik atau pergerakan mesti dimasukkan dalam pengajaran tajuk ini. Mungkin ketiga-kitiga elemen ini tidak boleh digabungkan sekali dalam suatu pengajaran topik ini, akan tetapi pengaplikasian salah satu elemen ini perlu dijadikan sebagai sokongan dalam pembelajaran tajuk ini. Elemen seni dalam pendidikan yang boleh diaplikasikan dalam tajuk ini adalah seni visual. Bagaimanakah cara yang terbaik untuk anda menerangkan keapda pelajar akan nilai-nilai pecahan yang berbentuk abstrak kepada bentuk konkrit yang mudah untuk mereka fahami?. Oleh itu, penggunaan seni visual memainkan peranan sebagai medium penukaran bentuk ini. Pernahkan anda menggunakan kek pecahan sebagai bahan bantu mengajar anda dalam pengajaran topik ini?. Anda boleh menyediakan satu kertas lukisan yang besar di mana pelajar boleh melukis dan juga mewarnakan kek tersebut dengan berpandukan kepada nilai pecahan yang anda berikan. Sebagai contoh adalah satu per dua. Biarkan mereka melukiskan kek gergasi mereka di atas kertas tersebut dan minta mereka mewarnakan separuh daripada kek tersebut dan tanyakan kepada mereka nilai kek tersebut dalam bentuk pecahan. Pecahan yang sepatutnya dijawab adalah satu per dua yang mewakili sebahagian daripada kek tersebut. Dengan cara ini pelajar bukan sahaja tahu nilai satu per dua itu tetapi pelajar juga boleh menukarkannya ke dalam

bentuk visual akan nilai tersebut. Inilah yang dinamakan aplikasi dalam bentuk seni visual dimana ia digunakan sebagai menambahkan lagi pemahaman pelajar akan topik pecahan ini. Oleh sebab itu, seni visual ini sangat sesuai digunakan dalam pengajaran topik pecahan ini keranan ia berupaya membantu pelajar untuk menukarkan nilai serta idea-idea abstrak ini kepada gambar rajah yang mudah untuk mereka tafsir. Di samping itu, elemen muzik juga boleh diaplikasi dalam penagajaran dan pembelajaran topik pecahan ini. Lagu-lagu yang sinonim dengan pelajar boleh

dipilih sebagai legu tema kepada pecahan ini. Gubahan lirik haruslah dilakukan agar ia bersesuaian denagn topik pecahan ini. sebagai contoh, lirik lagu yang digunakan mestilah mudah dan senang diingati iaitu lirik yang menyatakan satu adalah keseluruhan, satu per dua adalah separuh dan satu per empat adalah suku. Lirik lagu sebegini adalah penting iaitu untuk menerangkan konsep asas dalam pecahan ini serta nilai yang diwakili oleh pecahan. Secara umumnya, lagu ini juga adalah bertujuan untuk mewujudkan suasana kelas yang bersemangat untuk belajar. Peringkat set induksi adalah peringkat yang sesuai dimainkan lagu ini sebagai usaha untuk menarik minat pelajar dan sebagai pendedahan awal kepada pelajar sebelum memulakan topik pecahan ini. Pengaplikasian elemen seni visual dan muzik ini sememangnya penting kepada pelajar-pelajar terutamnya pelajar yang berada di sekolah rendah kerana ianya membantu mereka dalam proses pemerolehan ilmu. Elemen-elemen ini sememangnya membantu mereka serta guru dalam mewujudkan suasana kelas yang harmonis dan juga menarik. Dalam pada itu juga ia juga membantu pelajar dengan memudahkan idea-idea yang kompleks kepada bentuk yang lebih mudah agar pelajar tidak mengalami sebarang masalah untuk memahami akan sesuatu konsep matematik tersebut. Oleh sebab itu, seni dalam pendidikan ini merupakan perkara yang wajar dan harus diberi keutamaan dalam menjalankan serta melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

