Anda di halaman 1dari 5

Kesum (Polygonum minus) adalah sejenis tumbuhan herba dari keluarga Polygonaceae yang terdapat di Malaysia dan negara

yang beriklim tropika. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Vietnam. Ia digunakan sebagai ulaman dan bahan untuk masakan seperti Asam Pedas dan juga Laksa Penang. Tumbuhan ini tumbuh liar di kawasan tanah lembab dan berair seperti di tepi kolam, tepi parit dan juga di kawasan kebun keliling rumah kampung (selalunya di tepi bilik air). Daun kesum merupakan bahagian yang paling banyak digunakan terutamanya dalam masakan. Ia akan menghasilkan rasa masam lemak dan aroma yang cukup menyelerakan setelah dicampurkan dalam masakan. Nama lain bagi kesum adalah seperti Chinese Knotweed (English), Duo mao lio (China), Surudo kudami (Jepun). Walaubagaimana pun ianya adalah spesis yang lain dari Kesum di Malaysia.

Morfologi[sunting | sunting sumber]


Pokok Kesum merupakan sejenis tumbuhan renek yang menjalar di atas tanah atau memanjat pokok yang lain sebagai sokongan. Ketinggian pokok kesum mampu mencapai sehingga 1 meter di kawasan tanah rendah tetapi di kaawasan tanah tinggi seperti di Cameroon Highland, ia mampu tumbuh sehingga setinggi 1.5 meter. Daun kesum berwarna hijau gelap dengan bentuk panjang dan tajam dihujung daun, berukuran 1.5 - 2 cm lebar, dan 5.0 - 7.0 cm panjang. Susunan daun kesum adalah bersilang dalam bilangan 3-5 helai daun pada satu tangkai daun. Batang tua berwarna coklat gelap manakala warna kehijauan terdapat pada bahagian pucuk yang berbentuk selinder dengan ruas yang banyak. Bahagian ruasnya mampu mengeluarkan akar jika berada atas tanah dan ia cepat membesar. Akarn kesum merupakan akar serabut, padat pada bahagian perdu pokok. Bunga kesum mempunyai 4 kelopak berwarna putih keunguan dengan ditengahnya terdapat stigma dan filamen yang juga berwarna putih dan sedikit keunguan. Saiz bunga kesum sangat kecil. Ia tumbuh pada bahagian pucuk terutama pada pokok yang telah berumur lebih dari 4 bulan dan yang menerima 80-100% cahaya matahari. Buah kesum jarang sangat kecil dan hanya boleh dilihat jika diperhatikan dengan betulbetul.

Famili : Polygonaceae Genus : Persicaria Spesies : P. Odorata PENGENALAN Pokok daun kesum adalah antara tumbuhan herba yang paling mudah untuk ditanam, cepat bercambah dan mudah dijaga Ini kerana ia hanya memerlukan kawasan yang lembap dan berair serta sedikit cahaya matahari.

Tumbuhan herba ini berasal dari kawasan Asia Tenggara(Malaysia, Indonesia, Vietnam, Thailand) dan ia tumbuh subur di kawasan yang lembap dan berair di tepi parit dan sekitar tasik. Di Malaysia, biasanya kita akan menanam daun kesum di dalam pasu, tong dan bekas plastik terpakai dan menggunakan apa jua jenis tanah yang boleh menampung kelembapan tanah. Batang daun kesum perlu di rendam di dalam air sehingga tumbuh akar serabut dan akhirnya di pindahkan ke dalam tanah yang lembap. Daun kesum adalah bahan utama bagi masakan laksa, asam pedas dan nasi kerabu kerana ianya membangkitkan rasa enak masakan ditambah dengan aroma yang menyelerakan. Selain itu, pokok daun kesum boleh dijadikan sebagai pokok hiasan di balkoni rumah dan boleh dijadikan sebagai sumber aromaterapi.Bagi pengamal perubatan herba, daun kesum digunakan sebagai ubat untuk mengatasi masalah kesihatan.

POKOK DAUN KESUM

GAMBAR POKOK SEBENAR DI HABITAT ASAL DIPEROLEHI

Anda mungkin juga menyukai