Anda di halaman 1dari 9

4.

0 Rancangan Pelajaran Harian Tugasan Berkumpulan


4.0 Rancangan Pelajaran Harian Tugasan Berkumpulan

Posted by nurfadhillah ghazali at 19:00 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

5.0 Refleksi Pengajaran Mikro


5.0 Refleksi Microteaching. Oleh : Nur Fadhillah Binti Ghazali Unit : PISMP 5.11 (MATEMATIK) Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi akhirnya saya dan pasangan saya selesai menjalani micro teaching MTE 3110. Kami mendapat tajuk Operasi dan kami memilih operasi tambah sebagai topic pengajaran kami. Saya dan

pasangan saya Nur Amalina Syamimi telah berbincang beberapa kali untuk merancang bagi memilih tahun yang sesuai untuk dijadikan sebagai pengajaran dalam micro teaching. Akhirnya kami memutuskan untuk memilih tahun 3 dan topiknya adalah operasi tambah dalam lingkungan 10000. Ini merupakan microteaching subjek matematik saya yang pertama. Saya berasa amat gementar untuk sebelum menghadapi microteaching. Saya dan pasangan menghadapi pelbagai rintangan sebelum dapat menyiapkan bahan untuk microteaching. Pada bulan ini, jadual semester 5 agak padat dengan pelbagai aktiviti yang perlu dijalankan sebelum pelajar semester 5 ke praktikum pada 1 April 2013. Kami perlu membahagikan masa sebijaknya untuk menyiapkan bahan bantu mengajar untuk microteaching kali ini. Saya dan pasangan ada juga berjumpa dengan En Nor Hawan untuk meminta pandangan dan pendapat untuk isi pengajaran kami untuk mincroteaching. Kami sangat berterima kasih kepada beliau kerana sudi meluangkan masa untuk kami dan memberikan nasihat, pandangan, rangsangan untuk berusaha untuk menjayakan microteaching. Pada hari microteaching saya berasa sangat gugup tetapi saya cuba kawal perasaan saya di hadapan pensyarah pembimbing. Saya telah mengambil bahagian Langkah 1, langkah 2 dan penutup dalam rancangan pengajaran harian yang telah kami siapkan. Kelemahan yang saya rasa ada pada diri saya semasa microteaching adalah saya tidak bersedia dengan secukupnya dan penggunaan kata-kata saya tidak teratur yang mungkin akan menyebabkan murid tidak faham akan arahan. Selain, saya juga sering terlupa apa yang ingin saya katakan semasa di hadapan dan mengakibatkan ketengangan dalam kelas. Bukan itu sahaja, saya merasakan saya sangat kalut semasa mengajar sambil menggunakan bahan bantu mengajar. Semasa saya menggunakan manila kad yang perlu digantung pada paku, paku itu telah tercabut dan memakan masa saya untuk mengajar serta kelas tidak terkawal pada masa itu kerana saya sibuk membetulkan manila kad tersebut. Kelebihan yang saya rasa saya ada semasa microteaching adalah saya dapat mengawal suara saya yang gementar kepada suara saya yang normal dan saya masih boleh senyum semasa berhadapan dengan para pelajar. Saya juga merasakan lontaran suara saya jelas dan boleh didengar oleh satu kelas. Bukan itu sahaja, saya juga merasakan bahan bantu mengajar kami agak menarik kerana bahan itu adalah bahan maujud dan boleh digunakan oleh murid itu sendiri untuk lebih memahami konsep operasi tambah dengan lebih berkesan. Penambahbaikan yang saya rasa perlu saya buat untuk microteaching akan datang adalah saya perlu memperbaiki tutur kata dan kosa kata semasa saya mengajar. Selain itu, saya juga perlu menanamkan dalam diri saya agar menjadi lebih tegas tetapi mesra dengan pelajar. Selain itu, saya merasakan sebagai guru yang baik, guru perlu mempunyai unsur kecindan pada diri agar kelas lebih ceria dan bermaya serta tidak dingin.

Bukan itu sahaja, saya juga merasakan saya perlu mempelbagaikan bahan bantu mengajar dan menggunakan sebaik mungkin bahan bantu mengajar supaya memberikan kesan kepada yang positif kepada para pelajar agar mereka lebih seronok dan lebih memahami konsep yang guru ingin pelajari. Harapan saya agar saya akan lebih lancar semasa mengajar ketika di praktikum kelak kerana sebagai seorang guru, guru perlu menjadi seorang yang kreatif untuk mempelbagaikan cara sewaktu mengajar dan perlu bijak mengawal kelas tanpa menggunakan suara yang lantang dan garang agar murid lebih mesra dan lebih dekat dengan guru.

