Anda di halaman 1dari 5

Pada era global kini tranformasi kurikulum sekolah-sekolah di Malaysia telah banyak melakukan perubahan secara berperingkat.

Dalam sistem pendidikan, perubahan dilakukan iaitu kurikulum sekolah rendah yang baharu telah diperkenalkan dan dilaksanakan secara berperingkat dalam sistem persekolahan di negara ini. Sistem ini bermula pada tahun 2011 dengan murid tahun satu di semua sekolah rendah. Melalui trasformasi kurikulum, Kurikululum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuh serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KBSR telah disemak semula bagi memastikan murid dibekalkan dengan ilmu pengetahuan yang luas, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa. Pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks. Oleh itu guru-guru sedang dilatih untuk memantapkan pengajaran melalui sistem kurikulum baharu. Hal ini penting untuk meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknik P&P menjadi lebih menarik dan interaktif jika menggunakan pendekatan kurikulum baharu. Hal ini kerana ia lebih melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan. KSSR dibawa masuk menggantikan KBSR di dalam sistem pendidikan pada hari ini merupakan salah satu proses penyusunan semula dan penambahbaikkan kurikulum sedia ada. Perkara ini dibuat adalah untuk memastikan anak-anak bangsa Malaysia sentiasa berpengetahuan dan berkemahiran tinggi iaitu sesuai dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran dunia maju. Dalam proses transformasi kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat penanda aras dengan kurikulum negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan setanding dengan pendidikan global. Hal ini berlaku kerana kerajaan dan kementerian pelajaran ingin melonjakkan sistem pendidikan di mata dunia supaya dipadang tinggi oleh negara lain. Sistem pendidikan adalah satu sistem terpenting kerana untuk digelar sebuah negara maju sistem pendidikan yang mamtap perlulah diwujud dan dilaksanakan. Jadi untuk memantapkan sistem pendidikan ini, Kurikulum Standard Sekolah Rendah haruslah diperkenalkan bagi membangunkan industri pendidikan negara agar dikenali negara-negara lain serta dapat melahirkan para pelajar yang berkebolehan tinggi.

Malahan itu, KBSR diganti kepada KSSR juga adalah bertujuan bagi melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kritis dan inovatif. Dalam hal ini, perkara sebegini dapat diihat apabila tunjang-tunjang baru diwujudkan bagi menggantikan tiga bidang KBSR. Dari tunjang-tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR ia telah menggalakkan muridmurid untuk lebih aktif di dalam kelas. Hal in kerana dengan KSSR para pelajar atau murid lebih berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang baru. Malahan itu juga dengan kemasukan KSSR ini minda murid-murid akan lebih terbuka berbanding Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang tidak berfokus kepada ICT. Dalam KSSR penguasaan ilmu, nilai kemasyarakatan dan alam flora dan fauna setempat, negara dan global turut dimuat dalam KSSR. Hal ini penting supaya murid-murid dapat dilatih untuk sentiasa memulihara dan memelihara alam sekitar. Ini juga akan mewujudkan semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan murid sejak dari kecil lagi. Pembelajaran ini penting kerana dengan adanya nilai-nilai cinta akan alam, mereka dapat menjadi individu yang bertanggungjawab dan mencintai alam sekitar pada masa akan datang. Bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah daripada rebungnya. Peribahasa ini haruslah lebih ditekankan dalam pengaplikasian kurikulum baru ini bagi memastikan setiap individu menerima pendidikan dan ilmu yang secukupnya sesuai dengan tahap kumpulan umur, kecerdasan emosi dan perkembangan fizikal murid itu sendiri. Selain itu KSSR dibawa masuk menggantikan KBSR di dalam sistem pendidikan hari ini adalah untuk menyelitkan unsur Kerohanian, Sikap dan Nilai-Nilai yang positif dalam kehidupan. Aspek ini melibatkan perasaan dalaman dan naluri seseorang murid itu sendiri. Hal ini penting bagi memupuk dan melahirkan pelajar yang berwibawa. Perasaan dalaman dan naluri murid adalah seperti penghayatan dalam melaksanakan amalan-amalan agama, kepercayaan kepada Tuhan dan dapat memupuk akhlak yang baik serta nilai-nilai murni di dalam diri setiap individu. Penghayatan ini haruslah diaplikasikan menerusi Modul Asas Teras melalui mata pelajaran Pendidikan Islam bagi murid yang beragama Islam dan Pendidikan Moral bagi murid yang bukan beragama Islam kerana ianya akan menyedarkan murid-murid tentang kepentingan dan kelebihan mempercayai dan mensyukuri kepada Tuhan, berakhlak dengan akhlak yang mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni seperti nilainilai Islam serta nilai murni bagi masyarakat berbilang kaum supaya mereka dapat menjadi individu yang bertanggungjawab, saling hormat menghormati dan berjaya mencapai kebahagiaan diri, keluarga dan masyarakat.

