Anda di halaman 1dari 22

1.

PERKAITAN DENGAN TUNJANG PEMBELAJARAN : 24 Mac 2009 : 7.45 9.45 Pagi : 4 Harmoni : 30 Orang : Pendidikan Jasmani : i. ii. iii. Kecergasan Kemahiran Kesukanan

TARIKH MASA TAHUN JUMLAH PELAJAR MATA PELAJARAN TUNJANG PELAJARAN

TAJUK KEMAHIRAN

: Olahraga : 100 Meter

HASIL PEMBELAJARAN : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :i) PSIKOMOTOR menguasai kemahirankemahiran dalam acara lari pecut setelah diberi pendedahan secara ansur maju iaitu bermula dengan latihan mendorong, latihan lari pecut seperti hayunan tangan yang betul, latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan di samping fasa-fasa yang terlibat ketika lari pecut. ii) KOGNITIF - menjelaskan pengetahuan

seperti peraturan olahraga, ansur maju, dan lain-lain. iii) AFEKTIF - menyedari keupayaan diri

1.1

TUNJANG-TUNJANG PEMBELAJARAN DAN KAITANNYA. Tunjang pembelajaran terbahagi kepada 2: Kecergasan Kemahiran Kesukanan

Dan kesemua tunjang ini tidak perlu diajar mengikut urutan.

Penyusunan

kandungan

sukatan

pelajaran

Pendidikan

Jasmani

mengambil kira prinsip-prinsip asas perkembangan kurikulum seperti: i) Pengulangan (Repetition) Ketiga-tiga tunjang ini pembelajaran adalah berulang dari tahun 1 hingga 6. ii) Kesepaduan (Intergration) Pengajaran bagi semua aspek perlu mengambil kira pendekatan bersepadu dan merentasi kurikulum. Ianya juga perlu mengambil kira kesepaduan berbentuk Intra

(komponen utama dalam Pendidikan Jasmani sendiri) dan

Intra (komponen pelajaran lain yang boleh diintegrasikan seperti muzik dan matematik).

iii) Ansur Maju (Progression) Penyusunan sukatan adalah bersifat ansur maju dan mengambil kira keutamaan topik bermula dengan mudah dan beransur menjadi lebih kompleks serta lebih mendalam. Penyusunan ini juga disesuaikan dengan peringkat umur pembelajaran murid yang bertujuan membantu

perkembangan mereka. iv) Skop (Scope) Skop pula mengariskan sejauh mana sesuatu pengajaran itu perlu disampaikan kepada murid. v) Turutan (Sequencing) Konsep turutan ini bermaksud ianya berfungsi sebagai aturan sesuatu sukatan pembelajaran yang bergerak selari dan berkesinambungan.

2.0 2.1

PENGENALAN KEPADA OLAHRAGA (LARI PECUT) SEJARAH Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah perandingan di kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan. Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan.

Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Perlbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan.
4

Walaubagaimanapun oleh semua pihak.

persetujuan

dibuat

untuk

mejadikan

cara

permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima

Pada tahun 1880an ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah pencil start, di mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo.

Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200 meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9. Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah orang pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari Jerman pula telah berjaya mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978.
5

(dipetik daripada

http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/1748173-

lari-pecut-teknik-dan-aplikasi/ pada 12 Mac 2009)

2.2

PERKEMBANGAN OLAHRAGA DAN LARI PECUT Sejarah perkembangan lari pecut mempunyai kaitan dengan keperluan

aktiviti fizikal yang bermula pada penghujung tahun 1800.

Ketika lari pecut

merupakan aktiviti fizikal yang dijadikan salah satu acara yang dipertandingkan.

Pada tahun 1912, Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) ditubuhkan untuk menyelaraskan program, aspek teknikal, peralatan, dan rekod dunia dalam acara olahraga. Di Malaysia, organisasi olahraga yang paling awal ditubuhkan ialah di Ipoh iaitu pada tahun 1906. tahun 1952 untuk mengendalikan sukan olahraga. Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) ditubuhkan selaras dengan perkembangan olahraga iaitu pada

Aktiviti olahraga bagi peringkat sekolah pula dikendalikan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri (MSSN) dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD).

