Anda di halaman 1dari 17

Kamaruzaman Moidunny, PhD Institut Aminuddin Baki Sri Layang, Genting Highlands Taksonomi Bloom Taksonomi bermaksud satu

set pengelasan yang disusun dan disesuaikan atas dasar yang konsisten (Bloom, 1964). Dalam perkataan lain, taksonomi merupakan sistem pengelasan objektif pendidikan yang merupakan set yang didefinisikan dengan seberapa tepat yang mungkin serta disusun daripada konsep yang ringkas kepada yang kompleks. Susunan daripada objektif pendidikan yang konkrit kepada yang abstrak menyediakan satu rangka bagi kategori matlamat pendidikan; yang akan memudahkan guru untuk menentukan tahap penguasaan murid mereka. Taksonomi perlu diuji agar selaras dengan bukti secara teoritikal dan empirikal. Dalam bidang pendidikan, pengelasan dalam aspek objektif pendidikan adalah perlu dalam usaha membantu membincangkan penilaian dengan lebih tepat lagi. Soalansoalan seperti: Apakah murid benar-benar tahu?, Adakah murid benar-benar faham? Adakah mereka mampu menghitung jumlah sesuatu masalah matematik?; seringkali kita anggap mempunyai pengelasan yang sama. Jika kita teliti lebih lanjut, terdapat perbezaan antara murid yang benar-benar tahu, benar-benar faham dan yang boleh menghitung jumlah. Oleh itu, pengwujudan satu sistem pengelasan standard (taksonomi) akan memudahkan guru dan pensyarah mendefinisikan istilah objektif pendidikan agar dapat difahami oleh mereka semua. Taksonomi seharusnya menjadi sumber bantuan terhadap perkembangan kurikulum dan instrumen penilaian. Perspektif mengenai penekanan kepada tingkah laku murid yang tertentu (Contohnya: kebolehan menghitung) akibat daripada penglibatan dalam sesi pengajaran, dapat dikenal pasti oleh guru. Oleh itu guru akan dapat mengelompokkan matlamat sesuatu pengajaran ke dalam kategori yang spesifik. Dengan itu, pengalaman pembelajaran dan instumen penilaian dapat digubal dengan lebih mudah kerana matlamat pendidikan diketahui dengan jelas oleh guru. Pada tahun 1959, Benjamin S. Bloom telah menyunting sebuah buku berjudul Taxonomy of Educational Objectives Book 1 Cognitive Domain yang mencadangkan pengelasan objektif domain kognitif kepada enam komponen. Enam komponen ini adalah pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Enam komponen ini disusun berdasarkan hirarki daripada yang mudah kepada yang susah dan lebih dikenali sebagai Taksonomi Bloom. Komponen pengetahuan melibatkan murid mengingat kembali perkara khusus dan universal, mengingat semula kaedah dan proses atau mengingat semula sesuatu corak struktur atau latar belakang. Komponen kefahaman melibatkan murid menggunakan bahan yang dikomunikasikan tanpa perlu menghubungkannya dengan bahan lain. Hal ini tercapai apabila murid mampu membuat terjemahan, penafsiran dan ekstrapolasi apa yang dipelajari oleh mereka. Komponen aplikasi pula melibatkan murid menggunakan apa yang telah dipelajari dalam satu situasi baru yang khusus dan konkrit. Sementara komponen analisis pula melibatkan pemecahan sesuatu perkara kepada bahagian-bahagian kecil agar persamaan dan perbezaan dapat menghuraikan dengan memberikan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi. Manakala komponen sintesis memungkin murid untuk menggabungkan unsur atau bahan supaya membentuk satu keseluruhan atau kesimpulan. Dengan ini satu pola atau struktur akan terbentuk akibat daripada unsur atau bahan yang digabungkan. Komponen terakhir adalah penilaian di mana murid akan menggunakan pertimbangan kualitatif dan/atau

kuantitatif mengenai nilai bahan dan kaedah spesifik untuk sesuatu kriteria yang telah ditetapkan.

