Anda di halaman 1dari 19

Perkara

Muka surat

1.0

PENGENALAN

2.0 3.0

TEORI PENYELESAIAN MASALAH HIPERAKTIF

2 6

4.0 5.0

MASALAH PENGURUSAN BILIK DARJAH LANGKAH MENGATASI PENGURUSAN BILIK DARJAH

8 11

6.0

PENUTUP

16

1.0

PENGENALAN

Pendidikan merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam sesebuah negara. Pendidikan dilihat mampu mengubah negara kepada tahap yang lebih baik dari segi peningkatan ekonomi, budaya, politik, sosial, dan sebagainya. Dengan pendidikan kehidupan manusia boleh berubah dalam sekelip mata. Pendidikan juga merupakan asas penting kepada setiap individu. Pelbagai usaha yang telah dan akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam sesebuah negara bagi memastikan semua rakyatnya menerima pendidikan. Oleh itu, pendidikan merupakan suatu proses komunikasi dan interaksi di antara manusia dengan persekitarannya seperti sekolah, media massa, tempat tinggal, pekerjaan dan tempat bekerja serta institusi masyarakat lainnya. Mengikut kamus Oxford (1969) menyatakan bahawa sekolah merupakan institusi untuk memberi pendidikan kepada para pelajar. Ia berlaku di mana ada masa dan ruang yang ditetapkan untuk melakukan pengajaran dan pembelajaran. Interaksi sosial pelajar dalam sistem pendidikan formal di sekolah berlaku dalam bilik darjah dan aktiviti ko-kurikulum. Bilik darjah merupakan unit interaksi sosial yang paling berpengaruh di sekolah (Syarifah Alawiah Al-Sagoff, 1988). Ini adalah kerana guru-guru berinteraksi dengan pelajar secara individu hampir setiap hari. Dalam keadaan persekolahan sekarang ini, kebanyakan proses pengajaran dan pembelajaran mencorakkan tingkah laku dan perbendaharaan kata pelajar (Syarifah Alawiah Al-Sagoff, 1988). Oleh itu, sekolah memberikan pendidikan dan menghasilkan perubahan ke atas diri seseorang pelajar itu. Malah pendidikan yang didapati di sekolah juga merupakan proses dan aktiviti yang bertujuan untuk membawa perubahan kepada seseorang individu. Menurut Dewey, pendidikan harus berpusatkan kepada pelajar sebagai individu untuk melengkapkan dirinya dengan ciri-ciri insan yang sempurna pada keseluruhannya. Sekolah
2

setakat untuk menyediakan individu itu bagi sesuatu latihan dan memperolehi pekerjaan tetapi membuat persediaan untuk mereka membangunkan masyarakat. Berpandukan makna pendidikan dan sekolah sebagai institusi pendidikan terdapat pelbagai cabaran yang harus dipikul oleh guru dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya salah satunya ialah mengurus bilik darjah. Kecekapan guru mengawal bilik darjah menentukan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran. Oleh hal yang demikian, guru haruslah mengetahui serba sedikit mengenai latar belakang sosial pelajarnya agar keberkesanan dalam menguruskan bilik darjah tercapai. Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi. 2.0 2.1 TEORI PENYELESAIAN MASALAH Huraian Masalah Mengikut Teori Pembelajaran Kognitif

Dalam mencapai arus permodenan yang tinggi, kebanyakan ibu bapa lebih mengejar harta dan wang ringgit sekaligus mengabaikan tanggungjawab dan perhatian yang sepatutnya diberikan terhadap anak-anak justeru menyebabkan anak mereka mengalami pelbagai masalah hiperaktif ataupun kurang tumpuan (ADHD). Sebagai seorang guru yang beretika, tanggungjawab mereka adalah untuk mengenalpasti kanak-kanak yang mengalami masalah ADHD bagi memudahkan tugas pembelajaran. Hiperaktif atau dikenali sebagai ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorders) merupakan satu pola atau perilaku seseorang yang menunjukkan sikap tidak pernah berdiam diri, payah untuk dikendalikan, tidak memberikan perhatian dan akan bertindak mengikut kehendak dirinya sahaja (Kamus Dewan Edisi ke-4).
3

