Anda di halaman 1dari 14

PENDAHULUAN Indonesia mengamalkan demokrasi berparlimen bermula pada tahun 1950 sehingga 1957.

1 Dari segi etimologi, demokrasi dari bahasa Yunani iaitu demos, yang bermaksud rakyat atau penduduk suatu tempat, dan cratein atau cratos bermaksud kedaulatan atau kekeuasaan.2 Dari segi bahasa demokrasi bermaksud sistem pemerintahan oleh rakyat menerusi wakil-wakil mereka yang dipilih dalam pilihan raya.3 Stefeno Bertolini, mengembangkan definisi demokrasi sebagai: A series of rights and procedures among which unquestionably has to be included the regular holding of elections which must be free, correct inclusive, and contestable.4 Sidney Hook mendefinisikan demokrasi sebagai suatu bentuk pemerintahan di mana keputusan pemerintahan yang penting secara langsung dan tidak langsung terserah kepada suara majoriti dan diberikan secara bebas kepada rakyat.5 Menurut Schumpeter, demokrasi didefinisikan sebagai government approved by people.6 Demokrasi ini menekankan tanggungjawab kabinet kepada parlimen, di Indonesia Presiden hanya sebagai lambang dari kekuasaan negara dan demokrasi berparlimen tidak mampu membangun secara sihat di Indonesia.7 Pada masa ini kepentingan-kepentingan golongan tertentu mengatasi kepentingan negara, menurut Prof. M. C.

Sistem parlimen yang berlaku sebulan selepas kemerdekaan di proklamasikan dan kemudian diperkuatkan lagi dengan Undang-Undang Dasar (UUD) 1945 dan 1950. Demokrasi berparlimen ini juga dikenali sebagai demokrasi liberal yang diharapkan mampu membangunkan sistem pemerintahan di Indonesia. Lihat Drs. M. Rusli Karim, Perjalanan Partai Politik di Indonesia: Sebuah Potret Pasang Surut, Jakarta: C. V. Rajawali, 1983, hlm. 110. 2 Zulfikri Suleman, Demokrasi Untuk Indonesia: Pemikiran Politik Bung Hatta, Jakarta: Kompas Media Nusantara, 2010, hlm. 115. 3 Kamus Dewan Cetakan Kedua, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, hlm 247. 4 Stefano Bartolini, Collusion, Competition, and Democracy, Journal of Theoritical Politics 11 (4), 1999, hlm. 449. 5 Sidney Hook, Letters of Sidney Hook: Democracy, Communism, and the Cold War, New York: M. E. Sharpe, 1995, hlm. 11. 6 Demokrasi adalah sebagai peraturan rasmi yang disusun untuk melaksanakan pemilihan secara bebas dan adil. Lihat Joseph A. Schumpeter, Capitalism, Socialism, and Democracy, London: George Allen and Unwin Ltd., 1976, hlm. 268. 7 S. Takdir Alisjohvana, Revolusi Masyarakat dan Kebudayaan di Indonesia , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1966, hlm. 163.

Rickliefs, tempoh antara 1950 sehingga 1957 merupakan tempoh eksperimen dengan demokrasi kerana Indonesia tidak mempunyai pengalaman demokrasi dalam sejarahnya. Walaupun pada 1950 sehingga 1957 merupakan tempoh yang paling bebas dalam sejarah politik Indonesia tetapi pelaksanaan demokrasi berparlimen tidak berjaya di kepulauan ini. Hal ini disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya, ialah masalah politik kerajaan yang melibatkan kelemahan pentadbiran dalaman sehingga membawa kepada pilihan raya umum 1955, serta penguasaan tentera dalam politik Indonesia. Selain itu, terdapat juga faktor kelemahan ekonomi dan sosial di Indonesia yang mendorong kepada kegagalan sistem demokrasi berparlimen di Indonesia. MASALAH POLITIK KERAJAAN INDONESIA. Semenjak November 1945, lebih daripada 20 buah parti politik telah ditubuhkan. Parti Masjumi merupakan parti yang terkuat pada awal 50-an,8 Masjumi ditubuhkan oleh Mohammed Natsir9 yang memberatkan kepada kebangkitan semula Islam. Baginya pembaharuan hendaklah dilakukan tanpa memberi kesan kepada kepercayaan Al-Quran dan As-Sunah. Pada September 1950 sehingga 1955 kepimpinan Natsir mendapat sokongan daripada Parti Sosialis (PSI) selepas gagal bekerjasama dengan Parti Nasionalis Indonesia (PNI). Sukarno mencadangkan agar Islam dipulihkan semula tanpa meninggalkan sepatah perkataan daripada Sunah untuk mencapai kemajuan Natsir membantah cadangan ini dan menganggap Sukarno sebagai pendusta apabila Sukarno menggelarkan dirinya sebagai Islam dan Marxis.10 Semasa pemerintahan Natsir, ekonomi menjadi lebih baik kerana dasar Natsir yang ingin meningkatkan ekonomi. Dasar