Lari pecut merupakan salah satu acara balapan dalam olahraga. Umumnya, acara 100 meter, 200 meter dan 400 meter dianggap sebagai acara lari pecut. Sebelum menggunakan sistem metrik, jarak larian dikira dalam ela.
6

Sebagai seorang pelari pecut, kita hendaklah menguasai teknik larian dahulu selain memerlukan tahap kelajuan yang baik.

2.3

KEMAHIRAN DALAM LARI PECUT Terdapat empat fasa dalam lari pecut, iaitu: i) Fasa permulaan ii) Fasa berlepas iii) Fasa pecutan iv) Fasa penamat Seseorang yang dapat menguasai keempat-empat fasa di atas dengan baik akan menjadi seorang pelari yang baik. Setiap fasa yang dinyatakan di atas mempunyai teknik-teknik tertentu untuk melakukannya.

i) FASA PERMULAAN Permulaan yang baik dapat membantu seseorang pelari pecut dalam lariannya. Teknik gaya dekam biasanya digunakan dalam permulaan larian. Gaya dekam terbahagi kepada tiga cara, iaitu: a. Cara peluru/pendek
7

Berdiri rapat dengan garisan dan mengira 2 atau 1 tapak. Hujung tapak kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan. Ruang diantara dua tapak kaki adalah seluas satu buku penumbuk.

b. Cara sederhana Berdiri rapat ke garisan dan mengira 2 atau 1 tapak. Lutut tapak kaki belakang segaris dengan dengan hujung tapak kaki hadapan. Ruang diantara dua tapak kaki adalah seluas satu buku penumbuk. c. Cara panjang Berdiri rapat ke garisan dan mengira 2 atau 1 tapak. Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan. Ruang diantara dua tapak kaki adalah seluas satu buku penumbuk.

Untuk memulakan larian pecut, murid perlulah didedahkan dengan kemahiran-kemahiran awal lari pecut atau lebih dikenali sebagai ansur maju dalam lari pecut.

Latihan ansur maju terdiri daripada latihan mendorong, latihan teknik pecut, latihan kekuatan kaki, dan latihan pecutan.

Latihan teknik pecut ialah seperti berkumpulan berlatih menggerakkan tangan 90 darjah di pinggul ke paras hidung. melangkah panjang. dengan lutut tinggi, mengangkat lutut. berlari siku dan bergerak dari Kemudian, berlari dengan dalam kumpulan, dan

Latihan seterusnya ialah berjalan Latihan berikutnya perlulah lebih

kompleks seperti berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan, berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan, berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan, berlari menyepak ke belakang, berlari dengan lutut tinggi dan memecut. Latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan bermula dengan melonjak untuk jarak. Seterusnya ialah melangkah panjang (bounding). Latihan ini semakin kompleks apabila murid didedahkan dengan latihan untuk melonjak dan melangkah melepasi halangan, melompat, memusing, mendekam, dan memecut.kemudian secara berpasangan, murid dikehendaki berlari dengan halangan oleh tarikan rakan dengan menggunakan sebarang alatan seperti kain dan sebagainya. Fasa permulaan juga terdiri daripada 2 peringkat,iaitu: i. peringkat ke garisan - jarak yang sesuai dari garisan mula dengan bahagian hadapan dan belakang blok permulaan. - kaki dominan diletakkan di bahagian hadapan blok permulaan. - jari diletakkan di belakang garisan mula mengikut keselesaan.
9

- kedudukan tangan melebihi luas bahu dan dalam keadaan selesa. - bahu ke hadapan sedikit. - tangan lurus tetapi dalam keadaan selesa. - kepala dan leher dalam satu garisan dengan tulang belakang. - fokuskan mata ke hadapan (satu hingga dua meter ke hadapan). - kawal pernafasan.

ii.