Terdapat beberapa ciri- ciri yang boleh menggambarkan bagi perilaku hiperaktif ini. Berikut merupakan contoh situasi permasalahan ini. Azman, murid Tahun 4 mengalami masalah Hiperaktif, iaitu tidak boleh berdiam walaupun seketika, kurang tumpuan dan kerap mengganggu kegiatan pembelajaran sewaktu di dalam kelas. Oleh yang demikian, pelajar ini bukan saja memberi implikasi terhadap diri sendiri, malah turut memberi implikasi terhadap pelajar lain. Kanak-kanak hiperaktif seperti Azman selalu bergerak dan tidak pernah merasa puas dengan permainan atau barang mainan yang disukai oleh teman sebayanya kerana kanak-kanak seperti ini mudah beralih fokus. Melalui kegiatan hiperaktiviti, pelajar seperti Azman cenderung bermain dengan anggota badan mereka. Apabila disuruh untuk diam, Azman sebaliknya akan mengeliat-liat di tempat duduk walaupun ditegur berkali-kali. Permasalahan ini boleh dikenalpasti dan diselesaikan oleh teori pembelajaran iaitu Teori Kognitif Piaget. Teori ini telah diolah oleh Piaget Jean, (1869-1980) seorang ahli psikologi. Beliau berpendapat bahawa pelajar memerlukan masa yang agak panjang untuk mengenali serta membezakan sesuatu rangsangan. Keadaan pelajar tidak sama dengan golongan dewasa, oleh kerana itu ia tidak mampu memilih rangsangan-rangsangan yang bermakna untuk memberi tindak balas yang sesuai terhadap rangsangan mereka. Konsep utama Piaget, perkembangan otak seseorang itu bergantung kepada kecerdasan, yang baginya kemampuan untuk secara lebih tepat secara logik pemikiran berdasarkan kenyataan ataupun realiti. Mengikut konsep Skema (Schemata), Piaget berpendapat bahawa pelajar mempunyai potensi am dalam setiap diri mereka untuk melakukan sesuatu. Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai dan merasa. Begitu juga dengan pelajar, dalam proses pembelajaran, mereka akan melalui beberapa peringkat seperti membaca, memahami, mendalami dan juga mengolah. Selain daripada itu juga, Piaget turut menjelaskan bahawa kanak-kanak merupakan pelajar yang aktif serta bermotivasi. Mereka mempunyai cara mereka tersendiri untuk memperkembangkan minda dan mengembangkan pengetahuan daripada pengalaman mereka sendiri dan belajar dari dua proses yang saling melengkapi iaitu proses asimilasi dan akomodasi. Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku membolehkan seseorang mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi (Piaget, 1954).
4

Berbalik kepada contoh, Azman seorang kanak-kanak yang mengalami masalah hiperaktif pertama kali memasuki kelas Tahun 4 yang baginya adalah satu pengalaman baru bersama teman-teman yang mungkin baru baginya. Oleh itu, dia dengan mudahnya mencapai atau mengeksplorasi benda yang baru ditemuinya di dalam kelas tersebut. Perkembangan otaknya mungkin sama dengan pelajar yang lain, tetapi disebabkan masalah ADHD, Azman cenderung tidak dapat mengawal perasaan ingin tahunya itu. Akomodasi pula merupakan satu proses dimana struktur kognitif mengalami perubahan. Ianya berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak atau pelajar. Bagi pelajar biasa atau normal, mereka mudah mengolah apa yang dipelajari atau mengadaptasi situasi mereka. Tetapi bagi Azman, dia mungkin mengalami masalah dalam proses asimilasi. Sebagai contoh, jika diberi satu soalan Matematik setaraf dengan usia kanak-kanak berumur 10 tahun, Azman mungkin menghadapi masalah dalam menjawab soalan tersebut lebih dari rakan sebayanya.

Rajah 1: Teori Kognitif Piaget percaya bahawa perkembangan otak kanak-kanak bergantung mengikut peringkat urutan ketara. Dari segi mengadaptasi, pelajar seperti Azman mungkin menghadapi masalah dalam keseimbangan antara akomodasi dan asimilasi untuk penyesuaian persekitaran. Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan sejati untuk hubungan antara apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran. Oleh kerana Azman tidak dapat memberi sepenuh tumpuan hanya kepada satu benda dalam satu masa, proses adaptasinya
5

berlaku agak perlahan dan perlu memenuhi beberapa proses tambahan. Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila pelajar mencapai tahap kematangan yangsesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan tahap (Jorklund, 2000). Contohnya, guru-guru harus peka terhadap pelajar seperti dan persekitaran yang sedikit berbeza sesuai dengan tahap Azman, yang mempunyai tahap pemikiran dan kematanganyang agak berbeza, lalu memberikan pembelajaran pemikirannya.Tanpa pengalaman yang relevan, Azman mungkin tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi ataupun selaras dengan rakan sebayanya. 2.2 Huraian Masalah Mengikut Teori Perilaku (Behavioralisme)

