Anda di halaman 1dari 36

KECERDASAN PELBAGAI

OLEH: SHANGARI SIVABALAN

DEFINISI KECERDASAN
An intelligence is the ability to solve problems, or to create products, that are valued within one or more cultural settings. Kecerdasan ialah kebolehan untuk menyelesaikan masalah, atau mencipta barangan yang bernilai dalam lingkungan satu atau lebih latar budaya.

SIAPAKAH PELOPOR TEORI KECERDASAN PELBAGAI?


Howard Gardner iaitu seorang ahli psikologi perkembangan intelektual yang terkenal. Mendapat pendidikan di Universiti Harvard. Dikenali melalui sumbangannya dalam bidang perkembangan intelektual dengan teorinya yang diberi nama Multiple Intelligences.

Penyelidikan Gardner berkisar di sekitar kemahuannya untuk melepaskan diri daripada ujian-ujian dan memandang di sebalik sumber informasi semula jadi untuk memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang penting untuk kehidupan. Beliau berpendapat bahawa setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya.

Teori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun 1983. Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa.

Verbal Linguistik Naturalis Logikal Matematik

Intrapersonal

8 Jenis Kecerdasan Manusia

Visual-Spatial

Interpersonal

Kinestetik

Muzikal

KECERDASAN VERBAL-LINGUISTIK (AUTHORS)


Berkait rapat dengan kemahiran penggunaan bahasa. Berkemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara lisan atau tulisan.

Kebolehan memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna.

KECERDASAN VERBAL-LINGUISTIK
Kerjaya : Sasterawan: Penulis, Penyajak, Penceramah, Pensyarah dalam bidang sastera.

Contoh tokoh: A. Samad Said, William Shakespeare, Sir Arthur Conan Doyle

KECERDASAN VERBAL-LINGUISTIK
Contoh aktiviti yang guru boleh jalankan: Perbahasan, perbendaharaan kata, ucapan formal, penulisan kreatif, bacaan, jurnal, diari, puisi, jenaka dan bercerita.

KECERDASAN LOGIKAL-MATEMATIK (SCIENTISTS)


Kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logik).

Melibatkan pemikiran saintifik, termasuk pemikiran secara heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens, mengkategori, generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis.

KECERDASAN LOGIKAL-MATEMATIK
Kerjaya : Ahli matematik, Saintis, Jurutera, Akauntan Contoh tokoh : Al-Khawarizmi, Isaac Newton.

Contoh aktiviti yang guru boleh jalankan: Penggunaan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak, perkaitan sebab dan akibat (logik), penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan.

KECERDASAN KINESTETIK (DANCERS)


Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi, keseimbangan dan kelenturan badan.
Menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea dan perasaan.

KECERDASAN KINESTETIK
Kerjaya: Atlit sukan, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera, polis. Contoh tokoh: Nicole David, Michael Jordan, David Beckham, Muhammad Ali, Shah Rukh Khan, Rosyam Noor, Jackie Chan Contoh aktiviti yang guru boleh jalankan: Tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal, pemain sukan dan seni pertahanan diri.

KECERDASAN VISUAL SPATIAL (ARCHITECTS)


Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. Berkepekaan terhadap warna, garis, rentuk dan ruang. Berkebolehan menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang.

KECERDASAN VISUAL SPATIAL


Kerjaya: Pelukis, pengukir, arkitek. Contoh Tokoh: Pablo Picasso, Leonardo Da Vinci Contoh aktiviti yang guru boleh jalankan: melukis, mengecat, skema warna, garis rentuk dan ruang, mencipta gambaran mental, imaginasi aktif, peta minda dan menvisual secara spatial.

KECERDASAN MUZIKAL (MUSICIANS)


Kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik.
Kecenderungan ini termasuk kepekaan terhadap ritma, melodi dan menghargai sesuatu hasil muzik.

KECERDASAN MUZIKAL
Kerjaya : Komposer, penyanyi, penggubah lagu, pemain muzik.
Contoh tokoh: M. Nasir, Yasin, Kitaro, Beethoven, Mozart, P. Ramlee. Contoh aktiviti yang boleh guru jalankan: Persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama lagu.

KECERDASAN INTRAPERSONAL (THERAPISTS)


Berpengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri.
Mempunyai gambaran yang tepat tentang diri sendiri, kesedaran terhadap mood dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan dan kemampuan untuk mendisipIinkan diri dan jati diri.

KECERDASAN INTRAPERSONAL
Kerjaya: Pengarang, Penyajak, Ahli falsafah, Ahli Motivasi, Pakar Kaunseling, Ahli Psikologi Contoh Tokoh: H.M Tuah Iskandar, Willaim Glasser, Howard Gardner, Jean Piaget Contoh aktiviti yang boleh guru jalankan: Teknik metakognisi, strategi pemikiran, proses emosi, praktis mind fullness, taakulan tahap tinggi, disiplin diri dan amalan pemusatan.

KECERDASAN INTERPERSONAL (ENTREPRENEURS)


Berkebolehan menjadi ketua di kalangan rakan-rakan mereka.
Kecerdasan ini melibatkan keupayaan memahami emosi, perasaan, ciri-ciri dan keupayaan orang lain dan bagaimana berinteraksi dengan mereka. Berkebolehan berinteraksi dengan baik dan amat peka serta dapat memahami perasaan orang lain.

