Anda di halaman 1dari 2

NIAN CHOI SUAN

841125025874

REFLEKSI Saya Nian Choi Suan, No. I/C: 841125-02-5874 amat bersyukur kerana akhirnya juga saya dan ahli kumpulan saya berjaya menyiapkan tugasan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (EDU3105) ini dalam tempoh masa yang diberikan. Tugasan ini memerlukan kami membina satu rancangan pengajaran harian berpandukan Model ASSURE dan menghasilkan satu persembahan elektronik, iaitu powerpoint. Sebelum menjalankan tugasan ini, saya dan ahli kumpulan saya telah mengumpul maklumat tentang Model ASSURE untuk diaplikasikan bagi menghasilkan satu rancangan pengajaran harian yang berkesan. Dengan merujuk maklumat yang kami dapat, kami telah membuat keputusan untuk memilih tajuk Nama Bahagian Anggota Badan, mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1 sebagai tajuk kumpulan kami. Oleh itu, kami pun mula mereka isi-isi rancangan pengajaran harian berpandukan Model ASSURE. Selepas itu, kami menghasilkan satu persembahan elektronik, iaitu persembahan powerpoint sebagai media pengajaran. Kami perlu mengaplikasikan audio, teks, grafik, animasi, video dan perisian yang berkaitan dalam persembahan itu. Setakat inilah cabaran yang terbesar bagi kami semua. Ini disebabkan kami amat kekurangan pengetahuan mengenai Microsoft Powerpoint. Kami terpaksa meminta bantuan daripada kawan-kawan yang mahir dalam program tersebut memberi tunjuk ajar kepada kami. Kami juga bekerjasama mencari bahan-bahan grafik (gambar anggota badan) dan video (lagu Kalau Gembira) dari internet untuk diaplikasikan dalam powerpoint itu. Sepanjang menjalankan tugasan ini, sebenarnya kami juga mengalami begitu banyak masalah untuk mencari bahan memandangkan keadaan internet yang tidak dapat memberikan jaringan yang luas dan banyak laman web yang boleh membantu telah disekat oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia selain kesuntukan masa untuk ke perpustakaan. Kami terpaksa mencari inisiatif lain dengan mencari kedai-kedai makan yang menawarkan perkhidmatan wi-fi bagi

NIAN CHOI SUAN

841125025874

mencari maklumat-maklumat yang diinginkan. Saya juga melakukan rujukan menggunakan internet ketika di rumah, dan juga mencari buku atau segala jenis majalah tentang tajuk ini. Setelah membuat rujukan dan bertanyakan serta bertukar pendapat bersama rakan-rakan, akhirnya saya dapat menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Selain itu, kekangan waktu yang kami hadapi juga antara masalah yang tidak dapat dapat dielakkan. Sebagai seorang pelajar, saya tidak dapat lari daripada kegagalan menguruskan waktu dengan betul. Bebanan tanggungjawab juga menyebabkan saya kadang-kadang terpaksa menangguhkan kerja ini kerana perlu menjalankan tugas-tugas lain. Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk mengatasi masalah-masalah ini pada masa akan datang. Dengan siapnya tugasan kumpulan ini, kami telah memahami

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengaplikasian model pengajaran yang sesuai. Ini dapat menarik minat murid semasa belajar. Selain itu, kami juga memahami cara untuk menghasilkan powerpoint yang baik dan menarik. Kemahiran ini amat berguna dan akan saya gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah saya.

Anda mungkin juga menyukai