Pendekatan Behaviorisme menekankan kepada tingkah laku yang boleh dilihat dan diukur. Pendekatan ini dipelopori oleh John B. Watson di Universiti John Hopkins Amerika Syarikat pada tahun 1913 yang berpendapat bahawa tingkah laku dipengaruhi oleh persekitaran dan bukannya unsur-unsur dalaman. Menurut Bernstein (1994), idea-idea Watson inilah yang mengembangkan pendekatan behaviorisme yang menekankan idea bahawa tingkah laku dan proses mental adalah hasil daripada pembelajaran. Menurut pendekatan ini, tingkah laku ialah satu siri gerak balas yang dipelajari dengan wujudnya rangsangan. Pendekatan ini dikenali sebagai psikologi rangsangan gerak balas atau ringkasnya R-G. Selain J.B Watson, ahli-ahli psikologi behaviorisme yang lain ialah B.F Skinner, Ivan Pavlov dan E.L. Thorndike. Menurut Pavlov (1962), setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas dan berlaku pembelajaran apabila terdapat perkaitan antara rangsangan dan gerak balas. Pelaziman bermaksud pembelajaran yang berlaku apabila ada perkaitan antara rangsangan dan gerak balas. Menurut Mahani Razali (2002), Pelaziman klasik pula adalah pembelajaran yang berlaku akibat daripada dua rangsangan ini. B.F. Skinner (1904-1990) bersetuju dengan pendapat Pavlov tetapi menyatakan bahawa tingkah laku dapat diperhatikan dalam jangka panjang supaya dapat mengubah perlakuan yang mudah kepada perlakuan kompleks. Menurut beliau, bimbingan, latihan, ganjaran, pengukuhan dan tunjuk ajar yang berterusan adalah penting bagi menjamin perubahan tingkah laku yang berkesan. Bagi E.L. Thorndike, walaupun pembelajaran berlaku hasil gabungan antara stimulus (rangsangan) dan response (gerak balas) seperti pendapat Pavlov
6

dan Skinner, beliau memberi penekanan terhadap pembelajaran cuba jaya dan pengulangan. Berbalik kepada contoh Azman, seorang pelajar hiperaktif (ADHD) atau kurang tumpuan. Segala tingkah laku Azman banyak dipengaruhi oleh persekitarannya. Jika tidak dikawal maka sikapnya akan berlarutan kerana setiap aktiviti Azman akan diulang-ulang. Tanggapan pelajar yang menghadapi masalah ini, setiap aktiviti yang dilakukan akan dianggap betul jika tidak ditegah. Guru akan menghadapi kerumitan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) apabila berhadapan dengan pelajar ini. Bukan sahaja tidak mahu belajar tetapi akan menggganggu rakanrakan sehinggakan tidak dapat dikawal. Oleh itu, konsep tingkah laku perlu diberi perhatian oleh guru-guru dengan pelaziman aktiviti yang berkaitan dengan P&P pada aras rendah dan bersesuaian dengan situasi mereka. 3.0 HIPERAKTIF

Hiperaktif bermaksud kelakuan terlampau cergas pergerakkannya sehingga sukal dikawal, biasanya kanakkanak yang berkelakuan sebegini dianggap bermasalah (Kamus Dewan Edisi Ke 4). Kebiasaannya kanak kanak mempunyai hiperaktif mempunyai masalah kekurangan tumpuan atau tumpuan yang singkat. Kanakkanak yang hiperaktif biasanya dikaitkan dengan yang mudah terangsang, lasak atau tidak mendengar cakap serta arahan yang diberikan oleh guru. Antara lain tingkah laku kanakkanak yang hiperaktif seperti pergerakan yang sangat tinggi dan melakukan sesuatu tanpa berfikir (impulasif). Kanakkanak jenis ini juga kerap mengetuk mengetuk meja dan mengoyanggoyangkan kerusi, mereka juga kebiasaannya akan berlarilari serta menggangu pelajar lain dalam kelas dan mereka juga akan banyak bercakap semasa berada dalam kelas. Terdapat tiga gejala yang nampak ketara dalam perilaku seorang kanakkanak ialah seperti hiperaktif , inatensi dan impulsif. 3.1 Tanda-tanda pelajar yang hiperaktif.

Kanak-kanak hiperaktif menunjukkan tingkah laku yang terdapat dalam tiga kategori utama yang sering berlaku dalam beberapa persekitaran seperti di rumah, di sekolah dan sebagainya. i) Hiperaktiviti Kerap menggerakkan tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk.
7

Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas. Selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakan masa kelihatan kekok. Kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap. Banyak bercakap. Sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah digerakkan oleh motor. ii) Tempoh tumpuan yang singkat Sering gagal memberi tumpuan yang teliti kepada butir-butir terperinci atau cuai serta membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti lain. Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian atau tugas. Kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti. Kerap mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah). Selalu kehilangan barang (misalnya pensil, pemadam, buku atau tugasan sekolah, mainan dan sebagainya). Tumpuan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain. Mudah lupa walaupun tidak sepatutnya jika mengikut usia dan keupayaan.

iii) Tingkah laku impulsif Selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan. Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran.
8

Sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain. Sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan.