Posted by nurfadhillah ghazali at 17:30 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

7.0 Refleksi Individu


7.0 REFLEKSI Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Saya merakamkan jutaan terima kasih kerana pensyarah pembimbing saya Datin Zaitun bt Othman kerana sudi mengajar dan membimbing saya sepanjang tugasan ini dijalankan. Selain itu, beliau sering memberikan kata-kata rangsangan dan buah fikiran yang bernas kepada saya agar menyempurnakan tugasan ini dengan baik. Sepanjang tugasan ini dijalankan, saya berpeluang menimba pengalaman yang tidak sangat bermakna pada diri saya. Tugasan ini memerlukan saya untuk mencari satu topic pengajaran dalam silibus dan membuat rancangan pengajaran harian (RPH) selama satu jam. Saya dan pasangan telah berpakat untuk memilih tajuk operasi tambah dalam lingkungan 10 000 tahun 3. Kami telah berbincang beberapa kali untuk mendapatkan hasil RPH yang baik dan berkualiti. Selain itu, kami juga telah berbincang dengan pensyarah pembimbing untuk mendapatkan panduan bagi menyiapkan rancangan pengajaran harian yang baik. Seperti yang sedia maklum, Rancangan Pengajaran Harian adalah sangat sinonim dengan kerjaya seorang guru. Sebagai seorang guru, mereka perlu mahir dalam pembikinan RPH dengan lengkap dan teliti untuk memudahkan kelancaran semasa aktiviti pembelajaran dan pengajaran berlaku. RPH yang baik adalah RPH yang mengandungi spesifikasi yang telah ditetapkan dan senang dibaca serta dirujuk. Saya mengalami kesulitan semasa menyiapkan RPH kerana kadangkala saya terlepas pandang dengan perkara-perkara seperti nilai yang dipupuk, strategi dan teknik yang ditekankan dalam RPH. Oleh itu, RPH yang dihasilkan pada oleh

saya pada kali pertama telah dikritik dan telah dimurnikan oleh pensyarah pembimbing. Namun demikian, saya telah memurnikan RPH yang dibuat oleh saya dan pasangan setelah mendapat bimbingan oleh pensyarah pembimbing. Saya kini lebih yakin untuk ke praktikum kerana kini saya lebih mahir untuk membuat RPH berbanding semester sebelum-sebelum ini yang dulunya terkial-kial untuk membuat RPH. Selain itu tugasan ini juga memerlukan saya untuk mencipta resos untuk digunakan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran berdasarkan RPH yang telah dilakukan. Saya dan pasangan telah berjumpa dengan En Hawan untuk meminta buah fikiran selain meminta bantuan Datin untuk memberikan idea untuk mencipta resos. Akhirnya setelah beberapa ketika berbincang akhirnya, kami mendapat pakatan untuk membuat dekak-dekak bersaiz gergasi. En Hawan telah sarankan kami untuk membuat dua buah dekak-dekak dan penggunaannya untuk guru dan murid. Pada mula pembikinan resos dekak-dekak tersebut, jujur saya katakan, saya tidak begitu kreatif dalam pemilihan warna-warna dan bercorak. Oleh itu, saya meminta nasihat rakan-rakan lain untuk membantu saya dalam pemilihan warna. Selain itu, kami telah membeli barang-barang yang diperlukan untuk mencipta resos dekak-dekak tersebut seperti polystyrene, mountain board, sugar paper,dan beberapa helai kertas berwarna. Cabaran yang saya hadapi adalah kelalaian saya dengan penggunaan benda tajam. Saya tidak sedar saya menggunting tangan saya sendiri semasa menggunting kertas. Saya hanya sedar apabila darah menitik di atas kertas. Punca saya cuai semasa melakukan kerja adalah mungkin kerana masa yang suntuk kerana semester ini kami sangat penuh dengan tugas-tugas lain selain tugasan kerja kursus. Namun demikian, Alhamdulillah, saya akhirnya dapat siapkan resos yang dikehendaki pada masa yang telah ditetapkan. Saya dapat membahagikan masa yang singkat dengan baik untuk menyiapkan semua tugasan yang tarikh hantarnya hampir sama. Selain itu, tugasan ini juga memerlukan saya untuk melakukan microteaching di hadapan pensyarah pembimbing dan di hadapan kelas. Microteaching ini perlu dilakukan mengikut RPH yang telah disiapkan. Bukan itu sahaja, microteaching ini juga dilakukan secara berpasangan dan kami telah membahagikan beberapa langkah untuk seorang. Saya mengambil langkah 1, langkah 3 dan penutup. Saya berasa amat gemuruh semasa menjalani microteaching. Hal ini demikian kerana, ini bukannya perkara yang sering dilakukan, lebih-lebih lagi dihadapan Datin Zaitun. Baju saya hampir basah kerana hormone adrenaline yang membuak-buak kerana gementar. Namun saya masih dapat mengawal suara agar tidak keluar suara yang bergetar. Hal ini demikian, jika suara bergetar, saya tidak dapat meneruskan proses microteaching kerana akan tersangkut-sangkut.

Namun, setelah beberapa saya mula mendapat rentak dan menarik nafas panjang untuk menghilangkan ketakutan. Saya juga membuat beberapa kesalah semasa microteaching kerana saya mempunyai masalah dengan resos yang digunakan. Oleh itu, dari situ saya telah membuat dalam 3 minit. Masa yang diberikan hanyalah 20 minit setiap kumpulan. Namun, saya begitu bersyukur kerana berpeluang untuk melakukan microteaching kerana bagi saya, microteaching adalah satu medium yang bagus bagi saya untuk menyediakan diri saya untuk berpraktikum pada awal April kelak. Setelah video yang telah direkod ditayangkan, datin telah memberikan komen yang membina agar meningkatkan usaha untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang. Oleh itu, saya dapat belajar dari kesilapan setelah menonton video tersebut. Selain itu, setelah kerja telah siap dilakukan, setiap orang dikehendaki untuk membina satu blog untuk diletakkan di dalamnya semua tugasan matematik MTE 3109. Capaian yang di dalam blog tersebut perlulah mudah. Datin telah member cadangan untuk menggunakan perisian blogspot. Pada mulanya saya berasa risau kerana saya tidak begitu mahir dengan teknologi terutamanya menulis blog. Namun dengan bantuan rakan-rakan saya dapat menghasilkan blog yang menarik untuk dibaca dan dilihat oleh pensyarah pembimbing, Saya mengambil masa juga untuk mempelajari perlahan-lahan dalam penggunaan pembuatan blog. Blog adalah satu medium berteknologi yang kita dapat berkongsi dengan orang ramai tentang ilmu yang kita ada. Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses tugasan kerja kursus ini dijalankan. Saya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk merasai ilmu dunia penuh manfaat yang akan membawa saya ke akhirat kelak. Saya berharap agar saya mendapat markah yang baik dan mendapat keputusan yang baik untuk mengekalkan atau meningkatkan CGPA saya. Sekian terima kasih. Posted by nurfadhillah ghazali at 15:30 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

8.0 Penutup
8.0 Penutup Secara kesimpulannya, pelajar yang menyiapkna tugas ini secara tidak langsung dapat menghubungkaitkan teori pembelajaran Matematik dalam rangka pembelajaran kanak-kanak dengan nombor melalui pengajaran mikro. Selain itu, pelajar juga dapat mengesan cara bagaimana untuk mengukuhkan konsep Matematik yang perlu ditanam pada diri murid-murid melalui pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana tugasan ini memerlukan pelajar mencipta resos, pelajar telah mengkaji dan berbincang untuk mencipta resos yang terbaik untuk digunakan. Kerjasama yang baik dalam satu pasukan akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama insan. Selari dengan tuntutan agama untuk berbaik-baik semasa

insane Selain itu, kerja yang dilakukan akan lancar dan dan tidak mengalami kesulitan sepanjang tugasan dijalankan kerana mempunyai rasa tanggungjawab dan bertolak ansur sesama sendiri. Selain itu, kesan penggunaan teknologi juga sangat positif disamping dunia yang kian maju kerana jika di lihat statistic penggunaan teknologi dari zaman dulu hingga kini, jumlah pengguna teknologi mengalami kenaikan yang sangat tinggi. Oleh itu, wajarlah pelajar menggunakan teknologi sebagai satu medium cara menyampaikan ilmu pengetahuan Matematik. Akhirnya, penyampaian ilmu Matematik boleh digunakan dengan pelbagai medium mengikut kreativiti seseorang guru bagaimana untuk mendidik anak bangsa. Sebagai guru yang cemerlang dan baik, guru itu sendiri perlu memahamikan akar pelajaran tersebut iaitu konsep sesuatu topik, barulah ilmu itu akan berkembang.

Anda mungkin juga menyukai