KECERDASAN INTERPERSONAL
Kerjaya: Ahli politik, Peniaga, Pengacara, Usahawan Contoh Tokoh: Donald Trump, David Letterman, Aznil Hj. Nawawi. Contoh aktiviti yang boleh guru jalankan: komunikasi antara individu, latihan empati, latihan kolaboratif, memberi maklum balas, strategi pembelajaran kooperatif dan sedia bekerja sama

KECERDASAN NATURALIS (NATURALIST)


Mengenali, menyusun dan mengkategorikan pelbagai jenis flora dan fauna. Kecerdasan ini melibatkan keupayaan memerhati, memahami dan menghargai alam sekitar.

KECERDASAN NATURALIS
Kerjaya: Petani, Ahli botani, Ahli biologi, Perancang Bandar, Geologist Contoh tokoh: Louis Agassiz, David Starr Jordan, Edward D. Cope, Charles Darwin Contoh aktiviti yang guru boleh jalankan: kajian lapangan, lawatan sambil belajar, pengalaman semula jadi.

Kecerdasan
Bahasa

Cerdas dalam
Menulis karangan, sajak, puisi, pnatun dan memberi ucapan

Pekerjaan
Penulis, penyajak, penceramah

Logik Matematik
Ruang

Menaakul, kiraan, membuat analisis


Mencorak, melukis, mengukir

Saintis, jurutera, akauntan


Pelukis, pengukur

Muzik

lagu, penyanyi, Mencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik, Pencipta pemain alat muzik, memain alat muzik peminat muzik Gerakan, tarian, lakonan, sukan, memain permainan Perhubungan manusia Nilai murni, pendirian, falsafah Mengecam sifat semula jadi, memburu dan pertanian Atlit, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon Diplomat, ahli politik, peniaga Pengarang, penyajak, ahli falsafah

Kinestetik Interpersonal Intrapersonal

Naturalistik

Pemburu, petani

KEPENTINGAN TEORI KECERDASAN PELBAGAI DALAM PROSES P&P

KEPENTINGAN TEORI KECERDASAN PELBAGAI

Menyokong pembelajaran bersepadu secara menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid. Menerima persamaan dan perbezaan individu dengan mengakui bahawa setiap murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan. Meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak terbatas.

KEPENTINGAN TEORI KECERDASAN PELBAGAI


Meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.

Meningkatkan profesionalismegurudan menggalakkan inovasi dan penyelidikandalam pengajaran dan pembelajaran.


Mewujudkan kolaboratif disekolah. Mempelbagaikan penilaian

Bagaimana Melaksanakan
Kecerdasan Pelbagai

dalam Pengajaran dan


Pembelajaran

Pelaksanaan Kecerdasan Pelbagai


Mengenalpasti kekuatan sendiri dan kekuatan murid dalam kecerdasan pelbagai melalui Ujian/ Jadual Kecerdasan Pelbagai. Kecerdasan murid juga boleh dikenalpasti melalui:

i)Pemerhatian tingkah laku murid semasa belajar


ii)Aktiviti yang digemari murid pada masa lapang iii)Laporan prestasi murid

Pelaksanaan Kecerdasan Pelbagai


Kecenderungan kecerdasan yang dominan mendorong guru memperoleh banyak idea untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Memilih strategi pengajaran dan pembelajaran serta alat bantu mengajar yang sesuai dengan kecerdasan murid Memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum menyerlah.

CONTOH PENGGUNAAN ABM YANG MELIBATKAN KECERDASAN PELBAGAI


Menstimulasi kecerdasan linguistik, kecerdasan visual spatial, kecerdasan naturalis dan kecerdasan logikal matematik.

Merangsang kecerdasan logikal matematik.

CONTOH PENGGUNAAN ABM YANG MELIBATKAN KECERDASAN PELBAGAI


Menstimulasi kecerdasan visual spatial, kecerdasan logikal matematik dan kecerdasan naturalis.

Menstimulasi kecerdasan visual spatial dan kecerdasan kinestetik.

Pengintegrasian Unsur Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran & Pembelajaran


+

VERBAL-LINGUISTIK Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti P & P yang merangkumi menggunakan bahasa lisan (pidato,ceramah,perbahasan) bacaan(buku, surat khabar, majalah) dan penulisan (puisi, laporan, minit mesyuarat) VISUAL-RUANG Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti P & P yang merangkumi peta minda, garis ,visualisasi, warna, seni, metafora atau lain-lain borang pengurusan grafik.

LOGIK-MATEMATIK Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti P & P yang merangkumi memasukkan nombor, pengiraan, pengelasan atau menggalakkan pemikiran kritis. MUZIK Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti P & P yang merangkumi penggunaaan muzik, bunyi-bunyian persekitaran atau unsur ritma dan melodi.

Pengintegrasian Unsur Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran & Pembelajaran


KINESTETIK Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti P & P yang merangkumi pengalaman pergerakan seluruh badan atau aktiviti hands-on(latihan amali, penyiasatan,kajian luar)
INTRAPERSONAL Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti P & P yang merangkumi pilihan kepada murid merangsang perasaan kendiri(menulis journal, diari, membuat refleksi, penilaian kendiri INTERPERSONAL Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti P & P yang melibatkan murid dalam perkongsian rakan sebaya, pembelajaran koporatif dan kolaboratif atau simulasi kumpulan, lawatan, amali, kerja lapangan. NATURALIS

Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti P & P yang melibatkan penggunaan flaura dan fauna, awan, sungai, gunung (alam semula jadi ) ke dalam bilik darjah atau membawa murid ke luar ke alam semula jadi, lawatan, amali, kerja lapangan

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai