Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal: Minggu Praktikum: Tarikh Peristiwa / Kejadian: Tajuk Jurnal:

Ke - 7 Ketujuh 9 September 2013 Masalah murid kurang memberikan tumpuan.

1. Masalah / Peristiwa Setelah 6 minggu pengendalian proses aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bagi matapelajaran Pendidikan Seni Visual, saya dapati dan berpendapat bahawa segelintir murid kurang memberi tumpuan dan perhatian terhadap pelajaran. Terdapat dalam kalangan murid yang melakukan tingkah laku negatif seperti membuat hal sendiri. Masalah ini berkemungkinan berpunca daripada kelemahan guru sendiri dalam mengendalikan kelas dan mewujudkan komunikasi berkesan dalam hubungan guru dengan murid. Ini boleh dikatakan sebagai hubungan interpersonal. Sebagai seorang pendidik atau guru, saya merasakan bahawa guru seharusnya menggunakan corak kepimpinan atau pengendalian yang bersesuaian dan menggunakan teknik yang pelbagai untuk mengendalikan kelas dan mewujudkan interaksi yang berkesan dengan murid-murid menyebabkan taknik ini mempengaruhi pemupukan minat murid terhadap proses pengajaran. 2. Analisis Proses pengajaran dan pembelajaran dan komunikasi yang berkesan seringkali terganggu akibat daripada gangguan-gangguan yang berlaku dalam kelas seperti perhubungan guru dan murid yang tidak mesra, suasana bilik darjah yang kurang kondusif, kurangnya minat murid untuk belajar dan seumpamanya. Semasa proses P dan P berlaku, saya menyedari terdapat murid yang tidak mengendahkan setiap arahan guru dan melakukan aktiviti tidak mengikut proses yang ditunjukkan oleh guru.

3. Cadangan Tindakan Susulan Bagi menangani masalah ini, guru wajar mengaplikasikan kemahiran komunikasi berkesan seperti ciri-ciri pertuturan yang baik dengan bertutur menggunaan kepelbagaian nada. Suara yang bertenaga, tatabahasa yang betul, perkataan yang tepat, mudah difahami, penghentian sejenak yang efektif, serta nadanya penuh dengan perasaan yang menarik perhatian orang yang

berkomunikasi. Untuk menarik minat dan perhatian murid-murid terhadap pelajaran yang diajar, guru juga disaran agar merancang dan melaksanakan aktiviti P&P bercorak permainan. Pengaplikasian teknik menyoal untuk menggalakkan murid-murid menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif juga boleh membantu. 4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Penyampaian arahan yang betul dan penegasan teknik aktiviti yang terancang dan sistematik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: Nama: Tarikh:

Tandatangan: Nama: Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai