Anda di halaman 1dari 4

UNIT

MEMUKUL BELON DENGAN ALATAN


Fokus Berkebolehan melakukan kemahiran memukul belon dengan alatan. MASA

Standard Pembelajaran 1.4.8 2.3.8 5.2.1 5.3.1 Memukul belon ke atas menggunakan alatan. Mengenal pasti titik kontak atau sentuh pada objek yang dipukul. Memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti baru dalam Pendidikan Jasmani dan bersedia menerima cabaran. Berkomunikasi antara murid dengan murid semasa melakukan aktiviti fizikal. Cadangan Aktiviti Memanaskan badan Penyampaian standard pembelajaran Permainan kecil atau persembahan Menyejukkan badan Pentaksiran

30 MINIT

ALATAN Belon dan pemukul berlengan pendek.

Aktiviti 1 : Menimang Belon Dengan Tangan 1. Menimang belon menggunakan tapak tangan. 2. Menimang belon menggunakan tangan yang berlainan.

104

UNIT 31

Aktiviti 2 : Memukul Belon Dengan Pemukul 1. Memukul belon ke atas dengan pemukul. 2. Memukul belon berulang kali ke atas dengan pemukul pada kedudukan statik. 3. Memukul belon berulang kali ke atas dengan pemukul dan bergerak ke hadapan, ke belakang dan ke sisi.

Aktiviti 3 : Menghantar Kepada Rakan 1. Berpasangan. 2. Memukul belon ke arah rakan secara bergilirgilir dengan pemukul.

TIP UNTUK MURID

Memerhatikan tempat kontak semasa memukul belon ke atas.

105

UNIT 31

Permainan Kecil : Dengar dan Pukul 1. Murid dibahagi kepada kumpulan kecil. 2. Berdiri dalam bulatan. 3. Setiap murid dibekalkan satu pemukul berlengan pendek. 4. Satu kumpulan dibekalkan dengan sebiji belon. 5. Seorang murid berdiri di tengah bulatan. 6. Murid di tengah memukul belon ke atas dan memanggil rakan dalam kumpulannya. 7. Murid yang namanya dipanggil, berlari ke tengah bulatan dan memukul belon sebelum belon jatuh. 8. Murid yang tidak dapat memukul belon sebelum belon jatuh, memulakan semula permainan.

TIP UNTUK MURID

Elak daripada terlanggar rakan semasa berlari dan memukul belon.

106

UNIT 31

PENTAKSIRAN Kelas : .......... MEMUKUL BELON DENGAN ALATAN Senarai Semak Guru Tandakan ( ) pada kemahiran yang telah dikuasai.
Kemahiran memukul dengan alatan Bil. Nama murid Memukul belon berterusan sebanyak tiga kali Memukul belon ke sasaran Interaksi sosial Komunikasi dengan rakan semasa permainan kecil

107

UNIT 31

Anda mungkin juga menyukai