Anda di halaman 1dari 2

Refleksi MARINA MAULAD MARSAL 920810-01-5872 Bersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi peluang untuk mengikuti program

seminar ceramah kursus Bina Insan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di Dewan Abdul Jalil Hasan pada 23 Julai 2013 yang lepas. Seminar ceramah yang disampaikan oleh Encik Ruslan Bin Mohammad Dan Ustaz Fazli Bin Harun ini mengambil masa kira-kira 4 jam, iaitu dari pukul 8.30 pagi sehingga pukul 12.30 tengah hari. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti ini. Melalui seminar ceramah ini banyak memberikan impak positif yang amat mendalam terhadap masyarakat dan komuniti di sekeliling saya. Dalam konteks ini membawa maksud Tanggungjawab seorang guru adalah sebagai seorang

penyebar ilmu yang diamanahkan oleh Tuhan untuk mendidik dan membimbing anak didiknya agar berkeupayaan menjadi seorang manusia yang berjaya di masa hadapan. Harga diri seorang guru yang paling utama ialah keupayaan mereka memikul tanggungjawab ke tahap yang terbaik. Namun sebelum itu, guru-guru harus muktamad dengan tanggungjawab yang dimaksudkan.Seorang manusia yang bertanggungjawab akan dipercayai oleh orang sekeliling.

Di waktu yang sama, guru perlulah menunjukkan contoh teladan yang diminati para pelajar seperti mengamalkan nilai murni yang konsisten. Seorang guru yang mudah melepaskan perasaan marah tidak menunjukkan contoh teladan yang murni kepada para pelajar dan tidak salah sekiranya para pelajar juga sering bergaduh sesama mereka. Guru adalah agen terpenting untuk mempengaruhi sikap para pelajar mereka.Besarnya tanggungjawab guru sehingga perlu menidakkan dirinya sebagai manusia yang sering melakukan kesilapan. Terdapat banyak input yang berguna antaranya ialah sebagai seorang guru yang beretika sosial, kita haruslah sentiasa berpenampilan sempurna, yang selesa dan disenangi oleh semua pihak, sama ada rakan sejawat, ibu bapa, murid, ataupun masyarakat awam.Berpenampilan sempurna ini sebenarnya merujuk kepada

bagaimana kita mahu mempamerkan dan menonjolkan kepada orang lain. Dalam konteks ini, ia merangkumi banyak aspek dan memerlukan ilmu dan pengetahuan yang khusus, tidak kira cara berpakaian, cara pertuturan, cara perhubungan dan komunikasi dengan orang lain. Dengan mengambil contoh tentang cara berpakaian dalam kalangan guru pelatih; selepas mendengar ceramah tersebut, saya sedar bahawa kita haruslah berpakaian mengikut norma-norma yang disetujui ramai dan peraturan yang ditetapkan. Oleh yang yang demikian, saya sedar bahawa untuk menjayakan sesebuah hubungan persahabatan, kita haruslah mempunyai tatacara berkenalan yang betul dan sesuai. Perkenalan mempunyai cara dan seni yang tersendiri yang perlu diketahui oleh setiap individu supaya sesi perkenalan dapat berjalan dengan lancar. Pengalaman Ustaz Fazli dalam bercampur gaul dalam komuniti amat menerujakan saya. Ini adalah kerana beliau juga mendekati rider motorsikal berkuasa besar di sekitar Kuala Lumpur.Beliau membuka lagi ruang lingkup sosial yang akan kami tempuhi semasa berhadapan dengan masyarakat kelak. Akhir sekali, secara kesimpulannya seminar BIG yang telah saya ikuti itu begitu banyak menyedarkan dan mengajar saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti kelak. Segala yang baik pasti akan dijadikan tauladan dan yang buruk akan dijadikan sempadan. Jika diberi peluang untuk menyertai seminar-seminar yang bertemakan profesion keguruan, saya pasti akan menghadirinya dengan niat untuk belajar dan membuat persedian bagi menghadapi hari muka sebagai guru yang berjaya. Semoga refleksi ini dapat menggambarkan segala yang telah saya pelajari dari Seminar BIG ini.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai