Anda di halaman 1dari 8

SULIT PSK 1 JAM

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUNDU

Nama:___________________________

Kelas:____________

GERAKAN PANITIA 2011


PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 SATU JAM
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DI BERITAHU ARAHAN UNTUK CALON 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan 2. Jawab semua soalan di dalam kertas ini.

Disediakan oleh;

Disemak oleh;

Disahkan oleh;

AHMAD KHALIL YUSOF

PN. NORASHIFAH ABDULLAH

... PN. SANIA WALBANI

Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak termasuk muka hadapan. [Lihat sebelah

SULIT
PSK2011 Hak Cipta SMK Lundu

Maksud identiti diri ialah A rupa paras seseorang yang mempunyai cita-cita yang tinggi. B gambaran keseluruhan tentang seseorang yang mempunyai cita-cita dalam hidupnya. C ciri-ciri fizikal seseorang yang mempunyai potensi diri yang positif. D gambaran tentang masa depan yang akan dicapai oleh seseorang.

Potensi diri perlu dikembangkan untuk A kecemerlangan akademik. B keseimbangan dalam hidup. C menonjolkan bakat individu. D tingkah laku terkawal.

Amin sangat berminat dengan mata pelajaran Matematik. Cita-cita Adam mungkin A doktor B arkitek C akauntan D peguam

Potensi diri dalam seseorang individu perlu disedari dan dikembangkan pada usia muda lagi kerana A potensi diri berkaitan dengan keupayaan intelek. B potensi diri boleh menentukan kebolehan dan kemahiran seseorang. C potensi diri akan membantu seseorang berfikir dengan baik. D potensi diri akan menentukan keupayaan fizikal seseorang.

Mengapakah kita perlu mengenali dan menghargai kejayaan tokoh-tokoh di negara kita? A kerana mereka dikenali ramai. B kerana kita dapat mencontohi mereka. C kerana kita boleh menjadikan mereka sebagai perangsang. D kerana mereka banyak menyumbang jasa kepada negara.

Kita mestilah bersyukur dengan _______________yang ada pada diri kita dan cuba untuk memperbaiki ______________diri kita. A kelebihan, kelemahan B keistimewaan, jasmani C kebaikan, potensi D potensi, cita-cita

Untuk mencapai cita-cita, seseorang perlu bersedia untuk A mengeluarkan kos. B dimarahi keluarga. C menempuh cabaran. D dicemuh masyarakat. 2

Kejayaan seseorang murid pada masa hadapan banyak bergantung kepada _____________yang dilakukan pada zaman persekolahannya. A usaha B minat C potensi D identiti diri

Antara berikut, perlakuan yang manakah berkaitan aspek kerohanian? A Meningkatkan ilmu pengetahuan. B Mensyukuri pemberian Tuhan. C Memupuk perasaan kasih sayang. D Menjaga kesihatan tubuh.

10 Bagaimanakah cara untuk mengembangkan potensi jasmani? A Mengulang kaji pelajaran dengan tekun. B Mensyukuri nikmat anugerah Tuhan. C Melakukan aktiviti riadah pada masa lapang. D Menyemai semangat kekitaan dalam kehidupan.

11 Rizal sering mewakili sekolahnya dalam pertandingan perbahasan. Dia seorang pelajar yang bijak berhujah. Penguasaan bahasa Inggerisnya juga amat baik. Apakah kerjaya yang sesuai untuk Rizal? A Arkitek. B Doktor. C Peguam. D Akauntan.

12 Apakah faktor kejayaan seseorang dalam bidang yang diceburinya? A Minat yang mendalam. B Modal yang mencukupi. C Saingan daripada orang lain. D Tahap pemikiran yang dimiliki.

13 Potensi diri seseorang dapat dipupuk melalui A pendidikan secara berterusan. B pemerhatian terhadap persekitaran. C penyesuaian diri dengan masyarakat sekeliling. D perubahan penampilan diri.

14 Individu yang berjaya dalam bidang seni lazimnya A mempunyai kreativiti yang tinggi. B memiliki kesihatan tubuh yang baik. C mempunyai kemahiran berhujah. D mampu mengawal perasaan dan tenang.