Parti Masjumi (Madjlis Sjuro Muslimin Indonesia) ditubuhkan oleh orang Jepun pada November 1943 sebagai helah untuk menyampaikan kehendak dan kemahuan Jepun terhadap masyarakat Islam secara keseluruhannya. Ini termasuklah ahli-ahli pembaharuan yang tergolong dalam organisasi Muhamadijah serta Islam ortodoks Nahdatul Ulama; sebagai tambahan badan politik Islam seperti PSII dan parti Islam Indonesia di bawah Dr. Sukiman telah menyertai Masjumi setelah mereka diharamkan dan bergiat aktif pada tahun 1945. Lihat, Abd Aziz Hitam (terj.), Sejarah Indonesia Abad ke-20, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm. 198. 9 Mohammed Natsir merupakan seorang guru besar sebelum perang di sekolah pemulihan Islam di Bandung. Rujuk, Abd Aziz Hitam (terj.), Sejarah Indonesia Abad ke-20, hlm. 198. 10 Suli Sulieman (terj.), Indonesia Bangkit, Jakarta: Universitas Indon, 1981, hlm. 25.

ekonomi yang diperkenalkan oleh Natsir adalah berbentuk sosialisme yang sesuai bagi masyarakat Indonesia bukan berbentuk marxis, tetapi suatu aliran yang beragama yang menekankan kepada tanggungjawab individu.11 Islam meliputi segala persaingan yang sihat yang dapat menambahkan pengeluaran dan dapat membaiki mutu pengeluaran. Hal ini bertentangan dengan Sukarno dan PNI yang menolak kemajuan ekonomi dan ditambah pula dengan sikap tidak berpuas hati Sukarno pada kedudukannya iaitu seorang presiden yang tidak mempunyai kuasa.12 Pemerintahan Natsir tidak bertahan lama dan hanya berusia selama enam bulan sahaja. Pemerintahan Natsir mengalami masalah berhubung dengan isu Irian Barat,13 masalah berkenaan dengan pemilihan anggota-anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR). Natsir terpaksa meletak jawatan kerana masalah dalaman partinya iaitu, perbezaan pendirian dengan Soekiman. Pemerintahan Natsir menjadi lemah kerana tiada sokongan daripada parti-parti kecil dalam pemerintahan.14 Kedudukan Natsir kuat tetapi sikap tenangnya telah memakan diri beliau. Natsir tidak mempunyai keinginan untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan Belanda dan telah membuat pinjaman yang bernilai sebanyak 70 juta dolar Amerika. Hal ini telah membahayakan kedudukan beliau. Natsir terpaksa meletak jawatan pada bulan Mac 1951.15 Pemerintahan berikutnya dipimpin oleh Dr. Sukiman Wirjosanjoyo 16 daripada parti lain Masyumi. Di bawah kepimpinan Sukiman, pemerintahan beliau memperlihatkan prasangka barat yang konservatif. Kabinet baru telah ditubuhkan dengan kemasukan Parti Nasional Indonesia

11

George Mc. Turnan Kahin, Kerajaan dan Politik Antarabangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982, hlm. 262. 12 Abd Aziz Hitam (terj.), Sejarah Indonesia Abad ke-20, hlm. 199. 13 Indonesia menuntut Irian Barat daripada Belanda. Iarian Barat merupakan masalah simbolik yang diabaikan oleh pemerintah di atas risiko mereka sendiri. Irian Barat dijadikan bahan untuk berpolitik dan isu Irian Barat ini gagal mencapai penyelesaian. Lihat, Michael Leifer, Politik Luar Negeri Indonesia, Jakarta: PT Gramedia, 1986, hlm. 44. 14 Wilopo, Zaman Pemerintahan Partai-Partai dan Kelemahan-Kelemahannya, Jakarta: Yayasan Idayu, 1976, hlm. 22. 15 Michael Leifer, Politik Luar Negeri Indonesia, hlm. 47. 16 Dr Sukiman mewakili orang jawa dalam gerakan pemulihan Islam dan memainkan peranan yang lebih besar dalam Masjumi namun masih ada rasa tidak puas hati yang timbul dalam kalangan golongan kiai dan ulama yang pernah bersatu menentang perubahan dalam Nahdatu Ulama. Rujuk Aziz Hitam (terj.), Sejarah Indonesia Abad ke-20, hlm. 201.

(PNI) sebagai anggota.17 Kabinet yang ditubuhkan oleh Dr. Sukiman tidak sukar untuk mendapatkan kepercayaan daripada Dewan Perwakilan Rakyat (DPR). Di dalam kabinet baru ini telah menonjolkan usaha setiap parti untuk merealisasikan program politik masing-masing. Sukarno selesa dalam pembentukan kabinet baru ini kerana Sukarno dapat bergerak bebas dan mendapat peruntukan wang. Selain itu, orang-orang PNI juga diangkat menjadi gabenor di Jawa Barat dan Sulawesi oleh Menteri Dalam Negeri Iskak, hal ini telah menimbulkan tentangan dari pihak Masjumi. Menteri Kehakiman Mohammad Yamin telah membebaskan 950 orang tahanan SOB. Hal ini telah di tentang oleh Perdana Menteri dan anggota-anggota kabinet yang lainnya. 17 000 orang telah ditangkap semula oleh tentera dan ini telah menyebabkan Yamin meletakkan jawatan.18 Pada tahun 1952, Sukiman telah membuat persetujuan rahsia iaitu kerjasama antara Indonesia dengan Amerika Syarikat untuk menentang Komunis. Parti Komunis Indonesia (PKI) menentang keras penggabungan PNI dengan Masjumi dan PKI berusaha meningkatkan ahli seramai 100 000 orang pada tahun 1952 dan telah meningkat kepada 165 206 pada tahun 1954 dan PKI cuba menjalankan dasar berbaik dengan Sukarno.19 Masalah Kerjasama dengan