3.2

Ciri-Ciri Akademik

Terdapat perbezaan yang luas bagi ciri-ciri akademik kanak-kanak hiperaktif ini. Ada yang sangat lemah dan ada yang boleh mengikuti pelajaran dengan baik setelah melalui intervensi dan proses pembelajaran yang berkesan. Malah ada pelajar hiperaktif yang tergolong dalam kategori pintar cerdas dan berbakat. 3.3 Ciri-Ciri Tingkah Laku Agresif / Kerap memulakan pergaduhan atau pertengkaran.

Kerap membuat kesalahan akibat cuai. Gagal menyiapkan kerja sekolah. Tidak mahu mendengar apabila bercakap dengannya. Sukar mengatur tugasan dan aktiviti. Mengelak, tidak suka atau enggan membuat tugasan yang memerlukan pengekalan daya

mental seperti kerja sekolah. 4.0 MASALAH PENGURUSAN BILIK DARJAH

Selepas kemerdekaan sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak perubahan, terutama dalam tahun-tahun 1980-an. Berdasarkan kepada Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979), rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun 1983, diikuti
9

dengan rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula diperkenalkan di semua sekolah menengah pada tahun 1989. Falsafah pendidikan kebangsaan ini menekankan pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Malah usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Oleh hal demikian kita perlu mengenal pasti setiap elemen yang menjadi penghalang dalam memastikan misi dan objektif pendidikan kebangsaan ini berkesan. Dalam pengurusan bilik darjah, terdapat beberapa kekangan yang dikenal pasti menjadi punca bagi menguruskan bilik darjah dengan cekap dan berkesan. Antaranya; 4.1 Cara guru berkomunikasi dengan pelajar lemah.

Terdapat segelintir guru yang terlalu banyak sehingga sering melukai hati muridnya tidak kurang juga yang suka berleter di dalam kelas. Berpunca dari sikap guru yang kuat berleter mendorong pelajar untuk poteng kelas ini kerana mereka tidak tahan dengan perangai guru yang suka berleter kepada mereka. Ada juga yang terlalu pendiam sehingga gagal menjadi pendorong kepada pelajar. Kesan daripada guru yang pendiam mengakibatkan pelajar cepat merasa bosan dan tidak dihargai. Oleh hal demikian, guru sepatutnya memahami cara komunikasi yang berkesan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Cara berkomunikasi yang lemah juga menyebabkan pelajar pelajar yang hiperaktif bertindak agresif semasa berada dalam kelas. Bagi guru yang berhadapan dengan pelajar yang hiperaktif, mereka sepatutnya kreatif semasa berkomunikasi agar pelajarpelajar ini dapat berkomunikasi dengan mereka dengan baik. Ini kerana tindakan pelajarpelajar hiperaktif ini sukar diramal. Jika guru mahir berkomunikasi dengan pelajar hiperaktif ini mereka senang dikawal semasa berada dalam kelas.

10

4.2

Terlalu ramai pelajar dalam sesebuah kelas.

Kesan daripada jumlah pelajar yang ramai di dalam kelas akan mengakibatkan guru gagal menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kawalan kelas. Menurut guru sosiologi sejarah dunia sekolah tinggi Christine Warne, dengan pelajar berjumlah 40 orang atau lebih dalam sesebuah kelas adalah sukar bagi guru menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajarnya. Di Australia, jumlah pelajar dalam sesebuah kelas adalah sekitar 20 hingga 25 orang untuk mewujudkan suatu sistem pengajaran dan pembelajaran yang efektif keadaan yang sama juga turut berlaku di Los Angeles. Hasilnya dapat di lihat pelajarpelajar mereka mempunyai kualiti dari segi pengetahuan yang tinggi terhadap sesuatu ilmu yang dipelajari. 4.3 Kawalan kelas yang longgar.

Menurut Mohd Amir Sharifudin Hashim (1986), faktor fizikal bilik darjah juga mempengaruhi proses pembentukan sahsiah dan pengetahuan pelajar. Keadaan kelas yang berselerak dan banyak peralatan yang rosak mempengaruhi perasaan pelajar untuk belajar. Suasana yang kurang kondusif menyukarkan pelajar untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran .Selain itu, kawalan kelas yang longgar juga akan mengakibatkan pelajar cepat bosan apabila berada dalam kelas. Keadaan ini berlaku kerana guru terpaksa memantau pelajar yang begitu ramai dalam kelas. Latar belakang pelajar itu sendiri yang menyebabkan mereka mengganggu perjalanan kelas di samping itu guru terpaksa memantau pergerakan pelajarpelajar hiperaktif semasa dalam kelas. Pelajarpelajar hiperaktif ini cepat merasa bosan semasa berada dalam kelas, keadaan ini menyebabkan guru terpaksa memikirkan kaedah pembelajaran yang menarik agar pelajarpelajar hiperaktif tidak cepat merasa bosan dan kelas dapat dikawal.

4.4

Faktor masa.

Berpandukan masa semasa di bilik darjah, masa untuk guru berinteraksi dengan pelajar sangat terhad. Keadaan ini akan mengakibatkan maklum balas yang berlaku antara kedua belah pihak berlaku dalam keadaan spontan dan tergesagesa mengakibatkan pelajar tiada ruang dan kesempatan untuk berfikir bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Situasi ini boleh menyebabkan
11

pelajar berada dalam keadaan tertekan dan mengakibatkan mereka kurang minat untuk belajar serta cepat bosan. Disebabkan masa yang terlalu suntuk, guru tidak dapat memberi sepenuh perhatian terhadap pelajarpelajar yang terdapat dalam kelas. Oleh hal demikian, guru hanya dapat member perhatian kepada pelajar secara rawak sahaja. Bagi pelajar yang hiperaktif pula, mereka sering rasa terpinggir disebabkan guru kurang memberi perhatian kepada mereka. Ini kerana pelajar yang hiperaktif memerlukan masa yang panjang untuk memberi bimbingan kepada mereka. Sesetengah pelajar hiperaktif akan memberontak dengan mengganggu pelajar pelajar lain yang sedang belajar apabila guru kurang memberi perhatian kepada mereka.

4.5

Mengamalkan sikap diskriminasi terhadap pelajar.

Bagi mengimbangi pelajarpelajar dalam kelas guru sebenarnya tidak digalakkan melakukan diskriminasi terhadap pelajar. Guru tidak sepatutnya melayan pelajar yang mereka sukai sahaja tetapi mereka sepatutnya melayan semua pelajar yang berada dalam kelas terutamanya pelajar yang hiperaktif. Kebiasaannya pelajar yang hiperaktif ini kurang diberi perhatian oleh guru semasa berada dalam kelas, ini kerana guru menganggap pelajar yang hiperaktif ini kurang minat untuk belajar dan mereka selalu terpinggir. Sepatutnya semua pelajar diberi layanan yang sama rata semasa berada dalam kelas, ini bagi memastikan setiap pelajar memperoleh pendidikan yang sama rata.

4.6

Kurang prasarana untuk pendidikan.

Bagi menghasilkan pelajar yang cemerlang, pihak sekolah perlulah menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif. Justeru itu, pihak bertanggungjawab perlulah peka dengan persekitaran yang terdapat di sekolah bagi mestikan semua keperluan guru dan pelajar sempurna bagi memastikan pembelajaran dapat dilakukan dalam keadaan yang kondusif. Prasarana yang disediakan perlulah bersesuaian mengikut peredaran zaman bagi memastikan perkembangan pendidikan seiring dengan perkembangan teknologi terkini bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan zaman di telan arus pemodenan. M e n u r u t Sharifah Alwiah Alsagoff (1986:44)
12

persekitaran fizikal bilik darjah yang baik akan dapat meningkatkan kuasa serta sumber pengajaran guru. Pe n g u r u s a n d a n p e n y u s u n a n b i l i k d a r j a h i n i t e r m a s u k l a h c a r a g u r u menyusun, mengorganisasi dan menggunakan perkara-perkara yang berkaitan, menyusun tempat duduk pelajar serta penyusunan perabot dan alat bantu mengajar. 5.0 LANGKAH MENGATASI PENGURUSAN BILIK DARJAH

Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka, terutama dalam tahun-tahun 1980-an. Berdasarkan kepada Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979), rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun 1983, diikuti dengan rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula diperkenalkan di semua sekolah menengah pada tahun 1989.(Mok Soon Sang, 1996). Rancangan KBSR dan KBSM telah digubal dengan menekankan pengajaran yang berpusatkan murid. Bagi mempastikan sesuatu pengajaran pembelajaran itu berhasil dengan baik, beberapa ciri tingkahlaku berkomunikasi dalam interaksi bilik darjah telah disarankan, antaranya : Guru menggalakkan murid berinteraksi secara teratur sesama murid, antara murid dengan guru dan antara murid dengan bahan-bahan. Menggalakkan murid-murid memberi pendapat sendiri serta peluang untuk mempertahankan pendapat tersebut mengikut cara dan gaya tersendiri. Memberi arahan secara lebih positif. Menggunakan penghargaan, ganjaran atau pengukuhan positif.

