Additional MS 43725, f.260; John xxi.1-25 c. 1978, The British Library Board; BL/B/MS/X43
Al A'raaf 7:157 "Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w.) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil.... " Al Saff 61:6 "... Nabi 'Isa ibni Maryam berkata: 'Wahai Bani Isra'il, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripdaku - bernama: Ahmad' "
Terjemahan maksud Al-Qur'an dipetik daripada Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur'an
Parakletos atau Periklytos? Bahasa Yunani mengesahkan 'Parakletos' Naskhah-naskhah Yunani mengesahkan 'Parakletos' Oleh itu, Muhammad bukannya 'Parakletos' Jadi Siapakah Parakletos itu? Jawapannya adalah Roh Kudus, yang telah tiba 50 Hari Kemudiannya Apa pula dengan ramalan itu?
'a-a-e-o' dalam 'Parakletos' dengan 'e-i-y-o' dalam 'periklytos'). Dalam bahasa Yahudi (Hebrew) dan Arab, kata-kata vokal (vowels) tidak terselit didalam perkataanperkataan masing-masing dan kata vokalnya yang digunakan oleh penulis asal boleh dipertikaikan. Tetapi, sebaliknya dalam bahasa Yunani segala kata-kata vokalnya adalah di tulis dengan terang dan jelas di dalam semua nashkhah-nashkhah Yunani.
akan memohon kepada Bapa dan Bapa akan memberi Penolong (Parakletos) lain, yang akan bersama-sama kamu selama-lamanya". Kebanyakan orang Muslim memetik hanya ayat ini dan Yohanes 16 ayat 7 dan seterusnya menutup Kitab Injil. Walhal mereka telah gagal menyedari betapa pentingnya apabila mengkaji manamana bahan kesusasteraan atau ilmiah, adalah amat bahaya untuk meneliti ungkapanungkapan di luar konteks ungkapan-ungkapan itu. Kalaulah pembaca meneruskan bacaannya termasuk ayat-ayat berikutnya Yohanes 14:16 dan Yohanes 16:7, dia akan mendapati bahawa Isa Almasih telah membuat ramalan secara terperinci mengenai kedatangan dan identiti 'parakletos' itu. Menurut konteks Yohanes bab 14 dan 16, Isa telah ramalkan bahawa 'parakletos' itu bukan seorang manusia:
14:16-- "yang akan bersama-sama kamu selama-lamanya" (seorang manusia itu tidak dapat hidup selama-lamanya.) 14:17-- "Dia Roh Allah, yang menunjukkan apa yang benar" (seorang manusia berbeza daripada roh.) 14:17-- "Dunia tidak dapat melihat dia" (seorang manusia dapat dilihat.) 14:17-- "ataupun mengenal dia" (seorang manusia boleh dikenali orang.) 14:17-- "Dia ... bersatu dengan kamu" (seorang manusia tidak dapat disatukan dengan orang lain.)
Hazrat Isa telah menyatakan bahawa Misi Parakletos itu ialah untuk menumpukan perhatian orang ramai kepada dia:
14:26--"Tetapi Roh Allah, Penolong yang akan diutus oleh Bapa DEMI NAMA-KU (Isa)" 14:26--"(Dia) akan mengingatkan kamu segala yang telah Aku (Isa) katakan kepada kamu" 16:08--"Dia akan buktikan kepada orang dunia bahawa pendapat mereka tentang dosa ..semuanya salah" 16:14--"Roh (parakletos itu) akan memuliakan Aku (Hazrat 'Isa)"
Hazrat Isa telah menyatakan bahawa Parakletos itu adalah satu Roh:
14:17--"Dia Roh Allah, yang menunjukkan apa yang benar" 14:26--"Tetapi Roh Allah, Penolong yang akan diutus oleh Bapa demi nama Aku"
kemudiannya
Adalah jelas dari konteksnya bahawa bukanlah seorang Nabi ataupun malaikat yang layak menjadi Parakletos itu. Perhatikan: Dia akan bersama-sama dengan mereka selama-lamanya, tidak dilihat atau dikenal tetapi menghuni dan bersatu di dalam mereka, dia akan mengingatkan orang ramai segala-gala yang telah dilakukan oleh Hazrat Isa, sambil memuliakan dia. Ada hanya satu yang layak memenuhi segala-gala ciri-ciri tersebut iaitu Rohul-Kudus di dalam Injil yang telahpun diakui oleh Hazrat Isa sebagai 'Parakletos'. Dialah yang memenuhi semua kriteria di atas. Didalam Bab 1 Buku Kisah Rasul-rasul, sebelum saja Isa Al-Masih dinaikkan ke Syurga dan 40 hari setelah dia menjanjikan kedatangan Roh Kudus, dia telah menyebut tentang 'hadiah' ini sekali lagi. Dia berkata :
ayat 4 "Tunggulah pemberian yang sudah dijanjikan oleh Bapa-Ku, dan yang sudah aku memberitahukan kamu dahulu" ayat 5 "Beberapa hari lagi kamu akan dibaptis dengan Roh Allah."
Adalah nyata bahawa Penolong yang disebutkan 'Isa itu tidak lain dan tidak bukanlah Rohul-Kudus yang telah datang dengan kuasaNya 10 hari selepas pemergian hazrat Isa, iaitu pada Hari Pentakosta (hari kelima puluh) dan 570 Tahun sebelum kelahiran Muhammad.
Ahmad, akan tetapi, adakah ini benar? Bolehkah Penolong yang dijanjikan ini merupakan seorang manusia ataupun nabi, atau adakah dia satu Roh, yakni Rohul Kudus yang disebutkan didalam Injil? Sambil kamu membaca ayat-ayat ini dan renungi apa yang telah dijelaskan, kamu juga mestilah membuat kesimpulan kamu sendiri. Berdasarkan kepada bukti-bukti yang telah dihuraikan, kamu mesti memutuskan siapakah yang disebutkan di dalam Injil dari Yohanes 14:16 dan Yohanes 16:7.