Amerika mula melemahkan kabinet apabila Menteri Luar Negeri Soebardjo menerima bantuan Amerika Syarikat berdasarkan syarat-syarat Mutual Security Act 1951 (MSA).20 Tindakan ini dianggap sebagai tindakan yang bijak sehingga telah menyimpang dari asas politik luar negera yang bebas aktif. Isu MSA menimbulkan banyak kecurigaan memandangkan Menteri Luar

Terdapat parti-parti kecil di bawah Masjumi yang masih diperlukan sebagai tunjang kepada parti iaitu parti PIR (Persatuan Indonesia Raya), Parti Katholik, Parkindo (Parti Kristien Indonesia), Parindra, Parti Buruh, Parti Demokrat dan dua orang yang tidak berpati. Lihat, Wilopo, Zaman Pemerintahan Partai-Partai dan KelemahanKelemahannya, hlm. 23. 18 Wilopo, Zaman Pemerintahan Partai-Partai dan Kelemahan-Kelemahannya, hlm. 24. 19 Sri Soemantri Sh, Partai Politik Sistem Kepartaian dan Sistim Pemilihan Umum di Indonesia , Bandung: Yayasan Pendidikan Bunda, 1934, hlm. 92. 20 Persetujuan ketenteraan dan ekonomi oleh Menteri Luar Negeri Ahmad Soebardjo dan duta besar Amerika Merle Cochran, Soebardjo menggambarkan tawaran bantuan tentera itu sebagai muncul pada saat psikologi yang tepat sebagai peringatan kepada pemberontakan oleh gerakan Darul Islam di Jawa barat. Negara penerima bantuan tentera perlu menyumbang sepenuhnya kepada pengembangan dan pemeliharaan kekuatan pertahanan sendiri. Hal ini bertentangan dengan prinsip-prinsip kebijaksanaan luar negara Indonesia yang telah di tetapkan. Rujuk, Michael Leifer, Politik Luar Negeri Indonesia, hlm. 49.

17

Negeri mengamalkan diplomasi tertutup kerana telah mengadakan komitmen-komitmen dengan Amerika Syarikat tanpa diketahui oleh Kabinet kecuali Perdana Menteri.21 Masalah ini dibincangkan di dalam Kabinet dan telah menimbulkan debat yang sengit di antara menterimenteri. Menteri Luar Negeri meletakkan jawatan dan kabinet Sukiman terpaksa menyerahkan kembali mandatnya.22 Kabinet Sukiman secara umum telah mendedahkan pemerintahannya yang tidak peka dan tidak bijak menangani masalah dan isu luar negeri. Pada April 1952, Wilopo dari PNI telah menggantikan Dr. Sukiman sebagai Perdana Menteri. Pentadbiran parti adalah hasil gabungan PNI dan Masjumi tetapi dengan dasar pentadbiran yang berbeza.23 Oleh itu, PNI berusaha mencari sokongan untuk melambatkan pilihan raya dan telah bekerjasama dengan PKI. Masjumi pula telah mendapat sokongan PSI (Parti Sosialis Indonesia). PNI menjadi sebuah parti yang besar di Indonesia dan Masjumi pula menjadi lemah.24 Ketegangan politik pada ketika ini ditekankan lagi dengan keadaan ekonomi yang agak suram terutama ketika jatuhnya harga barang-barang eksport Indonesia. Selain itu, pengurangan bilangan ketenteraan kementerian Pertahanan dilakukan secara besar-besaran.25 Kerajaan Wilopo akhirnya jatuh akibat peristiwa Tanjung Morowa26 serta masalah perselisihan faham antara Masjumi dan PNI yang telah membawa kepada perpecahan dalam parti. Perdana