AKSONOMI BLOOM Pengenalan :


Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956. Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar. Menekankan aspek kognitif (pengetahuan) apa yang dicari adalah seperti fakta, teori, dan hukum.

Definisi : Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. Kamus Dewan Keempat 2005. Dalam bidang pendidikan, Taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan. Tujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga domain, iaitu: 1. Cognitive Domain (Domain Kognitif), melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan keterampilan berfikir. Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap : 1. i. Pengetahuan (Knowledge)

Berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan, definisi, fakta-fakta, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar, dan sebagainya. Ciri-ciri khusus Mengingat semula apa yang telah dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip, prosedur. Tiada manipulasi atau interpretasi

Contoh kata kerja: melabel, melakar, melukis, memadan, memerihal, mendefinisi, mengenal pasti, mengenalpasti, mentakrif, menulis, menyatakan, menyenarai, Contoh : 1. Bilakah Malaysia merdeka ? 2. Berapa buah negerikah yang terdapat di Malaysia? 3. Siapakah Bapa Kemerdekaan Malaysia? 1. ii. Pemahaman (Comprehension)

Dikenali dari kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran, laporan, jadual , diagram, arahan, peraturan, dan sebagainya. Tiga aras penting : 1. Terjemahan isi (isi kepada huraian, cth : Ibu Ali meninggal dunia.) 2. Memberi tafsiran / makna sesuatu maklumat (cth : Setiap manusia di muka bumi ini akan menemui ajal masing-masing. ) 3. Ekstrapolasi (tafsiran lanjut berdasarkan maklumat yang digambarkan (cth : Kita sebagai manusia biasa mestilah sentiasa bersedia untuk menghadapi perkara yang berlaku pada bila-bila masa sahaja) Tujuan : Memahami sesuatu bahan, menjelaskan menterjemah, merumuskan,menulis, dan membezakan. Contoh : Membanding beza, memberikan contoh, membuat inferens, menambah, menentukan, menerangkan, menerangkan, menganggar, mengubah, menukar, meramalkan, merumus 1. iii. Aplikasi (Application)

Pada tahap ini, seseorang pelajar memiliki kemampuan untuk menerapkan gagasan, prosedur, metodologi , rumus, teori dan sebagainya di dalam persekitaran sebenar.

Kebolehan menggunakan maklumat dalam situasi baru. Menekankan penggunaan kaedah, prinsip & hukum teori. Pembelajaran dari bahan mujarat/abstrak.

Objektif : 1. Umum : menggunakan, menyelesaikan, menunjukkan 2. Khusus / spesifik : menggunakan, menyelesaikan, mengira, menghubungkan, mengendalikan. Contoh : Soalan yang menggunakan perkataan bagaimana dan jelaskan. 1. iv. Analisis (Analysis)

Pada tahap analisis, seseorang akan mampu menganalisa maklumat yang diperoleh dan mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat itu ke dalam bahagian yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya dan mampu mengenali serta membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah scenario yang rumit.

Tujuan : Menaakul (mencari) sebab dan musabab (akibat) Ciri khusus: Memahami perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan melihat perkaitan antara komponen. Contoh : 1. Berikan faktor, punca-punca, sebab-sebab, mengapakah perkara tersebut berlaku. 2. Meleraikan sesuatu komunikasi kepada beberapa bahagian. 1. v. Sintesis (Synthesis)

Seseorang pelajar pada tahap sintesis akan mampu menjelaskan struktur atau pola dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali data atau maklumat yang harus didapati untuk menghasilkan bentuk penyelesaian yang diharapkan. Tujuan : Membentuk sesuatu yang baru. Ciri khusus : Kebolehan menggabungkan/ menyusun bahagian-bahagian dan menjadikanya satu pola, struktur, sistem yg baru yg tidak ujud sebelum ini Contoh : Berkomunikasi, membina, membuat gambaran mental, membuat hipotesis, mendefinisikan secara operasi, menganalogi, mengeksperimen, menggabungkan, mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah, merancang, merangkakan, mereka bentuk, mereka cipta, meringkaskan. 1. vi. Penilaian (Evaluation)

Dikenali dari kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap penyelesaian, gagasan, metodologi dan sebagainya dengan menggunakan kriteria yang sesuai atau standard yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya. Ciri-ciri khusus: Membuat pertimbangan [judgement] nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah bagi sesuatu tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria. Penggunaan sesuatu kriteria untuk menilai sesuatu sama ada kriteria dari luar atau dalam. Contoh : membuat keputusan, menaksir, mengesan kecondongan, mengkritik, menjustifikasi, mentafsir, menyokong, mewajarkan.

2. Affective Domain (Domain Afektif) melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek perasaan dan emosi, seperti minat, sikap, apresiasi, dan cara penyesuaian diri. 3. Psychomotor Domain (Domain Psikomotor) mengenai perilaku-perilaku yang menekankan aspek keterampilan motor seperti tulisan tangan, berenang, dan mengoperasi mesin. DOMAIN KRATHWOHL Krathwohl dan rakan-rakan, (1964) adalah antara penyelidik yang julungkali menggunakan terminologi afektif (affective) dalam memperkenalkan satu lagi domain penting dalam hidup manusia. Ia digunakan sebagai satu lagi objektif pengajaran di samping aras-aras yang terdapat dalam domain kognitif yang telah diperkenalkan oleh Bloom dan rakan-rakan pada tahun 1956. Krathwohl mengkategorikan domain afektif sebagai terdiri daripada; penerimaan (receiving), tindak-balas (responding), menilai (valuing), menyelaraskan sistem nilai (organizing a value set), dan mengamalkan sesuatu mengikut sistem nilai yang kompleks (characterizing by value complex). Konsep : Objektif pembelajaran yang menekankan aspek perasaan, emosi dan tahap penerimaan individu. Dapat dinilai dalam diri seorang individu melalui watak dan perwatakan. (Luaran dan dalaman).

Aspek yang terkandung dalam domain afektif: Minat Tingkahlaku Penghargaan Nilai Emosi

Penerimaan : Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.

Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap. Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu:

1. Kesedaran pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka. 2. Kesudian untuk menerima sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik. 3. Perhatian yang terkawal atau terpilih pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian Bertindak Balas : Kesanggupan untuk bertindak balas terhadap ransangan. Boleh mengambil bahagian secara aktif.

Objektif am: Melengkapkan tugasan. Objektif khusus: Boleh menulis tentang isi pelajaran. 3 kategori: 1. Persetujuan membalas. 2. Kesediaan membalas. 3. Kepuasan membalas.

Menilai : Kesanggupan untuk dinilai oleh orang lain berdasarkan idea, bahan atau situasi. Kebolehan membuat penilaian & memberi penghargaan. Menilai berdasarkan penghayatan 1 set nilai spesifik.

3 kategori: Penerimaan, pilihan & penglibatan. Objektif am: Menghargai orang lain Objektif khusus: Boleh melaporkan Organisasi : Kesanggupan menghubungkait sesuatu perkara dengan nilai yang dipegang. Pelajar boleh membezakan nilai & situasi yg berbeza.

Kategori: Penanggapan & organisasi.

Objektif am: Pelajar boleh mereka cipta. Objektif khusus: Pelajar mampu membina ayat/fakta. Perwatakan : Kesanggupan bertindak dengan konsisten selari dengan nilai yang dipegang. Perubahan tingkahlaku slps sesi P&P.

Objektif am: Mengekalkan nilai-nilai dalam P&P. Objektif khusus: Disiplin dalam mengekalkan nilai.

