Anda di halaman 1dari 9

Tema : Patriotisme TAHUN 4 Arif

TAJUK : KERANAMU MALAYSIA

SAJAK KERANAMU MALAYSIA Sebagai warga persada tercinta Kami sentiasa sedia Mempertaruhkan kudrat Siaga berdiri di medan Pada garis paling hadapan.

Biar berputih tulang Daripada berundur ketakutan Membiar musuh mencuri kesempatan Tanpa rela berputih mata Membiar anak bangsa ditekan dan dihina.
Keranamu Malaysia Kami anak pasca merdeka Bukan sekadar melafazkan setia Malah menyanggupi apa saja Kendatipun nyawa galang gantinya.

SAJAK
Juga dikenali sebagai puisi moden. Peristiwa yang dikemukakan oleh penyajak menyentuh aspek permasalahan, harapan, cita-cita serta impian kehidupan masa kini dan masa hadapan manusia. Penulisan sajak bebas. Struktur sajak : 1. Boleh dipersembahkan dengan pelbagai jenis nada/intonasi.Antaranya nada sinis, nada patriotik, nada malonkolik( sindiran). 2. Tidak dihadkan kepada beberapa baris.

Nada melankolik/nada sedih : - Nada murung yang menggambarkan suasana hati yang sedih. - Tekanan suara lebih rendah dan perlahan serta sesuai untuk puisi yang bertemakan penderitaan, kehampaan dan kerinduan.
Contoh sajak : Buruh Sesungguhnya kamilah deru mesin itu Yang menderu dari sabtu ke sabtu Otot tulang yang sakit adalah otot tulang kami Daging yang koyak adalah daging kami Resah yang serak adalah resah kami Tapi, rungutan takut bukanlah rungutan kami.

Nada sinis : - Menggambarkan suasana hati yang kurang senang. - Tekanan suara agak rendah dan perlahan, iaitu bersesuaian dengan puisi yang bertemakan hal yang tidak disukai atau kurang dipersetujui.
Contoh : Seloka Emak Si Rendang.

Baik budi emak Si Rendang Dagang lalu ditanakkan Tidak berkayu rumah diruntuh Anak pulang kelaparan Anak dipangku diletakkan Kera di hutan disusui!
## Seloka ini menyindir golongan yang lebih mementingkan orang lain daripada keluarga sendiri atau kaumnya.

Nada patriotik: - Menggambarkan suasana hati yang penuh bersemangat. - Tekanan suara lebih tinggi, pantas atau cepat. Sesuai untuk puisi yang bertemakan perjuangan, bercita-cita tinggi, besar dan mulia. Contoh sajak : Keranamu Malaysia

SAJAK KERANAMU MALAYSIA Sebagai warga pesada tercinta Kami sentiasa sedia Mempertaruhkan kudrat Siaga berdiri di medan Pada garis paling hadapan. Biar berputih tulang Daripada berundur ketakutan Membiar musuh mencuri kesempatan Tanpa rela berputih mata Membiar anak bangsa ditekan dan dihina. Keranamu Malaysia Kami anak pasca merdeka Bukan sekadar melafazkan setia Malah menyanggupi apa saja Kendatipun nyawa galang gantinya.

LAGU KERANAMU MALAYSIA Buruh, nelayan dan juga petani Gaya hidup kini dah berubah Anak-anak terasuh mindanya Lahir generasi bijak pandai Pakar IT, pakar ekonomi Jaguh sukan dan juga jutawan Berkereta jenama negara Megah menyusur di jalan raya Alam cyber teknologi terkini Kejayaan semakin hampiri Biar di kota ataupun desa Kita semua pasti merasa bangga

Keranamu kami mendakap tuah Keranamu kami bangsa berjaya Keranamu kami hidup selesa Limpah budi kemakmuran negara
Keranamu kami bebas merdeka Keranamu myawa dipertaruhkan Keranamu rela kami berjuang Demi bangsa kedaulatan negara ( ulang dari mula ) Keranamu Negara Malaysia Malaysia... Terima kasih Malaysia!

Anda mungkin juga menyukai