Wilopo, Zaman Pemerintahan Partai-Partai dan Kelemahan-Kelemahannya, hlm. 24. Perdana Menteri Sukiman telah diberitahu mengenai rundingan ini tetapi tidak diajak berbincang mengenai syaratsyarat MSA ketika berita ini diketahui umum pemerintah merasa sangat dipermalukan. Pengunduran Kabinet Sukiman terjadi pada bulan Februari 1952 dalam suasana kemarahan. Lihat, Michael Leifer, Politik Luar Negeri Indonesia, hlm. 49. 23 Dasar pentadbiran Wilopo yang telah mengubah dasar dan kelompok yang terdiri daripada beberapa wakil rakyat dalam parlimen yang terdiri daripada satu parti. Rujuk Lihat, Michael Leifer, Politik Luar Negeri Indonesia, hlm. 50. 24 Masjumi menjadi lemah dengan keluarnya Nahdatul Ulama yang sememangnya memp-unyai sokongan kuat daripada masyarakat Jawa Timur dan Jawa Tengah. Nahdatul Ulama telah bekerjasama dengan PKI dan PNI, hal ini telah menyebabkan parti PNI menjadi lebih besar dan kaut. Abd Aziz Hitam (terj.), Sejarah Indonesia Abad ke-20, hlm. 206. 25 Telah berlaku perdebatan sengit di DPR mengenai pro dan kontra kebijaksanaan Kementerian Pertahanan dan Pimpinan angkatan tentera darat. Kepimpinan Kementerian Pertahanan dicurigai dan digesa untuk di penstrukturan semula. Suasana panas dan tegang telah menyebabkan meletusnya demonstrasi di Istana Negara pada 17 Oktober 1952. Lihat Wilopo, Zaman Pemerintahan Partai-Partai dan Kelemahan-Kelemahannya, hlm. 30. 26 Peristiwa Tanjung Morowa ialah peristiwa tentang pengembalian tanah Deli Planters Vereniging (D. P. V.) yang bertahun-tahun ditinggalkan dan telah diusahakan oleh petani Sumatera Utara (Cina dan Indonesia). Peristiwa ini telah
22

21

Menteri Wilopo telah menyerahkan mandatnya kembali pada 2 Jun 1953.27 Kabinet baru di bawah pimpinan Ali Sasrtoamidjojo adalah hasil dari gabungan parti yang terdiri daripada PNI, Nahdatul Ulama dan parti-parti nasionalis dan parti-parti Islam kecil yang mendapat sokongan dari PKI. Kabinet Ali telah mengamalkan dasar mengindonesiakan28 dengan lebih tegas terutama dalam bidang import, bank dan perkapalan sehingga mengakibatkan kenaikan kadar inflasi dan menjatuhkan nilai matawang. Ali telah melaksanakan Persidangan Afro Asia Bandung pada bulan April 1955. Afro Asia melibatkan pemimpin-pemimpin daripada 30 buah negara merdeka yang bertujuan untuk mewujudkan blok negara yang ingin meneruskan dasar berkecuali iaitu tidak memihak kepada Amerika mahupun Rusia.29 Pada bulan Julai 1955 pucuk pimpinan tentera telah enggan menerima calon yang dikemukakan oleh Kabinet Ali untuk mengisi jawatan ketua turus angkatan bersenjata dan pemerintahan Ali tidak mampu mengawal angkatan bersenjata. Konflik ini berlarutan sehingga menyebabkan Kabinet Ali telah tumpas. Wujudnya parti politik yang banyak ini telah mewujudkan sistem pelbagai parti.30 Berpuluhpuluh parti yang wujud tetapi hanya sebilangan kecil sahaja yang mempunyai kepentingan di Jakarta. Setiap parti politik mempunyai ideologi yang berbeza dan ini telah mencetuskan permusuhan di antara setiap parti politik. Hal ini telah mengakibatkan ketidakstabilan politik di Indonesia dan dapat dilihat dengan jatuh bangunnya kabinet di sekitar tahun 1950 hingga 1955. Keadaan ini seterusnya meruntuhkan sistem demokrasi berparlimen di Indonesia.

melibatkan kematian lima orang (4 Cina dan 1 Indonesia). Untuk semakan lanjut sila rujuk Wilopo, Zaman Pemerintahan Partai-Partai dan Kelemahan-Kelemahannya, hlm. 30. 27 Wilopo, Zaman Pemerintahan Partai-Partai dan Kelemahan-Kelemahannya, hlm. 34. 28 Memberi keutamaan kemudahan-kemudahan kredit dan pelesenan kepada ahli perniagaan kebangsaan Indonesia. Lihat George Mc. Turnan Kahin, Kerajaan dan Politik Antarabangsa, hlm. 264. 29 Persidangan ini telah merapatkan lagi hubungan antara Indonesia dan China. Hal ini telah mengangkat kedudukan orang Cina di Indonesia kerana mereka bebas memilih sama ada untuk menjadi warganegara Indonesia ataupun China. Rujuk George Mc. Turnan Kahin, Kerajaan dan Politik Antarabangsa, hlm. 264. 30 Wilopo, Zaman Pemerintahan Partai-Partai dan Kelemahan-Kelemahannya, hlm. 38.