Relevan : Tidak membiarkan murid untuk menerima ilmu sekadar dari segi luaran yang tidak mempunyai nilai. Menginginkan murid untuk bertindak balas terhadap pembelajaran dengan menilai, merancang dan membuka minda murid mereka cenderung dalam sesuatu bidang. Mencari cara pengajaran yang meransang minat pembelajaran murid.

Pengajaran yang tidak hanya tertumpu pada sesuatu topik yang tidak berkait dengan minat murid. Topik yang terkandung dalam literasi pendidikan seperti: 1. Tingkahlaku. 2. Motivasi. 3. Komunikasi. 4. Cara Pengurusan Bilik Darjah. 5. Cara Pembelajaran. 6. Penggunaan Teknologi.

DEFINISI

Taksonomi Istilah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma hidup berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu.(ruj. : Kamus Pelajar Edisi Kedua) Taksonomi (daripada kata kerja bahasa Greek tassein = "untuk mengelaskan" dan nomos = undang-undang, sains, cf "ekonomi") merujuk kepada: sains pengelasan hidupan (sila lihat taksonomi alfa) sistem pengelasan dalam sebilangan bidang yang lain. Pada suatu masa, taksonomi hanya merujuk kepada sains pengelasan organisma hidup tetapi kemudian, perkataan itu digunakan untuk erti yang lebih luas, dan boleh juga merujuk kepada pengelasan barang-barang, atau prinsipprinsip pengelasannya. Hampir semua benda, objek bernyawa, objek tak bernyawa, tempat, dan peristiwa, boleh dikelaskan menurut skim taksonomi. (Ruj. : Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

PENGENALAN TAKSONOMI Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan,kesikapan dan psikomotor. Terdapat tiga domain utama dalam pendidikan iaitu : Domain Kognitif - melibatkan perkembangan pemikiran pelajar. Domain Afektif - melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar Domain Psikomotor - melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar

Definisi domain menurut kamus dewan bahasa edisi keempat : 1. kawasan yg dimiliki (dikuasai, di tadbirkan dsb) oleh seseorang atau sesuatu pihak, kawasan kekuasaan, mandala: dia tidak akan keluar dr ~ kekuasaan itu; 2. lapangan atau bidang (spt kegiatan, pe-mikiran, pengetahuan dsb), mandala: tum puan hanya akan diberikan kpd perspektif pendidikan dan penerbitan buku dlm ~ sains dan teknologi sahaja; ruang bagi tiap-tiap bidang atau ~ itu hendaklah dinyatakan secara eksplisit; 3. (Komp) kumpulan medan bagi fail dlm model sistem pengurusan pangkalan data; 4. (Komp) kawasan liputan bagi masalah yg hendak diselesaikan.

TAKSONOMI BLOOM Dalam tahun 1956, Pr. Benjamin Bloom, daripada Universiti of Chicago, memperkenalkan Taksonomi Objektif Pendidikan ( Taxonomy Of Educational Objectives) yang termasyhur itu. Taksonomi Objektif Pendidikan menyediakan satu kerangka untuk keseluruhan panorama objektif pendidikan. Taksonomi ini menyediakan satu skema kemahiran yang bertingkat-tingkat(hierarki).Keseluruhan Objektif Pendidikan ini terbahagi kepada tiga domain yang besar iaitu: 1. Kognitif 2. Afektif 3. Psikomotor

KAWASAN KOGNITIF Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap. Domain ini terdiri dari dua tahap iaitu: 1. Pengetahuan 2. Kemampuan dan Keterampilan Intelektual

Tujuan : membina kebolehan, pemikiran, dan pemahaman (cth : mencari isi penting daripada petikan yang dibaca) Terdapat enam peringkat (tidak semestinya menggunakan kesemua peringkat ini dalam soalan cth : pada kertas soalan tahun 1 tidak terdapat tahap sintesis kerana tahap ini merupakan tahap yang tinggi dan tidak sesuai dengan umur murid) 1. Pengetahuan 2. Kefahaman 3. Aplikasi 4. Analisis 5. Sintesis 6. Penilaian Pengetahuan ( selalunya mengunakan kata tanya, cth : bilakah, dimanakah, mengapakah, dan sebagainya) o Tujuan : mengingat semula perkara-perkara yang sudah dipelajari tanpa sebarang perubahan. o Contoh : 1. Bilakah Malaysia merdeka ? 2. Berapa buah negerikah yang terdapat di Malaysia? 3. Siapakah Bapa Kemerdekaan Malaysia?

