Anda di halaman 1dari 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA

KERTAS KERJA PERTANDINGAN PIDATO INTEGRITI PENDIDIK BERINTEGRITI TERAS PENCAPAIAN 1 MALAYSIA (WAJ 3113 PERSATUAN)

ANJURAN: PERSATUAN BAHASA MELAYU (UNIT BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2011) IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU TEMPAT: DEWAN TUN FATIMAH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU TARIKH: 25 September 2013 KERTAS KERJA

PERTANDINGAN PIDATO INTEGRITI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU 1.0 PENDAHULUAN : Pertandingan pidato integriti merupakan satu pertandingan yang dilaksanakan dan dijadikan sebagai aktiviti tahunan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) sejak tahun 2010. Pertandingan ini dilaksanakan untuk mendedahkan kepada para guru pelatih di seluruh IPGM di Malaysia tentang kepentingan integriti dalam diri serta menerapkan nilai-nilai integriti dalam diri anak-anak didik setelah menjadi guru kelak. Atas dasar itu, pertandingan pidato integriti ini dilaksanakan disamping mencungkil bakat para guru pelatih di IPG Kampus Perempuan Melayu. 2.0 RASIONAL : Pertandingan Pidato Integriti merupakan satu program yang diadakan bagi melaksanakan tuntutan mata pelajaran Persatuan (WAJ 3113) di bawah Persatuan Bahasa Melayu. Program ini adalah anjuran PISMP Pengajian Melayu Ambilan Januari 2011 dengan kerjasama Unit Kokurikulum IPG Kampus Perempuan Melayu. Pertandingan Pidato Integriti ini adalah satu medan untuk mengupas bakat terpendam guru pelatih dalam pengucapan awam selain mencari calon yang terbaik bagi mewakili IPGK PM dalam mana-mana pertandingan pidato yang dianjurkan. Pertandingan ini juga bertujuan untuk memperkukuh perlaksanaan agenda integriti nasional oleh para guru melalui pengamalan prinsip-prinsip integriti dalam setiap tindakan khususnya. Selain itu, pertandingan ini dijalankan untuk mendedahkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran, dan nilai profesionalisme keguruan dalam GERKO Persatuan. Selain itu, memberikan peluang kepada pelajar meningkatkan kreativiti dan keyakinan diri dalam perancangan dan pengurusan GERKO Persatuan. Pertandingan ini juga dapat menggalakkan pelajar menghayati nilainilai murni serta mengamalkan sikap positif secara berterusan melalui penglibatan aktif dalam aktiviti berpasukan dan menjadi penasihat persatuan yang berkesan di sekolah kelak.

3.0

OBJEKTIF : 1. Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, dan nilai profesionalisme keguruan dalam GERKO Persatuan 2. Memberi peluang kepada pelajar meningkatkan kreativiti dan keyakinan diri dalam perancangan dan pengurusan GERKO Persatuan.. 3. Menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkan sikap positif secara berterusan melalui penglibatan aktif dalam aktiviti berpersatuan. 4. Menjadi penasihat persatuan yang berkesan di sekolah kelak. 5. Mencungkil bakat terpendam dan mendedahkan kepimpinan kepada bakal guru melalui pengurusan organisasi program yang dianjurkan.

4.0

BUTIRAN PROGRAM a. TEMA : " Pendidikan Berintegriti Teras Pencapaian 1 Malaysia " b. TARIKH AKTIVITI 25 September 2013 c. LOKASI AKTIVITI : Dewan Tun Fatimah, IPG Kampus Perempuan Melayu d. PENGANJUR : PERSATUAN BAHASA MELAYU (UNIT BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2011) IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU e. KUMPULAN SASARAN : Pertandingan Pidato Integriti ini akan melibatkan semua guru pelatih IPG Kampus Perempuan Melayu. :

5.0

ANGGARAN PERBELANJAAN Bil. Maklumat Perbelanjaan 1 Air Mineral Kuantiti / Unit Untuk guru pelatih = 30 botol Pengadil = 10 botol 2 3 4 5 Sijil Penyertaan Sijil Penghargaan Cenderahati Hamper 20 keping 20 keping 5 buah RM30 x 3 = RM90 6 Makanan Pelajar = RM3 x 20 = RM60 Pengadil = RM3 x 5 = RM15 7 Hadiah cabutan bertuah 10 unit RM200 RM365 RM75 RM90 Stor pusat Stor pusat Stor pusat Stor pusat Biaya (RM) Catatan

JUMLAH KESELURUHAN =

6.0

JAWATANKUASA PERTANDINGAN PIDATO INTEGRITI JAWATANKUASA INDUK Pensyarah penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari JAWATANKUASA KERJA AJK Persiapan tempat AJK Teknikal : Zulaikha Aira Abd Wahab Nadatul Husna Badarudin : Maryam Norazan Siti Zuraidah Ehsan AJK Dokumentasi AJK Makanan AJK Publisiti & Buku Program AJK Pendaftaran AJK Cenderamata & Sijil AJK Persembahan : Nor Maizatulfitri Kamruddin Nor Fitri Zainal Abidin : Fathimah Nurhanisah Zailani Nur Thahirah Yusni : Nurraazimah Mohd Yaman Nurazwin Zulcapele : Nur Halimah Mahat Raudah Saidin : Nur Hazirah Rosli Noor Dayana Hamid : Siti Aishah Mohd Ozib Nurshuhada Abu Bakar : Puan Noor Sham Sabtu : Norhasiah Atan : NurulHidayah Mohd Sawal : Rabiatul Adawiyah Abdul Ghafar : Marinah Mahmud