Abdul Hamid Mahmood, 1990 (Prof. Dr.) telah menggariskan beberapa ciri komunikasi guru dan murid yang boleh menghasilkan pengajaran yang berkesan, antaranya ialah : Mempunyai sifat penyabar, penyayang serta suka akan murid-muridnya. Sifat ini dapat melahirkan kemesraan antara guru dengan murid. Pandai menghargai dan memuji murid-murid. Penghargaan dan pujian yang diberikan hendaklah ikhlas dan jujur.
13

Sentiasa bersikap positif dan bercakap tentang perkara yang baik dan benar. Elakkan daripada bersikap angkuh atau suka melemparkan kritik yang tidak beralasan. Air muka, pertuturan dan tindakan guru harus mencerminkan perhatian guru dan kejujurannya hendaklah membantu dan mendidik murid-murid. Menggunakan bahasa badan atau gerak geri yang sesuai dalam pengajaran. Sentiasa mewujudkan dan mengekalkan hubungan mata semasa bercakap atau berkomunikasi dengan murid. Sentiasa mengulang isi-isi penting. Sentiasa bertolak ansur dengan murid-murid dalam memberi maklumat atau pengajaran. Sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk mengemukakan soalan atau maklum balas.

Hasil daripada kajian-kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dan berkesan boleh dihasilkan apabila perhubungan atau komunikasi bilik darjah berlaku secara berkesan. Perhubungan atau komunikasi boleh berlaku secara berkesan apabila interaksi guru dengan murid atau di antara murid sesama murid terjadi dalam suasana yang ramah mesra, lemah lembut, kasih sayang, hormat menghormati, sabar dan berdisiplin. Di antara hadis-hadis Rasulullah (Nabi Muhammad s.a.w.) yang menegaskan mengenai kesimpulan di atas ialah : "Sesiapa yang tidak menyayangi kanak-kanak dan tidak menghormati hak orang yang lebih tua maka ia bukan dari golongan kami" (Riwayat Al-Bakhari)

"Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah-lembut dalam semua hal" (Riwayat Al-Bakhari) "Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggillah ia dengan nama yang paling disenanginya (Riwayat Al-Tabrani)

Berikut antara cadangan untuk mengatasi masalah pengurusan bilik darjah:

14

5.1

Cara guru berkomunikasi dengan pelajar lemah.

Kanakkanak atau pelajar hiperaktif biasanya terdiri daripada anak yang kurang diberi perhatian dari ahli keluarga sendiri dan mereka juga sering dimarahi oleh orang sekeliling mereka (Biernat, Monica 2005). Bagi mengatasi permasalahan pelajar hiperaktif, guruguru boleh mengaplikasikan Teori Kognitif Piaget. Berdasarkan Teori Piaget, kebijaksanaan adalah perkara asas bagi memastikan keseimbangan antara manusia dan persekitaran. Oleh itu, guru sepatutnya mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan. Selain itu, guru perlulah mengelak daripada menjadi pelajar sebagai sasaran untuk mereka melepaskan kemarahan. Sebaliknya mereka perlulah menunjukkan kasih sayang yang seimbang kepada semua pelajar agar tiada pelajar yang akan terasa tersisih. 5.2 Terlalu ramai pelajar.

Teori Piaget terbahagi kepada empat tahap iaitu Sensorimotor, Pra-operasi, OperasiKonkrit dan Operasi Formal. Tahap sensorimotor merupakan satu tahap dimana pelajar hiperaktif melihat hubungan antara badannya dengan persekitaran. Pada tahap ini, mereka membina pemahaman dari penyelrasan pemahaman deria (melihat dan mendengar) melalui fizikal,tindakan motorik dan melaksanakan apa yang dilihatnya (Tuckman,Bruce W, 2010). Biasanya untuk mengaplikasikan tahap Sensorimotor terhadap pelajar hiperaktif seperti menempatkan pelajar tersebut di tempat berasingan dengan pelajar yang lain, contohnya di kelas pendidikan khas dimana mereka akan diberi sepenuh perhatian yang sepatutnya. Oleh itu, guru dapat mengawal pelajar dengan baik dan tumpun dapat diberikan lebih kepada meraka. 5.3 Kawalan kelas yang longgar.