o Objektif 1. Umum : mengetahui 2. Khusus / spesifik : melebal, menyatakan, menulis (eksplisit) Kefahaman (kebolehan untuk memberi penjelasan / makna sesuatu perkara) o Konsep : menjelaskan maklumat dengan terperinci. o Merupakan peringkat yang tinggi berbanding peringkat pengetahuan. o Tiga aras penting : 1. Terjemahan isi (isi kepada huraian, cth : Ibu Ali meninggal dunia. 2. Memberi tafsiran / makna sesuatu maklumat (cth : Setiap manusia di muka bumi ini akan menemui ajal masing-masing. ) 3. Ekstrapolasi (tafsiran lanjut berdasarkan maklumat yang digambarkan (cth : Kita sebagai manusia biasa mestilah sentiasa bersedia untuk menghadapi perkara yang berlaku pada bila-bila masa sahaja) o Tujuan : memahami sesuatu bahan, menjelaskan menterjemah, merumuskan,menulis, dan membezakan. o Cth : jelaskan, bezakan, bandingkan, ringkaskan, nyatakan, dan seumpamanya. Aplikasi o Tujuan : menggunakan pengetahuan mujarat (abstrak) untuk menyelesaikan masalah yang maujud. o Objektif : 1. Umum : menggunakan, menyelesaikan, menunjukkan. 2. Khusus / spesifik : menggunakan, menyelesaikan, mengira, menghubungkan, mengendalikan. o Cth : soalan yang menggunakan perkataan bagaimana dan jelaskan. o Menekankan kaedah, prinsip, hukum, dan teori.

Analisis (mengenal pasti sebab secara terperinci) o Definisi : kebolehan untuk menceritakan dan menyusun perkara-perkara yang telah dipelajari kepada beberapa bahagian. o Tujuan : menaakul (mencari) sebab dan musabab (akibat) o Cth : 1. Berikan faktor, punca-punca, sebab-sebab, mengapakah perkara tersebut berlaku. 2. Meleraikan sesuatu komunikasi kepada beberapa bahagian. o Objektif 1. Am : mencerakinkan, menaakul, menjelaskan, menilai kerelevenan data.

2. Spesifik : mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan, menjelaskan srtuktur dan organisasi. o Cth : Yang manakah antara berikut tidak menerangkan cirri criteria yang betul? o Cth : Yang manakah antara berikut merupakan kata kerja? o Kosa kata popular : bezakan, bandingkan, asingkan, tafsirkan bahagian, klasifikasikan, sebab, mengapa, huraikan, menaakul, mencerakinkan.

Sintesis (lebih kepada sains, BM- karangan) o Menguji kebolehan calon mencantumkan, mengabungkan, dan meintegtrasikan fakta atau idea yang berkaitan (mengembang fakta menggunakan ayat sendiri) o Tujuan : membentuk sesuatu yang baharu. o Objektif : 1. Am : menulis karangan, mencadangkan sesuatu pandangan, menghasilkan karya. 2. Spesifik : mengabungkan, mengubah, mereka cipta, merancang, menulis o Cth : Berdasarkan tajuk saya sebatang pen bina ayat-ayat yang dapat menerangkan mengenai pen tersebut. o Kosa kata popular : mereka bentuk, kumpulkan, susunkan, gubahkan. o Cth mencadangkan : senaraikan beberapa cara kamu boleh mengatasi masalah itu. Penilaian o Menguji kebolehan calon, membuktikan, menilai, mengesahkan, mengkritik, memberi pendapat mengenai sesuatu peryataan, dll. o Tujuan : membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan kretiria tertentu. o Objektif : 1. Am : menimbangkan nilai, ketekalan, kecukupan data. 2. Spesifik : menilai, membuat pertimbangan. o Jenis : sejauh mana, nilaikan, apakah pendapat kamu. Cth : Berikan pendapat anda mengenai hal tersebut. : Sejauh manakan kebaikan menggunakan kereta ke kuliah. o Kasa kata popular : nilaikan, rumuskan, tafsirkan, kritikkan, bandingkan, ulaskan, huraikan, buktikan. o Cth : 1. Pada pendapat kamu, ujian apakah yang sesuai diberikan kepada murid tahun enam? 2. Berbagai faktor perlu dipertimbangkan dalam proses penilaian program. Bandingkan.

