Anda di halaman 1dari 9

AYAT AHKAM

SURAH AT-TAHRIM
(PERIHAL MENGHARAMKAN)

AYAT 1-5
DISEDIAKAN OLEH:
SYARIFAH NUR AZIRAH BINTI HAJI WAN ZAINAL ABIDIN AL HUSAINI
KHAIRUNNISA BINTI ABDUL MANAF
5
1. Wahai Nabi! mengapa Engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa
Yang Dihalalkan oleh Allah bagimu, (kerana) Engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? (dalam pada
itu, Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
2. Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi kamu (Wahai Nabi dan umatmu, untuk) melepaskan diri dari
sumpah kamu (dengan membayar denda - kaffarah); dan Allah ialah Pelindung Yang mentadbirkan keadaan
kamu, dan ia Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
3. dan (ingatlah), ketika Nabi memberitahu suatu perkara secara rahsia kepada salah seorang dari isteri-
isterinya. kemudian apabila isterinya itu menceritakan rahsia Yang tersebut (kepada seorang madunya), dan
Allah menyatakan pembukaan rahsia itu kepada Nabi, (maka Nabi pun menegur isterinya itu) lalu
menerangkan kepadanya sebahagian (dari rahsia Yang telah dibukanya) dan tidak menerangkan Yang
sebahagian lagi (supaya isterinya itu tidak banyak malunya). setelah Nabi menyatakan hal itu kepada
isterinya, isterinya bertanya: "Siapakah Yang memberi tahu hal ini kepada tuan? " Nabi menjawab: "Aku
diberitahu oleh Allah Yang Maha Mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuannya (tentang Segala perkara
Yang nyata dan Yang tersembunyi) ".
4. jika kamu berdua bertaubat kepada Allah (Wahai isteri-isteri Nabi, maka itulah Yang sewajibnya), kerana
Sesungguhnya hati kamu berdua telah cenderung (kepada perkara Yang menyusahkan Nabi); dan jika kamu
berdua saling membantu untuk (melakukan sesuatu yang) menyusahkannya, (maka Yang demikian itu tidak
akan berjaya) kerana Sesungguhnya Allah adalah Pembelanya; dan selain dari itu Jibril serta orang-orang
Yang soleh dari kalangan orang-orang Yang beriman dan malaikat-malaikat - juga menjadi penolongnya.
5. boleh jadi, jika Nabi menceraikan kamu, Tuhannya akan menggantikan baginya isteri-isteri Yang lebih baik
daripada kamu, - Yang menurut perintah, Yang ikhlas imannya, Yang taat, Yang bertaubat, Yang tetap
beribadat, Yang berpuasa, - (meliputi) Yang janda dan Yang anak dara.
TERJEMAHAN
HURAIAN AYAT PERTAMA:
Og^4C O/EL- =g N@OO4q` .4` EEO +.- El W O4-> = =O4` El_4^e _ +.-4 EOOEN 7gOO ^
1. Wahai Nabi Muhammad menunjukkan ketinggian Baginda Rasulullah daripada Allah. Baginda
tidak diseru di dalam Al Quran dengan memanggil nama Baginda seperti utusan Allah yang lain.
Misalnya Ya Ibrahim,Ya Nuh,Ya Isa Bin Maryam. Allah menyeru: Wahai nabi yang dituruni
wahyu dari langit, yang dapat menyampaikan berita kepada umatnya dengan perantaraan
malaikat yang setia ialah Jibrail AS
2. Allah menegur, mengapa engkau menahan dirimu dengan mengharamkan perkara yang dihalalkan
oleh Allah kepadamu, untuk memakai isterimu yakni Mariah al-Qibtiah sebagai isteri yang halal.
3. Lantas engkau cuba bertindak mengharamkan untuk dirimu semata-mata kerana ingin mencari
kerelaan hati isteri-isterimu yang lain?
4. Kisah Rasulullah bersama dengan Mariah al-Qibtiah dirumah Hafsah. Tidak patut mengharamkan
Jariahnya untuk dipakai sebagai isteri semata-mata kerana hendak mencari kerelaan hati Hafsah.
5. Kisah Rasulullah ke rumah Zainab Jahasy meminum manisan nama maghofir (manis tapi bau
seperti arak). Mengharamkan ke atas dirnya meminum manisan madu dengan tujuan membenci
baunya yang tidak enak itu.
6. Kasih Sayang Allah pada Baginda lalu mengampunkan Baginda. Sesungguhnya teguran Allah
kepada Rasulullah itu merupakan rahmat untuk Baginda

HURAIAN AYAT KE DUA:


Og^4C O/EL- =g N@OO4q` .4` EEO +.- El W O4-> = =O4` El_4^e _ +.-4 EOOEN 7gOO ^
1. Allah mensyariatkan hukuman kepada hambanya untuk membebaskan diri dari
sumpah kamu kerana mengharamkan sesuatu yang halal bagimu.
2. Dendanya:
- memberi makan 10 orang miskin
- memberi pakaian 10 orang miskin
- memerdekakan seorang hamba
- berpuasa selama 3 hari
3. Dua pendapat:
a) Muqatil: Nabi membayar kaffarah dengan memerdekakan seorang hamba
b) AlHassan: tidak bayar kaffarah kerana Allah telah memberikan keampuanan.
*Pendapat Muqatil paling sahih
HURAIAN AYAT KE TIGA:


