Anda di halaman 1dari 6

Biodata

Nama: Khairurrazaq b. Mohd Fadilah No i.c: 880627015299 Umur: 21tahun Tarikh lahir: 27.6.1988 Tempat lahir: Senggarang Alamat: Lot228 Jln. Sk. Keb. Pt. Kemang, 83200 Senggarang, Batu Pahat, Johor. No. telefon: 017-6039189 / 014-5094285 Prinsip hidup: Usaha tangga kejayaan.

Bagaimana program BIG dapat meningkatkan profession perguruan.

BIG ialah ringkasan daripada bina insan guru. Program ini di jalankan untuk memupuk nilai-nilai murni dan semangat keguruan di kalangan guru pelatih. Melalui program ini, guru pelatih memperoleh pengalaman-pengalaman yang berguna untuk di jadikan panduan ketika mengajar nanti. Salah satu aktiviti semasa menjalani bina insan guru ialah jungle tracking atau kembara. Pada pendapat saya, kembara dapat memberi pengajaran yang berguna buat saya. Hal ini kerana banyak manfaat yang saya dapat. Sebagai contoh, sebelum memulakan aktiviti, setiap kumplan perlu membawa alatan masakan, bahan masakan, bendera dan air minuman. Ketua kumpulan akan mengagihkan tugas kepada setiap ahli kumpulan. Sifat toleransi dan kerjasama yang kuat perlu ada pada setiap kumpulan. Jika tidak, perbalahan akan berlaku. Ini dapat di aplikasikan sewaktu kita menjadi seorang guru nanti. Misalnya, kita hendak menjalankan sesuatu program, kita perlu bekerjasama dengan guru-guru lain untuk memastikan program itu berjaya. Kita perlu bertolak ansur dengan orang lain untuk memudahkan lagi kerja. Menghormati arahan ketua dan kemukakan cadangan jika perlu. Jika Guru Besar member tugas kepada kita, kita perlu laksanakan dengan jayanya. Seterusnya, sebelum sampai ke destinasi kembara, saya dan rakan-rakan terpaksa mengharungi tasik. Apa yang saya nampak di sini, apabila kita di beri arahan untuk mengajar di kawasan pedalaman kelak, janganlah kita mengeluh, kerana itulah tanggungjawab seorang guru untuk menyampaikan ilmu, tidak kira di mana kita berada. Saya diberi tanggungjawab besar oleh kumpulan saya kerana, saya perlu membawa alatan masakan dan bahan-bahan masakan. Bagi saya tanggungjawab ini amat penting kerana jika saya tercicir barangan tersebut, ahli kumpulan saya akan kelaparan. Jadi saya perlu menjaga amanah ini sebaiknya. Walaupun terasa amat letih kerana terpaksa mengharungi hutan bukit-bukau, saya tetap menggalas barang-barang tersebut sampai

ke destinasinya. Baru saya mengerti bahawa tanggungjawab seorang guru itu amat besar. Tidak kira penat lelah, seorang guru perlu terus berusaha mendidik anak bangsa ke menara gading. Dari segi amanah pula, seorang guru perlu mendidik dan mengajar murid-murid. Itulah amanah seorang guru. Guru perlu mendidik murid-murid untuk menjadi insan yang berguna pada masa hadapan. Apabila seorang guru itu tidak menjalankan tanggungjawab dan amanahnya dengan baik, ini akan member kesan negatif kepada genarasi akan datang. Inilah risiko seorang guru!

Selain itu, saya dan rakan sekumpulan telah merancang perjalan kami agar sampai ke destinasi terakhir tepat pada masanya. Ini bermaksud, seorang guru perlu merancang dan bersiap sedia untuk mengajar. Jika guru itu mengambil sikap tak endah, silibes pngajaran tidak akan sempat di habiskan pada msa yang di jangkakan. Ini akan menyebabkan prestasi murid-murid terjejas. Dalam aktiviti kembara, kita perlu mengekori orang hadapan dan laluan yang telah dibuat. Ini juga mengajar saya sentiasa berfikir kehadapan dan mengikut jejak langkah guru-guru lain yang telah berjaya. Seorang guru, berfikir secara kreatif dan kritis untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan. Sebagai guru baru, kita perlu mengikut jejak langkah guru-guru cemerlang sebagai panduan kita mengajar. Dengan cara ini kita dapat mempertingkatkan lagi prestasi kita seterusnya menjadi guru yang cemerlang, terbilang dan gemilang.