peringkat sedia - kawal pernafasan - pinggul diangkat perlahan-lahan sehingga melebihi

aras bahu. - kepala dan leher dalam satu garisan dengan tulang belakang. - fokuskan mata ke hadapan.
10

- bahu ke hadapan sedikit daripada tangan. - lutut kaki hadapan membuat sudut 90 darjah. - lutut kaki belakang membuat sudut 120 darjah. - kaki ditolak kuat pada blok permulaan.

ii) FASA BERLEPAS Fasa ini merupakan suatu tindakan eksplosif di mana sebaik sahaja pelari mendengar isyarat mula atau bunyi letupan pistol.
11

Seperti fasa permulaan, fasa berlepas juga mempunyai teknik-teknik tertentu untuk menjadi seorang pelari pecut yang baik.

Teknik fasa berlepas ialah: i. kaki hadapan diluruskan serta-merta dan lutut kaki belakang dibawa ke hadapan. ii. iii. tangan diayun untuk mengimbangi aksi kaki. badan masih lagi membongkok ke hadapan lima hingga enam meter yang pertama. iv. elakkan daripada melompat ke hadapan untuk langkah pertama.

12

iii) FASA PECUTAN Biasanya, fasa ini berlaku apabila pelari telah berlari sejauh 40 meter dari blok permulaan. Fasa ini dikekalkan kadar pecutannya sehingga ke garisan penamat. Teknik bagi fasa pecutan ialah: i. ii. iii. langkahan semakin panjang dan lutut tinggi. berlari di atas bebola kaki. bengkokkan siku kira-kira 90 darjah.

13

iv) FASA PENAMAT Fasa penamat merupakan fasa terakhir dalam lari pecut. Perhatian perlu dititikberatkan semasa menghampiri garisan penamat. Teknik fasa penamat ialah: i. terus berlari tanpa mengurangkan kepantasan

sehingga melepasi garisan penamat. ii. iii. bahagian dada atau torso dibawa ke hadapan. badan dicondongkan sedikit.

14

2.4

ASPEK KESELAMATAN DALAM LARIAN PECUT. i. lakukan aktiviti memanaskan badan yang dimulakan dengan berjoging dan regangan. ii. tingkatkan intensiti senaman dengan langkah yang panjang dan pantas, lari pecut jarak dekat dan latihan fasa permulaan. iii. amalkan latihan untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal terutamanya komponen kekuatan otot, kuasa dan kelajuan.. iv. v. pakai pakaian yang sesuai dan bebas. gunakan kasut khas (spike) yang sesuai dengan permukaan balapan. vi. pastikan kawasan tempat berlari luas dan bebas daripada benda-benda yang berbahaya.

15

2.5

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN LARI PECUT jika permulaan batal, pelepas-ulang menembak pistol sekali lagi serta-merta dan memanggil semula semua pelari. peserta yang melakukan kesilapan diberi amaran. permulaan yang baru akan dilakukan. jika peserta yang sama melakukan kesilapan, dia akan disingkirkan daripada bertanding. peserta hendaklah berlari di lorong masing-masing.

16

2.6

PEMEGANG REKOD DUNIA ACARA 100 METER

Rekod dunia Lelaki Data berikut tepat sehingga 31 Mei No. Masa Angin (m/s) +1.7 Atlet Negara Tarikh Lokasi

9.72

Usain Bolt

Jamaica

31 Mei 2008

New York City Rieti

9.74

+1.7

Asafa Powell

Jamaica

9 September 2007 16 Jun 1999

9.79

+0.1

Maurice Greene Donovan Bailey Bruny Surin

Amerika Syarikat Kanada

Athens

9.84

+0.7

27 Julai 1996 22 Ogos 1999 18 Ogos

Atlanta

+0.2

Kanada

Seville

+1.0

Tyson Gay

Amerika

Zrich

17

Syarikat 7 9.85 +1.2 Leroy Burrell Justin Gatlin Amerika Syarikat Amerika Syarikat Nigeria