Dengan adanya sikap seperti ini para pelajar akan dapat bersama-sama menonjolkan sikap yang positif kepada seluruh warga negara. Selain daripada itu, kurikulum pendidikan juga menggabungkan jaringan unsur nilai moral dan agama merentasi kurikulum. Bagi mencapai hasrat ini, kurikulum telah menitikberatkan aspek kepemimpinan murid-murid melalui aktiviti ko-kurikulum. Kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah di Malaysia bermatlamat untuk menguatkan hubungan sosial antara masyarakat majmuk di Malaysia. Kurikulum yang seragam dan adil dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu dan menyingkirkan sikap prejudis antara kaum yang terdapat di negara kita. Aspek ko-kurikulum adalah salah satu aspek yang penting dalam kehidupan kerana ia melatih pelajar agar bergaul dengan masyarakat. Di samping itu juga, KSSR, dibawa masuk bagi menggantikan KBSR pada hari ini adalah bagi membuat atu penggabungan beberapa matapelajaran. Melalui penggabungan mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi, ianya akan memberi pendedahan kepada kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara praktikal kepada murid-murid. Murid yang mempelajari sesuatu yang baru secara lebih mudah seperti Microsoft Word, diikuti Microsoft Power Point dan Painting. Penguasaan kemahiran ICT ini tidak akan dinilai sebagai subjek peperiksaan, sebaliknya didedahkan kepada murid Tahun Satu untuk menyuntik nilai tambah dari segi kreativiti dan inovasi murid-murid terhadap bidang teknologi moden dan perubahan-perubahan dalam sistem teknologi. Pengajaran ini memberi peluang kepada mereka pendedahan kepada proses pembelajaran menyeronokkan menerusi kaedah inkuiri, iaitu secara dapatan dan penemuan menarik iaitu secara praktikal terus dan ini dapat membantu perkembangan minda murid-murid menjadi lebih kreatif dan sentiasa dapat menghasilkan idea-idea yang bernas dan bijak. Disamping itu, KSSR dibawa masuk menggantikan KBSR adalah bagi menerapkan elemen kreativiti dan inovasi. Hal ini kerana, sebelum-sebelum ini tiada unsur-unsur kreatif dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Hal ini sangat meruncing kerana bagaimana negara mahu maju jika tiada inovasi dan kretiviti dalam pembelajaran. Jika kita lihat sesebuah negara tidak akan mencapai wawasan kegemilangan jika rakyatnya tidak berfikir secara kreatif. Hal ini disokong hebat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu melancarkan "Malaysia Inovatif 2010" menyatakan bahawa "kunci kejayaan kepada negara-negara maju adalah inovasi dan kreativiti, dan untuk itu Malaysia memerlukan rakyat yang berupaya berfikir secara inovatif dan kreatif". Kenyataan tersebut menunjukkan bahawa keupayaan negara untuk bersaing di peringkat global dalam abad ke 21 memerlukan masyarakat yang berupaya