15 Potensi diri seseorang individu hendaklah ____________________untuk mencapai kejayaan. A diasah B diubahsuai C ditonjolkan D dipamerkan

16 Siapakah yang dimaksudkan dengan rakan sebaya? A Rakan yang mempunyai perwatakan yang sama. B Rakan yang mempunyai pandangan dan minat yang sama. C Rakan yang tinggal di kawasan kediaman yang sama. D Rakan yang belajar di sekolah yang sama.

17 Mengapakah kita perlu bijak memilih rakan? A Supaya tidak terpengaruh untuk melakukan perkara negatif. B Supaya dapat berkongsi masalah peribadi. C Supaya mudah dipercayai oleh ibu bapa. D Supaya dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.

18 Apakah yang dimaksudkan dengan maruah diri? A Kehormatan diri. B Kekuatan fizikal. C Keistimewaan diri. D Kecantikan paras.

19 Seseorang rakan yang baik lazimnya akan A meminta rakannya menyelesaikan masalah peribadi. B memberikan dorongan untuk melakukan perkara yang baik. C menghindari rakannya yang sedang menghadapi masalah. D menolak bantuan rakannya yang ingin membantu.

20 Dalam perjalanan pulang dari sekolah, anda terserempak dengan rakan-rakan anda sedang berbualbual di perhentian bas. Mereka mengajak anda berbual-bual bersama mereka. Apakah tindakan yang wajar anda ambil? A Menerima ajakan rakan dengan senang. B Menolak ajakan rakan dengan baik. C Mempertikaikan tindakan rakan. D Mengugut untuk memberitahu ibu bapa rakan. 4

21 Remaja yang bijak mempertimbangkan kesan sesuatu tindakan dapat A menjamin kesejahteraan dalam hidup. B mengeratkan hubungan dengan rakan sebaya. C membuat keputusan dengan cepat dan pantas. D melibatkan diri dalam aktiviti sosial.

22 Salah satu teknik untuk menyelesaikan konflik ialah dengan menggunakan teknik awan. Apakah yang dimaksudkan dengan teknik awam? A Teknik menyelesaikan masalah sebelah pihak sahaja. B Teknik menyelesaikan masalah dengan cepat. C Teknik menyelesaikan masalah yang mempunyai kehendak bertentangan. D Teknik menyelesaikan masalah demi kepentingan diri.

23 Mengapakah kita perlu menyelesaikan konflik dengan bijak? A Supaya memberikan kebaikan kepada kedua-dua belah pihak. B Supaya konflik tersebut tidak berulang. C Supaya pendirian kita dihormati oleh orang lain. D Supaya kelemahan kita tidak diketahui oleh orang lain.

24 Ponteng merupakan salah kegiatan negatif yang berlaku dalam kalangan pelajar. Apakah langkah yang boleh diambil untuk menangani kegiatan tersebut? A Menghukum ibu bapa pelajar tersebut. B Memaklumkan kepada ibu bapa tentang ketidakhadiran pelajar tersebut. C Menggantung persekolahan pelajar tersebut. D Melarang pelajar daripada menduduki peperiksaan akhir tahun.

25

Apakah peranan ibu bapa untuk menghalang anak-anak terlibat dalam perkara yang negatif? A Mengongkong pergerakan anak-anak. B Menyedarkan anak-anak tentang keburukan melakukan perkara negatif. C Menghalang anak-anak berkawan dengan remaja yang tidak dikenali. D Menemani anak-anak pada setiap masa.

26

Bagaimanakah identiti diri seseorang itu dapat dipupuk? A Melalui warisan daripada nenek moyang. B Melalui aktiviti kecergasan tubuh badan. C Melalui aktiviti yang dilakukan setiap hari. D Melalui proses mengembangkan potensi diri.

27

Semua berikut boleh membantu dalam menyelesaikan konflik, kecuali A Memilih rakan dengan baik. B Berbincang untuk mencari penyelesaian. C Bertindak sendirian ketika membuat keputusan. D Berkongsi masalah dengan individu yang boleh dipercayai. 5

28

Sebelum melakukan sesuatu, kita perlu ada A Keterampilan B Keyakinan. C Kekuatan. D Kekayaan.

diri.

29

Siapakah antara yang berikut menunjukkan identiti diri yang positif? A Laila yang meniru tugasan sekolah rakannya. B Firdaus belajar mengikut jadual waktunya. C Chong wei tidak membawa buku ke sekolah. D Encik amirul menggunakan jawatannya untuk mendapatkan pekerjaan anaknya.

30

Siapakah antara berikut memainkan peranan sebagai rakan sebaya yang baik? A Fikri mengajak rakannya memancing di lombong. B Ellisa membenarkan rakannya meniru jawapan latihan Geografi. C Izad membawa rakannya yang bermasalah berjumpa dengan guru Kaunseling. D Azham suka meminta rakan membelanjanya makan setiap hari.

31

Mengapakah potensi diri penting kepada semua orang? A. Untuk mencapai kejayaan dan kesejahteraan dalam kehidupan dan masyarakat. B. Untuk menunjukkan kebolehan diri supaya disegani oleh orang lain. C. Untuk menunjukkan kehebatan diri sendiri. D. Untuk membentuk akhlak mulia.

32

Ahmad telah diberi tugas sebagai ketua aktiviti gotong-royong mencantikkan kawasan sekolah. Ahmad yang yakin akan kemampuan diri sendiri A. Mengarahkan rakan-rakannya. B. Menarik diri daripada bertugas. C. Menjalankan tugas dengan baik. D. Berasa megah dan bangga dengan kepercayaan yang diberikan. Seseorang yang berupaya mengatakan Tidak terhadap ajakan negatif rakan merupakan seorang yang bersikap A. Berani B. Asertif. C. Sombong. D. Toleransi.

33

34

Bagaimanakah anda boleh mencapai cita-cita? A. Meminta pertolongan daripada saudara-mara. B. Meniru cita-cita dan impian rakan lain. C. Menyenaraikan cita-cita dan impian. D. Berusaha dan bekerja keras mengejar impian. 6

35

Seseorang yang mempunyai harga diri lazimnya A. Sukar untuk menerima kegagalan. B. Selalu berfikiran negatif. C. Bersemangat tinggi untuk meraih kejayaan. D. Bersaing untuk menjatuhkan orang lain.

Sentiasa Menyedari Kewujudan Pencipta-Nya Sentiasa Mensyukuri Pemberiannya 36 Pernyataan di atas merujuk kepada ciri-ciri potensi A. Rohani. B. Intelek. C. Jasmani. D. Emosi.

37

Sekiranya kita berfikiran optimis, kita A. Tidak mudah dipengaruhi oleh unsur negatif. B. Sukar untuk berinteraksi dengan orang lain. C. Dapat merancang untuk bersaing dengan orang lain. D. Sering dibayangi oleh kelemahan diri.

38

Mengapakah kita perlu mempunyai matlamat dalam hidup? A. Agar kita tidak ketinggalan zaman. B. Agar kita memperoleh kejayaan dalam hidup. C. Agar kita disenangi oleh orang lain. D. Agar kita dapat mengatasi orang lain.

39

Perkembangan potensi diri membolehkan seseorang itu memperoleh kehidupan. A. Kesejahteraan. B. Kesengsaraan. C. Keyakinan. D. Kebolehan.

dalam

40

Mengapakah kita perlu mengamalkan sikap rasional ketika membuat sesuatu keputusan? A. Agar kita tidak menyesal di kemudian hari. B. Agar keputusan tersebut mendatangkan keuntungan. C. Agar tidak menyusahkan diri sendiri. D. Agar kita mempunyai masa untuk membetulkan kesilapan.

SKEMA JAWAPAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN SATU GERAKAN PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN 2011 SOALAN OBJEKTIF (40 MARKAH) 1. B 2. B 3. C 4. B 5. C 6. A 7. C 8. A 9. B 10. C 11. C 12. A 13. A 14. A 15. A 16. B 17. A 18. A 19. B 20. B 21. A 22. C 23. A 24. B 25. B 26. D 27. C 28. B 29. B 30. C 31. A 32. C 33. B 34. D 35. C 36. A 37. A 38. B 39. A 40. A

Anda mungkin juga menyukai