KELEMAHAN SISTEM PILIHAN RAYA UMUM 1955. Walaupun kerajaan Ali telah meletakkan jawatan namun pilihan raya yang pertama tetap diadakan seperti yang dirancangkan pada bulan September 1955. Dalam pilihan raya ini, setiap rakyat Indonesia yang berumur 18 tahun ke atas (atau lebih muda jika sudah berkahwin) dibolehkan mengundi dan ini merupakan suatu peristiwa yang unik dalam sejarah Indonesia.31 Apabila pendaftaran mengundi diadakan pada bulan Mei 1954, jumlah pengundinya ialah seramai 43 juta orang. Jumlah penduduk waktu itu telah meningkat kepada 77 juta, dua pertiga daripada jumlah ini (51) tinggal di Jawa.32 Malangnya pilihan raya ini diragui kerana telah dijalankan dengan cara yang tidak berkesan di seluruh Indonesia, dan di kawasan pedalaman desa, seorang Lurah yang bijak akan pasti dapat menentukan hasilnya terlebih dahulu. Seorang Lurah itu sering berusaha mendapatkan nasihat dan lebih kerap pula memberitahu penduduk desa supaya mengundi mereka dalam pilihan raya supaya mereka mendapat keputusan yang diharapkan. Di kawasan yang lebih padat penduduk, wakil parti akan memasuki desa dan berusaha sedaya upaya mempengaruhi rakyat dengan janji manis serta mengugut rakyat. 33 Hasil pilihan raya berparlimen ini, PNI, PKI dan NU telah memperoleh 85 peratus undian daripada penyokong dijawa dan ini telah menumpaskan Majumi yang hanya bergantung pada sokongan penduduk di luar pulau sahaja. Keputusan pilihan raya umum ini telah memperlihatkan penyamaan antara Parti Islam dan bukan Islam. PKI dan PNI menang besar manakala Masjumi dan PSI kalah teruk. Parti PSI Cuma mendapat 1/3 daripada kekuatan asalnya di parlimen membuktikan bahawa elit tidak mendapat sokongan ramai di negara baru Indonesia. Pilihan raya

31

Pada zaman Kolonial pilihan raya untuk Volskraad atau untuk majlis regensi dan perbandaran hanya diperuntukkan kepada sekelompok kecil yang berdarah bangsawan, berpendidikan ataupun kaya lebih dari rakyat biasa. Kini setiap orang dibenarkan mengundi. Rujuk, Abd Aziz Hitam (terj.), Sejarah Indonesia Abad ke-20, hlm. 221. 32 Abd Aziz Hitam (terj.), Sejarah Indonesia Abad ke-20, hlm. 221. 33 Apabila hari mengundi semakin dekat, khabar-khabar angin dan cerita dongeng tersebar untuk menakut-nakutkan rakyat jika mereka membuat pilihan yang salah. Perasaan ketegangan semakin reda setelah berlaku pilihan raya kerena mereka mendapati tidak terdapat kesan yang tidak diingini berlaku. Lihat, Abd Aziz Hitam (terj.), Sejarah Indonesia Abad ke-20, hlm. 222.

umum yang pertama ini merupakan pilihan raya yang terakhir kerana dengan ini berakhirlah zaman berparlimen di Indonesia.34

CAMPUR TANGAN PIHAK TENTERA DALAM PENTADBIRAN INDONESIA. Berlaku ketidakserasian pemerintahan di antara pemerintah awam dengan tentera. Tentera percaya mereka yang menyelamatkan negara untuk menghalang dasar Belanda mendirikan semula penjajahan mereka di Indonesia. Manakala pemerintah awam mahu mereka tunduk kepada kemahuan mereka.35 Pada tahun 1950, kerajaan Indonesia berpendapat bahawa tentera haruslah diletakkan di bawah pemerintahan awam seperti negara lain yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.36 Akibatnya ia menimbulkan masalah politik ekoran daripada ketidak puasan hati pihak tentera terhadap pemerintahan demokrasi. Tentera mengecam parlimen dengan menuduh pilihan raya yang akan diadakan bukan atas kehendak rakyat tetapi atas dasar politik. Tentera pada masa yang sama turut berminat di dalam plihan raya dan telah menubuhkan parti yang dikenali sebagai ikatan Pendukung Kemerdekaan Indonesia. 37 Masalah pengurangan tentera yang telah dilakukan oleh pemimpin demokrasi berparlimen telah menambah lagi kemarahan pihak tentera terhadap kerajaan demokrasi. Pada tahun 1950, suatu rancangan telah dibentuk dengan menukarkan jumlah tentera yang ramai menjadi satu angkatan yang cergas dan membubarkan banyak pasukan yang telah berbakti kepada Republik.38 Hal ini disebabkan oleh jumlah anggota tentera yang banyak iaitu seramai 200, 000 orang telah menimbulkan masalah

34 35

Abd Aziz Hitam (terj.), Sejarah Indonesia Abad ke-20, hlm. 224. Drs. Arbi Sunit, Perwakilan Politik Indonesia, Jakarta: C. V. Rajawali, 1985, hlm, 121. 36 S. Takdir Alisjahbana, Revolusi Masyarakat dan Kebudayaan di Indonesia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1966, hlm 168. 37 Abd Aziz Hitam (terj.), Sejarah Indonesia Abad ke-20, hlm. 221. 38 . S. Takdir Alisjohvana, Revolusi Masyarakat dan Kebudayaan di Indonesia, hlm. 170.