Refleks merupakan ciriciri yang terdapat perkembangan sensorimoto, dimana proses ini berlaku pada peringkat pertama proses pemulihan pelajar hiperaktif. Tiga refleks primer yang ditekankan oleh Piaget adalah menghisap benda dimulut, mengikuti benda bergerak atau menarik dengan mata, dan memberi respons kepada sentuhan yang diberikan. Pada peringkat ini, jika guru menerapkan nilai disiplin semasa berada dalam kelas. Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular adalah peringkat reaksi asas sekular. Pelajar mula mempunyai pengertian tentang bahagian pembelajarannya yang tertentu. Ditahap ini pengalaman memainkan peranan penting untuk pembentukan tingkah laku pelajar. Pengalaman boleh
15

didapati daripada perkembangan di tahap pertama. Dengan itu tingkah laku pelajar hiperaktif pada tahap ini sudah bergantung kepada andaian sebab musabab tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi yang baru. Pada saat ini guru harus bijak memainkan peranan untuk menjadikan proses pengajian lebih menyerononokkan. Ini kerana pelajar lebih sensitif terhadap sesuatu yang dapat memberikannya ganjaran seperti menyeronokkan atau menyenangkan, maka mereka akan mengulangi tindakan tersebut dan jika mereka melakukan sebaliknya mereka akan dihukum. Oleh itu, pelajar pelajar hiperaktif yang menunjukkan sikap dan tingkah laku yang baik semasa berada dalam kelas akan diberi ganjaran oleh guru manakala jika mereka melakukan sebaliknya mereka akan dihukum. 5.4 Faktor masa.

Piaget Jean (1869-1980) berpendapat bahawa pelajar perlukan masa yang agak panjang untuk mengenali serta membezakan pelbagai rangsangan. Keadaan pelajar tidak sama dengan orang dewasa, oleh kerana itu ia tidak mampu memilih rangsangan-rangsangan yang bermakna untuk memberi tindak balas yang sesuai terhadap rangsangan mereka. Selain daripada itu juga, Piaget turut menjelaskan bahawa kanak-kanak merupakan pelajar yang aktif dan bermotivasi. Oleh hal demikian, guru perlulah memberi lebih banyak masa kepada pelajar untuk menerima pembelajaran yang diajar oleh mereka. Guru juga perlulah kreatif semasa proses pembelajaran, ini kerana pelajar hiperaktif akan mudah bosan jadi mereka perlulah mempelbagaikan pembelajaran mereka.
5.5

Mengamalkan sikap diskriminasi.

Pada tahap ini juga, pelajar akan diberikan tugasan seperti melihat beberapa video berkenaan dengan etika dan sivik kerana pada peringkat ini pelajar akan mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh dan mendengar di sekelilingnya dan kemudian menirunya. Ini juga selaras dengan Teori Pembelajaran sosial bandura, di mana tingkah laku manusia terpengaruh daripada persekitaran dan secara tak langsung akan menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian(observational learning) (Mussen dan Kagan 1974). Oleh itu, pada peringkat ini guru haruslah menunjukkan atau melakonkan satu adab dan etika supaya pelajar dapat mengamati serta mencontohi tindakan tersebut. Sebagai contoh, guru akan melayan pelajar sama rata, apa pelajar hiperaktif melihat mereka juga dilayan
16

sama rata sama macam pelajar lain mereka juga akan berubah. Oleh itu, guru perlu mengambil peluang ini untuk membentuk pelajar hiperaktif ini bukan meminggir mereka.
5.6

Kurang prasarana.

Berdasarkan teori Piaget ini dapat disimpulkan bahawa pelajar hiperaktif juga mengalami satu perkembangan kognitif yang sempurna seperti pelajar lain. Para pelajar hiperaktif ini juga mengalami proses pembelajaran mereka melalui pengalaman dan persekitaran mereka. Mereka akan terus menerokai alam sekitar mereka untuk mengetahui apa yang terdapat di situ dan sesuatu perkara tersebut tanpa memikirkan akibatnya. Menurut Piaget lagi, pengalamanpengalaman baru yang mereka perolehi ini penting untuk perkembangan kognitif mereka. Oleh itu, Piaget menekankan mengenai pentingnya interaksi antara pelajar dengan persekitaran fizikal mereka. Melalui interaksi tersebut mereka dapat menambah kefahaman mereka mengenai perkaitan sebab dan kesannya. Piaget telah menjelaskan bahawa pelajar belajar melalui asimilasi dan akomodasi iaitu proses mengendalikan sesuatu objek dan peristiwa dengan cara yang selaras dengan skema yang sedia ada (asimilasi) dan mungkin mengubah suai pengetahuan mereka hasil peristiwa dan kejadian baru (akomodasi). Oleh sebab itu, pelajar yang hiperaktif dikatakan mempunyai satu kepuasan dalam penerokaan yang mereka lakukan. Bukan saja mereka mampu menjana pengalaman dan mendapat pengetahuan baru tetapi mereka juga akan mengalami satu perkembangan kognatif yang seimbang dalam kehidupan mereka (Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias, 2001). Oleh hal demikian, prasarana yang menarik juga perlu untuk menarik pelajar hiperaktif ini. Guru perlu bijak merancang suasana bilik darjah agar sentiasa ceria walaupun kekurangan prasarana. 6.0 PENUTUP

