Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa/ Kejadian

Tajuk Jurnal 1. Masalah/ Peristiwa: : : : : Ke-4 Keenam 21 Ogos 2013 Masalah Disiplin Murid

Pada tanggal 21 Ogos 2013, pensyarah pembimbing telah hadir ke sekolah untuk menilai Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) yang berlaku untuk matapelajaran minor saya iaitu Pendidikan Jasmani. Saya telah menghadapi masalah yang agak serius iaitu masalah disiplin murid yang menyebabkan saya mengajar lebih daripada waktu PnP yang diperuntukkan. 2. Analisis

Masalah ini timbul kerana saya kurang tegas dengan sikap dan disiplin murid-murid dan menggalakkan mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang telah saya rancangkan. Mereka tidak menumpukan perhatian sawaktu saya memberikan arahan dan setelah saya selesai memberikan arahan, soalan yang sama akan ditanya dan saya terpaksa menjawab soalan tersebut sekali lagi. Murid-murid asyik bercakap dengan rakan di sebelah dan kurang memberikan perhatian kepada arahan yang saya berikan. 3. Cadangan Tindakan Susulan

Saya akan lebih tegas lagi semasa PnP saya dijalankan dan memberikan arahan dengan kuat dan jelas. Saya turut akan meminta murid untuk tidak bercakap semasa saya sedang memberikan arahan di hadapan kelas. Saya akan sentiasa peka akan keadaan disiplin murid di sekeliling dan memberikan arahan yang ringkas tetapi jelas supaya tidak terlalu sukar untuk difahami murid. Saya turut akan mendapatkan nasihat daripada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing. Saya akan mewujudkan peraturan di mana murid yang membuat bisinga akan didenda. 4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba dengan sedaya upaya saya untuk mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu sebelum pensyarah datang untuk menilai saya buat kali kedua. Pengurusan disiplin yang baik adalah bertujuan untuk memastikan kelas berjalan dengan lancar dan tidak kecoh untuk memastikan kelancaran PnP. Disemak oleh Guru Pembimbing, Disemak oleh Pensyarah Pembimbing,

Tandatangan Nama Tarikh

: : :

Tandatangan Nama Tarikh

: : :

Anda mungkin juga menyukai