kepada negara lalu proses rasionalisasi telah dilakukan.39 Keadaan ini menyebabkan para pemimpin tentera menjadi marah kerana parlimen dianggap sebagai mencampuri hal ehwal dalaman tentera. Mereka menuduh jawatan menteri sebagai asas untuk mengawal mereka dan rasuah semakin berleluasa. Keadaan menjadi lebih buruk apabila berlaku perpecahan dalam kalangan pemimpin-pemimpin tentera, tentera dikawal oleh Nasution,40 Simatupang dan lain-lain yang berpegang kepada profesionalisme di mana tentera telah disusun secara teratur dan terdapat hierarki kepimpinan yang cekap dan dapat dikawal oleh mereka. Pada 17 October, beberapa kereta kebal telah masuk ke dalam istana presiden diketuai oleh Nasution dan Simatupang yang mendesak agar parlimen dimansuhkan.41 Pada Februari 1955, suatu ikrar dibentuk dalam kalangan tentera di Makam Jeneral Sudirman dan Urip Sumohadirjo dan PNI sedar bahawa tentera tidak menghiraukan keadaan ini dengan melantik Bambang Utojo bagi menggantikan Bambang Sugeng. Tokoh kerajaan Zulkifli Lubis memulaukan perlantikan itu pada 27 Jun 1955. Zulkifli Lubis mendapat sokongan komander wilayah dan ahli kabinet dipaksa bersara dan parlimen kehilangan kuasa terhadap tentera.42 Pada tahun 1956, pihak tentera darat telah terbahagi kepada tujuh bahagian dan askar-askar pula lebih bersedia menyokong panglima wilayah masing-masing. Hal ini menyebabkan kedudukan Indonesia tidak kukuh apabila para pemerintah tentera menguasai wilayah-wilayah tertentu seperti Sumatra Tengah dan Sulawesi serta bertindak menangkap beberapa orang pemimpin kabinet seperti Ruslan Abdulgani akibat

39

Semasa Indonesia merdeka, tentera adalah seramai 250, 000 hingga 300, 000 orang. Namun pada November 1950, tentera dikurangkan kepada 200, 000 orang sehingga tahun 1960. Lihat Muhammad Rusli Karim, Perjalanan Partai Politik Indonesia, hlm. 150. 40 Major General A. H. Nasution, merupakan Ketua Turus Agong Angkatan Bersenjata yang dilahirkan pada tahun 1918 di Tapanuli sebuah negeri Batak. Beliau mendapat latihan sebagai seorang guru dan berkhidmat di Sumatera Selatan pada tahun 1939-1940pada 1945, beliau berkhidmat dengan TNI (Tentera Nasional Indonesia) sebagai Komander Bahagian Ketiga dan kemudian bahagian Pertama. Ditugaskan dalam gerakan Perang Gerila menentang Belanda. Rujuk J. D. Legge, Indonesia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972, hlm. 165. Lihat juga Suli Sulieman (terj.), Indonesia Bangkit, hlm. 34. 41 Abd Aziz Hitam (terj.), Sejarah Indonesia Abad ke-20, hlm. 228. 42 Abd Aziz Hitam (terj.), Sejarah Indonesia Abad ke-20, hlm. 229.

rasuah.43 Kesannya, tentera menjadi pengimbang kuasa antara politik setempat dan menyebabkan demokrasi berparlimen menemui kegagalan akibat kemerosotan parti politik. Hampir semua pegawai-pegawai tentera mempunyai syak wasangka terhadap ahli-ahli politik yang tidak menyumbang kepada kemerdekaan.44

KELEMAHAN BANGSA INDONESIA YANG TIADA PENGALAMAN BERKERAJAAN DEMOKRASI. Bilangan bangsa Indonesia yang berpengetahuan dalam politik dan amalan demokrasi amat sedikit dan kebanyakannya hanya terdapat di bandar sahaja, khususnya Pulau Jawa. Setelah Indonesia mencapai kemerdekaan, ramai golongan profesional yang bekerja dalam sektor awam dan yang terlibat dalam politik kebanyakannya orang Belanda dan Serani yang kebanyakannya telah bertukar dan digantikan oleh penduduk tempatan yang kurang berpengetahuan dan kurang berpengalaman. Hal ini telah menyukarkan keberkesanan sistem pentadbiran dan

pemerintahan.45 Masalah keterbatasan dan jurang yang besar dalam sistem pendidikan barat antara golongan elit dan masyarakat Indonesia telah menghasilkan suasana yang tidak menyokong sistem demokrasi berparlimen ini. Hal yang demikian kerana kebanyakan golongan elit mendapat pendidikan ala barat yang membolehkan mereka menjadi pekerja profesional, membangunkan bandar-bandar dan lain-lain berbanding masyarakat kampung di Indonesia.46 Selain itu, komitmen golongan yang memegang tampuk pemerintahan terhadap masyarakat desa amat terhad. Demi menjaga kepentingan mereka, pilihan raya telah ditangguhkan selama lima tahun. Indonesia sebelum demokrasi berparlimen telah mewarisi sebuah sistem autokrasi yang
43

Ruslan Abdulgani telah dikaitkan sebagai Menteri Luar Negeri berhubung dengan kes rasuah, Ruslan Abdulgani telah menerima rasuah dan menyalahi undang-undang kewangan dan mengemukakan bahawa golongan yang prokerajaan dikalangan tentera sedang menyokong rejim yang mengamalkan rasuah. Lihat Abd Aziz Hitam (terj.), Sejarah Indonesia Abad ke-20, hlm. 229. 44 J. D. Legge, Indonesia, hlm. 165. 45 Manurut D. G. E. Hall, Indonesia mempunyai perkhidmatan awam yang paling lemah jika dibandingkan dengan negara-negara lain pada zaman tersebut. Rujuk D. G. E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983, hlm. 120. 46 J. D. Legge, Indonesia, hlm 158.