Kesimpulannya, bilik darjah merupakan sebuah komuniti kecil dan menjadi tempat di mana seorang guru dan sekumpulan pelajar saling berinteraksi secara nyata. Ianya boleh d i a n g g a p sebagai satu unit sosial dalam sebuah organisasi sekolah dan telah menjadi semakin kompleks. Struktur bilik darjah melibatkan satu atau lebih pusat kuasa yang menetapkan matlamat, memperuntukan sumber dan mengarahkan k e m a j u a n y a n g m e l i b a t k a n pengetua, guru, ibu bapa, pelajar dan sekolah itu sendiri di mana setiap individu mempunyai peranan masing-masing.
17

Guru dilihat memainkan peranan yang sangat penting kerana guru berperanan sebagai pendidik, pemimpin, pembimbing, penilai, perancang dan pendorong ke arah kecemerlangan pelajar. Perancangan yang berkualiti menjamin peningkatan kuantiti dan kualiti dalam proses perkembangan pembelajaran serta penghasilannya. P e m b e l a j a r a n yang bermakna melibatkan proses memahami, b e r f i k i r , berbincang, membuat pertimbangan, menganalisis bagi mengembangkan minda pelajar. Selain itu, kemahiran komunikasi, menyesuaikan diri, kemahiran sosial dan perkembangan tingkah laku dapat diperluaskan dalam kalangan pelajar. Prinsip umum pembelajaran ialah meningkatkan dan mengekalkan tahap kejayaan di samping memberi ruang dan peluang untuk pelajar hiperaktif mengatasi kelemahan mereka tanpa membiarkan kegagalan berterusan. Pembelajaran perlu lebih realistik dan mampu mencabar kebolehan pelajar hiperaktif tersebut bagi mengembangkan potensi mereka pada masa akan datang. Oleh itu, guru perlu memiliki beberapa kemahiran penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana kemahiran boleh menjadi instrumen untuk kejayaan dalam menguruskan bilik darjah. Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata d i n i l a i a t a u diukur dan daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran pembelajaran semata-mata tetapi kualiti peribadi dan sahsiah diri juga

menjadi tarikan kepada pelajar hiperaktif. Pada amnya guru yang disenangi pelajar ini ialah guru yang p a n d a i b e r j e n a k a , j u j u r d a n i k h l a s d a l a m m e n j a l a n k a n tugas, berfikiran positif, pendengar yang aktif dan tenang m e n y e l e s a i k a n k o n f l i k . M a l a h guru juga bertanggungjawab mengehadkan pembelajaran bersesuaian dengan tahap p e n c a p a i a n d a n p e m a h a m a n p e l a j a r h i p e r a k t i f s e r t a t i d a k m e m a k s a m e r e k a m e n c a p a i sesuatu di luar kemampuan mereka serta menyediakan bahan pembelajaran yang mudah difahami, jelas dan bersesuaian dengan tahap perkembangan akal pelajar hiperaktif tersebut.

18

BIBLIOGRAFI Abdul Hamid Mahmood (Okt.1990), Komunikasi Berkesan Asas Pendidikan Bermutu, Jurnal Dewan Bahasa, KL., DBP. Lee, Shok Mee (1994), Asas Pendidikan 2: Psikologi dalam bilik darjah, Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman, Marzano, R.J. (2003), What works in schools: Translating research into action. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development. Mohd Amir Sharifudin Hashim (1986), Pengurusan Bilik darjah: Interaksi Guru-Murid Dalam Bilik darjah, Kertas Kerja Ikhtisas Guru-Guru agama Islam, KPM: Bahagian Agama Islam. Sharifah Alawiah Alsagoff (1985), Sosiologi Pendidikan, Kuala Lumpur, Heinemann. Piaget, J. (1983), "Piaget's theory". In P. Mussen (ed). Handbook of Child Psychology. 4the edition. Vol. 1. New York, Wiley. Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias (2001), Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan, Shah Alam, Karisma Publications Sdn. Bhd. Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul Shukor (2008), Psikologi Pendidikan, Shah Alam, Oxford Fajar Sdn. Bhd. Tuckman, Bruce W. and David M. Monetti (2010), Educational Psychology, Belmont, CA, Wadsworth.

19

Anda mungkin juga menyukai