berfikir secara kreatif dan inovatif agar dapat menghasilkan idea-idea atau penemuanpenemuan baru supaya berupaya berada dibarisan hadapan dalam perlumbaan mengejar kemajuan. Malahan itu jika sekiranya guru tidak mengamalkan budaya inovasi dalam pengajarannya dan hanya mengamalkan strategi pengajaran tradisional yang sama sepertimana yang biasa terdapat di dalam buku teks atau buku latihan, maka pelajar juga akhirnya tidak akan terdorong untuk melakukan inovasi. Hal ini kerana unsur-unsur yang ada dalam sesuatu matapelajaran yang dimuat dalam buku teks adalah terhad jika dibandingkan dengan pencarian tersendiri. Akan tetapi jika pengajaran guru berbeza dari kebiasaan (ada elemen inovasi) maka pelajar akan dapat melihat bahawa kaedah yang digunakan oleh guru berbeza dari apa yang biasa mereka ikuti, maka ini akan mendorong pelajar untuk turut melakukan inovasi dalam kehidupannya . Guru yang melakukan inovasi dalam pendidikan secara tidak langsung akan menjadi "role model" untuk mendorong pelajar melakukan inovasi dalam aktiviti sehariannya. Apabila KSSR menggalakkan seseorang guru itu inovatif dalam pengajaran, maka produktivitinya juga akan meningkat. Jadi akhirnya seseorang guru itu dapat menghasilkan sesuatu yang luar dari kebiasaannya terhadap anak muridnya. Malahan itu, dalam membangunkan dunia pendidikan negara selaras pendidikan negara maju, nilai-nilai pembangunan insan sangat dititikberatkan. Selain itu juga KSSR diwujudkan adalah untuk membangunkan modal insan. Pembangunan insan mestilah bermula dari peringkat kanak-kanak supaya mereka dapat dipupuk dengan nilai murni dan nilai moral yang baik. Selain itu, pemantapan kurikulum juga perlu dengan memperkenalkan mata pelajaran baharu iaitu Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS). Melalui mata pelajaran ini pelajar di sekolah rendah dan menengah diajar mengenai pendidikan kesihatan diri dan pendidikan kesihatan berkaitan seks. Pendidikan sebegini sebenarnya penting. Hal ini kerana bagi membuka minda murid lebih luas. Perkara sebegini amat pening kerana sebelum kudis menjadi tokak perkara yang betul perlulah dititikberatkan dalam pendidikan kerana jika tidak ia akan membawa bahana yang buruk pada anak bangsa masa hadapan. Jadi sebelum terlambat kerajaan perlulah sentiasa menaiktaraf serta menambah segala kekurangan dalam bidang kurikulum pendidikan negara. Apa yang jelas KSSR juga diperkenalkan untuk menangani isu pendidikan seperti kepadatan jadual waktu, bilangan mata pelajaran yang banyak serta keterlaluan penekanan terhadap kecemerlangan akademik. Justeru, terlalu pendekatan sebegini ia

memberi penegasan kepada pelaksanaan kaedah pen-taksiran berasaskan sekolah bagi menjadikan proses P&P lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan. Murid jugs digalak meningkatkan pembabitan dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah. Sesungguhnya pelaksanaan KSSR diharap mampu membantu memperbaharui kurikulum sedia ada serta memastikan segala matlamat sentiasa relevan dengan keperluan pendidikan semasa, sekali gus berfungsi sebagai agen perubahan bagi mencapai objektif melahirkan modal insan terbilang dan berketrampilan tinggi. Akhir sekali Penggantian KBSR kepada KSSR juga telah memperkenalkan sistem band dalam penilaian prestasi kecemerlangan murid.Jika kita menyusuri kembali zaman KBSR, sistem gred ini digunakan untuk menilai tahap prestasi murid pada setiap hujung penggal persekolahan. Sistem penilaian lebih terhad berbanding sistem kurikulum baharu yang menggunakan sistem band. Sistem penilaian gred lebih terhad berbanding band. Hal ini melalui sistem penilaian KSSR ini penilaian murid-murid telah dilakukan secara berterusan.KSSR turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai perkembangan pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan atau kelemahan murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid. Melalui pendekatan baru ini, ia membolehkan guru menilai murid dengan lebih berkesan menerusi standard prestasi yang berupaya menentukan tahap penguasaan mereka mengikut band bermula dari satu hingga enam secara teratur Jadi secara kesimpulannya pengaplikasian KSSR ini juga banyak membantu serta memudahkan perjalanan dalam pengajaran guru-guru dan pembelajaran muridmurid yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya. Melalui cara seperti ini, para murid tidak akan merasa tertekan dalam menjalani proses pembelajaran di sekolah. Bahkan mereka sentiasa berasa seronok dan tertarik dengan teknik pengajaran guruguru selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak . oleh yang demikian, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) ini telah mendukung cita-cita murni dan unggul dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan tujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.

Anda mungkin juga menyukai