Laluan-laluan yang getir dan mencabar rasa letih, namun perjuangan perlu diteruskan. Halangan seperti mendaki bukit, mengharungi batu-batu licin di kawasan air terjun dapat menambahkan lagi keyakinan pada diri saya. Walaupun saya di gigit pacat, hal sedemikian tidak dapat mematahkan semangat saya dan saya yakin, saya dapat menghabiskan aktiviti kembara ini. Walaupun berat beg yang saya galas, namun saya tempuhi segala halangan dan rintangan dengan penuh yakin. Saya tidak pernah merungut keletihan. Saya membawa beg itu dengan kehendak saya sendiri. Saya ikhlas membawanya demi kebaikkan kepada kumpulan saya. Bagaimana beratnya beg

itu, begitulah beratnya bahu seorang guru memikul tanggungjawabnya sambil mengharungi rintangan dan pelbagai dugaan. Guru perlu yakin pada diri dan janganlah asyik bergantung harap pada orang lain. Tambahan pula, guru perlu ikhlas ketika menyampaikan ilmu. Janganlah menganggap tanggungjawab serta amanah yang diberikan sebagai satu bebanan. Keikhlasan guru akan membwa keberkatan kepada murid-murid. Ketika mengembara, kami diberi peluang untuk memancing. Kumpulan saya dapat menangkap dua belas ekor ikan. Setelah habis memancing, kami diberi masa untuk memasak. Aktiviti memasak nampak mudah, tetapi pada awalnya, kumpulan kami agak sukar untuk menyalakan api. Kekurangan minyak masak menyukarkan kami ketika menggoreng. Setelah siap memasak, kami pun menjamu selera bersama-sama. Aktiviti memancing mengajar saya erti kesabaran. Sifat sabar amatlah penting pada seorang guru. Karenah murid-murid memang menguji tahap kesabaran seorang guru. Kadangkala, guru terpaksa menerangkan beberapa kali untuk menjelaskan sesuatu kepada murid-murid. Guru perlu bersabar dan jangnlah cepat meradang dengan karenah murid-murid. Proses untuk menyalakan api untuk memasak pula membawa maksud, guru perlu tekun ketika melakukan kerja. Sikap sambil lewa perlu dibuang. Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kesempurnaan dalam tugas dan kehidupan. Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan sehingga mencapai tahap cemerlang. Makan bersama-sama mengajar saya menjadi orang yang sedrhana dan bersyukur apa yang ada.ini juga dapat mengingatkan kita supaya apabila senang jangan lupakan orang lain. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Sebagai guru, sifat ini perlu ada dalam diri kita. Kebanyakkan aktiviti yang dijalankan semasa BIG nampak seperti aktiviti fizikal, tetapi kita perlu melihat dari sudut lain untuk memahai konsep sebanar sesuatu aktiviti itu. Semua aktiviti yang dijalankan dapat member pengajaran yang berguna kepada semua guru pelatih. Saya amat yakin program bina insan guru ini dapat mempertingkatkan lagi profession keguruan.

