Anda di halaman 1dari 4

UNDANG-UNDANG PENGAKAP

1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. 2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibubapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya. 3. Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. 4. Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun. 5. Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. 6. Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang. 7. Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibubapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengan tiada apa-apa soalan. 8. Pengakap itu seorang yang sentiasa tabah hati dan manis mukanya dalam kesusahan. 9. Pengakap itu berjimat dan cermat 10. Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya

PERSETIAAN PENGAKAP

Bahawa Dengan Sesungguhnya Saya Berjanji Dan Bersetia Yang Saya Dengan Seberapa Daya Upaya Saya Akan: Taat Kepada Tuhan, Raja Dan Negara Menolong Orang Pada Setiap Masa Menurut Undang-Undang Pengakap

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada raja dan negara, Keluhuran perlembagaan, Kedaulatan undang-undang, Kesopanan dan kesusilaan

Anda mungkin juga menyukai