DAPAT MENARIK PERHATIAN PELAJAR DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Proses pengajaran dan pembelajaran bagi mana-mana matapelajaran akan menjadi lebih bermakna sekiranya elemen-elemen seni pendidikan diaplikasikan. Elemen seperti seni visual, muzik dan juga pergerakan akan dapat membantu untuk menarik perhatian pelajar dalam proses penyammmpaian ilmu kepada mereka. Akan tetapi apa yang memberi keunikan kepada seni dalam pendidikan ini yang membolehkan ia menarik perhatian pelajar?. Menurut Howard Gardner (1983), pelajar mempunyai kecerdasan yang berlainan dan pelbagai kecenderungan dan memerlukan pembelajaran yang bervariasi. Pembelajaran yang berlainan cara mampu untuk membantu menarik perhatian pelajar untuk mereka melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Sebagai contoh, pengaplikasian unsur muzik dalam pembelajaran matematik. Tahukah kita bahawa pelajar-pelajar berminat untuk menyanyikan lagu dalam proses pengajaran dan pembelajaran?. Muzik mampu untuk menarik perhatian pelajar untuk melibatkan diri mereka secara aktif di dalam kelas. Pemilihan lagu yang baik dan juga menarik membuatkan mereka lagi berminat untuk menyanyikan bersama-sama. Penggunaan lagu ini adalah bertujuan untuk mewujudkan suasana kelas yang harmoni dan juga bersemangat dan dengan cara ini pelajar akan menumpukan perhatian mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Muzik merupakan sesuatu yang menarik dan menyeronokkan dan melalui muzik pelajar akan dapat meluah ekspresi mereka. Justeru itu, elemen muzik ini mampu menjadi umpan kepada pelajar untuk menarik mereka di dalam kelas. Selain itu, elemen seni visual juga mampu untuk menarik perhatian pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seni visual merupakan tempat dimana pelajar dapat meluahkan kreativiti mereka dan dengan cara ini keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih efisien. Aktiviti seperti melukis, mewarna dan juga penggunaan bahan manipulatif membantu dalam menarik minat pelajar kerana ia menyediakan pelajar kearah pembelajaran yang sebenar di mana mereka boleh mengalami sendiri pembelajaran tersebut. Pengaplikasian elemen seni dalam pendidka ini penting untuk menarik perhatian pelajar agar memberi sepenuh penglibatan dalam pembelajaran.

DAPAT MEWUJUDKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG MENARIK Pengaplikasian elemen-elemen seni pendidikan di dalam proses pengajaran dan pebelajaran dapat membantu mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik serta bermakna. Pembelajaran yang menarik adalah pengajaran di mana pelajar memberi penglibatan yang sepenuhnya dalam apa jua aktiviti yang dijalankan oleh guru. Untuk mewujudkan pembelajaran yang menarik ini aktiviti yang dijalankan mestilah dapat menarik perhatian pelajar. Oleh sebab itu aktiviti yang dijalankan mestilah mengandungi ketiga-tiga elemen seni pendidikan iaitu seni visual, muzik dan juga pergerakan. Dengan cara pengaplikasian elemen ini dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran ia mampu untuk menghasilkan pembelajaran yang menarik dan bermakna. Misalnya, pengaplikasian elemen pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Lazimnya, matematik ini dikaitkan dengan pengajaran yang melibatkan teori dan juga fakta. Kelainan dari segi perancangan pengajaran yang melibatkan unsur pergerakan mampu untuk menyediakn pembelajaran yang menarik kepada pelajar. Pelajar gemar untuk memainkan sesuatu permainan, oleh sebab itu pengaplikasian permainan akan mewujudkan pembelajaran yang menarik. Pergerakan yang melibatkan aktiviti seperti berjalan, berlari, melompat serta pergerakan lain akan membuatkan pelajar seronok untuk melibatkan diri mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti-aktiviti yang menarik perhatian pelajar boleh dijalankan sebagai usaha untuk menarik perhatian pelajar. Penggunaan model dan juga bahan manipulatif merupakan suatu inisiatif lain yang akan membantu pelajar untuk mewujudkan pproses pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Model-model yang bersifat konkrit akan boleh disentuh mampu untuk menjadikan pembelajaran itu lebih menarik, dimana pelajar boleh bermain dan mengalami sendiri akan sesuatu topik dengan mendalam. Inilah yang dikatakan pembelajaran yang menyediakan pengalaman yang sebenar dimana pelajar boleh merasa sendiri akan idea-idea konkrit yang ingin disampaikan di dalam sesebuah topik. Justeru pengaplikasian elemen ini sangat membantu guru dan juga pelajar dalam mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik.