^O)4 O= O/EL- _O) ^* u4 gO_4^e LVCg4 OU ; *l4^ gO) +4OE_^4 +.- gO^OU4N 4OO4N +O_u4 4 O;N4
}4N * u4 W OU E-*:4^ gO) ;e~ ;}4` E4l^ -EOE- W 4~ 4O)+*l4^ O1)UE^- +OO):EC^- ^@
1. Allah nak menjelaskan kisah yang berlaku antara Rasulullah dengan sebahagian
isteri-isterinya iaitu ketika Rasulullah mengatakan secara rahsia kepasa isterinya
Hafsah tentang sesuatau peristiwa lalu menyuruh Hafsah merahsiakannya.
2. Ibnu Abbas:
- Berkenaan pengharaman Mariah ke atas dirinya.
- Abu Bakar & Umur akan jadi Khalifah setelah kewafatan Rasulullah
3. Allah mendedahkan perbuatan Hafsah itu kepada Nabi melalui Malaikat Jibrail.
4. Rasulullah mendapat tahu kabar itu lalu menegur Hafsah kerana telah membuka
rahsia.
5. Hafsah bertanya siapakah yang mengkhabarkan perkara itu kerana Hafsah
mengesyaki Aisya telah memberitahu Rasulullah.
6. Rasulullah menjawab: Yang mengkhabarkan kepadaku ialah Tuhan yang Maha
Mengetahui lagi Maha Pakar mengenai perkara rahsia hamba-hambanya yang sedikit
pun tidak dapat disembunyikan
HURAIAN AYAT KE EMPAT:


p) .4O+-> O) *.- ; ;e4= E7+OU~ W p)4 -4OE_> gO^OU4N Ep) -.- 4O- +OO4` NC)O_4
E)U=4 4-gLg`u^- W OE: j^UE^-4 Eu4 ElgO NOO)_ ^j
1. Ayat ini mengandungi celaan yang ditujukan kepada Hafsah dan Aisyah agar keduanya
segera bertaubat kerana menyakiti Rasulullah.
2. Meletakkan Nabi dalam keadaan serba salah di antara dia dengan isteri-isterinya.
3. Bertaubat adalah lebih baik daripada berpakat untuk menyakiti Rasulullah.
4. Satu peristiwa, Umar datang kepada Rasulullah seraya bertanya
Ya Rasulullah, mengapa Tuan bersusah hati? Tuan tidak akan menjadi susah lantaran
mengurus kaum wanita. Sekiranya tuan menceraikan mereka, sesungguhnya Allah ada
bersama Tuan
5. Maka turunlah ayat ini menepati dengan kata-kata Umar
_/=O4N +O4O p) O}7^UC p N.glNC ~}4^e -LOOE= O}74g)` e4jON` e4Lg`uG` e4gL~ `e4:j^>
E)l4N eE j^Ec e4:j1 -4O~4 ^)
HURAIAN AYAT KE LIMA:


1. Allah mempertakuti isteri-isteri Nabi dengan menyebut:
Jika Nabi menceraikan kamu sudah selayaknyalah Tuhannya yang akan memberi
ganti kepadanya dengan memperoleh isteri-isteri yang ,ebih baik daripada kamu
2. Qurtubi: Ini janji Allah kepada RasulNya, kalau Baginda menceraikan isterinya di dunia
Allah akan mengahwinkannya dengan isteri-isteri yang lebih baik dari yang diceraikan itu.
3. Namun Allah maha mengetahui bahawa Nabi takkan menceraikan isteri-isterinya.
Hanya untuk menakut-nakutkan isteri-isteri Baginda sahaja.
4. Allah menerangkan sifat seorang isteri yang baik.
- patuh dan yang menyerahkan dirinya untuk mengerjakan perintah Allah dan RasulNya
- Beriman kepada Allah dan RasulNya dengan seikhlas-ikhlasnya
- taat dengan segala perintah dengan melazimkan diri dengan berbuat taat
- kuat beribadat dan memperbanyak semata-mata kerana Allah
- Janda dan yang perawan
- Janda: berpengalaman, lagi berakal dan mudah mengandungkan anak
- Anak Dara: terpuji, suci, manja dan senang diajak bergurau
KESIMPULAN:

Pengajaran dan panduan kepada para isteri yang hidup pada akhir zaman ini.
Begitu juga kisah pengajaran berkenaan sifat cemburu yang secara
semulajadi wujud dalam diri insan berasal dari kaum hawa ini. Tidak dinafikan
semua manusia memiliki perasaan cemburu, dan perasaan ingin memiliki dan
mencintai pasangan tanpa perkongsian dan bersifat memonopoli. Terutama
bagi kaum hawa yang secara fitrah tidak ingin berkongsi cinta dan kasih
sayang dengan orang lain.

Walaupun demikian fitrah tersebut tidak boleh dibiarkan sehingga melewati
batas syariat. Cemburu perlu ditangani dengan penuh bijaksana dan
diletakkan pada tempat yang adil dan sepatutnya. Jangan membiarkan ia
menguasai diri dan akal yang waras sehingga bertindak di luar kawalan.

Anda mungkin juga menyukai