7.0

TENTATIF PROGRAM Sila rujuk LAMPIRAN A

8.0

SYARAT DAN PERATURAN Sila rujuk LAMPIRAN B

9.0

PENUTUP Diharapkan semoga pertandingan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan juga mampu untuk mencapai objektif-objektif yang telah digariskan. Sekalung apresiasi kepada semua pihak yang sanggup menolong kami untuk menjayakan program ini. Semoga Allah akan membalas semua usaha kita dengan sebaiknya. Amin

LAMPIRAN A

TENTATIF PROGRAM PERTANDINGAN PIDATO INTEGRITI PERINGKAT IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

DEWAN TUN FATIMAH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU 25 SEPTEMBER 2013

09.00 malam 09.15 malam 09.20 malam 10.20 malam 10.35 malam 10.50 malam 11.00 malam

: : ; : : : :

Pendaftaran peserta dan panel hakim Bacaan doa Pertandingan Pidato Integriti Persembahan Dondang Sayang dan Pantun Cabutan Bertuah Penyampaian hadiah dan cenderahati Bersurai

LAMPIRAN B PERATURAN PERTANDINGAN PIDATO INTEGRITI PERINGKAT IPGM KAMPUS PEREMPUAN MELAYU 1.0 TEMA Pendidik berintegriti teras pencapaian 1 Malaysia 2.0 FORMAT PERTANDINGAN 2.1 Pertandingan akan diadakan dalam satu bahagian. Setiap peserta akan bertanding dalam bahagian tersebut. Pemidato akan menyampaikan pidato masing-masing dengan tajuk yang telah dipilih lebih awal. 3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 3.9 Pemidato akan menyediakan 1 buah pidato. Pemidato akan diberi masa lima (5) minit untuk menyampaikan pidatonya. Loceng akan dibunyikan sekali pada minit ke-4 dan dua kali pada minit ke-5 menandakan masa telah tamat. Sebarang penyampaian selepas loceng penamat dibunyikan tidak dipertimbangkan oleh pihak juri untuk memberikan markah. Pemidato yang membaca teks semasa berpidato akan dipotong markah persembahan. Masa akan bermula sebaik sahaja peserta memulakan penyampaiannya. Kritikan terhadap isu-isu sensitif berkaitan dengan agama, bangsa, politik dan kebudayaan atau peribadi seseorang adalah dilarang. Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan juga dilarang. Pengerusi pidato dilantik dalam kalangan pelajar.

4.0

PEMILIHAN TAJUK 4.1 Tajuk-tajuk pidato telah ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelolaan Pertandingan. Sila rujuk Lampiran B (1)

5.0

PERATURAN PEMARKAHAN 5.1 Pidato 5.1.1 Isi (40 markah) Pemidato diadili daripada aspek penyampaian isi yang bernas, tepat dan jitu. Susunan isi kemas, data daripada sumber yang tepat dan logik serta huraian yang baik dan lancar. Keaslian isi dan persembahan susunan isi turut diambil kira dalam pemberian markah. 5.1.2 Bahasa (30 markah) Pemidato akan diadili daripada aspek bahasa yang jelas dan tepat, pemilihan kata yang sesuai dan menarik, indah dan santun serta tatabahasa yang betul. 5.1.3 Persembahan (30 markah) Pemidato akan diadili daripada aspek persembahan yang lancar, licin, menunjukkan keyakinan diri, gaya yang menarik, nada, intonasi dan jeda yang sesuai serta bahasa badan yang sesuai dan penampilan diri yang kemas dan santun. 5.2 Pemarkahan muktamad Keputusan muktamad akan dikira berdasarkan markah purata kedu-dua bahagian pidato. Panduan pemarkahan adalah seperti berikut : Jumlah Pidato Bahagian Pertama + Pidato Bahagian Kedua, dibahagi dua dan dapatkan jumlah akhir.

Pidato Bahagian Pertama + Pidato Bahagian Kedua ___________________________________________ 2

JUMLAH

LAMPIRAN B (1) TAJUK-TAJUK : 1. Pendidik Berintegriti Negara Berkualiti 2. Pendidik Berintegriti Pemangkin 1 Bahasa, 1 Bangsa, 1 Negara 3. Pendidik Berintegriti Pemangkin 1Malaysia 4. Pendidik Berintegriti Pelajar Bermaruah Tinggi 5. Pendidik Berintegriti Bahasa Berkualiti 6. Pendidik Berintegriti Bangsa Berkualiti 7. Pendidik Berintegriti Pendidikan Berkualiti 8. Pendidik Berintegriti Negara Dihormati 9. Pendidik Berintegriti Pelajar Disayangi 10. Pendidik Berintegriti Merangsang Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia 11. Pengukuhan Integriti Tanggungjawab Pendidik 12. Pemantapan 1 Bahasa, 1 Bangsa, 1 Negara : Guru Berintegriti Jawapan Terbaik 13. Pembudayaan Integriti Bermula Daripada Pendidik Berintegriti 14. Pendidik Berintegriti Menjana Modal Insan Kelas Pertama 15. Globalisasi Cabaran Pendidik Berintegriti

Anda mungkin juga menyukai