Anda di halaman 1dari 6

KADET REMAJA SEKOLAH MODUL DISIPLIN DAN KEROHANIAN (NYANYIAN) ________________________________________________________ ELEMEN TAJUK : DISIPLIN & KEROHANIAN : KETATANEGARAAN

SPESIFIKASI : NYANYIAN LAGU-LAGU RASMI (T4) 1. TUJUAN Melahirkan ahli kadet yang tahu menyanyikan lagu-lagu rasmi negara dan negeri mengikut protokol yang betul Menanamkan semangat patriotik dan cintakan negara semasa menyanyikan lagu patriotik Memastikan ahli kadet tahu menyanyikan dan menghayati senikata lagu KRS dengan baik. 2. PELAKSANAAN AKTIVITI 2.1 Panduan Mengajar Nyanyian. 1. Lagu yang baik mempunyai ciri-ciri seperti, frasa dan ayat lagu yang pendek dan mudah difahami, lagu yang berulang perkataan dan melodinya. Melodi, irama dan lirik lagu yang menarik dan senang diingati. 2. Para jurulatih perlu tahu menyanyikan lagu dan lirik lagu yang dipilih sebelum mengajar kepada para kadet. Nyanyikan berulang kali untuk para kadet mendengarkannya. Jangan asingkan seni kata dengan muzik. Kaset muzik hanya digunakan apabila memperkenalkan lagu ataupun selepas para kadet mengetahui lagu itu untuk dinyanyikan bersama mengikut iringan muzik. 3. Nyanyikan lagu dengan pic yang sederhana tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah. Julat suara para kadet terutamanya anggota TKRS

adalah dalam lingkungan not C tengah hingga not A. Oleh kerana nada para jurulatih biasanya rendah, maka para jurulatih cuba dapatkan nada permulaan sebelum bernyanyi. 4. Para jurulatih perlu bernyanyi dalam keadaan menghadap para kadet, supaya mereka dapat memperhatikan cara jurulatih bernyanyi. Nyanyian jurulatih dan para kadet perlu jelas dan tepat nada serta sebutannya walaupun menggunakan bahasa lain atau dialek daerah. 5. Nyanyian untuk tahap TKRS tidak memerlukan simbol not muzik. Mereka perlu belajar lagu dengan cara mengikut nanyian jurulatih. Jangan memaksa para kadet terutamanya TKRS bernyanyi bersama ataupun mempelajari lagu dalam tempoh yang ditetapkan. Sebaliknya sentiasa diulang lagu setiap masa / hari sehingga mereka dapat menghafal lagu itu. 6. Aktiviti nyanyian boleh dilanjutkan kepada aktiviti lain seperti nyanyian berdrama, berkawat, berlari , pergerakan dengan iringan alat perkusi (gendering) dan lain-lain. 2.2 LAGU LAGU DAN NYANYIAN KRS DAN TKRS

I. LAGU-LAGU RASMI NEGARA Lagu-lagu rasmi Negara merupakan lagu-lagu yang wajib dihafal dan dihormati oleh setiap rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Para Jurulatih harus memastikan para kadet mampu menyanyikan lagu rasmi Negara ini. Para Jurulatih juga harus memberi penjelasan tentang protokol lagu-lagu rasmi negara ini.

1.

LAGU KEBANGSAAN. Negara Ku. Negara ku tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup bersatu dan maju, Rahmat bahagia tuhan kurniakan, Raja kita selamat bertahta, Rahmat bahagia tuhan kurniakan, Raja kita selamat bertahta.

2.

