Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Pengenalan Pergerakan Asas merupakan salah satu daripada sukatan mata pelajaran yang terkandung dalam Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan bagi Semester 2 Ambilan Januarai 2008. Secara amnya, pergerakan asas terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif alatan. Semua pelajar bagi program ini diwajibkan untuk menyiapkan satu tugasan taksiran Kerja Kursus Pendek berkaitan dengan Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor dengan Alatan. Secara terperincinya, kami perlu menyediakan dan melaksanakan satu perancangan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan menggunakan alatan. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara individu. Perancangan yang dilakukan haruslah meliputi tiga pergerakan utama iaitu: i. Lokomotor ii. Bukan lokomotor iii. Manipulatif alatan. 2.0 Matlamat Terdapat pelbagai tujuan tugasan ini dilaksanakan. Antara tujuannya adalah untuk memberi pendedahan, peluang, dan pengalaman berkaitan pergerakan asas kepada individu khususnya guru pelatih. Tujuan utama pengajaran dan pembelajaran Pergerakan Asas adalah bagi membolehkan bakal guru menguasai sesuatu kemahiran atau beberapa kemahiran yang terdapat dalam pergerakan asas ini. Pergerakan asas merupakan salah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan tiga pergerakan utama iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif alatan di samping menguji ketahanan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Selain itu, melalui aktiviti seperti ini juga mampu memupuk semangat toleransi dan kerjasama di samping dapat membentuk kepimpinan serta sahsiah yang baik sebagai seorang bakal guru.

3.0 Objektif i. Memberi kesedaran kepada guru pelatih tentang potensi tubuh badan mereka dalam melakukan pelbagai pergerakan. ii. Menbantu guru pelatih menguasai semua kemahiran pergerakan asas dengan berkesan.. iii.Memperkembangkan kebolehan dalam diri setiap guru pelatih bagi membentuk pergerakan yang kreatif. iv. Memahami dan meningkatkan kemahiran kepimpinan bakal guru dalam membuat perancangan dan strategi. v. Mampu membentuk keperibadian, sikap, akhlak, dan disiplin sebagai seorang bakal guru. 4.0 Tarikh 7 Ogos 2008 5.0 Masa 11.30 pagi 6.0 Tempat Padang bola jaring Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia

7.0 Senarai mengikut susunan perancangan

Jenis Pergerakan Aktiviti lokomotor 1. Guling ke hadapan 2. Guling ke belakang 3. Skip ke hadapan 4. Berjalan pendek 5. Teng-teng bukan lokomotor 1. Berdiri bentuk Y 2. Tekan tubi 3. Lari setempat 4. Hayun tangan 5. Lompat setempat 6. Lompat bintang manipulasi alatan 1. Melanton bola sambil berjalan 2. Berjalan sambil mengimbang bola di kaki 3. Melantun bola sambil mengimbang badan 4. Menggelecek bola sambil berlari 5. Melambung bola ke udara 6. Skkipping sambil berlari 7. Memusingkan gelung dengan tangan 8. Berlari mengundur sambil menggerakkan reben 9. Menggerakkan reben sambil mengimbangkan badan

8.0 Senarai alatan

9.0 Panduan Pelaksanaan Demonstrasi

10.0 Pelan Kedudukan Ujian Amali

11.0 Pelan Pergerakan Ujian Amali

12.0 Rumusan Secara keseluruhannya, pergerakan asas terdiri daripada tiga komponen utama iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif alatan. Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Pergerakan lokomotor melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. Pergerakan bukan lokomotor pula berlaku dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan ini lebih menekankan kepada keseimbangan pergerakan badan. Manipulatif alatan menekankan kepada cara untuk menggayakan atau menggunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk sesuatu gerakan.

Anda mungkin juga menyukai