Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa Tajuk

Jurnal : Ke-6 : Keenam : 3 September 2013 : Masalah Murid Kerap ke Tandas

1. Masalah / Peristiwa Hari ini saya telah mendapati bahawa masalah murid yang terlalu kerap ke tandas semasa saya mengajar di dalam kelas. Masalah ini berlaku semasa sesi P&P Pendidikan Kesihatan kelas 1 Tekun dan 1 Dedikasi. Perkara ini semakin mejadi-jadi dari minggu ke minggu sehinggakan proses pengajaran dan pembelajaran saya terganggu. 2. Analisis Masalah ini timbul adalah kerana murid tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas. Ada murid-murid meminta ke tandas kerana ingin bermain-main di luar kelas dan ke kedai buku. Masalah ini juga berpunca daripada sikap murid yang tidak menggunakan masa rehat yang diberikan sebaiknya untuk ke tandas. 3. Cadangan Tindakan Susulan

a. Saya akan lebih tegas kepada murid bahawa semasa kelas saya tiada siapa yang dibenarkan ke tandas. b. Saya juga akan hanya membenarkan seorang sahaja murid keluar ke tandas sekiranya benar-benar perlu. c. Memberikan kad kebenaran keluar kelas kepada murid.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin dan memaklumkan kepada mereka bahawa hanya pada waktu rehat sahaja mereka dibenarkan ke tandas.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Anda mungkin juga menyukai