Anda di halaman 1dari 4

1.

Nyatakan secara ringkas idea-idea utama yang terdapat dalam unit 1 - 5 dalam satu perenggan bagi setiap satu unit (5 perenggan untuk 5 unit) Unit 1: Pengenalan Pembangunan Sahsiah Pembangunan sahsiah merupakan penampilan kendiri seseorang secara keseluruhan iaitu dari aspek penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran, perasaan ,sosial, rohani dan kepercayaan agama. Pembangunan sahsiah dari perspektif Islam diertikan sebagai membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun,berintelek, mempunyai nilai murni dan budaya maju. Sahsiah merangkumi empat aspek iaitu kognitif, fizikal,sosial dan rohani. Bagi membangunkan sahsiah individu, faktor keluarga dan faktor persekitaran memainkan perana yang penting. Unit 2: Kepentingan Pembangunan Sahsiah Terdapat 5 kepentingan pembangunan sahsiah. Kepentingan pertama ialah Perubahan sahsiah adalah proses pertumbuhan kendiri. Proses ini member kesan yang lanngsung terhadap tahap produktiviti diri serta apa dan bagaimana kita menyumbang dalam bidang sosial. Kepentingan dua ialah Mencorakkan kendiri. Proses ini membantu seseorang membentuk pengalaman yang telah ditempuhi mahupun yang akan dating melalui fikiran terbuka. Manakala ia juga berupaya menghadkan atau membolehkan seseorang mencuba segala peluang dan pilihan yang ada secara fikiran tertutup. Kepentingan ketiga ialah Memerihalkan sahsiah secara menyeluruh. Kita cuba member penjelasan tentang kritieria tertentu berdasarkan pemerhatian tingkah laku daripada orang lain. Melalui proses ini, keupayaan memneri penjelasan membantu kita memperolehi jawapan dari perasaan ingin tahun tetapi member kita rasa kawalan dalam kehidupan. Kepentingan keepat ialah Penjelasan secara teoritikal. Dalam proses ini, kita menggunakan pengalaman sedia ada, olahan makna dan idea secara formal melalui teori dan latihan kursus dapat membantu kita lebih memahami dan memerihalkan sahsiah seseorang secara lebih jitu. Kepentingan kelima ialah Menjangkakan dan meramal tingkah laku. Kesan daripada kepentinan ini ialah ia dapat membantu guru membuat perancangan dan menjadi diri lebih peka untuk memberi tindak balas yang bersesuai dengan situasi. Guru juga dapat mengenal pasti keupayaan dan potensi murid dan menggalakkan mereka melibatkan diri. Murid pula menjadi lebih positif dan berkembang kerana guru dapat memahami personality murid dari perspektif menyeluruh. Terdapat lapan factor umum yang mempengaruhi pembentukan sahsiah. Manakala lapan fakta ini dipengaruhi oleh Wawasan Negara, Wawasan 2020, Falsafah Pendidikan Negara serta Etika Perguruan. Walau begitu, kita menggunakan factor yang berbeza dari segi keutamaan untuk membentuk sahsiah diri. Unit 3: Pendekatan Psikoanalitik Pendekatan Psikoanalitik menyatakan sifat manusia pada dasarnya adalah deterministik. Tingkah laku manusia digalakkan oleh naluri kehaiwanan dan desakan biological. Desakan mendapat kepuasan nafsu swadiri adalah desakan paling utama.

Menurut perspektif Psikoanalitik, tahap kesedaran terbahagi kepada tiga iaitu tahap sedar, prasedar dan bawah sedar. Tahap bawah sedar ialah tahap yang paling penting kerana ianya sangat mempengaruhi kepada pembentukan tingkah laku seseorang. Teori Psikoanalitik berpendapat bahawa perasaan pemikiran bawah sedar melalui suatu proses yang mana situasi yang dihadapi disekat oleh kenyataan. Struktur personality manusia terbahagi kepada tiga sistem utama iaitu i) id yang didorong oleh tenaga untuk hidup dan berprinsipkan kenikmatian, ii) ego adalah diri yang sedarkan dan berprinsip realiti dan iii) superego ialah keinginan hidup denga kod moral mengikut pandangan sendiri. Perkembangan personality manusia terbahagi kepada lima peringkat iaitu Peringkat Mulut/ Oral (0-2 tahun), Peringkat Dubur/Anal (1-3 tahun), Peringkat Falik / Phallic (3-6 tahun), PeringkatPendalam / Latensi (6-12 tahun) dan Peringkat Shahwat / Genital (12 tahun dewasa). Mekanisme bela diri digunakan untuk melindungi ego yang tidak dapat mengawal id dengan baik dan membantu ego mempertahankan dirinya dari desakan dan dorongan yang kua dari id. Ia juga digunakan untuk mengelakkan kutukan dari superego. Unit 4: Pendekatan Pembelajaran Teori Pembelajaran dibahagi kepada teori tingkah laku Behaviorisme dan teori Pembelajaran Sosial. Pelaziman klasik dan pelaziman operan merupakan konsep asas teori pembelajaran. Teori pembelajaran mengutamakan proses peniruan tingkah laku individu di sekeliling. Tokoh-tokoh yang menyumbang jasa dalam pelaziman klasik ialah Edward Thorndika(1874-1949) dan John Watson (1878-1958). Manakala Ivan Pavlov(1849-1936) dan B.F. Skinner (1904-1990) menyumbang jasa dalam pelaziman operan. Albert Bandura (1925- sekarang) menyumbang jasa dalam pembelajaran sosial. Pelaziman klasik merupakan tingkah laku dianggap terhasil daripada gerak balas terhadap rangsangan di sekitar. Bagi Pelaziman operan, tingkah laku akan diulang semula atau diperhentikan bergantung kepada kesan yang diterima selepas menunjukkan tingkah laku tersebut. Pembelajaran sosial menyatakan tingkah laku dianggap terhasil daripada pemerhatian dan peniruan yang melibatkan proses mental. Melalui peneguhan positif, generalisasi, diskriminasi, penghapus, membentuk dan latihan kemahiran tingkah laku, murid dapat diterapkan dengan tingkah laku yang baik. Manakala hukuman positif dan hukuman negative menjadi pilihan terakhir bagi guru untuk memghentikan tingkah laku murid yang tidak dihendaki. Latihan kemahiran tingkah laku merupakan prosedur untuk mengajar kemahiran seperti asertif dan pencegahan kepada golongan kanak-kanak dan dewasa. Terdapat empat langkah dalam melaksanakan prosedur ini iaitu modeling, arahan, latihan dan maklum balas. Unit 5 : Pendekatan Kognitif : Teori Pilihan dan Terapi Realiti Teori kognitif adalah teori yang berpusatkan kepada pemikiran manusia. Teori pilihan dan terapi realiti dipilih sebagai teori kognitif yang boleh didalami dalam memahami tingkah laku manusia.Teori pilihan dan terapi realiti diasaskan oleh William Glasser pada tahun 1966. Teori pilihan menerangkan bahawa kita memilih untuk bertingkah laku sebagaimana yang kita inginkan. Semua tingkah laku manusia adalah dipandu oleh keperluan asas. Mengikut teori pilihan, kesemua tingkah laku manusia berasaskan kepada keinginan psikologi yang merangkumi seseorang individu yang

menyayanig dan ingin disayangi oleh orang lain dan fisiologo individu yang merujuk kepada kelangsungan hidup yang merangkumi individu berani mengambil risiko. Teori pilihan memberi penekanan kepada sifat tanggungjawab individu. Kita akan rasa puas setelah memilih untuk memenuhi kehendak kita. Teori realiti adalah satu teori yang besar dalam pendidikan psikologi kaunseling.Terapi realiti berkait rapat dengan teori pilihan. Terapi realiti adalah satu proses untuk memahami tingkah laku individu untuk memilih dan membuat keputusan yang tepat untuk kehidupannya. Teori realiti berfokus kepada tingkah laku semasa dan tingkah laku yang dipilih hendak sesuai dengan kehendak murid. Terapi realiti mempunyai strategi WDEP yang boleh digunakan oleh guru untuk menolong murid berubah dari aspek tingkah laku yang sesuai dengan kehendak individu. Sebelum aplikasi WDEP ini diaplikasikan, guru perlu mewujudkan suasana kaunseling agar kepercayaan, penerimaan dan proses membantu dapat dijalankan dengan lancar. Terapi ini member kebebasan kepada individu untuk berfikir secara rasional, menilai, menentukan dan membuat keputusan sendiri. Akhir kata, teori pilihan dan terapi realiti ini sesuai dilaksana dan diaplikasikan di sekolah.

2. Pendekatan teori manakah yang anda rasa dapat membangunkan personaliti anda untuk menjadi guru berkesan. i) Huraikan dengan ringkas tetapi padat mengenai teori pilihan anda Pada pendapat saya, teori pilihan dan terapi realiti dapat membangunkan personaliti saya untuk menjadi seorang guru yang berkesan. Saya percaya setiap individu, mahupun budak atau orang dewasa adalah unik dan istimewa sejak kelahiran. Oleh itu, kehendak setiap individu adalah berbeza dan individu tersebut dapat menentukan perkara atau tindakan yang terbaik untuk dirinya. Ketika berdepan dengan pelajar saya, saya faham bahawa teori pilihan menekankan sekarang (here and now); saya perlu membuat pilihan berdasarkan keadaan terkini tetapi bukan kesalahan masa silam mahupun kerisauan yang belum tentu berlaku. Setiap individu berhak membuat pilihan dan menanggung risiko atas setiap pilihan yang dilakukan. Ini mengingatkan saya supaya membuat pilihan dengan berhati-hati. Sebab, setiap pilihan mendatangkan hasil yang berlainan. Apabila saya menghadapi masalah, saya boleh menggunakan sisem WDEP untuk mengenalpasti kehendak, tujuan, menilai kebolehlaksanaan, dan merancang pelan tindakan. Ini juga membantu saya menghormati pelajar saya sebagai seorang individu yang unik dan membantu dia mencapai matlamat serta memenuhi kehendaknya dengan cara tersendiri. Secara ringkasnya, teori pilihan membantu saya membuat pilihan yang bermutu ke arah membentuk personality guru yang berkesan dalam proses pengajaran dan pelajaran. ii)Berikan 3 contoh personaliti diri sendiri (sikap, pemikiran, tingkah laku dsb.) yang hendak dibangunkan/diperbaiki. 1. Kurang sabar Saya rasa saya perlu memperbaiki sikap kurang sabar. Apabila saya kurang sabar, saya cenderung (marah pelajar? Mengabaikan soalan yang dikemukan

tetapi mungkin penting bagi pelajar? Tinggikan suara? Mengajar dengan cepat tanpa menimbang keperluan pelajar yang perlahan) 2. Menggalakkan sesi soal jawab Pada pendapat saya, saya ingin membangunkan aktiviti ini dalam kelas. Ia dapat membantu saya memupuk kesabaran dan menambahkan sesi interaksi antara guru dengan pelajar. Secara tidak langsung, ia membantu pelajar menjadi berani mengemukakan persoalan. 3. ..pemikiran negative----(help me to finishkanlah. Thanks..

Anda mungkin juga menyukai