LAGU NEGERI JOHOR Bangsa Johor. Allah Peliharakan Sultan Nugrahkan Dia Segala Kehormatan Sihat Dan Ria Kekal Dan Makmur Luaskan Kuasa Menaungkan Kami Rakyat Dipimpini Berzaman Lagi Dengan Merdeka Bersatu Hati Allah Berkati Johor Allah Selamatkan Sultan

II. LAGU-LAGU KADET REMAJA SEKOLAH. Lagu-lagu Kadet Remaja Sekolah juga merupakan lagu wajib yang harus dihafal dan dinyanyikan oleh para kadet ( KRS & TKRS ). Lagu ini sama seperti lagu rasmi Negara yang mempunyai protokol yang harus diketahui oleh para kedet. Lagu Kadet Remaja Sekolah. Kadet Remaja Sekolah. Kadet Remaja Sekolah Menuju satu ikatan bersaudara Bersatu menjulang keamanan Negara Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal. Marilah kita membina peribadi Membentuk insan yang kreatif Ke arah kecemerlangan diri Sepanjang masa yang berterusan. Remaja, sambutlah cabaran Menjadi bangsa Malaysia Maju dan cemerlang Remaja berwawasan Jangan kita lupa kepada pencipta. Remaja, hayati budaya Ilmu, Iman dan Amal Kekalkan di hati dan jiwamu Wawasan Kadet Remaja Sekolah. Lagu-lagu Larian KRS. Gempur KRS. Kadet Remaja Sekolah Semangat waja kita melangkah Cekal hati dan juga tabah Satu ikatan kita berukhwah. Ayuh remaja sambut cabaran Jadi remaja yang berwawasan Hati dan jiwa kita kekalkan Ilmu, Iman dan juga Amal.

Langkah KRS. Mula langkahKanan Menuju..Wawasan Ayuh kita...Maju Jadi insan...Berilmu Janji kita...Kekalkan Jadi insan..Beriman Hati mesti...Cekal Jadi insan..Beramal.

2.3 Aplikasi 2.3.1 Lagu Rasmi i. ii. Dinyanyikan di majlis rasmi ( majlis pembukaan dan penutup ) Arahan akan diberi dan hadirian perlu berada dalam keadaan berdiri dan sedia 2.3.2 Lagu KRS Dinyanyikan dalam Majlis Rasmi iaitu Majlis Pembukaan serta dalam aktiviti perkhemahan seperti senaman pagi. 2.3.3 Lagu Patriotik Dinyanyikan dalam aktiviti perkhemahan seperti malam kebudayaan, senaman pagi dan latihan berkumpulan. Ia bertujuan menanamkan semangat patriotik dan cintakan negara 2.3.4 Lagu Sukaramai, Tradisional, Lagu Rakyat, Serantau, Daerah Dinyanyikan dalam aktiviti perkhemahan seperti malam kebudayaan dan aktiviti kumpulan. 2.3.5 Lagu Tema Alam Sekitar Dinyanyikan sewaktu aktiviti alam sekitar secara berkumpulan 2.3.6 Lagu Beraksi/Permainan Dinyanyikan oleh ahli TKRS dalam aktiviti kumpulan sambil melakukan aksi yang bersesuaian dengan senikata lagu berserta alat muzik yang sesuai 2.3.7 Lagu Nasihat/Ucapan

Dinyanyikan sewaktu majlis pembukaan ( Sesi Suai kenal ) dan penutup secara tidak rasmi untuk mengucapkan selamat tinggal dan selamat berpisah 2.3.8 Lagu Nasyid Kanak-kanak Dinyanyikan oleh ahli TKRS sewaktu aktiviti kerohanian dan tazkirah secara berkumpulan dan beramai-ramai. 2.4 Penutup

Lagu dan nyanyian merupakan salah satu komponen dalam kurikulum KRS dan TKRS. Pada umumnya lagu-lagu tersebut terbahagi kepada dua iaitu lagu-lagu rasmi lagu Negaraku, Lagu Negeri dan lagu KRS yang wajib diketahui, dihafal liriknya dan dapat dinyanyikan. Manakala yang lainnya boleh dibahagikan kepada beberapa katogeri dan perlu bijak memilihnya untuk disesuaikan dalam pengajaran mengikut tahap dan jenis aktiviti.

Anda mungkin juga menyukai