10

dijalankan oleh Belanda dan juga Jepun. Bangsa Indonesia memerlukan masa untuk memahami sistem demokrasi ini supaya sebati dengan jiwa mereka. Pengalaman yang dimiliki oleh pelbagai kaum yang terdapat di Indonesia adalah berbeza kerana serasi dengan pemerintahan autokrasi.47 Rakyat Indonesia mempunyai kefahaman yang rendah mengenai politik, tambahan pula bilangan rakyat yang buta huruf terlalu ramai.48 Hal ini menjadikan rakyat mudah diugut serta dipaksa untuk mengikut kehendak sesiapa pun terutama masyarakat kampung yang meliputi kira-kira 80 peratus penduduk Indonesia yang masih lagi diperintah dan disekat kebebasan mereka oleh pihak pemerintah. Keadaan ini telah menjadikan sistem demokrasi berparlimen tidak mempunyai harapan yang cerah di Indonesia.49

MASALAH EKONOMI DI INDONESIA PADA ZAMAN DEMOKRATIK BERPARLIMEN. Indonesia mengalami masalah ekonomi yang serius apabila ladang-ladang dan industriindustri mengalami kemusnahan yang teruk ekoran daripada dasar bumi hangus yang dilakukan oleh rakyat Indonesia demi menentang pihak kolonial.50 Hal ini boleh dijelaskan melalui: ... Indonesia is rich, but the people are poor. The co-operative system in economic field is the only means by which a poor people can attain welfare.51 Hal ini menimbulkan masalah kepada Indonesia apabila pengeluaran makanan tidak seimbang dengan penambahan penduduk.52 Walaupun pada tahun 1956, pengeluaran beras semakin meningkat iaitu sebanyak 26% namun ia masih perlu diimport ekoran makanan yang tidak
47 48

J. D. Legge, Indonesia, hlm. 181. Sejumlah 89 peratus penduduk dewasa di Indonesia adalah buta huruf dan sebanyak 57 peratus pada tahun 1955. Lihat George Mc. Turnan Kahin, Kerajaan dan Politik Antarabangsa, hlm. 264. 49 George Mc. Turnan Kahin, Kerajaan dan Politik Antarabangsa , hlm. 337. 50 Herbert Feith, The Decline of Constitutional Democracy in Indonesia, London: Cornell University Press, 1962, hlm 578. 51 Dorothy Woodman, The Republic of Indonesia, London: The Cresset press, 1955, hlm 392. 52 Manakala, bilangan penduduk menunjukkan peningkatan tahun demi tahun. Pada tahun 1950, jumlah penduduk Indonesia berjumlah 77.2 juta orang dan meningkat pada tahun 1955 iaitu 85.4 juta orang. George Mc. Turnan Kahin, Kerajaan dan Politik Antarabangsa, hlm. 329.

11

mencukupi. Kerajaan terpaksa mengimport jumlah beras yang banyak dari seberang laut bagi menampung keperluan rakyat Indonesia yang ramai.53 Pengeluaran barangan industri terutama barangan kilang juga telah merosot disebabkan oleh kekurangan bahan-bahan mentah yang diimport dan barang-barang pengganti disamping kekurangan tenaga mahir dalam bidang pentadbiran serta teknikal. Perkara ini telah menambahkan kesengsaraan rakyat yang bergantung hidup terhadap keupayaan negara dalam menjana ekonominya dan hasilnya rakyat tidak menyokong demokrasi berparlimen ini. Dalam usaha menampung ekonomi import Pulau Jawa, nilai Rupiah Indonesia diletak pada paras tinggi dari nilai sebenar sehingga menyebabkan ekonomi terganggu terutama kawasan luar Jawa dan telah berlakunya inflasi.54 Keadaan ini menyumbang kepada kemerosotan perusahaan komersial dan industri. Berlaku perpecahan dalam masyarakat apabila orang Cina berperanan penting dalam kegiatan komersial, kelas menengah Indonesia menjadi lemah, peranan terhad kaum peribumi dan sokongan terhadap politik demokrasi semakin lemah.55