PENGLIBATAN AKTIF MURID-MURID Pada dasarnya murid-murid adalah seorang yang aktif sama adalah semasa atau bukan proses pembelajaran. Apa yang mempengaruhi penglibatan mereka adalah bagaimana aktiviti dirancang untuk menarik perhatian mereka agar bersamasama menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam menjayakan usaha ini perancangan mengenai aktiviti yang dijalankan mestilah menarik dan

menyeronokkan. Oleh itu, pengaplikasian elemen-elemen kesenian di dalam proses penagajran adalah penting. Salah satu daripadanya adalah pergerakan dan juga seni visual. Penggunaan bahan bantu mengajar atau objek dan gabungan unsur pergerakan akan mampu menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai contoh pengajaran dalam matapelajara matematik iaitu topik wang. Salah satu cara aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti simulasi iaitu pelajarpelajar melakonkan aktiviti simulasi jual beli antara penjual dan pembeli. Bahan manipuulatif seperti wang contoh serta objek-objek yang boleh dibeli disediakan agar dapat mengambarkan proses jual beli tersebut. Di sini pelajar akan menjadi penjual dan juga menjadi pembeli di mana mereka akan mempelajari proses jual beli iaitu suatu proses yang melibatkan wang. Mereka akan melakukan aktiviti seperti pertukaran wang dan juga pengiraan wang di mana ia merupakan salah satu daripada topik pengajaran dimana ia melibatkan operasi dalam wang. Aktiviti seperti ini penting dalam membantu pelajar untuk mengalami sendiri aan topik yang dipelajarinya agar ia dapat membantu untuk memberi kefahaman yang mendalam kepada pelajar. Rasional pengaplikasian unsur seni ini adalah untuk menarik minat pelajar seterusnya dapat meningkatkan penglibatan mereka yang aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Di sini juga mereka disediakan dengan situasi yang sebnar di mana mereka akan mengaplikasinya dalam kehidupan mereka iaitu aktiviti jual beli ini. Aktiviti ini menjadi lebih menarik dengan adanya pengaplikasian unsur-unsur seni yang membantu menarik penglibatan aktif pelajar dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran ini.

MEMUDAHKAN PROSES PENYAMPAIAN MAKLUMAT Proses penyampaian maklumat sangat penting terutamanya dalam proses pemindahan maklumat kepada pelajar. Bukan sahaja kemahiran berkomunikasi memainkan peranna yang penting akan tetapi bahan-bahan yang digunakan sebagai pebantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah menjadi titik tolak kepada keberkesanan proses pembelajaran. Oleh sebab itu, unsur kesenian diaplikasikan dalam proses pengajaran dan juga pembelajaran agar ia dapat membantu untuk memudahkan proses penyampaian maklumat kepada pelajar. Apakah yang membuatkan unsur kesenian ini adalah salah satu daripada medium yang dapat membantu kita dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran?. Rasional utamanya adalah dengan pengaplikasian unsur kesenian ini ia akan dapat menukarkan sesuatu idea yang abstrak kepada idea konkrit. Kebanyakkan pelajar mengalami masalah untuk mentafsir idea-idea konkrit ini kerana tahap pemikiran mereka adalah terhad dan inilah yang menjadi masalah utama kepada mereka. Dengan pengaplikasian unsur kesenian ini masalah ini dapat dikurangkan di mana unsur kesenian ini dapat memudahkan proses pemindahan ilmu. Sebagai contoh adalah penggunaan objek dan juga bahan bantu mengajar yang merupakan salah satu daripada bidang seni visual. Bahan manipulatif ini adalah objek-objek yang sebenar yang di bawa kea dalam kelas atau dihasilkan sendiri oleh pelajar untuk menunjukkan keadaan yang sebnar akan sifat objek tersebut. Di sini pelajar dapat merasa, menyentuh serta melihat sendiri ciri-ciri yang terdapat pada objek tersebut. Sebagai contoh adalah penggunaan wang contoh, bentuk-bentuk 3D dan juga buku Pop Up. Pengaplikasian ini sangat membantu pelajar untuk memahami dengan lebih mendalami dengan lebih mendalam seterusnya menajayakan proses penyampaian maklumat. Inilah yang harus dititikberatkan di dalam kelas agar aia membantu pelajar memahami sesuatu topik dengan pengaplikasian unsur kesenian yang akan membantu memudahkan sesuatu proses penyampaian dan juga penerimaan maklumat.

