Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI Bersyukur kepada Ilahi kerana akhirnya kami telah mampu menyiapkan kerja kursus ini.

Sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini, kami tidak mengalami kesukaran kerana kami telah dibahagikan kepada kumpulan iaitu dengan berdua. Kami juga amat gembira kerana walaupun kami menerima banyak kerja kursus dalam satu masa, namun kami telah dapat mencuri masa untuk melayari internet walaupun terpaksa keluar ke pekan untuk mencari maklumat kerana rangkaian internet di sini mengalami masalah sedikit. Melalui kajian yang telah kami lakukan, kami telah dapati bahawa bidang kontekstual ini adalah sesuatu yang agak rumit kerana ianya adalah satu bidang yang mengkaji ilmu Bahasa Melayu. Dalam kerja kursus ini, kami telah diminta untuk mengakses tiga menu utama tiga institusi pengajian tinggi di Malaysia. Seterusnya kami akan menganalisis keselarasan vokal dan penggunaan kata pinjaman dalam apa yang telah kami akses tadi. Seterusnya, kami juga akan menganalisis kesalahan umum tatabahasa yang terdapat pada menu utama tiga institusi yang telah kami akses. Sehubungan dengan itu juga, yang terakhir ialah kami akan membuat satu analisis berkaitan dengan yang di atas. Selain itu juga, kami akan diminta untuk menyimpan tugasan ini dalam folio dan cakera padat. Pendek kata, kami akan menyerahkan tugasan kami dalam dua bentuk iaitu dalam folio dan cakera padat.

Oleh yang demikian, kerja kursus ini dapat memberikan kesan positif kepada kami. Kami dapat menjadi orang yang lebih prihatin dan berhati-hati semasa menyiapkan sesuatu kerja yang diberikan. Kami juga amat gembira menyiapkan kerja kursus seperti ini kerana ia dibuat dalam berkumpulan. Kami akan dapat berbincang bersama tentang kerja. Bak kata orang, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Akhirnya, atas usaha sama kami telah berjaya menyiapkan kerja kursus ini.

Anda mungkin juga menyukai