Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS BAHASA MELAYU LEMBAH PANTAI, 59990 KUALA LUMPUR

BMM3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

NAMA NO. MATRIK NO.K/PENGENALAN KUMPULAN KURSUS PENSYARAH TARIKH SERAHAN

: MOHD RASHID BIN OSMAN : PPG 201119236150 : 670326-04-5341 : BM H : (PPG) AMBILAN JUN 2011 : DR TUAN JAH BT TUAN YUSOF : 06 APRIL 2013REFLEKSI

Refleksi
Assalamualaikum..

BMM 3107

Alhamdulillah,terlebih dahulu saya mengucapkan syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya dapat saya menyudahkan kerja kursus ini. Terima kasih yang tidak terhingga saya rakamkan kepada Dr Tuan Jah Bt Tuan Yusof yang sudi mengajar saya dan rakan-rakan dikelas PPG Kumpulan BM H bagi matapelajaran BMM3107 ( Penghantar Linguistik Bahas Melayu). Beliau banyak memberikan bahan-bahan yang kami perlukan bagi menyiapkan tugasan ini. Pada peringkat awal saya dan rakan-rakan sekuliah diberikan tajuk tugasan ini,memang terasa amat sukar untuk saya memahami apa sebenarnya yang dikehendaki oleh soalan. Berbagai tanggapan dan fahaman bermain difikiran. Namun setelah diperjelaskan oleh Dr Tuan Jah ,maka nampaklah apa sebenarnya yang perlu saya laksanakan bagi memenuhi kehendak soalan tugasan. Saya sangat bersyukur kerana mendapat seorang pensyarah yang cukup memahami situasi saya dan rakaanrakan. Dengan tugas yang sedia ada di sekolah,saya rasakan amat berat untuk melaksanakan tugasan ini. Alhamdulillah setelah beberapa kali sessi

penerangan,bertambah kefahaman saya terhadap tugasan ini.. Pada saya, tugasan Linguistik ini sangat berguna untuk setiap palajar yang

bernama Guru Bahasa Melayu. Ini kerana bahasa bersifat Arbitrari. Sekiranya kita sebagai guru Bahasa Melayu tidak mengikuti perkembangan,maka kita akan ketinggalan dan penguasaan bahasa kita juga akan semakin berkurangan. Antara tokoh yang saya pilih ialah Edward Sapir . Beliau berpendapat bahawa bahasa mempunyai kaitan dengan budaya. Ibaratnya antara isi dengan kuku. Begitulah eratnya hubungan abtara budaya dengan bahasa. Edward Sapir juga memberikan pandangan bahawa perjalanan sejarah bahasa berjalan beriringan dengan sejarah budaya. Soal manakah yang terlebih dahulu sangat sukar untuk dijawab. Edward Sapir juga memberikan pendapatnya mengenai bidang linguistik dengan merujuk kepada anttropologi. Antropologi ialah kajian mengenai asal-usul manusia termasuklah budaya, ciri-ciri ras dan sebagainya.

Tokoh yang seterusnya yang saya pilih ialah Ferdinand de Saussure. Beliau membicarakan tantang sistem vokal primitif dalam bahasa proto Indo-Eropah. Beliau juga membezakan kajian llinguistik secara sinkronik dan dikronik. Sinkronik bermaksud kajian mengenai sesuatu item dalam bahasa. Manakala, dikronik ialah kajian mengenai sistem bahasa. De Saussure telah menimbulkan perbezaan antara langue dan parole. Istilah langue bererti bahasa manakala parole sama pengertiannya dengan loghat. Beliau juga bahawa bahasa mempunyai bahan dan bentuk. Bunyi-bunyi yang dituturkan itu adalah bahan bunyi, garis-garis lakar dikatakan bahan grafik dan lain-lain bagi sesebuah bahasa. Bantuk pula ialah pola-pola perhubungan yang abstrak ditentukan oleh sesuatu bahasa itu ke atas bahannya. Apabila kita mengkaji fonetik atau bunyi bahasa Melayu, kita mengkaji pola-pola pembentukan perkataan daripada bahan bunyi ini, kita mengkaji bentuknya. Begitu jugalah pola-pola ayat tatabahasa adalah bentuk-bentuk dalam bahasa. Tokoh yang ketiga yang saya pilih ialah Bloomfield. Bloomfield ialah sarjana yang bertanggungjawab mengangkat linguistik menjadi suatu bidang kajian yang tersendiri. Bloomfield memperlihatkan dengan jelas konsep sains dalam kajiannya, iaitu suatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan dan dapat dianalisis dan ditentukan secara empiris. Kesemua pendapat tokoh linguistik sangat berguna dan menjadi panduan ahli bahasa sehinggalah sekarang. Mungkin terdapat pengubahsuaian yang dilakukan oleh pengkaji linguistik zaman ini,namun ianya untuk kebaikan generasi akan datang dan memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa yang boleh setanding dengan bahasabahasa lain di dunia ini. Untuk akhirnya saya sekali lagi mengucapkan rasa syukur kerana dapat menyudahkan tugasan ini. Setinggi penghargaan saya rakamkan sekali lagi kepada pensyarah pembimbing iaitu Dr Tuan Jah Bt Tuan Yusof dan semua rakan-rakan yang membantu saya dalam menyudahkan tugasan ini. Semoga segalanya akan mendapat ganjaran dariNya dikemudian hari. Sekian terima kasih. Wassalam.

Anda mungkin juga menyukai