Anda di halaman 1dari 5

Terdapat beratus spesies paku-pakis di hutan hujan Malaysia.

Paku-pakis ataupun nama lainnya pteridofit banyak dijumpai tumbuh meliar di Malaysia disebabkan iklim lembab dan panas yang sesuai untuknya membiak. Terdapat pakupakis yang tumbuh menumpang dahan pokok, tanpa merosakkan pokok yang ditumpang (dikenali sebagai epifit) manakala ada yang tumbuh dari lantai hutan ataupun menjalar atas batu. Di dalam huta, pokok pakis adalah besar menyerupai paying gergasi di atas kayu setinggi 10 meter dengan daun sepanjang 4 meter. Paku pakis mudah dibezakan daripada tumbuhan lain kerana ia adalah tumbuhan yang tidak berbunga dan tidak mempunyai buah ataupun benih, tetapi membiak melalui spora. Paku-pakis boleh didapati dalam berbagai saiz dan boleh tumbuh di atas tanah, di atas tumbuhan dan juga di atas batu. Ciri lain yang menarik adalah pucuk daun muda yang terdapat di dalam satu gelungan ketat, bentuk daun yang berlainan serta susunan dan bentuk sprongium di bahagian hujung, permukaan ataupun di tepi daun, bergantung kepada spesies paku-pakis tersebut. Paku-pakis tidak memainkan peranan yang penting dalam ekonomi Negara. Walau bagaimanapun, ia memainkan tugas utama sebagai penutup lantai hutan yang tebal, menghalang hakisan dan menakluk kawasan di mana pokok telah tumbang. Beberapa spesies pokok paku-pakis boleh dimakan mentah ataupun dimasak terlebih dahulu, manakala ada spesies yang digunakan dalam perubatan tradisional ataupun untuk perhiasan taman.

PAKU MIDING / Stenochlaena palustris

Midin atau nama saintifiknya Stenochlaena palustris adalah tumbuhan liar yang tumbuh di tanah dataran rendah dalam hutan sekunder dan tempat terbuka seperti kebun getah serta gemar menumpang pokok lain. Tumbuhan ini juga antara tanaman semusim rizomatous dan epiphytic dengan akarnya mencengkam di tanah yang biasa didapati di kawasan paya gambut dan air tawar serta hutan belukar. Fronnya tumbuh mendatar dengan pina dan stipnya yang melampai. Daunnya lanseolat hingga oblong-lanseolat, Pinanya linear manakala rizomnya 5 7 mm diameter, hijau muda, licin, dan bersisik-sisik.

Pucuk paku yang lembut, berdaun atau tanpa daun terbuka digunakan sebagai sayur atau ulam. Pelepah berdaun kecil yang mempu-nyai spora biasanya tidak dimakan, manakala warna pelepah berbeza dari hijau muda kepada hijau tua atau kemerahmerahan. Pelepah subur dan warna merah terhasil daripada tindak balas kepada pertukaran persekitaran yang tidak menentu seperti cuaca dan jerebu. Di Sarawak, permintaan terhadap paku midin meningkat dengan keadaan tanah berasid dan cuaca yang panas di kebanyakan tempat menggalakkan pertumbuhan paku midin secara semulajadi. Kesedaran awam terhadap makanan kesihatan dan bebas daripada pencemaran mendorong penggunaan dan permintaan semakin meningkat terhadap sayur midin yang tumbuh secara semulajadi. Pengambilan sayur midin sebagai makanan dijamin selamat dan mengandungi pelbagai khasiat dengan setiap 100 gram pucuk muda mengandungi 4.8 mg zat besi, selain mengandungi vitamin A (beta karotene) yang penting bagi menguatkan penglihatan dan mencegah rabun malam. Selain itu, tumbuhan liar ini kaya dengan mineral terutama fosforus dan kalium. Perubatan secara tradisional percaya pucuk midin mampu mengubati masalah kesihatan seperti penyakit ciri birit dan daunnya yang direbus baik dimakan sebagai ulam.

PAKU MIDING (Stenochlaena palustris)

Ciri-ciri

Klasifikasi

Berupa paku pakis bermakrofil

Kelas : Filicinae

Habitat paku miding ini dapat ditemukan di dataran rendah yang bersuhu lembab dan berair seperti di sekitar rama-rama.

Paku miding ini sering digunakan oleh masyarakat sebagai sayuran untuk bahan masakan

Bertulang daun

Ordo : Polypodiales

Memiliki mesofil (daging daun)

Famili : Blechnaceae

Spora terdapat di bawah daun

Spesies : Stenochlaena palustris

Mempunyai akar, batang, dan daun sejati.

http://fazlisyam.com/2008/10/29/paku-midin/ http://mgmsabrinumismatik.blogspot.com/2010/05/setem-paku-pakis.html

Anda mungkin juga menyukai