53

Ini disebabkan oleh kegiatan pertanian yang masih berada pada paras yang rendah akibat daripada penghijrahan penduduk di luar bandar ke bandar-bandar untuk mencari peluang pekerjaan. Pada tahun 1945 hingga 1955 penduduk Jakarta meningkat dua kali ganda kepada 1.8 juta orang dan terus meningkat lagi kepada 2.9 juta pada 1961. Rujuk George Mc. Turnan Kahin, Kerajaan dan Politik Antarabangsa, hlm. 331. 54 Masalah inflasi ini berlaku kerana terdapatnya kekurangan barang-barang yang diimport, pertukaran wang asing yang besar, tindakan penyorokan barangan makanan dan permasalahan Inflasi ini telah berlaku sejak sekian lama dan meninggalkan impak yang sangat buruk terhadap rakyat khususnya golongan bawahan. Perkara ini telah menyebabkan kenaikan mendadak kos kehidupan dan ramai rakyat mengalami kesengsaraan akibat ketidakmampuan mereka untuk membeli barangan makanan. Sila rujuk George Mc. Turnan Kahin, Kerajaan dan Politik Asia Tenggara, hlm 329. 55 Herbert Feith, The Decline of Constitutional Democracy in Indonesia, hlm. 601.

12

KESIMPULAN. Kesimpulannya, demokrasi berparlimen sukar dijalankan di Indonesia. Tambahan pula, Indonesia pada ketika itu baru sahaja mencapai kemerdekaannya. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan demokrasi berparlimen tidak berjaya di jalankan di Indonesia. Faktor ini berkaitan dengan masalah dalaman yang dihadapi oleh negara itu sendiri terutamanya masalah politik dalaman di Indonesia. Kelemahan pemerintahan Sukarno juga menjadi pendorong kepada kegagalan demokrasi berparlimen di Indonesia. Hal ini terbukti apabila beliau gagal memahami perasaan kedaerahan, dan enggan memerhatikan nasihat pemimpin yang berkelayakan. Sukarno hanya berfokus kepada masalah menuntut Irian Barat daripada mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah dalamannya. Hal ini seterusnya menyebabkan keruntuhan demokrasi berparlimen di Indonesia selain daripada faktor yang telah dijelaskan di atas. Selain itu, kewujudan parti-parti politik yang banyak juga tidak mampu untuk menstabilkan sistem politik di Indonesia kerana berlakunya percanggahan pendapat dan sikap berpuak-puak menjelang pilihan raya 1955. Kewujudan ideologi yang berbeza menyebabkan mereka sukar untuk bersatu. Faktor pemberontakan wilayah juga menjadi faktor pendorong kepada kegagalan demokrasi berparlimen. Faktor ini tidak dinyatakan di atas kerana hanya menjadi faktor sampingan sahaja. Sepanjang era demokrasi berparlimen terdapat tiga pemberontakan utama telah berlaku sepanjang tempoh 1950-1955 yang menyebabkan proses demokrasi berparlimen tidak dapat berjalan dengan lancar dan akhirnya menemui kegagalan. Kelemahan demokrasi berparlimen ini seterusnya digantikan dengan demokrasi terpimpin yang diperkenalkan oleh Sukarno ekoran kekecewaan yang dihadapi oleh rakyat Indonesia semasa demokrasi berparlimen dijalankan.

13

BIBLIOGRAFI Abd Aziz Hitam (terj.). 1988. Sejarah Indonesia Abad ke-20. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. A. Schumpeter Joseph. 1976. Capitalism. Socialism. and Democracy. London: George Allen and Unwin Ltd. Bartolini Stefano. 1999. Collusion. Competition. and Democracy. Journal of Theoritical Politics 11 (4). Drs. Arbi Sunit. 1985. Perwakilan Politik Indonesia. Jakarta: C. V. Rajawali. Drs. M. Rusli Karim. 1983. Perjalanan Partai Politik di Indonesia: Sebuah Potret Pasang Surut. Jakarta: C. V. Rajawali. Feith Herbert. 1962. The Decline of Constitutional Democracy in Indonesia. London: Cornell University Press. Hall D. G. E. 1983. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hook Sidney. 1995. Letters of Sidney Hook: Democracy. Communism. and the Cold War. New York: M. E. Sharpe. Kamus Dewan Cetakan Kedua. 1984. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Leifer Michael. 1986. Politik Luar Negeri Indonesia. Jakarta: PT Gramedia. Legge J. D. 1972. Indonesia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mc. Turnan Kahin George. 1982. Kerajaan dan Politik Antarabangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. S. Takdir Alisjohvana. 1966. Revolusi Masyarakat dan Kebudayaan di Indonesia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sri Soemantri Sh. 1934. Partai Politik Sistem Kepartaian dan Sistim Pemilihan Umum di Indonesia. Bandung: Yayasan Pendidikan Bunda. Suli Sulieman (terj.). 1981. Indonesia Bangkit. Jakarta: Universitas Indon. Wilopo. 1976. Zaman Pemerintahan Partai-Partai dan Kelemahan-Kelemahannya. Jakarta: Yayasan Idayu. Woodman Dorothy. 1955. The Republic of Indonesia. London: The Cresset press. Zulfikri Suleman. 2010. Demokrasi Untuk Indonesia: Pemikiran Politik Bung Hatta. Jakarta: Kompas Media Nusantara.
14

Anda mungkin juga menyukai