MENINGKATKAN KREATIVITI PELAJAR Unsur kesenian ini tidak akan lari daripada cabang kreativiti. Kreativiti adalah sesuatu idea dimana keberkesanan dan juga ia menunjukkan ciri-ciri yang lain daripada bentuk asalnya. Oleh sebab itu nilai kreativiti ini penting dalam diri pelajar untuk membolehkan mereka sentiasa berfikiran kreatif dan kritis dalam menjalankan apa-apa tugasan yang diberikan. Oleh sebab itu pengaplikasian unsur seni dalam pendidikan ini penting bagi setiap pelajar agar nilai-nilai kreativiti ini tersemat dalam diri mereka. Tugasan yang berbentukan kesenian ini perlu diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar nilai kreativiti ini akan mula tumbuh dalam diri mereka sebagai seorang pelajar. Sebagai contoh, cuba kita lihat semasa darjah satu hingga tiga di mana kebanyakkannya pembelajaran kita menganduni unsur seni visual iaitu melukis dan juga mewarna. Apakah rasional sebenar aktiviti ini dijalankan. Sebab dominannya adalah untuk menanamkan dan melihat bakat serta kreativiti yang ada dalam diri kita sebagai seorang pelajar. Aktiviti seperti ini sememangnya sangat penting kepada kita sambil kita memperoleh ilmu. Kretiviti adalah suatu nilai yang tidak boleh dijual beli ia merupakan suatu bakat yang diperoleh hasil daripada latihan kita. Oleh sebab itu, rasionallah pengaplikasian unsur seni ini dalam proses pengajaran dan juga pembelajaran wajib diadakan sebagai usaha untuk meningkatkan kreativiti pelajar. Tugasan yang mempunyai unsur kreatif dan kritis harus diberikan kepada pelajar dalam usaha melatih mereka agar meningkatkan kreativiti mereka. Kesemua elemen kesenian iaitu seni visual, muzik dan juga pergerakan harus digabungkan dalam proses pengajaran dan juga pembelajaran agar pembelajaran yang menarik diberikan kepada pelajar dan secara tidak lansung ia akan membantu meningkatkan kreativiti mereka dalam apa juga bidang yang mereka ceburi. Aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dengan baik dan dimuatkan unsurunsur kesenian ini. di sini akan mendorong dan juga membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi serta kreativiti mereka. Inilah yang dikatakan kekuatan yang terdapat dalam kesenian ini apabila diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan dengan cara inilah akan membantu pelajar dalam usaha meningkatkan lagi produktiviti sebagai seorang pelajar.

KEKANGAN MASA Salah satu daripada kelemahan pengaplikasian sini dalam pendidikan ini adalah kekangan masa yang sering berlaku di dalam bilik darjah. Pengaplikasian elemen-elemen seni ini adalah sangat baik dan berguna kepada pelajar, akan tetapi masalah yang berlaku adalah kekangan masa untuk melaksanakan segala aktiviti yang dirancang ini. waktu yang diperuntukkan bagi satu sesi pembelajaran adalah tidak begitu mencukupi kerana dalam proses pengaplikasian elemen ini peruntukan masa yang panjang diperlukan agar perlaksanaannya berjalan dengan baik dan tersusun. Ia memerlukan masa yang lama untuk menjalankan aktiviti kesenian ini dan inilah yang menjadi faktor mengapa guru pada masa kini tidak mengaplikasian unsur kesenian ini dalam pengajaran mereka di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, katakan aktiviti yang hendak dijalankan adalah berkaitan dengan simulasi dimana pelajar dikehendaki menyanyi dan melakukan lakonan. Adakah cukup masa yang diperuntukan adalah tiga puluh minit. Mungkin aktiviti ini boleh diabiskan akan tetapi adakah keseluruhan kelas dan pelajar dapat merasa dan mengalami setiap aktiviti yang dijalanakan itu?. inilah yang menjadi permasalahan keapada guru dan juga pelajar. Setiap orang pelajar tidak semestinya dapat menajalankan aktiviiti yang dijalanakan di dalam kelas kerana kekurangan masa pembelajaran. Adakah rasional disebabkan masalah ini pengaplikasian unsur kesenian dalam pendidikan perlu diketepikan?. Apakah jalan penyelesaian yang boleh diambil aleh guru dan juga pelajar untuk mengatasi masalah sebegini. Masalah seperti ini yang membuatkan guru-guru jarang mengaplikasikan unsur ini kepada pelajar dalam pengajaran mereka. Oleh sebab itu langkah penyelesaian harus diambil oleh segu seperti perancangan yang begitu rapid an mengikut kepada kesesuaian masa dan waktu. Selain dari itu untuk menjimatkan masa guru boleh menjalankan aktiviti secara berkumpulan. Aktiviti berkumpulan ini dapat membantu setiap pelajar untuk melaksanakan aktiviti yang dijalankan pada hari itu seterusnya mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang adil. Guru lah yang harus memainkan peranan dalam menangani masalah seperti ini dan mencari jalan penyelesaian bagai megaplikasiakn unsur kesenian dalam proses pengajaran dan juga pembelajaran.

