Anda di halaman 1dari 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA

KERTAS KERJA Pertandingan Merentas Desa

TEMPAT: Kompleks Sukan Puteri Gunung Ledang Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka

TARIKH: 25 April 2012, (Rabu)

ANJURAN: PISMP Ambilan Januari 2010, Pendidikan Khas 4 IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

1.0

PENGENALAN

Pertandingan Merentas Desa ini bertujuan untuk meningkatkan penglibatan guru pelatih dalam aktiviti kokurikulum. Ia juga menambahkan pengetahuan dan memberikan pendedahan kepada guru pelatih dalam mengendalikan pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi sukan di sekolah. Melalui aktiviti ini, maka ia dapat menyemarakkan semangat para guru pelatih untuk mengambil bahagian dalam kejohanan olahraga tahunan yang akan berlangsung. Selain itu, aktiviti ini adalah bertujuan untuk mengesan bakatbakat baru dalam kalangan guru pelatih. Oleh itu, Pertandingan Merentas Desa ini dilaksanakan bagi meningkatkan pencapaian guru pelatih dalam aktiviti kokurikulum.

2.0

RASIONAL

Program ini merupakan salah satu langkah untuk meningkatkan penglibatan guru pelatih dalam aktiviti kokurikulum. Program ini juga berperanan sebagai wahana dalam memahami pengurusan kokurikulum seterusnya membentuk keupayaan guru pelatih dalam mengendalikan sesuatu aktiviti sukan. Usaha ini juga bertujuan membentuk guru pelatih selaras dengan yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Guru iaitu menjadi guru yang berpandangan progresif dan saintifik. Selain itu program ini juga bertujuan memenuhi tuntutan jasmani yang merupakan salah satu kriteria yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3.0

OBJEKTIF Program ini dilaksanakan untuk meningkatkan penglibatan guru pelatih dalam aktiviti kokurikulum. Antara objektif yang digariskan ialah : 1) Mengcungkil bakat baru dalam kalangan guru-guru pelatih dan warga institut dalam bidang kokurikulum. 2) Membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan guru-guru pelatih dan warga institut 3) Memupuk perpaduan dan silaturahim dalam kalangan guru pelatih khasnya dan warga institut.

4.0

BUTIRAN PROGRAM 4.1 NAMA PROGRAM Pertandingan Merentas Desa 4.2 TARIKH 25 April 2012, (Rabu) 4.3 TEMPAT Kompleks Sukan Puteri Gunung Ledang, Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu, Melaka 4.4 PEYERTAAN -Penyertaan tertutup kepada warga Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu:

4.5

PPISMP PISMP KPLI/DPLI

Anjuran PISMP Ambilan Januari 2010, Pendidikan Khas 4 IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka Anjuran Bersama UNIT GERKO IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

5.0

JAWATANKUASA PROGRAM LAWATAN ILMIAH 5.1 Jawatankuasa Induk Penaung Pengerusi 1 Pengerusi : Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka Pn. Hjh. Noor Hayatee bt Md. Noor :Timbalan Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu Pn. Maimun bt Abd Aziz : Ketua Jabatan Unit Kokurikulum En. Azman Bin Abd Aziz Pensyarah Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Naib Setiausaha Bendahari Naib Bendahari : En Mohamad Rosli Bin Badron : Nurul Afni Astriani Bt Lim : Nur Hidayah Bt Md Sofi : Jamaliah bt Jamaluddin : Siti Atiqah Bt Hasan : Farrah Wahida Bt Mohd Amin : Syamirah Naqqiah Bt A.Razak

5.2 Jawatankuasa pelaksana Perhubungan Luar : Nurul Najwa bt Awang

Protokol & Sambutan Dokumentasi Seranta Jamuan Teknikal Cenderamata

: Atiqa Nabila Bt Azman : Norzahariah bt Ismail : Isfayuni Bt Zulkifli : Khairun Nabihah bt Burhanuddin : Fatin Nabihah Bt Rosli :Nurul Nadiah Bt Mohd Aseri

Perasmian dan Penutupan :Nurfaharin Bt Shani Kebajikan & Keselamatan : Fatin Natrah Bt Mohd Salleh Tugas- Tugas Khas 6.0 Spesifikasi Tugas TUGAS - Menasihat jawatankuasa supaya aktiviti-aktiviti program dapat berjalan dengan lancar. - Menjalankan tugas-tugas penilaian ke atas ahli jawatankuasa dan peserta. Pengerusi Program - Ketua pengurusan program. - Mempengerusikan mensyuarat. - Meneliti catatan minit mensyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan. - Menjadi rujukan setiap ahli jawatankuasa program. - Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh pensyarah penasihat dari semasa ke semasa. : Nur Hishmah Adilah Bt Hamid

JAWATAN Pensyarah Penasihat

Penolong Pengerusi

- Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggunjawab yang diberi.