Refleksi program BIG Tasik Kenyir 2009 siri 1

Program Bina Insan Guru adalah program yang diwajibkan kepada semua bakal guru tidak kira daripada Institut Perguruan ataupun keluaran universiti. Program ini mendidik para bakal guru dengan pelbagai nilai-nilai murni dan moral yang diperlukan untuk menjadi seorang guru contoh. Aktiviti pertama adalah aktiviti water confident. Saya sememangnya takut dengan air yang dalam. En. Wan Suhaimi telah mengajar kami untuk berasa yakin dalam air. Saya berbangga dapat pensyarah seperti En. Wan Suhaimi kerana beliau tenang dan sentiasa berada dalam keadaan selamat walaupun berenang tanpa jaket keselamatan di tasik itu. Kami bermula dengan air paras lutut, paras kepala dan seterusnya di dalam tasik. Saya memang tidak mempunyai kemahiran berenang langsung. Jadi saya menggunakan jaket keselamatan sewaktu berenang di air paras kepala. Terima kasih kepada En. Wan Suhaimi keranaselepas aktiviti ini saya berasa lebih yakin berada di dalam air dan belajar supaya jangan cepat panik. Aktiviti seterusnya ialah aktiviti berkayak. Saya masih kurang yakin untuk menaiki kayak dan masih tidak berkebolehan untuk mengawal kayak dengan sempurna. Semasa aktiviti ini dijlankan, saya telah diberi arahan untuk mengambil kayak single oleh Encik Zainol. Pada mulanya saya amat takut kerana inilah pengalaman pertama menaiki kayak single tetapi perasaan takut serba sedikit berubah menjadi lega kerana saya dapati kayak single lebih mudah dikawal, tetapi kayak single juga mudah terhuyung-hayang dan terbalik. Selepas aktiviti ini saya menjadi lebih yakin untuk menaiki kayak sama ada kayak single mahupun kayak double. Aktiviti kami pada hari ke3 ialah kembara. Kami telah dibawa ke Pulau Saoh untuk aktiviti ini. Sebelum aktiviti ini saya amat risau akan stamina saya kerana risau tidak larat sampai ke destinasi. Saya juga tidak begitu menggemari berjalan meredah hutan kerana keadaanya yang berbukit bakau dan berlumpur. Semasa aktiviti ini kami telah dibawa merentas sungai, batu-batu licin dan turun naik bukit. Kami turut berhenti di sungai untuk memancing ikan untuk dijadikan makanan tengah hari. Saya amat berpuas hati kerana saya dapat memancing beberapa ekor ikan. Saya begitu gembira dapat makan ikan hasil tangkapan sendiri. Selepas aktiviti ini saya mendapati program kembara sangat menarik. Saya sangat kagum melihat keindahan pelbagai flora dan fauna di dalam hutan tersebut. Saya juga turut mendapati aktiviti ini dapat memperkuatkan stamina saya. Selain itu kerjasama di antara ahli kumpulan juga turut dapat dipertingkatkan.

Pada sebelah malam, slot kami diisi dengan aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK) yang dikendalikan oleh En. Wan Ghazali. Sebelum aktiviti ini dijalankan, saya tidak banyak mengenali lebih lanjut tentang kawan-kawan sekelas saya, apatah lagi kawan-kawan saya dari kelas yang lain. Semasa aktiviti ini, En. Wan Ghazali telah mengarahkan kami bertanya lebih lanjut tentang keluarga dan sifat-sifat peribadi rakan kami. Program adik angkat turut diadakan. Selepas aktiviti ini saya dapat mengenali dengan lebih lanjut tentang semua kawan-kawan saya. Dalam program adik angkat, saya mendapat adik angkat daripada kelas Pendidikan Khas yang sememangnya saya jarang bertegur sapa sebelum ini. Jelas dapat disimpulkankan yang aktiviti ini dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara kami yang sebelum ini tidak pernah pun bertegur sapa.

Malam terakhir diisi dengan aktiviti malam kebudayaan. Sebelum ini saya menganggap berlakon dan menyanyi di hadapan khalayak ramai sangat melecehkan dan memalukan. Semasa aktiviti ini, pelbagai ragam dan kerenah dikeluarkan oleh semua bakal-bakal guru ini tapi yang pastinya, semuanya sangat menghiburkan. Saya dan ahli kumpulan saya turut membuat persembahan sketsa tentang seorang guru pelatih yang insaf setelah menjalani program BIG dan nyanyian patriotik. Selepas aktiviti ini saya mempunyai lebih rasa yakin untuk berdepan dengan orang ramai tanpa sebarang masalah.

Secara keseluruhannya saya mendapati program ini sangat membantu dalam membina modal insan seorang guru yang berperibadi mulia. Dalam keseronokan saya melakukan aktiviti-aktiviti ini, banyak pengalaman dan nilai-nilai murni yang mula wujud dalam diri saya. Saya berharap dalam siri-siri seterusnya lebih banyak pengajaran dan benda-benda menarik yang boleh saya pelajari.

Anda mungkin juga menyukai