Anda di halaman 1dari 2

TANGGUNGJAWAB SEORANG MURID.

SITUASI 1.
Guru membawa banyak buku latihan.
Tanggungjawab murid : meminta kebenaran untuk membantu guru tersebut membawa buku latihan tersebut.
Contoh ayat : cikgu boleh saya membantu cikgu membawa buku latihan tersebut.
SITUASI 2.
Rakan meminjam pensel kamu.
Tanggungjawab kamu : membenarkan rakan kamu meminjam pensel tersebut, dan meminta
dengan bersopan jika rakan kamu telah selesai menggunakannya.
Contoh ayat : Kamu boleh mengambil pensel saya dan setelah menggunakannya, kamu hendaklah
Pulangkan kepada saya.
SITUASI 3.
Rakan kamu berbuat bising semasa memasuki kelas selepas rehat.
Tanggungjawab kamu : menegur dan menasihati rakan kamu supaya tidak lagi berbuat bising.
Contoh ayat : Kamal, tolong jangan berbuat bising. Mungkin cikgu kita ada kerja yang hendak dibuat.
Marilah kita sama-sama membuat ulangkaji tentang pelajaran yang akan diajar sebentar lagi.
SITUASI 4.
Kamu ternampak seorang pelawat sedang berdiri di luar pejabat sekolah.
Tanggungjawab kamu : memberi salam dan bertanyakan tujuannya datang ke sekolah. Menunjukkan tempat
Yang hendak ditujuinya.
Contoh ayat : selamat pagi encik, boleh saya bantu encik?
jika encik hendak ke pejabat, pejabat terletak di bangunan blok A di tingkat 1

Anda mungkin juga menyukai