KAWASAN AFEKTIF

Kawasan afektif iaitu kawasan yang berkaitan aspek-aspek emosional, seperti perasaan, minat, sikap, kepatuhan terhadap moral dan sebagainya, Dominan ini terdiri daripada

1.Penerimaan (receiving/attending) Kawasan penerimaan diperinci ke dalam tiga tahap, iaitu :


Kesediaan untuk menerima (awareness) Keinginan untuk menerima (willingness to receive), Mengawal dan memberi perhatian (controlled or selected attention)

2. Sambutan (responding) Memberikan respon terhadap ransangan, yang meliputi proses seperti berikut: Kesediaan untuk bertindak balas (acquiescene of responding) Kemahuan untuk bertindak balas (willingness to respond) Kepuasan dalam bertindak balas (satisfaction in response) 3. Penilaian (valuing) Pada tahap ini sudah timbul proses internalisasi untuk memiliki dan menghayati inilai dari ransangan yang dihadapi. Penilaian tebahagi kepada empat tahap iaitu : Menerima nilai (acceptance of value) Memilih keutamaan untuk menilai (preference for a value) Komitmen iaitu kesetujuan terhadap suatu nilai dengan alasan-alasan tertentu yang muncul dari rangkaian pengalaman. Komitmen ini dinyatakan dengan rasa senang, kagum, terpesona

4. Organisasi (organization) Tahap ini bukan hanya melibatkan menginternalisasi satu nilai tertentu seperti pada tahap komitmen, tetapi melihat beberapa nilai yang relevan untuk disusun menjadi satu sistem nilai. Proses ini dibentuk dalam dua tahap, iaitu :

Konseptualisasi nilai Pengorganisasian sistem nilai

5. Perwatakan (characterization) Perwatakan iaitu kemampuan untuk menghayati atau mempribadikan sistem nilai. Hal ini bermaksud, ianya bersifat fleksibel. Pada tahap perwatakan, sistem itu selalu konsisten. Proses ini terdiri daripada dua tahap, iaitu :

Generalisasi, yaitu kemampuan untuk melihat suatu masalah dari suatu

sudut pandang tertentu. Karakterisasi, yaitu mengembangkan pandangan hidup tertentu yang memberi corak tersendiri pada kepribadian diri yang bersangkutan.

KAWASAN PSIKOMOTOR Kawasan psikomotor iaitu kawasan yang berkaitan dengan aspek-aspek keterampilan yang melibatkan fungsi system syaraf dan otot (neuronmuscular system) dan fungsi psikis. Kawasan ini mempunyai 5 arasseperti berikut:

Persepsi Ia adalah proses menjadikan seseorang itu mengetahui atau sedar tentang objek , kualiti dan hubungan-hubungan melalui alat-alat deria. Hal ini melibatkan tiga perkara iaitu ransangan deria, pemilihan tanda saran,dan terjemahan

Set Set adalah satu kesediaan untuk sesuatu jenis tingkah laku atau pengalaman. Set ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu set mental, set fizikal dan set emosional.

Gerakan terbimbing Ia adalah satu langkah permulaan dalam membentuk kemahiran.tindak balas terbimbing adalah tindakan pelakuan seseorang individu yang nyata bawah bimbingan seorang tenaga pengajar. Ada dua kategori yang berhubung dengan perkara ini iaitu meniru dan cuba dan ralat

Mekanisme Tindak balas yang telah dipelajari menjadi habitat. Ia melibatkan beberapa tindak balas dalam melaksanakan tugas itu. Kebolehan-kebolehan digabungkan untuk mendapatkan kemahiran itu.

Gerak balas nyata yang kompleks Pada peringkat ini, seseorang itu boleh melakukan satu tindakan motor yang dianggap kompleks kerana satu kadar kemahiran yang tinggi telah pun dicapai. Ada dua kategori lain yang berkaitan dengan perkara ini iaitu ketetapan ketidakpastian(tindakan itu dilakukan tanpa ragu-ragu untuk mendapatkan satu gambaran rangkaian tugasan) dan pelakuan automatik( seseorang boleh melakukan satu koordinasi kemahiran motordan mengerjakannya dengan mudah sekali).

Domain Afektif Kalthwohl 1964 o Diasaskan oleh, David R. Krathwohl Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap. o Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.

o Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif. Terdapat 5 peringkat bagi domain ini : 1. Penerimaan 2. Bertindak balas 3. Menilai 4. Organisasi 5. Perwatakan Penerimaan o Keinginan dan kesanggupan menerima (kesanggupan memberi perhatian, mendengar ucapan, pendapat orang lain, menghormati kebudayaan yang berlainan) o Kesedaran (faktor estitik, ekabentuk, kecantikan sesuatu benda, pelbagai pendapat dalam sesuatu perkara) o Perhatian terkawal (kebolehan memberi perhatian kepada sesuatu ransangan cth : mendengar dan menghayati sajak) o Objektif am : 1. Mendengar dengan berhati-hati. 2. Menunjukkan kesedaran dalam kepentingan pembelajaran. 3. Menunjukkan sensitiviti dalam masalah sosial. 4. Menerima perbezaan keturunan dan kebudayaan. 5. Mengambil bahagian dalam aktiviti. o Hasil pelajaran spesifik : 1. Menyoal 2. Memilih 3. Menghuraikan 4. Mengikut 5. Menamakan 6. Menggunakan Bertindak balas Kesanggupan bertindak balas terhadap ransangan. Mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti.

Murid mengambil perhatian dan bertindak balas.

Terdapat 3 kategori : 1. Persetujuaan membalas (Bersetuju dengan peraturan / arahan yang diberi.) 2. Kesediaan membalas (Bertindak balas dengan persetujuan yang dibuat.)

3.

Kepuasan (Mencapai objektif )

o Objektif 1. Am * Melengkapkan kerja * Mengambil bahagian dalam perbincangan kecil * Seronok membantu rakan * Melakukan tugas secara sukarela. 2. Spesifik * Dapat menulis isi pelajaran * Menjawab soalan * Dapat melafazkan sesuatu (main peranan)

Menilai Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan. Kebolehan membuat penilaian dan memberi penghargaan terhadap sesuatu benda atau tingkah laku. Penilaian berdasarkan penghayatan nilai spesifik (melalui pemerhatian) Kategori 1. Penerimaan - Menerima dan melakukan arahan aktiviti. 2. Pilihan - Usaha untuk memperoleh sesuatu nilai yang dipilih. 3. Penglibatan - Aktif dalam aktiviti dan mematuhi peraturan.

Organisasi o Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. o Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. o Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilainilainya. o Kategori 1. Penenggapan -Mampu mencipta konsep anstrak. 2. Organisasi - Menyatukan / aplikasi nilai-nilai berkaitan dan membentuk satu sistem.

Perwatakan o Perubahan tingkah laku positif. o Kategori 1.Set up mengekalkan nilai-nilai 2.Perwatakan disiplin diri.

Anda mungkin juga menyukai