Anda di halaman 1dari 28

TISU MERISTEM DAN

PERTUMBUHAN
Tisu yang belum membeza
dalam tumbuhan.

Tisu yang menjalankan


APAKAH ITU pertumbuhan
TISU
MERISTEM? 2 jenis

• Meristem apeks
• Meristem lateral
Definisi pertumbuhan ?
 Pertumbuhan : Proses kekal / tidak berbalik berlaku dari peringkat
zigot sehingga dewasa
 Ditunjukkan oleh pertambahan bilangan sel, saiz, isipadu, jisim badan,
ketinggian, kerencaman fungsi organ
 Melibatkan pembezaan dan pengkhususan sel
 Kepentingan pertumbuhan :
o Membenarkan perkembangan dan kematangan sistem-sistem badan
untuk membolehkan pembiakan berlaku bagi mengekalkan spesies
Zon pertumbuhan sel
1. Zon pembahagian sel
2. Zon pemanjangan sel
3. Zon pembezaan sel
1. Pembahagian sel
◦ Sel membahagi
secara mitosis untuk
menghasilkan 2, 4,
8, 16 sehingga
menjadi sekumpulan
sel yang seiras
induk
Pemanjangan sel
 Sekumpulan sel yang seiras induk akan mengalami pemanjangan sel
 Pemanjangan sel menyebabkan pertambahan saiz sel
 Pertambahan saiz disebabkan oleh pengambilan air dan bahan keperluan seperti garam
mineral, glukosa dan asid amino dari persekitaran
 Bahan yang diserap masuk ke dalam sel digunakan untuk membina protoplasma sel
 Bagi sel tumbuhan, air berkumpul dalam vakuol menyebabkan vakuol membesar dan
sel tumbuhan memanjang – Proses pemvakuolan
Pembezaan sel
 Sel-sel mengalami perubahan bentuk dan
struktur untuk membentuk kumpulan sel
yang khusus
 Kepentingan pembezaan dan pengkhususan
: Membolehkan sel menjalankan fungsi
yang baru dan khusus

i. Pembezaan sel epidermis pada akar


menyebabkan sel membentuk unjuran-
unjuran halus (rerambut akar) bagi
menambah jumlah luas permukaan untuk
penyerapan air dari tanah
◦ Pembezaan sel epidermis pada daun
menghasilkan sel pengawal berbentuk
kacang untuk mengawal buka tutup liang
stoma dan seterusnya mengawal kehilangan
air dari tumbuhan
JENIS
PERTUMBUHAN
PERTUMBUHAN PRIMER
• Pertumbuhan selepas percambahan pada tumbuhan
• Berlaku pada semua tumbuhan – monokotiledon
dan dikotiledon
• Kepentingan : Untuk pemanjangan pokok bagi
mencapai ketinggian maksimum
• Berlaku di meristem apeks pada hujung pucuk
(tunas) dan hujung akar
• Primordium daun dan primodium tunas membentuk daun dan
pucuk baru
• Xilem primer – dibentuk semasa pertumbuhan primer
berfungsi mengangkut air dan garam mineral dari akar ke daun
• Floem primer – dibentuk semasa pertumbuhan primer
berfungsi mengangkut hasil fotosintesis dari daun ke bahagian
lain tumbuhan
Pertumbuhan sekunder
- Berlaku hanya pada batang dan akar tumbuhan dikotiledon yang berkayu
- Berlaku pada meristem lateral yang terdiri daripada kambium vaskular dan kambium gabus
 Kambium vaskular yang terletak di antara xilem dan floem
membahagi secara mitosis
 Sel-sel baru yang terhasil daripada pembahagian kambium
vaskular di sebelah dalam membentuk xilem baru iaitu xilem
sekunder
 Sel-sel baru yang terhasil daripada pembahagian kambium
vaskular di sebelah luar membentuk floem baru iaitu floem
sekunder
 Dinding salur xilem ditebalkan oleh lignin yang kuat dan kalis
air
 Xilem dengan penebalan lignin memberi sokongan mekanikal
kepada tumbuhan
 Xilem primer ditolak ke bahagian tengah batang menyebabkan
tisu-tisu xilem primer dimampatkan
 Floem primer ditolak ke arah epidermis batang
 Lilitan batang bertambah
 Epidermis batang meregang dan merekah
 Tisu gabus di bawah epidermis melindungi batang daripada
serangan serangga dan bakteria apabila epidermis merekah
Pertumbuhan sekunder pada akar dicot
• Kambium vaskular di antara xilem dan floem primer membahagi
untuk membentuk xilem sekunder di sebelah dalam dan floem
sekunder di sebelah luar
• Tisu-tisu primer dimampatkan
• Kambium gabus di bawah epidermis menghasilkan gabus untuk
melindungi tisu akar daripada serangan bacteria apabila epidermis
merekah
PERTUMBUHAN
TUMBUHAN DI
KAWASAN EMPAT MUSIM
gelang tahunan

 Tumbuhan mempunyai gelang tahunan –


terdiri daripada gelang cerah dan gelang
gelap
 Gelang cerah – terdiri daripada xilem besar
yang terbentuk semasa musim bunga
 Gelang gelap – terdiri daripada xilem kecil
yang terbentuk semasa musim sejuk
 Gelang tahunan membolehkan usia pokok
dikira
 Setiap gelang gelap mewakili satu tahun usia
pokok
Pertumbuhan sekunder pada tumbuhan
monokotiledon
 Kebanyakan tumbuhan monokotiledon tidak
mengalami pertumbuhan sekunder
 Pengecualian : Aloe sp. , Agave sp. , Dracaena sp. –
mengalami sedikit pertumbuhan sekunder
 Tumbuhan-tumbuhan ini mempunyai kambium di
bahagian korteks batang dan di sebelah luar berkas
vaskular
 Kambium ini membahagi membentuk berkas vaskular
sekunder dan parenkima sekunder
Kepentingan Pertumbuhan primer
 Pemanjangan pada pucuk dan akar untuk
mencapai ketinggian maksimum bagi tujuan
menyerap cahaya matahari untuk fotosintesis
 Xilem primer mengangkut air dari akar ke
daun dan memberi sedikit sokongan
mekanikal kepada tumbuhan
 Floem primer mengangkut hasil fotosintesis
dari daun ke bahagian lain tumbuhan
 Akar mengalami pertumbuhan primer untuk
memanjang dan mendapatkan air
Kepentingan Pertumbuhan sekunder

 Pertambahan diameter batang


dan akar
 Menambah sokongan dan
pengangkutan pada tumbuhan
 Menghasilkan tisu xilem dan
floem baru untuk
menggantikan xilem dan
floem yang rosak atau tua
Hasil buah-buahan sumber
Kayu balak / kayu yg kuat ekonomi
jana pendapatan negara

Kepentingan
tumbuhan yang
mengalami
pertumbuhan
sekunder

Resin & minyak utk dikomersialkan


Gelang tahunan / corak kayu
menarik utk perabut
Praktis Formatif 1.2
◦ 1. Namakan
tiga zon
pertumbuhan sel
[3 markah]
1. Zon pembahagian sel
2. Zon pemanjangan sel
3. Zon pembezaan sel
Praktis Formatif 1.2
◦ 3. Mengapakah pertumbuhan sekunder penting kepada
tumbuhan? [3 markah]
1. • Pertambahan diameter batang dan akar
2. • Menambah sokongan dan pengangkutan pada tumbuhan
3. • Menghasilkan tisu xilem dan floem baru untuk menggantikan
xilem dan floem yang rosak atau tua
Praktis Formatif 1.2
◦ 4.

Anda mungkin juga menyukai