- Mempengerusikan mensyuarat semasa ketiadaan pengerusi. - Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pensyarah penasihat dari semasa ke semasa. Setiausaha - Menyediakan kertas kerja program. - Menguruskan hal-hal surat menyurat. - Mencatat dan menandatangani minit mensyuarat/laporan kegiatan-kegiatan. - Mencatat kehadiran ahli semasa mensyuarat diadakan. - Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan program. - Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pensyarah penasihat dari semasa ke semasa. Naib Setiausaha - Membantu setiausaha dalam menjalankan tugas yang diberi. - Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pensyarah penasihat dari semasa ke semasa. Bendahari - Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan program. - Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab ke atas kesahihannya. - Menyediakan dan membentangkan Penyata Kira-Kira program. - Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat. - Menjalankan tugas-tugas lain yang

diarahkan oleh pensyarah penasihat dari semasa ke semasa.

Naib Bendahari

- Membantu bendahari dalam menjalankan tugas yang diberi.

Jawatankuasa Perhubungan Luar

- Bertanggungjawab dalam menghubungi pihak yang terlibat untuk tempahan tempat. - Meneliti kesesuaian tempat aktiviti dan program yang akan dijalankan.

Jawatankuasa Protokol dan Sambutan

- Meneliti protokol dan suasana tempat lawatan. - Menyediakan buku program. - Menyediakan pengacara majlis untuk Majlis Penutupan. - Menyediakan teks ucapan. - Hiasan dan kecerian tempat. - Memastikan tempat duduk untuk tetamu khas. - Menentukan pakaian peserta sewaktu pertandingan.

Jawatankuasa Dokumentasi

- Menguruskan untuk rakaman video dan mengambil gambar sepanjang program berlangsung. - Menjalankan kerja-kerja menyunting video. - Menyediakan gambar-gambar yang diambil semasa program berlangsung. - Menyediakan laporan semasa lawatan.

Jawatankuasa Seranta

-Membina sepanduk-sepanduk yang

sesuai dengan majlis, pertandingan, karnival dan acara. -Memasang sepanduk / bena tersebut di tempat-tempat yang mudah dilihat oleh orang ramai setelah mendapat kebenaran dari pihak berkenaan. -Membuat poster-poster, mengedarkan dan menampal di tempat-tempat yang munasabah. -Menyediakan dan mengelolakan alat pembesar suara yang cukup untuk juruacara, pengelola peserta dan majlis ucapan. Pastikan alat tersebut dalam keadaan baik. -Mengemas dan memulangkan alat-alat yang telah digunakan. -Melayan pihak tertentu dari segi tempat, tanda pengenalan, minuman dan jamuan sekiranya ada. -Mengelolakan berita tempatan sekiranya perlu. -Mengumumkan para pemenang bagi setiap pertandingan semasa karnival berlangsung.

Jawatankuasa Jamuan

- Menguruskan makanan peserta dan urusetia. - Menyediakan senarai nama guru pelatih dan pensyarah yang terlibat dengan program. - Membuat anggaran perbelanjaan makanan untuk program. - Menguruskan tempahan makanan

- Memastikan jumlah makanan yang disediakan mencukupi. Jawatankuasa Teknikal dan Undangundang -Menempah / meminjam stadium. -Memeriksa dan menentukan keadaan gelanggang dan kawasan permainan yang sesuai untuk digunakan. -Menyediakan pembantu-pembantu yang cukup dan menentukan tugas serta mengawal disiplin mereka. -Menjemput dan mengatur jadual bertugas untuk pegawai-pegawai sukan dan mengadakan taklimat untuk mereka. - Memberi taklimat tentang peraturan permainan kepada peserta - Mengatur acara-acara sukan yang dipertandingkan dan memastikan ianya berjalan dengan lancar. - Menguruskan borang penyertaan dan lain-lain borang untuk pegawai. - Menguruskan sekretariat.

Jawatankuasa Cenderamata/Sijil

- Menyimpan senarai nama tetamu khas yang hadir. - Menetapkan cenderamata yang akan diberikan. - Menyediakan cenderamata yang diperlukan. - Menyediakan dulang dan alas dulang untuk Majlis Penutupan.

Jawatankuasa Perasmian dan Penutupan

-Merancang dan mengatur acara perasmian dan penutupan majlis. -Menentukan kedudukan ahli-ahli jawatankuasa dan peserta semasa majlis berlangsung. -Menyediakan dan menyematkan roset. -Menyusun atur cara istiadat perasmian. -Menyediakan juruacara perasmian.

Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan

-Menyediakan kotak kecemasan yang lengkap dengan ubat-ubatan - Mendapatkan senarai nama peserta yang mempunyai penyakit kronik -Menentukan tempat solat

Jawatankuasa Tugas-Tugas Khas

-Menyediakan Juri Rayuan. -Menghubungi saksi-saksi berkenaan apabila diperlukan. -Menjalankan tugas seperti diminta oleh pegawai misalnya dalam hal protokol dan cenderamata. -Mengumpul senarai nama pemenang untuk diumumkan oleh Jawatankuasa Seranta dan Siaraya dari masa ke masa.

7.0

TENTATIF PROGRAM

TARIKH

MASA

AKTIVITI Peserta berkumpul dan pendaftaran penyertaan di

7.00-7.30 pg RABU 25 APRIL 2012 7.30 -8.00 pg 8.00 -10.30 pg 10.30-11.00 pg 11.00pg - 12.30 tgh hari 1.00 ptg

Kompleks Sukan Puteri Gunung Ledang, IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Senam robik Acara merentas desa dimulakan mengikut kategori Rehat Majlis Perasmian Penutup dan penyampaian hadiah Bersurai

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN BIL PERKARA 1 Jamuan Penutupan 20 orang pegawai teknikal KUANTITI / JUMLAH RM 4.00 x 20 orang = RM 80 (Pegawai ) Pensyarah dan jemputan VIP : 20 orang Jumlah = RM 160 2. Johan : RM 60 x 1 Naib Johan : RM40 x 1 Ketiga : RM 30 x 1 Saguhati : RM 10 x 27 RM 60 x 1 = RM60 RM 40 x 1 = RM 40 RM 30 x 1 = RM 30 RM 10 X 27 = RM 270 Jumlah = RM400 Stor Pusat RM 4.00 x 20 orang = RM 80 (Pensyarah dan VIP) Stor pusat CATATAN

Medal : Johan Naib Johan Ketiga Sijil penghargaan (pensyarah & urusetia) Sijil penyertaan Cenderamata Perasmi Tag nama (Urusetia) Peti Pertolongan Cemas Air 100 Plus (150 ml) (urusetia) Air mineral (150 ml) (Peserta) Roti (Peserta dan Urusetia) buku 10 Keping 2 Rim 1 Rim 1 Rim 1 kotak 5 gulung 3 paket 3 gulung 15 unit 3 bungkus 1 unit 183 orang 2 kotak 4 karton 10 karton

3 4 5 6 7 8 9 10

keping keping

Stor pusat Stor pusat Stor pusat Stor pusat Stor pusat Stor pusat Stor pusat Stor pusat Stor pusat Stor pusat Stor pusat Stor pusat Stor pusat Stor pusat Stor pusat Stor pusat Stor pusat Stor pusat

11 Kad Manila 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Kertas A4 (warna putih) Kertas Keras A4 (warna putih) Kertas Warna Pen marker (white board) Riben Belon Tali putih (cotton twin) Beg Kertas Hadiah Plastik Sampah Hitam

9.0

PENUTUP

Semoga objektif utama program ini akan tercapai dan dapat membentuk guru pelatih yang mempunyai semangat kesukanan yang tinggi di samping memahami betapa pentingnya gerak kerja berkumpulan dalam sesebuah organisasi. Menerusi program yang bakal dilaksanakan ini dapat memberi input-input dan kemahiran baru untuk dimanfaatkan sebaik mungkin oleh guru pelatih. Diharapkan guru pelatih dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing dan berusaha memajukan diri demi kecemerlangan dan pembangunan sukan negara.

Disediakan oleh : ............................................. (JAMALIAH BINTI JAMALUDDIN) Setiausaha, Pertandingan Merentas Desa, Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

Anda mungkin juga menyukai