2006 6 Julai 1994 Lausanne

+0.6

22 Ogos 2004 12 Mei 2006

Athens

+1.7

Olusoji Fasuba Carl Lewis

Doha

10

9.86

+1.2

Amerika Syarikat Templat:NAM

25 Ogos 1991 3 Julai 1996

Tokyo

0.4

Frankie Fredericks Ato Boldon

Lausanne

+1.8

Templat:TTO

19 April 1998 22 Ogos 2004

Walnut

+0.6

Francis Obikwelu

Portugal

Athens

18

Wanita Data berikut tepat sehingga 27 Julai 2005. No. Waktu 1. 10.49 Atlet Florence Griffith Joyner Marion Jones Negara Amerika Syarikat Amerika Syarikat Perancis Jamaica Tanggal 16 Julai 1988 Tempat Indianapolis

2.

10.65

12 September 1998 19 Ogos 1998 7 September 1996 22 Ogos 1984

Johannesburg

3. 4.

10.73 10.74

Christine Arron Merlene Ottey

Budapest Milan

5.

10.76

Evelyn Ashford

Amerika Syarikat

Zurich

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/100_meter"

19

3.0

REFLEKSI

Oleh : YM RAJA ZAINAB BINTI RAJA MUHAIYATDIN AL-HAJ

Saya telah diberi taklimat Kerja Kursus Pendek bagi subjek Pendidikan Jasmani 1 (Akademik) oleh Puan Shanthi Devi pada 10 Mac 2009. Sejurus selepas itu, saya bersama-sama beberapa orang rakan sekuliah telah mencari maklumat di Pusat Sumber Zaaba bagi melayari internet di samping mencari buku-buku yang berkaitan dengan tugasan yang telah diberi.

Selain itu, saya dan rakan-rakan juga telah melakukan praktikal bagi tugasan ini bersama-sama Encik Alyes setiap hari Selasa dan Rabu. Sesungguhnya, saya begitu gembira kerana olahraga merupakan acara sukan yang begitu saya minati semenjak saya di bangku persekolahan lagi. Meskipun saya telah didedahkan dengan sukan ini sebelum saya berada di IPGM kampus Tuanku Bainun, saya masih berminat untuk mendalami dan memperbetul semula langkah-langkah saya di dalam sukan olahraga ini.

Setelah beberapa kali praktikal bersama-sama Encik Alyes, saya telah didedahkan tentang Kurikulum Pendidikan Jasmani bersama-sama Puan Shanthi
20

Devi dan juga penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi bersama-sama Encik Ahmad Rodzli merangkap Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Kesempatan bersama-sama orang kuat Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini telah saya gunakan sebaik-baiknya untuk menghasilkan suatu tugasan yang baik.

Meskipun ketika proses penulisan saya ini berlangsung telah ditolak oleh beberapa pensyarah jabatan, namun ia tidak sesekali mematahkan semangat saya untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik. Acap kali Ketua Jabatan memeriksa dan menolak hasil tugasan saya, saya menerimanya dengan hati terbuka dan beranggapan saya masih bertatih untuk menghasilkan tugasan seperti yang diharapkannya.

Saya cuba dan terus mencuba sehinggalah saya dapat menghasilkan penulisan ini. Hasil akhir ini telah dapat saya selesaikan sebelum tarikh serahan iaitu pada 1 April 2009 ini nanti. Saya berharap agar penulisan saya ini akan menjadi contoh kepada para guru pelatih atau lebih tepat lagi kepada bakalbakal guru opsyen Pendidikan Jasmani untuk dijadikan sebagai rujukan pada masa akan datang. Insya-Allah.

21

4.0

BIBLIOGRAFI

1.

Dilawati pada 11 Mac 2009 daripada laman web

http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/1748173-lari-pecut-teknik-danaplikasi/

2.

Dilawati pada 11 Mac 2009 daripada laman web

http://ms.wikipedia.org/wiki/100_meter

3.

Idris bin Mohamed, Shaharudin bin Abd. Aziz, dan Zamry bin Ahmad (2002), Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 1, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

22

Anda mungkin juga menyukai