KAWALAN KELAS Masalah utama yang mejadi kekangan kepada pengaplikasian elemen kesenian adalah kawalan kelas kesan daripada aktiviti yang dijalankan. Aktiviti yang melibatkan seni visual, muzik dan juga pergerakan memerlukan kawalan kelas yang baik dan juga pemerhatian yang baik dari guru. Hal ini sisebabkan aktiviti yang dijalankan berasaskan elemen ini dapat menarik minat pelajar dan disini pelajar akan berusaha menunjukkan keupayaan mereka melalui aktiviti yang dijalankan ini. Di sini berlakulah kesukaran dalam mengawal keadaan kelas di mana pelajar mahu mendapatkan perhatian daripada guru serta rakannya yang lain. Di sini kawalan kelas perlulah dititik beratkan oleh guru untuk memastikan keadaan kelas sentiasa dikawal semasa aktiviti dijalankan. Sebagai contoh aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti yang melibatkan elemen pergerakan iaitu pergerakan fizikal. Pelajar seronok melakukan aktiviti sebegini dan akan memberikan penglibatan yang aktif. Walaubagaimanapun, tingkah laku pelajar hendaklah dikawal agar keadaan kelas tidak terlalu bising dan juga serabut sekaligus menganggu pembelajaran untuk kelas yang lain. Oleh sebab itu guru perlu mamainkan peranan yang penting dalam megawal keadaan kelas ini. Dalam usaha meengaplikasikan elemen kesenian ini guru perlulah mewujudkan beberapa peraturan-peraturan yang ringkas bagi memastikan keadaan kelas sentiasa dapat dikawal dan juga teratur. Rutin kelas juga perlu diwujudkan agar pelajar mengikut segala rutin tersebut dan ini akan memudahkan urusan guru dalam proses penyampaian ilmu. Kawalan kelas ini perlu untuk membuatkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran ini berjalan dengan lancar dan juga teratur. Kawalan kelas juga penting dalam memastikan keberkesanan aktiviti yang dirancang oleh guru berjalan dengan lancar dan baik. Guru perlu mesra, tegas dan juga empati terhadap setiap orang pelajar agar hubungan baik antara guru dan murid akan sentiasa terjalin seterusnya memudahkan urusan pengawalan kelas. masalah sebegini bukanlah penghalang kepada pengaplikasian elemen seni ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Elemen kesenian ini harus diperluaskan dan diaplikasikan bagai seluruh matapelajaran di sekolah.

PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG TELITI Pembelajaran yang melibatkan pengaplikasian elemen kesenian seperti seni visual, muzik dan juga pergerakan ini memerlukan perancangan yang begitu telita. Sebelum melaksanakan aktiviti yang telah dirancang ini beberapa aspek perlu dikaji terlebih dahulu. Antaranya adalah bilangan pelajar, kecenderungan pelajar, masa dan waktu serta jenis aktiviti yang dirancangan. Aspek ini perlu diberi perhatian kerana ia akan memberi kesan kepada perjalanan aktivti yang dijalankan. Setiap aktiviti yang dijalankan ini perlulah rasional dengan topik pembelajaran pada hari tersebut dan akviti itu adalah mengikut kepada kemampuan pelajar. Ini adalah penting dalam usaha menarik minat serta perhatian pelajar untuk mempelajari topik pembelajaran pada hari tersebut. Dalam proses perancangan proses pengajaran dan pembelajaran ini guru boleh menggunakan beberapa model reka bentuk pengajaran. Dalam model ini beberapa aspek dikaji terlebih dahulu sebelum menjalankan sesuatu aktiviti. Sebagai contoh adalah model reka penduk ADDIE dan ASSURE. Kedua-dua model ini sangat penting dalam penghasilan aktiviti dalam proses pengajaran. Seterusnya ia akan membolehkan seorang guru itu mengaplikasikan elemen kesenian ini dengan mudah dan teratur semasa proses pengajarannya. Sebelum

mengaplikasikan elemen ini beberapa faktor juga perlu dikenalpasti agar aktiviti kesenian yang dijalankan ini tidak mendatangkan masalah kepada proses pembelajaran. Matlamat utama pengaplikasian ini adalah untuk membantu pelajar dan meningkatkan keberkesan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Justeru itu, sebelum memulakan aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini perancangan perlulah diutamakan dan diberi penekanan. Setiap kemungkinan mestilah boleh diatasi dan perancangan sekiranya berlaku sesuatu terhadap proses pengajaran dan pembelajaran kita. Itulah pentingnya rancangan pengajaran harian kepada guru-guru iaitu untuk memastikan setiap proses pengajaran adalah sistematik dan dirancang terlebih dahulu sebelum memasuki kelas. ini adalah penting untuk memastikan keberkesanan sesuatu pengajaran dan juga pembelajaran.

PENGGABUNGAN KETIGA-TIGA ELEMEN KESENIAN Pengaplikasian elemen seni visual, muzik dan juga pergerakan akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan menyeronokkan. Apa yang menjadi penghalang utama adalah penggabungan ketiga-tiga elemen ini dalam suatu topik pengajaran. Tidak semua topik pengajaran membolehkan penggabungan ketiga-tiga elemen ini. oleh sebab itu adakah ini akan menjadi sebab mengapa elemen kesenian ini jarang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas?. Adakah terdapat cara untuk menggabungkan ketiga-tiga elemen ini dalam suatu topik pengajaran?. Di sini gurulah perlu bijak dalam merancang setiap aktiviti yang akan dijalankan mengikut kepada kesesuaian topik penagajaran yang diajar. Walaubagaimanapun guru tidak semestinya menggabungkan ketiga-tiga elemen ini dalam suatu topik pengajaran sebaliknya mencari keberkesanan bagai satu aktiviti yang dijalankan. Aktiviti yang terbaik perlulah dipilih di mana ia sesuai untuk menyampaikan idea-idea penting dalam topik tersebut. Oleh sebab itu, sebelum pengajaran sesuatu topik perlulah dikaji terlebih dahulu aktiviti-aktiviti yang sesuai diajalankan mengikut kepada kesesuaian pelajar. Sebagai contoh dalam penagajajaran matematik iaitu pecahan adakah elemen pergerakan sesuai digunakan?. Adakah elemen seni visual adalah lebih sesuai digunakan. Pengaplikasian elemen seni ini penting, tetapi apa yang lebih penting adalah impak yang diberikan oleh elemen yang digunakan ini untuk membantu pelajar memahami konsep pengajaran pada hari tersebut. Jika penggunaan seni visual akan memberikan kefahaman yang lebih dari keseronokan, maka gunaklah seni visual ini sebagai pengaplikasian dalam pengajaran anda pada hari tersebut. Jangan hanya memandang kepada keseronokan sahaja tetapi impak adalah lebih mustahak iaitu objektif pembelajaran dicapai pada hari itu. Justeru itu, pemilihan akan elemen kesenian yang digunakan perlulah sesuai dengan topik pembelajaran pada hari itu. Kefahaman yang lebih diutamankan dan seterusnya barulah keseronokan. Tanpa kefahaman keseronokan itu akan menjadi tidak bermakna. Gurulah yang perlu membut keputusan dalam pemilihan elemen seni dalam pendidikan ini agar mancapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai