Anda di halaman 1dari 2

Teks Pidato

http://onitsukahana.blogspot.com/2011/10/ciri-ciri-guru-berkualiti.html http://permatapemulihan.blogspot.com/2010/03/ciri-ciri-yang-perlu-dimiliki-oleh.html http://share.pdfonline.com/3748278665cd495085626bc969b892c1/Ke%20Arah%20 Melahirkan%20Guru%20yang%20Berkualiti.htm

Terima kasih saudara/i pengacara majlis. Barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana. Dif-dif kehormat. Rakan-rakan seperjuangan. Sidang hadirin warga dewan, aspirasi negara. Assalamualaikum WM WB dan salam 1 Malaysia. Prof. Dr Awang Sariyan ada menyatakan bahawa kisah kegemilangan Bahasa Melayu (BM) pada zaman silam telah membuana di jagat rayanamun, sekadar mengagumi sejarah silam, kita tidak mungkin dapat mengangkat martabatnyaJusteru, berdirinya saya di pentas perdana ini dengan penuh iltizam, ingin menyebarkan sedikit dogma berpandukan tinta dan wacana para sarjana, melalui mauduk pidato saya BAHASA JIWA BANGSA. Bahasa, menurut Kamus Dewan, adalah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam satu kelompok manusia. JIWA, BERMAKSUD nyawa atau roh. Manakala, bangsa pula bermaksud, kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan. Dalam konteks pidato saya, konsep bangsa dan bahasa secara total merujuk kepada bangsa Malaysia dan bahasa kebangsaan kita, yakni BM. Sidang hadirin sekalian Heraclitus menyatakan bahawa bahasa sangat berkait rapat dengan semua aspek kehidupan manusia. Melalui bahasa, sesuatu masyarakat mempamerkan nilai-nilai dan budaya mereka kepada bangsa lain. Pepatah Melayu menyatakan, bahasa menunjukkan bangsa. Hatta, saya rangkumkan frasa ini dengan nirmala kata saya yang pertama; BAHASA MELAYU MENCERMINKAN JATI DIRI BANGSA MALAYSIA. Jati diri @ identiti sesuatu bangsa merujuk kepada ciri-ciri yang membezakan sesuatu kumpulan manusia dengan kumpulan manusia lain. Menuturkan sebuah bahasa yang sama ialah antara ciri yang menentukan jati diri sesebuah bangsa.Tahukah anda? Rakyat Switzerland menuturkan 4 bahasa yang berlainan iaitu Bahasa Perancis, Jerman, Italy dan Roman mereka semua adalah bangsa Swiss. Di Malaysia, kita juga mempunyai satu bahasa

kebangsaan yang dituturkan olah masyarakat pelbagai keturunan tanpa was-was. Tuntasnya, realiti BM sebagai cermin jati diri bangsa Malaysia, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Hadirin yang saya muliakan. Nirmala kata saya yang kedua; BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU. Meniti kita kepada nirmala kata saya yang ketiga; BAHASA MELAYU PEMANGKIN PERPADUAN. Nirmala kata saya yang keempat dan terakhir; BAHASA MELAYU TERAS PEMBINAAN NEGARA BANGSA. Sidang dewan sekalian Ingin saya simpulkan, bahawa BM bukan semata-mata untuk Orang Melayu tetapi, untuk semua rakyat Malaysia lantaran bahasa mencerminkan identiti dan citra penuturnya. Daripada bahasa juga, lahir budi bahasa, ilmuan, keharmonian dan kecemerlangan bangsanya. Akhir kata dari saya. Anak jati Negeri Sembilan Untuk menjadi bangsa yang dihormati dan disegani, BAHASA perlu dijulang tinggiYakinlah (nyanyi), Bahasa Jiwa Bangsa. Sekian, Wabillahitaufiqwalhidayah.

Anda mungkin juga menyukai