Anda di halaman 1dari 3

USAHA pemupukan patriotisme diteruskan di peringkat sekolah menengah.

Dalam penyemakan semula kurikulum Sejarah, unsur patriotisme ini dimasukkan secara tersurat dan secara langsung dalam kandungan kurikulum mata pelajaran Sejarah.

Usaha ini diharap dapat memastikan pemupukan semangat patriotik menjadi lebih berkesan dan peranan guru adalah sangat penting dalam pelaksanaan di bilik darjah.

Huraian sukatan pelajaran (HSP) adalah bahan sokongan yang memperincikan kandungan mata pelajaran sejarah untuk membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, bagi memastikan keberkesanan pemupukan unsur patriotisme di kalangan murid, lajur-lajur Unsur Patriotisme dan Hasil Tingkah Laku patriotisme telah disuratkan secara langsung dalam bahan ini.

Dalam lajur Unsur Patriotisme dan Tingkah Laku Patriotisme telah disuratkan secara langsung dalam bahan ini.

Dalam lanjur Unsur Patriotisme dan Tingkah Laku Patriotisme disenaraikan nilai/iktibar dan unsur patriotisme yang perlu dipupuk melalaui proses pengajaran dan pembelajaran melalui pengetahuan sejarah.

Tingkah Laku Patriotisme menekankan aspek-aspek perubahan tingkah laku yang diyakini akan dilakukan oleh pelajar sama ada semasa atau selepas proses pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan konsep pendidikan sepanjang hayat.

Bagaimanapun, guru boleh menambah nilai/unsur patriotisme yang difikirkan sesuai dan perlu selain daripada yang telah disenaraikan di dalam lajur ini.

Melalui isi kandungan mata pelajaran Sejarah, guru boleh memupuk semangat patriotik dan menimbulkan perasaan bangga tentang sejarah negara. Misalnya semasa guru mengajar tentang Kesultanan Melayu Melaka, murid mengkaji bagaimana empayar Melaka menjadi gemilang dengan kedudukan ekonomi yang mantap, sistem pentadbiran yang cekap dan teratur, keselamatan yang terjamin dan dasar luar yang bijak pada abad ke-15 dan ke-16.

Ketika itu, pengajian Islam dan kesusasteraan berkembang.

Kegemilangan Melaka diakui oleh penulis-penulis olah penulis-penulis Portugis seperti Tome Pires dan Duarte Barbosa.

Tom Pires dalam bukunya ``Suma Oriental'' menulis bahawa siapa yang menguasai Melaka bermakna ia juga menguasai Venice.

Pengetahuan mengenai sejarah Melaka ini boleh menjadi pendorong dan penggerak dan memberi keyakinan bahawa sejarah boleh berulang dan kita berupaya menangani cabaran wawasan 2020 kerana kia telah pernah melakukannya.

Begitu juga dengan penonjolan tokoh/pemimpin. Sepanjang pengajaran dan pembelajaran sejarah tokoh atau pemimpin ditonjolkan mengikut peristiwa yang berlaku dan sumbangan serta pengorbanan tokoh/pemimpin yang dipelajari boleh menanamkan dan memupuk semangat patriotik.

Kandungan teks juga perlu ditulis dengan menggunakan laras bahasa yang dapat menyemarakkan semangat patriotik, perpaduan antara kaum dan integrasi wilayah dan nasional misalnya pernyataan seperti berikut: ``Sejarah membawa kira mengenali jati diri atau asal usul bangsa kita serta boleh menanamkan sifat cintakan bangsa dan setia kepada negara.'' (bab 1, ting. 1, hal. 1). Penerapan nilai boleh berlaku semasa murid membuat rasionalisasi mengenai peristiwa sejarah yang dipelajari. Misalannya murid dipupuk dengan kemahiran mengenal pasti isu dan masalah masa lalu dengan mengkaji sebab musabab, melihat perubahan dan kesinambungan dan melihat kesan dan akibat. Murid juga melihat persamaan dan perbezaan serta membuat pertimbangan nilai tentang isu dan masalah masa lalu.

Nilai-nilai intrinsik juga boleh dipupuk melalui mata pelajaran Sejarah. Sebagai contoh, melalui kerja projek Kajian Sejarah Tempatan semasa murid berinteraksi sesama mereka dan dengan orang sumber dan sebagainya.

Selain itu, nilai-nilai keadilan, kesederhanaan, dan semangat bermasyarakat boleh dipupuk semasa mengajar tajuk tentang pentadbiran dan Perundangan islam.

Pembentukan negara Islam pertama di Madinah yang diasaskan oleh Rasullulah s.a.w adalah berasaskan lunas-lunas kemanusiaan dan keadilan dari segi politik, sosial dan ekonomi seperti yang dianjurkan al_Quran, manakala Piagam Madinah pula menerapkan nilai-nilai semangat bermasyarakat kerana perjanjian bertulis ini mencatatkan mengenai hak dan tanggungjawab pemerintah dengan orang yang diperintah, termasuklah hubungan orang Islam sesama Islam dan antara orang Islam dengan yang bukan Islam.

Nilai-nilai sejagat juga boleh dipupuk semasa muri mempelajari tajuk Agama dan kepercayaan iaitu semua agama dan kepercayaan mementingkan nilai-nilai positif, mengajar manusia mengenai nilai baik hati, menghormati orang tua, bersyukur, berhemah tinggi, menghormati sesama manusia dan mementingkan kebersihan fizikal dan mental. Semangat patriotik boleh diserapkan melalui pelbagai bahan grafik, ilustrasi, puisi melalui soalan-soalan dan aktiviti-aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah Aktiviti-aktiviti yang merupakan gerak kerja murid yang berkaitan dengan tajuk mengikut kurikulum yang dirancang perlu dapat menyumbang kepada proses pembelajaran, seterusnya memupuk nilai dan semangat patriotik

Anda mungkin juga menyukai